Semalam Najib kata Kerajaan tidak tahu nak menipu rakyat.. tapi hari ini rakyat dah kena tipu..

Baru semalam Najib berkata Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Tetapi hari ini Najib telah membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh UMNO adalah bijak dalam menipu rakyat bilamana pada sambutan hari Malaysia yang lalu beliau sendiri telah mengumumkan akan pemansuhan ISA..


Tetapi hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Kalau bukan menipu.. apa namanya tu?


Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.


Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

Katanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
September 21, 2011 at 11:43 AM delete

Ini bukan tipu.

Ini panggil kelentong.

Bagi pencacai UMNO, tabiat tipu menipu sesama sendiri adalah perkara lazim.

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 21, 2011 at 12:00 PM delete

Berulang2 kali telah aku cakap...perangai Najib ni sebijik mcm George W.Bush...kalau buka mulut berjanji atau bercakap...confirm menipu. Bukan sekali dua dia buat mcm tu...sejak zaman dia jadi Ketua Pemuda umNO lagi...

Tengok mata dia semalam, masa dia keluarkan kenyataan kerajan tidak pernah menipu rakyat...meliar semacam. Tu maknanya tengah menipu lah tu...

Reply
avatar
ansistsu
September 21, 2011 at 12:00 PM delete

tak tahu nak tipu rakyat???tue dah menipu.......

Khas Untuk FB/BLog :
[Klik Sini]Jana Pendapatan Online PERCUMA [Dibayar Dalam USD]

Reply
avatar
Tokwan Pencen
September 21, 2011 at 12:02 PM delete

Didunia pusinglah apa saja selagi kamu dipinjamkan sedikit kuasa, di Ahkirat kantoi depan ALLAH.

Reply
avatar
rakab
September 21, 2011 at 2:33 PM delete

najib cakap dalam akta baru nanti,..tahanan tidak akan ditahan sehingga 60 hari..

nazri pulak cakap orang yang disyaki akan ditahan reman selama 14 hari saja...

betullah tuh....cakap mereka selari!...mana ada tipu !!

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 21, 2011 at 3:13 PM delete

betol le cakap rakab tu. . dia (rakab) bagi mak bapak dan anak bini dia makan hasil duit keje2 fitnah ni le. . kalau tak, dia (rakab) kena bagi mak bapak dan anak bini dia makan sisa makanan babi dan anjing. .
betullah tuh. . rakab mana pena tipu kan kan3. . hehehe

Reply
avatar
rakab
September 21, 2011 at 6:34 PM delete

triple P,

Apa yang kau mengarut nih...

Lain kali sebelum komen,...makan ubat dulu laa..!!

terok sakit kau nih!

Reply
avatar
September 21, 2011 at 10:41 PM delete

cayalah nazri . akta pencegahan memang perlu pun . sapa yang tak suka , boleh pegi jadi warga s'pore , uk atau amerika.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive