Pagar Rumah Mat Sabu pulak menjadi mangsa keganasan mereka..

Minggu lepas Rumah Mat Sabu yang kosong di Guar Petai diserbu pada waktu malam oleh pencacai UMNO yang membawa sekumpulan wartawan kononnya untuk menyerahkan memorandum tentang Mat Indera- sila baca di SINI

12 tengah malam semalam pula pagar rumah Mat Sabu di Shah Alam pula menjadi mangsa.. kesian kat pagar tu apa salah yang dilakukannya entahlah, tak pasal-pasal kena bakar..


Yang menariknya ketika kerja-kerja menyiram minyak petrol keatas pagar itu dijalankan untuk dibakar, lampu jalan seolah-olah merestui tindakan itu bila ianya turut memadamkan diri..

Terima kasih Pak Bakar Penarik Beca atas info.. bawah ni berita dari Malaysiakini


Rumah Mat Sabu dilempar bom petrol

Kediaman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dilempar bom petrol pada 12.30 tengah malam tadi, kata pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin.

Sementara isteri Mohamad memberitahu Malaysiakini, dalam kejadian itu, pagar rumahnya terbakar.

Bagaimanapun beliau tiada maklumat terperinci kerana berada di kampungnya di Perlis. Mohamad pula tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa beliau menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
September 20, 2011 at 12:05 PM delete

"...jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

... klu jumpa org ni, jgn serah dkt Polis dulu. Tangkap dulu utk buat kenduri. Mulai skrg kena kesan org ni.

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 12:18 PM delete

begitulah org2 umngok membuktikan kengokkannya apabila kalah berhujah. ini jelas menunjukkan bahawa umngok ini adalah organisasi petualang bangsa yang ekstrimis dan selayaknya dinyahkan dari mentadbir negara yang tercinta.

semoga Allah memperkenankan doa2 dari pejuang dan pencinta islam di mana sahaja mereka berada, supaya islam benar2 diangkat dan ditempat dikedudukan yang sepatutnya. amin.

Reply
avatar
September 20, 2011 at 12:22 PM delete

Kenapa baling bom kat pagar, kenapa tak baling terus ke rumah biar terbakar? Itulah logiknya cara pengugut buat ugutan, takutkan sedikit demi sedikit sebelum melakukan tindakan seterusnya dan tindakan terakhir. Lepas ni kita akan dengar UMNO kata itu lakonan PAS untuk mendapat perhatian rakyat dan menyemai rasa benci rakyat kepada UMNO. Kita akan dengar macam2 spekulasi dari UMNO menterbalikkan kesangsian kepada PAS. Yang kita tak dengar dan lihat ialah polis menjalankan siasatan, sebab yang kena ugut tu asal bukan UMNO polis tak perlu buat siasatan. Jadi kita tunggu ajelah bila qada dan kadar Allah SWT berlaku kepada orang2 UMNO/BN maka barulah polis akan buat siasatan.

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 12:36 PM delete

tu dia tn hAkim FMZam dah bg ulasan yg padu dan jitu

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 20, 2011 at 2:37 PM delete

aku yakin dan percaya skrip amno-apco mcm kt bawa ni la. . sbbnya sudah nyata jelas terang lagi bersuluh iaitu kalau kena kat puak2 pr, mesti kes aniaya diri sendiri:-
alahaiiiiiiii mat sabu. . satu dunia da tau da la, kao sendiri yang bako paga ruma kao tu. . iyeee la, kao saje nk tamba2kan gleme diri kao tu kan kan3. . juga nk dapat publisiti murahan supaya org simpati kt kao dn parti kao so pilhanraya nnti bole le undi pr tanda simpati, belas ehsan dan kasihan. .

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 2:28 PM delete

Masih ramai ke lagi orang menyokong umno, parti yg sangat menjijikkan ini.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive