S Class KCX 8, Jawapan buat Pencacai UMNO.

Buat blogger pro UMNO yang mendakwa kereta ini MILIK Ustaz Azizan.. sila baca dan fahamkan..



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.


“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8.


Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

17 comments

comments
September 20, 2011 at 3:21 PM delete

diharap papagomo ada baca sinar harian....tak habih2 dok wat pitnah kt MB aku yg sorang ni...

Reply
avatar
September 20, 2011 at 3:36 PM delete

Semasa isu cincin rosmah 24 juta..cikgu bad kata, dia tak fitnah, dia tanya sahaja.

Aku rasa papagomo pun buat alasan yang sama.

Bukankah kedua dua mereka 'dibayar' untuk buat kerja??? Makin besar isu, makin besar 'payment'.

aku tak tuduh, tak fitnah, aku tanya sahaja..

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 20, 2011 at 3:38 PM delete

Apa guna papagomo dibayar sebulan sampai RM8,000, kalau tak buat kerja2 fitnah...

Reply
avatar
September 20, 2011 at 4:48 PM delete

Kerajaan Kedah beli satu Merc itu semua atas qada dan kadar Allah SWT. Kerajaan UMNO beli berpuluh2 Merc itu lagilah atas qada dan kadar Allah SWT. Papagomo dapat ribu2 sebulan hidup buat kerja memfitnah pun atas qada dan kadar Allah SWT yang mengizinkan nya. Kluangman yang dapat ciput jadi blogger murahan UMNO tu pun patut bersyukur yang kamu pun boleh jugak hidup dengan berkat qada dan kadar yang ditentukan Allah SWT walaupun sedikit. Betul tak AKP?

Reply
avatar
pokku(putrajaya)
September 20, 2011 at 4:52 PM delete

Papagomo dia gomo belako janji fitnah dia nampak real...tapi idea macam mangkuk!

Reply
avatar
September 20, 2011 at 5:05 PM delete

wooi bodoh kluangman, kat klunag tu tak tengok ke baru 1 penggal jadi ketua bahagian je dah pakai merc baru, tak korek pulak

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 6:00 PM delete

dah tentu aku percaya ustaz zizan dari anwar...

Reply
avatar
September 20, 2011 at 7:47 PM delete

Tulah selama ni syok sangat dok mengata orang , kena batang hidung sendiri baru tau gelabah .....

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 8:40 PM delete

Hat kami mengata mmg betui2x kejadian...rumah banglo bertingkat2x...takat baru nek mercedes pun hangpa dah gelabah..aii...hangpa dah p rumah dia ka?..Alhamdulillah..inilah pemimpin yg kita cari...boleh duduk sama rendah..berdiri sama tinggi dengan dia...p la berkenal rapat dengan ustaz...klu pemimpin haramjadah UmNO...rumah ngan pintu pagar...jauh beratus meter ke kilometer lah..tgk tiang rumah hat besaq dua tiga pemeluk pun dah rasa rendah diri nak p dekat....org mcm tue ka nak jaga kebajikan kita??? hat tuiiii....cakap boleh laaaaa.....

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 10:24 PM delete

FMZam..

Komen anda yg terbaik...

Najib dan Umno/BN tewas PRU13..

Ini semua Qada & Qadar juga..

KluangMan, PenganutPas, rakab BODOH..

Itu semua Qada & Qadar...

hehehehe...


UMNO BODOH

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 11:06 PM delete

bloody fool 10.24,

komen penganut pas dan kluangman tepat dan benar !

selalu mengata pemimpin Umno,..sekarang kena puak sendiri!....macammana rasa ?.


pkr bangang....kihkihkih..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 21, 2011 at 12:39 AM delete

FMzam,

Betul FMzam..setiap yg berlaku adalah kehendak qada & qadar Allah SWT..kalaulah aku minta FMzam berdiri tengah jalan yg sibuk..bila lori datang jangan lari..biarkan...boleh ke buat?..kau ada faham betul erti qada & qadar..jangan main2 dengan rukun iman..nanti kau termenung seorang diri.

Reply
avatar
September 21, 2011 at 1:03 AM delete

AKP,

Kan kau yang ngajar qada dan kadar, kenapa sekarang kau tak terima bila aku pulak cakap qada dan kadar? Kau boleh pilih2 pulak qada dan kadar mana yang kau suka? Kau akan termenunglah lama2 bila aku berdiri di tengah2 jalan yang sibuk tapi yang kena langgar lori ialah kau yang sedang tidur di rumah! Itu pun qada dan kadar Allah SWT jugak AKP.

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 8:04 AM delete

oooi rakab, british celup.
hang ni cukup fobia dengan anwar...tiap2 malam hang dok mimpi dia balun hang ke ooi?

Reply
avatar
Tokwan Pencen
September 21, 2011 at 12:23 PM delete

UMNO pimpinan Mat Basah d Kedah sudah takde "modaiiii" nak main isu politik penyelewengan wang rakyat, maka carilah isu beli kereta.
Teruk & hodoh sungguh UMNO Kedah.
Pemikiran singkat pemimpin2 UMNO Kedah.

Reply
avatar
rakab
September 21, 2011 at 3:11 PM delete

anon 8.04,

dak aiihk!...anwar cuma balon ahli pkr jer...

kehkehkeh...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive