Hutang P Pinang RM630 juta pada 2007, kini tinggal RM30 juta...

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).


"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
October 30, 2011 at 8:56 PM delete

aikkk keluar lagi ker pasal PEMBOHONGAN hutang negeri Penang RM30juta ni . emmm bila si komunis bintang tiga LGE tu TIPU maka keldai keldai Pakatan Haram pun ikut sama BERBOHONG .

Kalau lihat Laporan Audit Penang 2010 pada mukasurat 32 Jadual 4.24
" Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM687.79 juta
berbanding sejumlah RM683.75 juta pada tahun 2009"

Macam mana LGE boleh kata hutang dah tinggal RM30 juta sedangkan dalam Laporan Audit 2010 hutang kerajaan komunis bintang tiga DAP Pulau Pinang adalah RM683.75 . Kat siapa LGE bayar hutang nya ?? Kat ibu bapa awek classmate Marcus tu baru RM 200,000.

Reply
avatar
Anonymous
October 30, 2011 at 9:18 PM delete

P. Pas ko tak layak guna nama Pas sebab ko bangang, jahil, mangkuk hayun.... Sudah- sudah laa kami rakyat P. Pinang lebih tahu apa yg berlaku kat sini.. Kami aman dan kami percaya dgn kepimpinan LGE...... Klu nak dibandingkan dgn KSK lagi laa tak boleh pakai mentekedarah duit rakyat saja.
Pakatan Rakyat takkan kalah di Pulau Pinang.

Reply
avatar
Tokwan Pencen
October 30, 2011 at 10:26 PM delete

Yang Tok faham "kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta "
Tok nak tengok juga "T'ganu Kito", N.9, Melaka,Pahang,Perak,Johor & Perlis.

Reply
avatar
BOMBO
October 30, 2011 at 11:08 PM delete

Ppas ,rakab kalau PR buat semua tak baik tak betui,hanya umno yg champion dulu,kini dan selamanya....kau ni bodohkan kau ingat Pukiumno tu tak pandai monopause,asik nak kena bedal aje,apa cerita ni lawak bodo,otak bodo dulu kini dan selamanya,sebab itu malasia tak maju2 asik ingat sex aje umnoporno hanya baik utk melayu gila sex dan rasuah mcm rakab,Ppas....kah,kah,kah,..tut.

Reply
avatar
rakab
October 31, 2011 at 12:41 AM delete

Bombongok,

makin hari makin bertambah bongok kau ni..!!

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 7:51 AM delete

pPas ni mana berani komen lapuran audit negeri umngok, kaw2 punya duit rakyat depa joli habis. tapi bagus juga dia jaga penang....kita perlu kekalkan umngok sebagai pembangkang.

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 9:26 AM delete

Ppas hanya concern pasal negeri dibawah pakatan, alhamdulillah sekurang2 ada jugak pihak yg prihatin dan insyaallah mahu menjadikan ia teladan setelah 50 tahun lebih tp masih tak pandai2 mentadbir kewangan negeri mahu pun negara. Negeri2 lain dibawah BN dia tak concern sebab dh tau result dia asyik negatif ja angka setiap tahun. Aku tak pasti samada dia faham tak kesan jangka panjang beban hutang negara terutama kepada generasi akan datang. Sekali lg jgn samakan pemikiran orang lain dengan anda kerana ia amat memalukan.

Reply
avatar
October 31, 2011 at 10:55 AM delete

Hehehe.. hutang tetap hutang.. BN kalau perintah negeri kalau tak kumpul hutang memang taks ah.. Kedah sebelum 2008 dah nak bangkrap. Johor skrg hutang dah lebih RM1 bilion. Dulu terengganu yang terima duit royalti pun masih simpan hutang RM700juta masa PAS ambilalih 1999. Memang UMNO ni dasar kaki hutang.
mentekedarah sampai mati..

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 11:07 AM delete

lapuran audit kata Johor negeri kebangaan umngok baru pulih dari DEFISIT..pokoknya masih lagi defisit, Melaka...langsung dikategorikan sebagai negeri hanya "MEMUASKAN"...bagi akau lebih kepapa memuaskan nafsu MB bodoh umngok tu.kalau ambil exam tahap memuaskan tu kira fail lah ooi pPas...tok sah dok syok sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 11:09 AM delete

aku rasa pecacai2 umnoooo ni kena pi kritik negeri umnoooo pulak pasal tak ada orang pantau...sebab tu MB melayu depa belanja macam duit mak pabak depa punya.

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 12:08 PM delete

Penganut Pas kalau bab nak singkap hutang pakatan rakyat siap dok bagi reference lagi tapi cuba muuu dapatkan maklumang mana hilangnya 52biliong yang disonglang oleh najib dan rakang2nyang!!

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 2:54 PM delete

pihak belah sna duk canang diorg hebat, belah sini pn sama..hgpa gaduh smpai bila pn x abes

Reply
avatar
Anonymous
October 31, 2011 at 4:04 PM delete

aku pun nak kepastian utk buat keputusan siapa aku nak undi nanti.
pPas bleh tak kau saman LGE RM30juta pasal pasal kau kata dia claimed hutang Penang tinggal RM30 tu dak betul. Kalu kau tak cukup jantan, pi suruh si zainal penyagak ketua umno penang saman.

Reply
avatar
Anonymous
November 1, 2011 at 1:34 AM delete

Fuhh.. baru 3 thn pegang kuasa dah mmpu hapus hutang negeri. Lagi power dari krjaan Kelantan dlm mmbasmi hutang. Klu mcm tu elok sngat BN ni d kuburkn terus d PP. Haram jadah punya parti yg pndai brcakap & buat hutang je..

Reply
avatar
Anonymous
November 1, 2011 at 7:56 AM delete

Brapa ramai plak BN akan letak warga asing d PP ni?? Nmpak gayany smakin sukar nk menang klu rakyat mulai sedar prkara ni. Orng bawahn Umno gak yg brjaya d banggangkn..

Reply
avatar
Anonymous
November 1, 2011 at 1:25 PM delete

aku ada 1 soalan je...
betul ke turun 95% sebab jimat cermat kerjaan negeri....
or disebabkan 1 pinjaman yang diberi kepada kerajaan negeri diconvert kepada geran.....

tak silap aku dalam blog ini ada cakap pasal P.pinang berjaya convert loan kepada geran.... k
alau betul sebab convert.. tak boleh cakap kerjaan negeri jimat cermat.. tapi boleh kata kejayaan kerajaan negeri menukarkan hutang kepada geran....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive