Tuduhan Liwat : DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.


Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: “Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.43 pagi: Pengarah Biro Undang-undang KEADILAN, Latheefah Koya tiba di mahkamah.

10.52 pagi: Yusof bertanya soalan-soalan teknikal kepada Dr Brian tetapi Yusof hanya mahukan jawapan-jawapan ringkas dari Dr Brian yang menyokongnya.

“Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan awak sahaja,” kata Yusof.

11.01 pagi: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?” tanya Yusof.

“DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas,” kata Dr Brian.

11.05 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit



http://www.keadilandaily.com/?p=20658

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
September 21, 2011 at 11:11 PM delete

11.10 pagi: Yusuf: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?”

Dr. Brain: “DNA itu tidak dapat dipastikan samada daripada air mani dari pengadu dari putik kapas,” kata Dr Mc Donald.

11.14 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

dari versi Keadilan Daily
11.40 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Mc Donald kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Mc Donald tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Mc Donald memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12.15 tengahari: Mahkamah berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

2.25 petang: Mahkamah kembali bersidang dan pihak pendakwa Yusof menyambung sesi soal balas.

2:30 Perbicaraan disambung semula pada sesi petang ini dengan Dr McDonald kembali di dalam kandang saksi untuk sesi soalbalas daripada pihak pendakwa.

2:32 Yusof mengulangi pertayaan kepada Dr McDonald, di mana semasa di mahkamah transkrip Dr Seah berkata makmal PJ telah ditauliahkan ISO 17025

2: 35 Dr McDonald menunjuk kepada mahkamah seksyen untuk meminta salinan transkrip


2:39 Dr McDonald berkata beliau mengandaikan Dr Seah telah merujuk kepada ISO 17025 yang mana standard antarabangsa untuk makmal patologi forensik.

2:43 Yusof berkata, Dr Seah tidak pernah berkata dengan secara langsung, ia mungkin boleh jadi ISO lain seperti standard ISO 9000

2:53 Yusof berkata, ISO 17025 tidak menunjukkan satu piawaian yang sempurna sambil menunjukkan kepada Dr McDonald dokumen yang dicetak bagi mengukuhkan pendapat beliau

2:57 Yusof berpendapat bahawa untuk memenuhi keperluan forensik, tidak memerlukan ISO 17025.

Dr McDonald tidak berapa bersetuju

3:07 Yusof mempersoalkan kembali analisis DNA,beliau meminta McDonald menerangkan pendapatnya terhadap kaedah ujian Dr Seah.

3:11 McDonald berkata ia adalah kerana dia tidak membuat slaid selepas
differential extraction process

3.50 petang: Yusof selesai menyoal balas.

3.55 petang: Mahkamah ditangguhkan ke esok jam 9 pagi.

Reply
avatar
September 21, 2011 at 11:41 PM delete

pPAS,

Aku hanya perlu baca ayat terakhir posting kau tu dan bersyukur yang esok masih ada untuk Anwar. Aku doakan kau dipanjangkan umur untuk hidup esok dan sehingga hati kau puas melihat Anwar dihumban kedalam penjara supaya kau tidak mati dengan berputih mata. Insya Allah!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive