Video : Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia

Video diakhir entry..



Sabah: Menjadi warga suatu negara adalah hak asasi manusia. Itu pula yang menjadi keyakinan ribuan nelayan asal Bone dan Enrekang, Sulawesi Selatan, yang memilih menjadi warga negara Malaysia. Mereka kini menetap di kawasan Batu Dua Laut, Sandakan, Sabah, Malaysia.


Beberapa anak Bugis sudah tak hafal lagi lagu Indonesia Raya. Sebaliknya, para bocah itu fasih melagukan Negaraku sebagai lagu kebangsaan mereka. Apa mau dikata, orang tua, kakek, dan nenek mereka telah memilih melepaskan kewarganegaran Indonesia dan beralih menjadi warga Malaysia sekitar 20 tahun silam.

Di Kampung Batu Dua Laut, sedikitnya ditinggali lima ribu nelayan keturunan Bone dan Enrekang. Mina, warga Enrekang, mengaku sudah tinggal di sana sejak belum memiliki anak. Pada awalnya nelayan keturunan Bone dan Enrekang memutuskan bermukim di tempat ini karena alasan ekonomi. Mereka menilai lebih mudah mencari ikan di perairan Malaysia. Meski sudah menjadi warga negara Malaysia, mereka tetap menjalani adat istiadat Bugis sampai saat ini.

Keberadaan para nelayan keturunan Bone dan Enrekang ini telah diakui pihak Kerajaan Malaysia. Sebagai bukti, mereka telah memegang may card, semacam kartu tanda penduduk. Bahkan, Partai United Malay National Organization (UMNO), partai terbesar Malaysia menjadikan mereka sebagai basis perolehan suara.

Eksodus warga Indonesia ke Malaysia karena alasan ekonomi juga dilakukan sejumlah warga yang tinggal di Desa Temajuk, Paloh Sambas, Kalimantan Barat. Warga yang sebagian besar nelayan dan petani itu kemudian tinggal di Kampung Telok Melano, Malaysia - Liputan6.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
September 23, 2011 at 9:02 AM delete

salam sahabat,

Kebanyakan rakyat Malaysia ni pendatang dari seberang...Darah keturunan Jawa, Kampar, Bugis dll...

Dari bagi PR kat Bangla yg suka kacau anak gadis dan bini orang.. Baik bagilah kat Bugis lebih baik.

Sultan Selangor dan Dato Maharajalela pun keturunan Bugis.

wslm

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 10:13 AM delete

Anon 9.02am, betul juga ada point. Tapi kena ingat mereka disini hanya beberapa tahun, patrotisime memang berkurangan. Adakah mereka sanggup berperang dengan negara asal mereka??? Sebaliknya, mereka ini sebagai proxy akan menakluki Malaysia. Ini semua terima kasih kepada parti UMNPORNO!

Reply
avatar
September 23, 2011 at 11:11 AM delete

Sebab PM pun Bugis so orang2 Bugis mesti diramaikan untuk sokong Najib. Itu belum lagi korang check berapa ramai Jawa dirakyatkan oleh Muhyiddin, dia dah lama kumpulkan kaum akar umbinya dari Jawa untuk lawan Najib. Najib nak lawan Jawa2 Muhyiddin di Semenanjung memang susah sebab jawa2 tu dah cukup established, jadi Najib gunakan Sabah untuk meramaikan Bugis. Tapi celah2 tu ada pulak orang UMNO yang meramaikan Bangla, Pakistan, Myanmar, Gurkha. Antara Najib dan Muhyiddin rupanya ada satu lagi elemen dalaman UMNO yang Internationale yang sedia untuk rebut peluang merampas teraju UMNO. Banyak sangat intrigue dalam UMNO habis jahanam negara dibuatnya.

Reply
avatar
rakab
September 23, 2011 at 5:46 PM delete

Yahooooo !!!

Bertambah lagi jumlah bumiputera islam di Malaysia !

Yang takut sangat....Dap!
Jadi gunakan lembu-lembu pkr/pas....ooopss.. {tak termasuk ASD} untuk buat kecoh !!

Psssst,...tapi kenapa 5000 jer,..kan baik genapkan 500000 orang!...boleh hantar ke pulau pinang separuh...kan,kan,kan.
heheheheee...

Reply
avatar
Anonymous
September 25, 2011 at 2:36 PM delete

Woi!! aku pun jawa ok. Jawa, Bugis Banjar atau ape suku sekalipun mereka tetap Melayu Nusantara. Daripada kat Spore, brape ramai China diwarganegarakan utk mengekalkan 15% melayu. Lebih baik kasi melayu dari kasi cina.

MALAYSIA+INDONESIA=Melayu=bersaudara

P/s: Azmin tu pun pendatang jgk. PR x bising pun

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 9:54 AM delete

Assalamualaikum para pembaca,

Isu yg ditonjolkan di atas merupakan isu yg sudah lama bagi masyarakat di Sabah namun baru kini ditimbulkan. Sejak selepas merdeka semasa PBS menjadi pembangkang yang mendapat majoriti sokongan, kerajaan telah lama melancarkan kegiatan sedemikian. Ini adalah untuk memastikan kerajaan mendapat sokongan dari undi di Sabah.

Tawau merupakan salah satu daerah yang menjadi mangsa kebanjiran kaum bugis Indonesia yang mendapat hak sama seperti bumiputera lain serta penduduk awal yang telah lama menghuni daerah tersebut sebelum merdeka lagi. Kerana liputan yang kurang meluas oleh media, perkara ini seolah2 disembunyikan dan penduduk di daerah tersebut terpaksa hidup dikalangan rakyat bugis indonesia dan keturunan2 mereka yg semakin ramai sehingga mereka berjaya memonopoli pelbagai bidang dan mendapat keistimewaan dlm pemilikan tanah persendirian. Kesatuan sesama mereka membantu golongan mereka sendiri dalam peningkatan taraf hidup dan menenggelamkan kaum bumiputra yg lain.

Jika anda datang ke Tawau atau bertemu mana2 org Tawau yg berada di Tanah Semenanjung ini, tanyalah mereka apa kaum mereka. Sudah tentu majoriti yg anda kenali itu adalah bangsa bugis sebagaimana yg dinyatakan dalam artikel di atas kerana mereka telah memonopoli kwsn bandar Tawau serta mendapat hak keistimewaan sebagaimana bumiputra. Inilah kisah sebenarnya dan saya akui kebenaran artikel tersebut dan ini bukan perkara baru. Kaum tersebut telah beranak-pinak dan sehingga kini mereka masih punyai hubungan terdekat dgn keluarga mereka di Indonesia dan sering keluar masuk melalui jalan laut.

tiada isu utk org cina atau india mahupun banjar atau jawa yg telah bertapak sblm kemerdekaan di Malaysia ini. isu skrg adalah rakyat indonesia & filipina yg diberikan hak kerakyatan tersebut scr tidak adil. keturunan org cina & india lebih berhak berbanding rakyat indonesia & filipina.


Luahan anak jati Tawau.

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 4:16 PM delete

anon September 26, 2011 9:54 AM,

apa yang ko dendam sgt dgn orang2 bugis ni? ko mempertikaikan org bugis berpersatuan dan membantu menaikkan ekonomi orang2 bugis?

dan sejak bila pulak orang bugis memonopoli ekonomi bandar tawau>?

boleh ko pertikaikan anak2 bugis dianak tirikan dalam perjawatan kerajaan di sabah?

tapi ko mmg btol2 dengki dgn kejayaan org2 bugis di tawau. bagi la kerakyatan kat cina dan india tu...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive