Tuduhan Liwat : Pendakwaraya buat kerja gila..

KUALA LUMPUR: Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.


“Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

“Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai,” kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.

Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.

Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.

Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.

Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

“Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

“Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

“Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.

Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang


http://www.keadilandaily.com/?p=20615

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Akula
September 20, 2011 at 3:23 PM delete

Salam sume,


alang2 nk temberang,
baik kabor 100hari terus drp
100jam jer..

malaysia buleh kan!!


sengal buih btOl ar...

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 4:41 PM delete

Aiyooo Yusoff ooi, cabar lah McD tu berkenaan telahan yg dia buat keatas DNA, alasan dia yg DNA tu tercemar dan tak lagi valid.Bukan kes2 dia yg lalu, kerja2 dia yg lalu, kelulusan dia dan yg pi bawa journal thai tu apa hal??bawa lah penterjemah sekali...bodoh macam ni pun boleh dpt datuk ke????

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 6:10 PM delete

kahkahkah...

ahli sains yang bukan pakar dna !!
Anwar kantoi lagi....

kelayakan saksi pembelaan dipertikaikan.....keterangannya pernah ditolak oleh mahkamah brunei kerana pengetahuannya dalam bidang DNA diragui !

kahkahkah..memalukan!

Reply
avatar
September 20, 2011 at 7:56 PM delete

laaaaku ingatkan McDonald's ni pakaryang buat ujian DNA . Rupanya penilai makmal untuk sijil ISO17025. Boleh ajak sembang jer lah . Kelayakan pun tahun 1992. Ujian terakhir yang dia buat tahun 2004. Tu pun mengaku sebahagian jer . Kangaroo expired rupanya ...

pssssssst : Petang tadi dia mengaku DNA tahan sampai 113jam. kat kampung aku pun ada McDonald's yang macam ni ...ingatkan Big Mac rupanya Kentang Goreng jer.hehhhe

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 8:50 PM delete

Kah..Kah...kah..pelik betul aku dengan macai rakab ngan PenganutPas nie...bodoh tahap dewa..klu aku yg x tau apa pun pasal DNA pun aku x nak ngaku..psal aku x paham itu bahasa Thai......bongok la hangpa woiii...putaq beliq alam pun agak2x aaaa.......

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 11:16 PM delete

ooii! lembu 8.50,

kau nih memang bodoh tujuh keturunan !

Soal journal dalam bahasa thai tu satu perkara.

yang aku dan penganut pas cakap nih ,...berdasarkan perkara yang lain !!

Lain kali dapatkan maklumat dulu baru komen,..musibat !!.

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 8:10 AM delete

Lembu panggil orang lain lembu?? OOoi rakab,hang ni toya lah!
yusoff begok tu tak ada point nak matikan keterangan McD yg menolak secara logik dan saintifik kononnya bukti dr sial bagi kat mahkamah...jadi terpaksalah dia pusing dan spin tentang kelayakan McD...dia tanya soalan macam pengawas sekolah tanya soalan lah ooi. Bodoh punya pecacai umno.

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 9:58 AM delete

aku terfikir. makin lama makin bodoh pulak aku tengok parti umno ni. kenapalah orang masih nak bersama dengan umno yang banggang ni.bukan saja penyokongnya bodoh malah sampai pemimpinnya pun bodoh.busuk hati perut. dengki. fitnah. cantas sana cantas sini.bolot kekayaan. mengampu. bila aku fikir mendalam aku dapat satu kesimpulan. "padanlah melayu tak boleh berniaga" lagi satu aku nak tanya. sejak bila mamak jadi melayu? adakah sebab mamak itu bijak manipulasi atau umno yang memang bodoh? kesian melayu. dulu kini dan selamanya. Jom ubah!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive