Lagi pemimpin UMNO khianati negara?



SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.


Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.




Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.




"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok - Harakahdaily


Baca juga 7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

17 comments

comments
Mejar Zainal
October 12, 2011 at 5:10 PM delete

Apalah sangat setakat gadai kewarganegaraan dan i.c apalah sangat. Bukankah selama ini umNO memang dah terbukti gadai kesucian Islam dan hak2 org Melayu.

Jahanam umNOO...

Reply
avatar
Anonymous
October 12, 2011 at 5:42 PM delete

Dah lama depa dok buat tp masa tu lebih fokus kt Sabah. Memandangkan sokongan makin kurang operasi terpaksa dijalankan di semenanjung sbg talian hayat politik. Biasanya pengkhianat hukumannya patut dibunuh ja. Tak sangka orang2 Melayu yang terlibat meletakan maruahnya lebih rendah dari binatang.

Reply
avatar
October 12, 2011 at 5:53 PM delete

mereka buat mcm nie tak heran..sebab apa saya kata mcm tue?sebab lagi heran kenapa rakyat terus sokong?kalau bangla sokong saya tahulah kenapa..sebab nak IC.. ^_^

[Klik Sini] Kek Yang Mengigit Manusia
[Klik Sini] Novel Kasih Danial Alya – Part 1

Reply
avatar
Anonymous
October 12, 2011 at 5:56 PM delete

Hahahaha.. ada bukti kah semua nie? ini semua sudah terpengaruh dengan buku si mutalib tu..
sembarang jak..

sudah2lah tu.. hahahah

-anak tawau-

Reply
avatar
rakab
October 12, 2011 at 7:17 PM delete

Hah,..kalau dah lapan bas,..beratus warga asing di syaki terlibat,..takkan satu orang pun tak dapat tangkap sebagai bukti ??

Setakat gambar bas tanpa penumpang,..apakejadahnya ditunjukkan!..[harakah].

Tiga empat kerat pemuda Pas berdiri tepi jalan, kemudian gambar
nya ditangkap dan di tunjukkan sebagai bukti operasi!..cheeh!!

Operasi tangkap mat rempit ker?

Reply
avatar
Anonymous
October 12, 2011 at 8:02 PM delete

ini yang kantoi, yg lain, byk lagi sebenarnyer. depa sanggup belanja ribuan inggit untuk menjaga putrajaya. betul kata mahathir pejuang belum selesai.

Reply
avatar
BOMBO
October 12, 2011 at 9:14 PM delete

dah kantoi dah tipu rakyat ni semua kerja pencacai umnoberok,apa yg takut sangat berdepan lwn PR ni kata rakyat sokong semula umno/BN kalau nak tipu tu kau tipu budak mcm rakab dan bapak anjing dia percayalah...tapi bukan ahli PR...

Reply
avatar
Anonymous
October 12, 2011 at 9:34 PM delete

Tak tahulah ada melayu bodoh macam si rakab. Kalau tak salah mengapa nak lari? Bodoh rakab. Takpa, generasi rakab juga yang akan susah nanti bila orang2 indon yang dpt IC sekarang akan lebih rajin akan mengambil periok nasi anak cucu rakab nanti...baru menyesal. BODOH betul ini melayu! Golongan indon ini mana ada patriok kerana mereka negara ini bukan "tumpahnya darah" mereka. Satu hari nanti mungkin kita dijadikan satu wilayah Indonesia bila golongan ini memerintah. BODOH si rakab dan perasuah UMPORNO!

Reply
avatar
rakab
October 12, 2011 at 11:27 PM delete

non 9.34,

Penyangak Pas ni cuma buat andaian saja! Tidak ada satu pun bukti yang konkrit!...macammana nak percaya!

Adakah dapat ditangkap warga asing sedang menerima mykad seperti yang di dakwa ??...tak ada!!!

Lain kali ada bukti kukuh ,..baru cerita...kalau tak, ianya semata-mata fitnah!!!

Reply
avatar
Anonymous
October 13, 2011 at 6:06 AM delete

Fitnah kepala bapak ko rakab.. takkan la dalam hati ko tu takde langsung perasaan curiga walaupun satu demi satu pembohongan umngok-be-end dilaporkan oleh media.. ataupun ko mmg bebal dan babi.. tuduhan korang kepada PR hanyalah seorang manusia bernama Anwar.. nak tuduh atau sabitkan kesalahan org lain mmg payah nak jumpa.. berbanding dengan muslihat jahat umngok yg semakin hari semakin jelas..

Reply
avatar
Anonymous
October 13, 2011 at 7:47 AM delete

Fakta Penting!!!..
Umno tidak boleh menang PRU jika tidak menipu..

Ketakutan dlm cool Najib trserlah bila import ramai pndatng asing utk undi BN. Klu dkt negara EU dah lama kena tembak.

Reply
avatar
Anonymous
October 13, 2011 at 8:00 AM delete

si rakab ni baca title terus nak komen, tapi kami faham sebab bila tak menyalak nanti tak dpt duit, harap hasil kedai todi kau tu berapa sgt.
orang umno ni bodoh lah apa pulak nak susah2 menipu macam ni, kasi aje mamat bangla, nepal ni kahwin dengan anak dara dia oarang atau pun ceraikan bini tu kasi kahwin sama pendatang ni, lepas tu dpt lah mykad.

Reply
avatar
Anonymous
October 13, 2011 at 8:50 AM delete

Rakab@akp ni sepenuh masa kulum peliaq najib...jadi tak boleh berkata2..
guna jari menaip...
dipaksa..jika tidak anak bini tak dapat duit haram....
kah...kah...kah..

Reply
avatar
anak seberang jaya
October 13, 2011 at 9:33 AM delete

fitnah dan pembohongan yg buat org gelak....
org pas mendengar maklumat kononnya sumber dalaman serta cakap2 penumpang bas yg mendakwa akan dapat mykad...
org pas ni mmg jenis percaya dgn hearsay ka tanpa bukti bergambar ka video ka(mcm anwar ibrahim)...mmg mentaliti spm pangkat 3
kalau betul ada operasi jahat maklumkan pada pihak polis setakat buat sidang akbar....nak buat apa....ooooo polis pun hangpa tak percaya

Reply
avatar
Panglima Gelam.
October 13, 2011 at 11:01 AM delete

Anak seberang Jaya ni,sememangnya terlalu bangang wal bahlul fi bengong dalam politik mai dok komen bodoh kat sini wat pa tak tau.Kami dalam pembangkang ni dah masak dengan perangai hampa punya polis nih.kalau pi repot pun habih2 kami akan siasat tu saja lepaih tu teruskan.ni nak bagitau kat hampa dalam tak ic pun puak tu bolih jadi kayaraya kat malaysia nih,semua bukit bukau tanah kerajaan depa duduk ni pulak siap bagi ic,sok kepala hang pun depa luku hang tau dak?bahlul AMPORNO!HANYA kerana nak menang dalam PRU.LEPAIH menang puak2 tu pakat2 buat duit,hang jugak yang ternganga.Apa punya bahlul nih.

Reply
avatar
Anonymous
October 13, 2011 at 11:34 AM delete

asj
kalau betul umno tak rancang ni semua kenapa pulak bas2 tu cabut lari! kenapa pulak pendatang2 tu ditempatkan di resort...kursus kepala bapak kau?
komen kau macam haramjadah jgn mimpi lah nak ambil alih tempat rakab@bakar sebagai pecacai tegar umno no. wahid!

Reply
avatar
anak seberang jaya
October 14, 2011 at 3:36 AM delete

anon 1134...aku silap tengok ka gambar tu....kata 200 org pendatang tanpa izin...mana bukti bergambar sampai 200 org...setakat amik gambaq juboq bas dan beberapa kerat org melepak boleh dianggap sbg bukti ka...
yg paling lawak...org pas yg jadi spy ni dari awal sampai ke penghabisan kat tempat kejadian pun boleh bagi keterangan spt...saya difahamkan...saya diberitahu......aik kata intip dari bas tunggu pati tersebut sampai masuk resort...aku dah pening cita lawak ni
satu lagi mana gambar beramai2 pendatang tersebut....alahai kena kencing lagi geng2 ni...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive