Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’ kerana propaganda UMNO.



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan hukum hudud itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.


Punca sebenar ramai bukan Islam mempunyai perasaan takut kepada Hukum Hudud ialah kerana mereka tidak pernah diberitahu secara jelas akan perlaksanaan hukum Hudud itu, apa yang mereka tahu ialah jika didapati bersalah kerana mencuri hukumnya adalah potong tangan.. itu sahaja yang mereka faham.

Kerana itu adalah antara propaganda UMNO yang sering dimainkan dikampung-kampung bagi menakutkan bukan sahaja golongan bukan Islam malah ummat Islam sendiri.

Antara ayat yang sering digunapakai oleh perayu undi UMNO ialah.. kalau PAS berkuasa habislah tangan kena potong.. tetapi mereka tidak pernah menerangkan apakah sebabnya tangan dipotong atau untuk kesalahan yang keberapa kalikah tangan akan dipotong.

Ada juga yang terlebih kurang ajar mengatakan.. kalau nak makan sup kaki dan tangan silalah ke Kelantan yang dikuasai oleh PAS.

Perlu diakui ramai juga ummat Islam yang terpengaruh dengan propaganda bodoh UMNO itu, bukan sahaja warga emas malah golongan remaja yang jauh dari acess internet juga percaya dan kurang pengetahuan agama..


Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’
Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 25 Sept: PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.

“Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.

“Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.

“Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan,” ujarnya.

Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa dukacita hingga sekarang masih belum dapat melaksanakan undang-undang tersebut kerana halangan kerajaan pusat.

Katanya, “amaran” kerajaan pusat akan bertindak jika kerajaan negeri melaksanakan perundangan hudud di Kelantan.

“Bila kita (PAS) buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup (Tun DR Mahathir) sekarang ini beri “Amaran” dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.

“Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah “mageran”. Dia bakar tayar, dia bakar bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia ‘rampas’ semua kerajaan Kelantan.

“Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia (pusat) buat pula kali kedua di Kelantan.

“Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Mejar Zainal
September 26, 2011 at 8:33 AM delete

Nak tentang hukum hudud sgt ni knp? dah tentu hukum hudud yg nak dilaksanakan digunapakai dlm mahkamah syariah je...yang bukan Islam mana ada kena mengena dgn mahkamah syariah.

TERUSKAN JE PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DALAM SISTEM MAHKAMAH SYARIAH NI... ALLAHUAKHBAR

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 9:02 AM delete

Mat monggol memang takut sebab dia kuat memburit...
dah murtad ke mat monggol?

Reply
avatar
September 26, 2011 at 9:08 AM delete

Selagi ada demokrasi di Malaysia selagi itu Hudud tak kan ada selagi ada MCA, Gerakan, MIC, Hindraf dan DAP, selagi ada parti2 selain UMNO, PAS dan PKR. Dan selagi UMNO terpaksa bergabung dengan "sahabat2nya", PAS terpaksa bergabung dengan "sahabat2nya". Selagi UMNO, PAS dan PKR tidak bergabung, selagi itu tidak ada Hudud, tidak ada negara Islam Malaysia! Selagi ada demokrasi, Malaysia yang sekarang dibawah BN adalah negara "separuh Islam" dan tetap akan jadi negara separuh Islam walau dibawah PR. Selagi ada demokrasi, entah bila negara Islam akan jadi kenyataan di Malaysia!

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 26, 2011 at 10:15 AM delete

hukum hudud akan ditentang habis-habisan ole amno-apco. . rakab dan PenganutPAS juga akan menentang hukum hudud habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir disebbkan oleh habuan yg di trima dri amno-apco.

pelbagai alasan diberikan oleh amno-apco, rakab dan PenganutPAS untuk tidak menyokong dan untuk tidak melaksanakan hukum hudud.

org yg mengaku beragama Islam ini bukan sahaja "mengharamkan" hukum hudud malah "menentang dan melaga-lagakan" org Islam yang hendak hukum hudud dgn org bukan Islam.

mereka fikir dgn menentang hukum hudud ini mereka akan trus berkuasa, berkuasa untuk selama-lamanya. . sesungguhnya Allah lah yg lebih maha berkuasa. .

yakin dan percayalah, tiada sesiapa yg akan rugi seandainya dilaksanakan hukum hudud. . malah smuanya akan beruntung dan beroleh kejayaan. . kerana ianya hukum Allah s.w.t.

renungkan la, fikirkan lah. . . istighfar la banyak2, moga Allah mengampuni dosa kita. . memberi kita petunjuk ke jalan yang lurus dan benar serta memberi taufiq dan hidayah. . .

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 11:12 AM delete

Hukum Hudud adalah hukum yg telah di tentukan oleh Allah swt supaya dapat di laksanakan di bumiNya, menentang hukum Hudud samalah ertinya menentang Allah SWT sdgkan kita adalah manusia ciptaan Allah yg akan kembali kpd nya walaupun usia kita sepanjang zaman, masa itu lah org2 yg menentang hukum hudud ni akan menerima balasan nya org2 kafir tu sudah pasti lah akan di humbankan ke NERAKA Allah sbb memang tak beriman pun tp yg sedih yg mengaku beriman kpd Allah swt pun menentangnya.dan yg menentang nya adalah golongan yg byk buat maksiat kpd Allah jadi sbb itu mrk takut kalau hudud di laksanakabn krn akan terkena btg hidung mrk. ...Nauzzubillahil a'zim.

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 3:35 PM delete

Baru kali pertama aku baca komen yang cerdik dan rasional dari FMZam!
Syabas !!

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 3:58 PM delete

Boleh di laksanakan hukum hudud di Malaysia ni!

Tetapi syaratnya umat Islam haruslah menunjukkan keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan bersama.

Janganlah semua perkara hendak dipolitikkan. Mengapa Nik Aziz mengumumkan perkara ini ketika PRu13 sudah hampir tiba ?

Sedangkan isu negara Islam sudah digugurkan oleh parti Pas sendiri ketika muktamar yang lalu.

Dalam buku jingga yang telah disepakati oleh pakatan rakyat juga tidak disebut pun tentang perlaksanaan hudud!

Sudah tentu semua pihak mentafsirkan tindakan terbaru
Nik Aziz itu atas kepentingan politik pilihanraya semata-mata.

Janganlah salahkan Umno!....sebaliknya salahkan Nik Aziz yang gopoh dan suka membuat keputusan sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 4:31 PM delete

Ini isu hudud bukan negara islam...
usaha untuk melaksanakan hudud di Kelantan bukan M'sia.....
anak sapa yang bangang ni....rakab ke?
Rakab bukan bangang tapi bahalol juga...
kah...kah...kah...

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 11:10 PM delete

Bodoh,..kalau negara kafir boleh buat hudud ke?..tentulah negara Islam!....

Kelantan tu bukan dalam persekutuan Malaysia ke?...Kelantan tu bukan dibawah perlembagaan Malaysia ke??

bangang!!..

bapok 4.31,...hujah kau tahap jamban!!

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 27, 2011 at 12:39 AM delete

FMzam,

Akp bagi "A" kat komen kau 9.08am tu..hukum hudud hanya didendangkan bila deeeekaaatnya pilihanraya aje..bila dah menang sunyi sepi seketika..selalu dengar alasannya bila ditanya.."masih dalam proses" atau macam hujah2 pemimpin geng of PR di blog zul kulim..visit tengok..

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 8:57 AM delete

Hujah bodoh seorang pukimak Rakab,
kalau Msia negara islam kenapa tiada usaha nak dilaksanakan?
Kelantan usaha nak laksanakan kenapa tak dibantu kalau Msia negara islam?
Otak penuh dgn taik...
otak penuh mani najib...
otak penuh dgn nasi kankang mah janda....
kah...kah...kah

Reply
avatar
September 27, 2011 at 9:08 AM delete

Cayalah FMZAM . Tabikkk .

Meja Zainal .... sebab nak lasanakan dalam mahkamah syariah jer lah kita kena tentang . Hudud untuk orang islam sahaja . Orang kafir hukuman lain . Ni ajaran sesat yang nik aziz bawak ni lah yang kita kena tentang. Allah dah firmankan hudud untuk semua orang , orang kafir jugak kena turut dan patuh . surah : At-Taubah (9):33 .

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 9:10 AM delete

Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya.

Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan.
Renung2kan lah

Reply
avatar
Anonymous
October 8, 2011 at 3:45 AM delete

ape aku rase...penulis blog ni tolongla ko jelaskan ape itu HUDUD sebenar ikut tafsiran ko panjang lebar...nk jgk aku tahu n dgr..lg bagus klo nik aziz bole jelaskan dlm harakah panjang lebar berkenaan HUDUD n camne nk laksanakan..supaya org tak alim ni bole paham ngan org alim mcm korang...terangkan mcm mane ko nk laksanakan kt Malaysia ni satu persatu.ini ko duk ckp kerajaan aka UMNO tolak HUDUD.ko ckp UMNO takut2kan org dgn HUDUD.yg lain aku komen kemudian....nk dgr dr pembangkang ni..jelaskan dulu.sebab aku xpenah dgr..org khalwat xdihukum....org mencuri pon dihukum...org membunuh pon dihukum...xpnh dgr dieorg tak dihukum n bebas.ni sy yg kurang arif n alim pon nk tahu...klo org bukan islam bunuh org islam...nk pakai hukuman mcm mane?klo org bukan islam g curi umah org islam...nk pakai hukuman mcm mane?klo org bukan islam rogol org islam...nk pakai hukuman mcm mane?..ni xleh piki sendiri

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive