Tuduhan Liwat : Jelaskan pertemuan dengan Saiful kata Anwar kepada Najib

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat.


Anwar juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang.

Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini.

"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.

Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya.

"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah.

"Kami kata ia penting," kata Sankara.

Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
PengikutPenganutPAS
September 28, 2011 at 6:11 PM delete

cm ne le najib n rosmah nak gi makama. . nanti le kan, silap ari bulan termengaku yg bebenonya depa yg dok 'tarok dan tutoq' lubang juboq saiful bukan anwar

tak pasal pasal tamba srabot pale hakim tu pulak da

tunggu je le keputusan samada depa kena gi ke tak makama tu ye. . hehehe

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 9:19 PM delete

Klu Najib tk prgi mahkamah, bukan shj rakyat M'sia akn menilai malah 1 dunia akn berasa pelik & hairan krn beliau pernah brtemu Saiful buntut sblm tuduhan liwat d LAKSANAKAN.... kan.. kan..

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:22 PM delete

Najib mana paham SEPINA, dia tanya Rosmah SEPINA tu apa? Rosmah jawab SPIN Ar tak kan ayang tak tau? Macam ni...Rosmah memutarkan jari telunjuk kanannya kedalam tangan kirinya, baru Najib faham, Ohhhh1 macam tu barulah abang faham! Besok Najib dan Rosmah akan tunjukkan pada kita semua apa itu SPIN Ar!

Reply
avatar
BOMBO
September 28, 2011 at 9:29 PM delete

najib kata tak takut anuar baru diarah tanya apa sayfool buat jumpa najib dah tak boleh jawab kalau takut jawab biar Bik ma jawab apakah tahap SPM3 juga mcm rakab

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:57 PM delete

"SAYA TAK TAKUT DENGAN ANWAR.SAYA PERDANA MENTERI. NANTI ADA ORANG YANG DEMAM..."

kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!

mana pencacai ni...

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 10:43 PM delete

silap najib satu, dia datang semasa temu bual saksi.. ini bermakna dia terlibat.. kalau tak terlibat dia pasti tak datang ..

dan keterangan saifool dlm mahkamah mengatakan dia jumpa najib..

dan kalau najib tak sanggup jd saksi maka dia akan disangka berkonspirasi..

nasihat aku ... dapatkan pulak pengalaman naik tongkang tengah malam ...

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 10:49 PM delete

Najib hanya menggunakan haknya mengikut peruntukan undang-undang.
Terpulanglah kepada keputusan hakim.

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 9:03 AM delete

peruntukkan undang2?
sudahlah rakab oooi.......
jgn merepek lagi...
hujah bahalol...
jgn tunjuk kebodohan....

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 9:37 AM delete

"woii rakap aku bayar hang mahal2 takat tu jer ko boleh cover aku dgn bini aku...tiu lu la rakap"

rosmah

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 29, 2011 at 10:25 AM delete

betol jugak ckp FMZam tu ye. . najib mana le faham sepina. . kalau althantuya ke, ziana zain ke bru le dia faham kan kan3 hehehe

Reply
avatar
rakab
September 29, 2011 at 2:18 PM delete

hek'eleh!...Anwar sendiri tak berani disoal balas !!

Nak soal Najib pulak!..poooorahh!!!

Hangpa semua tak boleh pikiaq ke?

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 29, 2011 at 3:23 PM delete

alahaiiii najib pun buat cam tu jugak tau. . bole disoal, ape soklan pun no problemo punye la tapi tak dibalas (dijwb) le. . hehehe

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 8:10 PM delete

Lu ni confirm bongok la rakab!!

Skrng ni najis ngan Anwar dalam 2 situasi berbeza. Sorang tertuduh dan sorang la Menuduh.

Yang tertuduh tue dia perlu la membela diri dia. dalam kes nie dia memilih jalan utk tidak disoal balas (haha...senang dia nak perati tindak tanduk bangsat UmPorNO).

Masalahnya yg menuduh tue nak takut apahal???..Apahal laki bini nie menggelabah sangat....

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 8:15 PM delete

Aku perhatikan rakab ni sokong UmPorNO membabi buta..ka dia nie memang betul2x Ba** tuttttttt...

maaf lah rakab..ko yg letak level diri ko mcm tue. Nak suh org pikiaq..tapi diri sendiri lagi teruk.....

Reply
avatar
rakab
September 29, 2011 at 10:35 PM delete

non 8.15,

Kau fikir kenapa aku masuk blog ni ?!..Adakah kerana disini ramai cendakiawan ?!..atau terdapat banyak tesis-tesis yang hebat disini ?!
Tak perlulah kau nak meletakkan level untuk aku,..sebaliknya kau nilaikanlah serendah mana sebenarnya tahap pemikiran kau.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive