Tuduhan Liwat :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar

KUALA LUMPUR 19 SEPT: Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan profil DNA yang diperolehi daripada "Lelaki Y" datang dari sel sperma.

Beliau menambah pihak pendakwaan umumnya gagal mempamerkan maklumat dalam laporan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengenai identiti DNA yang disepadankan dengan sampel dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.


Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menimbulkan keraguan dalam kes fitnah liwat kedua hari ini apabila menyatakan bahawa pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan garis panduan ujian DNA yang ditetapkan makmal.

Malah peguam Ram Karpal Singh sekali lagi mencadangkan bahawa mungkin berlaku pencemaran pada sampel yang diujikaji setelah prosedur-prosedur penting tidak diambil kira.

"Tidak ada bukti yang dibentangkan yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat kesimpulan ini. Kita tidak tahu sampel tersebut diambil dari sel mana," katanya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah.

Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful.

Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan.

Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut.

Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut.

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," ujar Brian lagi.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok.

TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
September 20, 2011 at 9:08 AM delete

Ini membuktikan bahawa tahap intelligence dunia barat dalam bidang sains dan intelektual adalah jauh lebih baik dari rakyat malaysia kebanyakkannya. Paling malang hampir keseluruhannya dalam bidang penguatkuasaan di Malaysia.
Mereka tidak mampu membuka minda kerana persekitaran mereka tidak mengalakkan perkembangan minda dan intelektual mahupun kebebasan bercakap dan memberikan pendapat. Faham-faham budaya polis di Malaysia. Rasuah, kroni, 'malas' dan sebagainya.

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 10:15 AM delete

Cara mereka bekerja meletakkan kejujuran dan keadilan ke atas manusia...

Reply
avatar
September 20, 2011 at 10:36 AM delete

Ini menunjukkan praktis yg digunapakai oleh ahli DNA malaysia jauh lebih terkebelakang dari standard antarabangsa. Sijil ISO hanyalah kepada urusan pentadbiran dan rekod tapi sistem pelaksanaan masih lagi pincang. lagipun kalau ketika audit ISO, sijil tetap akan dikjeluarkan walaupun banyak NCR (non-conformance report) ditemui.

Reply
avatar
September 20, 2011 at 11:47 AM delete

Itu ok lagi, baru sat tadi Penguam Bela Negara 2 kita yang disayangi menyoal Pakar DNA. Peguam Bela Negara kita rasa kelayakan Dr. McDonald dah usang dan tidak relevan dengan kemajuan teknologi masa kini. Dr. McDonald lulus Ujian Forensik DNA pada tahun 1992. Hebat peguam negara kita...syabas. mesti Karpal Singh dan anaknya pening dengan point ini. Begitulah pandangan beliau kot. Mungkin Peguam Negara kita dah lupa kot, beliau menghabiskan LLB pada tahun 1981...lebih lama dari Dr. Mcdonald. Bagaimana kelayakan dia yang lebih lama dari MCDonald boleh diterima? Bukan usang je, mungkin dah dimakan anai anai terus. Mudah Lupa...

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 12:18 PM delete

leftbrain

den kasihan kat kamu sampai bgtu skali kamu berpikir dgn otak kiri kamu yg kreatif sgt tu

Reply
avatar
September 20, 2011 at 12:59 PM delete

allo mangkok anon 12:18,

baru bgn tido ke?

satu komen berapa upah?

takat laa ni baru 3 posting ko komen...

mana cukup...

menyalak la kuat lagi...

kah!kah!kah!

orang macam lu memang bangang

nak menyamar jadi anon pon kantoi...

kah!kah!kah!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive