Air di Sabah.. sudahlah mahal, tak cukup pula..



Sabah, sebuah negeri yang memiliki pertumbuhan populasi tertinggi dalam negara hanya mampu membekal 75 peratus sahaja keperluan air penduduknya, demikian menurut aktivis PKR Sabah, Joseph Wilfred Lakai.


“Sabah mempunyai bekalan air yang kedua terendah, hanya mampu membekal 75 peratus keperluan negeri dan kualiti diragui tetapi mengenakan tarif air yang paling tinggi dalam negara ini sehingga 90 sen setiap satu meter padu manakala pertumbuhan penduduk Sabah adalah paling tinggi iaitu 2.3 peratus.

“Jumlah penduduknya melonjak seramai 530,000 atau lebih 20 peratus dalam jangka masa lima tahun daripada 2.6 juta pada tahun 2000 kepada 3.13 juta pada 2005,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Joseph turut mengaitkan pertumbuhan penduduk paling tinggi di negeri itu dengan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing yang dinamakan sebagai ‘Projek M’ yang merujuk kepada Projek Mahathir.

“Sabah mempunyai bilangan terbesar pendatang tanpa izin dan mereka yang mempunyai IC tulen di bawah ‘Projek M’ yang dianggarkan hampir satu juta.

“Pertumbuhan luar biasa penduduk Sabah jelas kelihatan pada tahun 1960, penduduk Kadazandusun berjumlah 168,000 orang, bersamaan dengan jumlah penduduk Bumiputera lain.

“Pada tahun 2000, penduduk Kadazandusun Murut meningkat kepada 560,000 manakala penduduk Bumiputera lain bertambah kepada 1.1 juta,” katanya lagi.

“Keadaan ini menyebabkan kapasiti penggunaan air meningkat berkali ganda tetapi malangnya tidak banyak yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), baik di peringkat negeri mahupun persekutuan melainkan mengenakan tarif air yang tinggi,” katanya lagi.

Bekalan air paip graviti tercemar

Beberapa penduduk dari beberapa kawasan di negeri itu turut memberikan reaksi sama berkaitan isu bekalan air di negeri itu.

Mereka mendakwa bekalan paip air graviti yang dimulakan ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) mentadbir negeri itu pada tahun 70an dahulu masih digunakan sehingga kini dan kemungkinan membekalkan air yang tercemar.

“Tempat saya bekalan air paip memang menyedihkan…. yang ada cuma paip graviti yang dipasang kerajaan PBS pada tahun 70an dan hingga sekarang tidak diselenggarakan pihak yang sepatutnya.

“Orang kampung sahaja yang terpaksa kutip duit beli paip PVC untuk baiki kerosakan, sampai sudah semakin tenat.

“Sekarang punca air sudah ditebas jadi kebun sawit dan menyebabkan air bertambah kotor, keruh, kadang-kadang berpasir atau ada tanah dan mungkin mengandungi baja dan racun rumput,” beritahu Joseph Gasis.

Ben James, 20an, pula memberitahu masalah air yang dihadapi rakyat Sabah sudah terlalu lama berlarutan dan masih gagal diselesaikan oleh kerajaan.

“Sebelum saya lahir lagi sampai sekarang masalah bekalan air bersih tidak ada kesudahan, macam dahulu jugak. Sama dengan Jalan Ulu Kukut, Kudat-Kota Belud, semakin hari semakin meluat sama janji-janji kerajaan persekutuan,” kata beliau.

Awang Sarip pula mengingatkan BN akan berhadapan dengan kemarahan rakyat dalam pilihan raya akan datang memandangkan masalah yang sama terus berlarutan.

“BN akan berhadapan dengan protes rakyat Sabah dalam pilihan raya nanti sebab masih gagal memberi kemudahan paling asas kepada rakyat walaupun dah memerintah negeri ini bukan baru dua tiga tahun tapi dah berpuluh tahun,” ujar beliau.

Adun DAP bangkit isu sama

Sebelum ini, dalam isu yang sama ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2012 Selasa lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjung, Jimmy Wong dari DAP turut membangkitkan isu bekalan air di negeri itu.

Menurut beliau, Audit Air 2008 telah menunjukkan kualiti dan bekalan air di negeri ini tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri.

“Penduduk berhak untuk mendapatkan air bersih. Kualiti air mentah agak buruk. Loji-loji rawatan air Sabah tidak dilengkapi peralatan, makmal dan kakitangan berkelayakan.

“Pemfloridaan tidak mencukupi. Pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan sempurna dan terancang.

“Tidak ada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan dan semua ini adalah komen dalam Audit Air 2008.

“Tetapi di sebalik semua ini, Sabah merupakan antara negeri yang mengenakan tarif air yang tertinggi dalam negara ini,” ujar beliau.

Beliau turut memberikan contoh Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang dianggapnya terbaik dengan berusaha menghalang tarif air dinaikan oleh syarikat konsesi negeri terbabit dan turut membekalkan air percuma 20 meter padu kepada rakyatnya.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
rakab
November 25, 2011 at 8:33 PM delete

Adooiiyaiiii,...

Sabah sebuah negeri yang besar..
macam semenanjung !!

Cuba bandingkan keluasan Sabah [ 75,0000km.per] dengan Kelantan [12,000km.per].

Lebih kurang lima kali ganda bezanyaaaa....

Penuh hutan rimba, bukit bukau sungai-sungai yang besar dan kawasan berpaya yang luas.

Kalau sukar nak mencapai bekalan air bersih sehingga 100% kepada semua penduduk Sabah,..itu semua orang boleh faham !!

Kenapa air paip di Kelantan macam air kopi ??..itu yang patut di soalkan.

tak percaya ?? rujuk video di blog GAP !

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 9:08 PM delete

Hari2 aku lalu kat Masjid Jamek KL, air sungainya macam air teh tarik mamak aja...aku tak hairan pun......!!!
Lagi teruk dpd air sungai kat Kelantan tau....!!!

Dah 30 tahun aku lalu kat Lorong Hj Taib, KL utk pi kerja, tiap malam berlonggok pelacur dan pondan berkeliaran siap pondok polis ada kat situ, aku tak hairan pun. Ni kat Lorong Hamzah yang ciput tu (hasil peninggalan Umno dulu la), itupun nak hairan?

Umno...umno....udah-udah la nak burukkan Kelantan. Taik kau kat jubur tu berlonggok kau tak nampak ke????

Reply
avatar
November 25, 2011 at 9:08 PM delete

thanks for the article.. i'll be need it..

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 9:20 PM delete

saya dah banyak kali ke sabah, keluarga pun ada disana, walau mereka banyak ahli umno geng bn tetapi masaalah air terpaksa didiamkan saja sebab yang kaya bertambah kaya, pendatang asing dapat ic, orang philipin disabahkan dengan ic, disabahkan dengan suku kaum baru seperti yang dipromosikan oleh tv3 saban tahun akan bajau laut, seperti juga disemenanjung dimalaysiakan orang dari india, indon, cina dll, sebab tu warga india berpuluh ribu masuk tahun lepas tidak dapat dikesan ..., berbalik pada isu air disabah bukan faktor keluasan yang wajar dipertikaikan, dulu parti yang dikata miskin pun mampu inikan pula barisan nasional yang kaya raya dengan duit rakyat pula tak mampu?, orang bodohjer komen akan keluasan sabah pada isu air, bukan pun pelu disediakan bekalan air dihutan atau diseluruh sabah, melainkan untuk bela lembu 200 juta, cukuplah kita lihat bekalan air dibandar utama, bandar kecil, pekan kecil atau kampung2 utama masih terdapat masaalah air, kenapa perlu bayar lebih? sedia maklum sabah telah jatuh antara negeri termiskin sedangkan kaya dengan hasil minyak.... sumber air , orang bn diam-diam saja ... cakap pun tak guna sebab orang bn sendiri akan marah pada orang bn, paling sebab diorang malas nak heboh sebab nanti pencacai naik angin, tension diorang sebab memalukan diorang dengan alasan dangkal... ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha...

Reply
avatar
rakab the boss
November 25, 2011 at 9:28 PM delete

eh, non 9.08,..yang mengaku serambi Mekah tu, negeri mana yek ??

wooi badigol,..apa kena mengena air sungai dekat masjid Jamek dengan air sungai Kelantan pulak ??

Orang cerita pasal bekalan air paip di Kelantan yang serupa teh tarik tu ,
..bingai !!

aaaaaaa..tang jubur tu kau kena tanya Anwar !!..kemahiran dia tu !

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 9:38 PM delete

non 9.20,

mak oooii,..panjangnya sampah yang kau buat kat entri nii..
sia-sia jer mak bapak kau hantar kau ke sekolah ! bodoh rupanya..

Masalah membekalkan air tak ada hubungkait dengan keluasan dan bentuk mukabumi ??

pemikiran tahap jamban !!
tak perlu aku ulas apa-apa lagi..

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 9:42 PM delete

Comment yang paling bodoh dari 9:28
tak yah nak mencelah le kalau lu bahalol..

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 10:30 PM delete

rakab oh rakab

anon 9:20 pm tu kan ckp cukup lihat masalah air di bandar utama dan kampung kampung utama... tak payah kau nak berhujah psl keluasan sabah. yg kat tempat sepatutnya air tak de masalah pun bermasalah.

rakab oh rkaab 9:38 pm

kalau dah jelas perkara di atas, skg pulak, lagi jauh kws yg kau ckp tu lg tak perlu air pun .. air perigi dia org lagi bersih. air sungai mengalir dr gunung tak mcm air sg kat Mesjid Jamek.

kws kampung yg penduduk nya tak ramai dia org tak bising psl air paip.. tp kalau kws kampung nya ramai dia org kena lah mtk air paip sb kampung tu dah taraf moden.. kampung yg ramai hny kampung yg berdekatan dgn bandar.

apa kaitan dgn keluasan tanah? di Kelantan kws/penempatan nya berdekatan.. di sabah kws nya luas dan penempatan berselerak.. kau fikir lah apa kaitan dgn penjelasan aku kat atas.

mcm mcm aku buat nak selamtkan kau dr alam bodoh bingung kau.. tp kau tetap jgk nak jd rakab pencacai.

Reply
avatar
November 26, 2011 at 12:02 PM delete

Tapi pelik kan. kelantan yg rakab si "mulut biawak" kata airnya macam air kopi tu pulak yg dapat anugerah perkhidmatan air cemerlang. negeri2 lain yg airnya jernih sejernih salju takde pulak dapat.. pelik betul kan.. agaknya memang yg ditunjuk tu mmg air kopi pekat, nampak la ia hitam.. Aku yg duk kat negeri sembilan, dun Rantau yg wakilnya MB sendiri pun air keluar macam kencing mat hassan. kadang2 angin je yg keluar..
Tapi dah mmg sokong membuta tuli, tiap kali pilihanraya pun menang jugak.. bodoh betul org2 Rantau ni

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 7:09 PM delete

Penggali Juboq,

Ceramah pakatan di kampung Sawah DUN Kota, langsung tak ada sambutan !!

penceramah empat orang, yang datang mendengar lima belas orang !

padang punya besar macam stadium merdeka !....eeeeeeii malunyer..

Reply
avatar
penternak_lipan
November 29, 2011 at 3:00 AM delete

rakab macai
ceramah 4 orang dengar 15 org ok la tu.cuba baca entry zul kulum biawak.dia ceramah bapa ekox yg mai..kerusi aja nampak.
bodoh nak mampus

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive