Rais Yatim kata Video Clip 'Undilah' tak disenangi segolongan masyarakat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

Tidak disenangi segolongan masyarakat? Masyarakat mana yang Rais maksudkan itu?? sudah tentulah golongan masyarakat dari UMNO.. baik pemimpin mahupun pencacai..


Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais

KAMPUNG GAJAH, 29 Sept – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,”katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata klip video itu belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.

“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut,” kata SKMM.

Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF untuk ditayangkan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu — satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

Hujung minggu lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa bahan terbitan Teo dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan mesej Tengku Razaleigh yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.

Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno dan Ketua Pemuda MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri Umno.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
PengikutPenganutPAS
September 29, 2011 at 6:47 PM delete

the best and the funniest joke in the world. . hahaha hihihi huhuhu

Reply
avatar
September 29, 2011 at 7:08 PM delete

nak heran apa sebahagian orang tak suka dengan klip video tu.engkau rais pun sebahagian besar orang tak suka,macam tu juga ngan najib,mahyuddin,hishamuddin dan lain2 pemimpin bn pun sebahagian rakyat malasia tak suka.tak kan hal macam ni pun tak tau nak calculate,bangang punya standard.

Reply
avatar
bunbinban
September 29, 2011 at 8:07 PM delete

lantak lu la rais. lu pun bkn semua org suka dan patutnya lu tak yah tunjuk muka kat tv la bodoh sbb lu tak semua org suka la bodoh. SKMM patut tarik blk rais ni dr kuar tv. lu kompem bodoh la rais

Reply
avatar
September 29, 2011 at 8:29 PM delete

Bila Menteri Perogolan buat statement aje mesti statement bodoh, dia memang sengaja buat statement bodoh sebab dia dapat elaun bodoh tiap2 bulan, serope je ngan pencacai2 UMNO yang masuk blog sebab dapat elaun bodoh. Kalau nak sangat ikut pendapat apa tak minta rakyat buat undi biar rakyat tentukan mana lebih besar suara majoriti ke atau suara segolongan masyarakat? Segolongan masyarakat perogol!

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 8:30 PM delete

tak disenangi rakyat?
klip tu tak ada gambar amah yg dirogol...
tu sebabnya dia meroyan...

Reply
avatar
BOMBO
September 29, 2011 at 9:05 PM delete

Sudahlah anak yatim kau pegang mandat jd menteri sejak aku budak masih main dlm longkang lagi takkan aku dah tua ni kau masih jd menteri,apa dah tak ada gradu Phd/master/deg nak ganti kau,memang bodoh bila anak yatim berhujah mcm berok dpt bendera,itukah tahap menteri yg ada dlm malasia kau kata cerdik....style agogo takkan kau nak bawa twist rap,bodo punya pemuja juboq...mcm rakab dd dia tahu tahap dia hanya SPM3 lepasni dia bagi can org lain bukan mcm anak yatim entot2 ni mabuk kuasa..

Reply
avatar
September 29, 2011 at 9:06 PM delete

lagi teruk bila pakatan rakyat arahkan pemimpin mereka KUNCI MULUT sebelum mesyuarat pasal Hudud .

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 29, 2011 at 9:46 PM delete

Memang patut kena haram pun...sebab ada org2 politik didalam video clip, ada pulak yg pegang jawatan MP dan wakil rakyat dari parti2 di Malaysia, jika dibiarkan maka sikit sebanyak menjadi kempen utk ahli2 politik yg terlibat dlm video tersebut...

Sepatut video clip "Undilah" kena bersih dari org2 yg terlibat dlm politik Malaysia..ia harus ada pelakon2 segenap lapisan masyarakat Malaysia yg sudah layak mengundi...depa2 nie terdiri dari masyarakat kampong hinggalah masyarakat bandar metropolitan..dari yg kerja petani hingga yg berjaya dalam kerjayanya sebagai petani...dari peniaga kecil2lan hingga yg berjaya bisnesnya tahap global...dan banyak lagi lapisan masyarakat..baru ia menunjuk bahawa semua rakyat ada hak mengundi dan ia adalah "kuasa rakyat" sebenar yg akan menentukan parti mana yg akan diundi...betul dak?

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 10:41 PM delete

LPF tolak kpd KDN & KDN tolak kpd SKMM... lalu buat jolokan maut terus kpd LPF.. malang sekali.. tergolek sendiri

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 30, 2011 at 8:12 AM delete

Boleh Dato'Seri Utama jelaskan golongan mana yang tidak senang dgn video clip 'Undilah' tu..??

Saya tengok video tu, takde satu babak pun yg boleh menyinggung mana2 pihak.Video tu sgt nutral, tak berpihak pada mana2 parti politik. Salah ke buat kempen menggalakkan generasi muda utk mengundi?

Pada pandangan saya, atas kejumudan dan kedangkalan cara berfikir Dato' Seri Utama, sukacita mimaklumkan Dato' Seri amat2 tidak layak utk dianugerahkan PhD.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 8:38 AM delete

baru 4 minit punya klip video.. tu jauh lg dr pengertian kebebasan media.., dah kena 'gam' (tak lulus)

sepatutnya klip video ini menjadi satu langkah yg positif sbg langkah awal keterbukaan kjaan..

dlm klip ini kedua dua pihak mendapat perhatian yg saksama.. pembaharuan spt ini lah amat di takuti oleh bee end..

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 8:45 AM delete

9:46 PM akp, tp ada kemungkinan pelakun lapisan masy cuma org umno dan bee end je ..

contoh, kebanyakan pelakun pakai baju biru bee end.. atau tersirat gambar belakang bangunan canggih.. mcm mcm laa ..

jd kalau buat cara 'undi lah' lebih baik dr apa yg akp katakan..

aku rasa dia terlupa selit kan anak anak 'permata' ..

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 8:51 AM delete

Ppas,
Mulanya dgn arahan....
kemudian perbincangan...
kemudian capai keputusan/matlamat.
itulah flow chart bagi orang yang otaknya berfikir jauh..

Kalau tak ada benda nak berhujah..
lebih baik tidoq dalam kain bik mama...boleh juga bau2 badak...
kah...kah...kah

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 10:02 PM delete

Pengerusi MCA kata.. perbincangan hudud tak perlu mesyuarat.. so ini membuktikan kata sepakat yang UMNO.. MCA.. dan MIC satu kepala.. tak mahu laksana hudud.. malang orang islam yang bertuankan UMNO yang jelas tak mahu dan tak ingin membincangkan hudud, walaupun dah setengah abad memerintah.. seperti kata orang tua, kalau umur dah lebih 40 tahun tapi tak berubah juga, so masa depan separuh kelamlah jawabannya.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 10:30 PM delete

sehingga kini view untuk video 'undilah' sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Satu RIBU Lapan Puluh!! kalau tak boleh baca aku convert dalam nombor : 250,083 dan yang vote like sebanyak 2,647 orang dari dislike yang sebanyak 51 ekor sahaja. heeee

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive