PANAS!! Kapal Selam ketiga Malaysia sudah Mari


Kapal Selam ketiga kebanggaan negara, KD Pari.

Kita pernah digemparkan dengan isu salah sebuah Kapal Selam milik TLDM dilaporkan gagal menyelam, ada pihak yang mengatakan hingga kini Kapal Selam terbaru milik negara itu lebih banyak meluangkan masa di dockyard dari berada di dalam lautan..


Kini kita tidak perlu khuatir jika dua buah Kapal Selam milik negara itu tidak mampu menyelam kerana kita mempunyai sebuah Kapal yang dikelaskan sebagai “Fast Attack Craft-Gun” yang juga mampu menyelam.

Kapal tersebut yang baru selesai menjalani kerja-kerja pembaik pulihan pada tahun 2009 yang menelan belanja sekitar RM12 Juta dilaporkan telah cuba untuk menyelam di di jeti Pulau Layang-layang.

Pegawai Pemerintah ALD 2 sila jawab! Mengapa kapal Perang ini bertukar menjadi Kapal Selam adakah proses baik pulih yang menelan belanja RM12 Juta itu termasuk dengan kos mengubah suai Kapal Perang ini supaya boleh menyelam juga?

Kalau tiada KETIRISAN.. adakah Kapal ini akan TIRIS?


Kapal peronda TLDM hampir tenggelam di perairan Sabah
18/09/2011 7:32pm

KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama


Gambar dari Manjung Mari

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

29 comments

comments
Anak kg pertama
September 19, 2011 at 12:40 AM delete

ASD!! kau itu manusia jenis tak terima qada & qadar Allah SWT...selalu pertikaikan apa yg telah terjadi...ingatlah ilmu manusia itu hanya seperti setitik embun aje jika dibanding dgn kebijaksaan Allh SWT seluas lautan...

Kau tahu cerita kapal Titanic yg tenggelam 1912..ia tercanggih pada zaman itu..tetapi rekod perjalanan kapal kurang 100jam dah tenggelam.

Reply
avatar
x Sailor
September 19, 2011 at 1:04 AM delete

tu la kalu jahil psal dock n kapal,jgn tulis bukan2..x smestinya kapal yg kluar dock 100% sempurna..kapal yg kluar dock dia ada running hour..ksilapan cmni sntiasa ada..nk risaukan apa,warranty ada..Benda yg baru pun kadang2 bole rosak jgk..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 1:12 AM delete

Kadang2 terasa sgt2 kekurangan akal fikiran pada sesetengan penyokong tegar Kerajaan yg tanpa ada sedikit kemampuan untuk berfikir...

Kalau semua nk di qada dan diqadar kan.. entah la.. ckp lebih2 nanti kena cop sbg kurang ugama.. padahal Allah SWT pun suruh kita berusaha, bekerja, berfikir secara rasional.. sbb tu diberi otak.

Dlm kes laporan ASD, ini bukan diklisifikasi sbg qada & qadar.. ini cuai namanya, membuat sesuatu benda/perkara tanpa kepakaran dan tanpa rasa tanggungjawab.

Kenapa ada byk masyarakat malaysia sudah kurang/hilang kepercayaan kpd pemerintah? mesti ada sbb nya dan sbb yg tertentu..

Orang yg tahu berfikir akan memberi respon yg rasional dan bukan menyokong secara membuta tuli, dalam kes ini.. ianya merugikan wang rakyat sbyk RM12 juta. Ini bukan satu jumlah wang yg kecil yyg boleh kita biarkan tetapi ianya boleh membantu kita sbg rakyat untuk mengurangkan beban kepada yg memerlukan.

Mungkin sesetengan pengomen disini tidak membayar cukai pendapatan kpd kerajaan dan oleh sbb itu lah tidak merasa apa2 selain menyokong tanpa ada usul periksa.

Wujuknya pihak yg membangkan adalah untuk memberi kesaksamaan dan sbg penegur kepada pihak yg diberi mandat utk memerintah. Manusia atau sesiapa saja akan membuat sesuatu utk kepentingan diri, mungkin menerima rasuah atau pelbagai bentuk utk menguntungkan diri sendiri dan secara langsung menyalahi undang2. Disinilah peranan rakyat yg berfikiran rasional menegur jika ada salah laku pihak yg bertanggungjwb. Bukan salah disisi undang2 pun utk menegur dan salah disisi ugama jika dibiarkan kesalahan dibuat dan tidak ditegur.

Jadi, sbg rakyat dan masyarakat di negara ini, fikir secara bijak dan HAK kita sbg rakyat yg rasional.

Pada sesetengah yg menyokong membabi buta. guna akal fikiran anda sedikit walau tidak byk tentang kemungkinan negara akan hancur jika kita tidak menegur pemerintah.

Ttg siapa menang nanti di PRU13, undi kita hanya 1 dan ramai lagi akan mengundi. pada masa itu biarlah kita msg2 memilih siapa yg kita rasa berhak untuk memerintah. Mahupun pemerintah yg ada skrg ataupun pembangkang. Itu ditangan kita msg2, barulah kita menjadi rakyat yg cerdik.

SEJAHTERA MALAYSIA

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 1:24 AM delete

X Sailor..

Saya merupakan X Airline Pilot, jika minda spt saudara diaplikasi dalam kejuruteaan penerbangan (Aviation Engineering) rasa saya kapal terbang akan terhempas dan ramai penumpang akan mati.

Sesuatu "check" atau "default & inop" harus dipastikan berfungsi dan diselengara dgn betul sebelum diberi "greenlight to release".

kalau sikap TLDM atau saudara sendiri sbg x sailor yg menerima bulat2 ketidakmampuan untuk dilepaskan utk operasi .. sy rasa byk nyawa.jiwa melayang.

Mungkin saudara hanya kelasi biasa yg boleh menerima kecuaian tersebut...

SEJAHTERA MALAYSIA

Reply
avatar
September 19, 2011 at 2:48 AM delete

AKP,

Seperti biasa satu Lembaga Siasatan oleh TLDM akan menyusul dan tentunya Pegawai Memerintah KD Pari tidak perlu bersusah payah memberikan keterangan, cukup sekadar dengan hanya satu ayat saja, "Tuan Yang Dipertua Lembaga Siasatan, segala2 yang telah berlaku itu adalah atas qada dan kadar Allah SWT".

Reply
avatar
Tokwan Pencen
September 19, 2011 at 7:44 AM delete

Kalau K'jaan nak buat "Tukun Tiruan" bawalah kapal perang tu ke kasawan nelayan tangkap ikan, ikan tu pun mahal harganya kerana tukunnya mahal.

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 9:22 AM delete

dalam kes kapal titanic,pemilik kapal masih di persalahkan kerana sengaja mengetepikan aspek keselamatan dengan tidak menyediakan bot penyelamat secukupnya kepada anak kapal Titanic.

Reply
avatar
September 19, 2011 at 9:29 AM delete

Apapun syukur sebb tak ada sesiapa yg terkorban. kalau tak mereka jadi macam 'test speciment' yg harus dikorbankan demi ujian kefungsian kapal (functional test)..

Kalau dlm bidang aku yg ada kena mengena dgn life support machine, kalau takde rasa tanggungjawab dan mesin tak calibrate dengan betul, alamat patient pertama yg guna akan terus meninggal..

Apapun pengajaran kepada semua..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 9:32 AM delete

Kepada semua yang tidak tahu tentang pengoperasian kapal, harap tidak komen lebih-lebih....
Untuk pengetahuan semua, kapal tu dah tua sesangat, 34 tahun dah umurnya. Setiap kapal itu jangkahayatnya adalah 30 tahun maksimum. Jadi bayangkanlah kalau dah berusia 34 tahun????? Walaupun abiskan berjuta sekalipun, kapal itu tetap kapal tua....limbungan yang ada di Malaysia pula, bukan semua yang bagus....kebanyakan limbungan selalunya "sub-con" kepada pihak lain. Asal kerja siap, duit pun dapat....kira sukses!!!! Hampas punye limbungan....
Untuk pengetahuan semua, kapal tersebut tenggelam kerana salah satu shaft nya tercabut. Kenapa tercabut? itu semua kene tanya pada pihak limbungan yang melaksanakan kerja-kerja pemasangan.

Reply
avatar
Akula
September 19, 2011 at 9:36 AM delete

Salam semua,


buat AKP yg x tau apa2 psl kpl..

kpl titanic tu kpl besar yg pertama tgglm trlanggar 'peak of iceberg' sbb kpl tuh single hull..

tu psl, pas tu IMO wat arahan utk kpl2 buat 'double hull' melalui SOLAS dll confrence utk keselamatan kpl2..

dlm kes 'KD ikan pari' ni, kpl 2 br lepas 'dockyard'..

mungkin 'mandatory servey - 5 years' @ 'yearly survey' @ 'intermidiate survey' @ mungkin 'partly repairing'.

sepatutnya, 'certificate of survey' @ 'dockyard certificate' dh dikeluarkan yg maksudnya kpl ni dh 'okay' @ layak layar-seaworthy..

so,
apahal plak kpl ni boleh terus tenggelam slps dh kuar 'dock'..

soklan2 yg aku nk tanya blk..

1. apasal shaft bleh tertanggal plak?gila ni bhai..x pernah aku dgr plak kes cam ni (lebih2 lg kpl br kuar 'dock'..

“KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal

2. RM 12 juta? mahal tu bhai..
(aku byk gak trlibat psl repair2 kpl ni,tp x dak lah smp RM12 juta..)dh bleh wat kpl br tuh dgn RM12juta..

3. sama ada 'dockyard' tuh wat x betul masa 'job' atau ada sesuatu yg x betul semasa 'pengeluaran 'cert. of survey' @ 'dockyard cert' dll..

4. setahu aku, kpl perang dia xder warranty utk semua peralatan sbb kpl2 ni xder 'ship classification' dan x sama mcm 'merchant ships' yg lain..


5. pas ni, nk repair blk lg ar mahal..habis sume brg2 rosak (hardware, software & senjata2)
nk kena ganti..mau plak habis RM20 juta..


perghh..duit rakyat tu bhai...

bg aku,

"Mereka2 yg terlibat dan ALLAH sahaja yg lebih mengetahui dlm kes ini - apa yg sebenarnya trjadi"


'dr org yg tau sikit2 psl kpl & perkara2 yg brkaitan dgn nya..'

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 9:40 AM delete

Aku bukanlah nk salahkan kerajaan, tp yang aku tahu, TLDM telah memohon untuk menggantikan kapal-kapal kelas FAC (G) yang dh tua dan usang tu. Namun tidak diluluskan kerana kerajaan takde duit. Duit yang ada nk guna untuk tujuan pembangunan. So, takleh nk ckp apa la kn. Nk tak nk, TLDM guna la kapal-kapal tua cenggitu. Mereka sbg pengguna, trpaksa menanggung akibat dan risiko. Senang citer la, ibarat aku ada kete buruk sebijik...then aku bagi korang guna utk g keje...nk tak nk korang kene guna gak sbb korang takde kete.....Korang mintak aku belikan kete baru, tp aku ckp aku takde duit....So, cmtu la nasib yang TLDM kene tanggung. Korang kene ingat, perairan kita luas...dengan jumlah kapal yang ada skrg ni, mana cukup...kapal plak bnyk yang tua+sakit......

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 9:51 AM delete

Woww mati2 aku ingatkan kapal perang malaysia ni dua alam.. memang canggih kalau jenis 2 alam. Tapi.. kah..kah..kah..kah... rupanya masyuk airrr.

apa punya kapal lah.. belum berperang dah tenggelam.. buat gelak musuh aje.. mereka belum menembak lagi dah kantoi kapal malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 9:56 AM delete

repair kapal bukan mcm repair kete, setakat 2-3 ratus @ 2-3 ribu....

kalau kos repair stakat rm12 juta, apa la sangat. barang-barang/peralatan atas kapal perang tu, bukan semuanya sama mcm kt atas kapal dagang. Military equipments slalunya mahal giler babas berbanding equipments kapal dagang wlupun equipments tu lbh kurang sama je.

So, rm12 juta repair kapal perang, itu kire sikit la...korang tak tau lg ada kos repair yang menjangkau sampai rm100-200 juta. Lg best....hihihi

Limbungan kt Malaysia ni plak mmg hampeh!! tau nk wat keuntungan je....keje/workscope ckit je, tp kos dh beratus ribu (kire ckit la ni).....keje plak cam siput....slalu lewat dari completion date.....hasil keje plak, majai......bukak enjin, bile pasang blk, ada je skru lebih....hahaha..

pikir2kan lah.... =)

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 10:01 AM delete

anon 9.40am..

Itu sebab PR kerap membangkitkan isu ketulusan dan ketirisan wang rakyat yang digunakan untuk tujuan pembangunan yang tidak sewajarnya dilakukan.. Pembangunan adalah mustahak tetapi jika tiada tujuan dan bukan keperluan makan akan menjadi pembaziran. Sebagai contoh kita lihat menara warisan 100 tingkat, ini merupakan satu pembaziran. Tidak perlu membuat menara 100 tingkat untuk semata-mata menunjukkan warisan di bumi malaysia ini..

Reply
avatar
September 19, 2011 at 10:30 AM delete

ASD!! kau itu manusia jenis tak terima qada & qadar Allah SWT...selalu pertikaikan apa yg telah terjadi...ingatlah ilmu manusia itu hanya seperti setitik embun aje jika dibanding dgn kebijaksaan Allh SWT seluas lautan...
Kalau kes Komunis bunuh melayu tak pulak cakap Qada' dan Qadar dari Allah..Padahal kalau kita pandang sesuatu dengan hati yang suci....semuanya adalah ketentuan Allah sebabnya manusia hanya merancang...Hidup mati adalah ketentuan Allah..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 10:44 AM delete

Geli hati dan juga hairan mambaca komen2 peyokong BNend ni! Dah clear cut kes cuai pun dia orang nak spin. Kalau navy negara lain, rasanya tentu kes ni dah dibawa ke mahkamah tentera. Kalau nak komen tu biarlah betul sekit ini asyik nak jilat sejilat-jilatnya umno apa hal. tak ada pendirian ke?

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 19, 2011 at 11:10 AM delete

Baik modified bot pancung jadi kapal selam

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 11:20 AM delete

Kapal selam tak boleh menyelam.Kapal yang tak boleh menyelam boleh selam.Lain kali kalau hendak beli kapal selam,beli kapal yg tak boleh menyelam.Malaysia boleh!

Reply
avatar
rakab
September 19, 2011 at 12:14 PM delete

Asd,

Kapal PKR dah tiga suku penuh dengan air,..hampir nak tenggelam !!

Pegawai dengan kelasi dah ramai lompat kapal lain.

Kau nak tunggu apa lagi ??
Karam bersama anwar ?!

aaaahh,..lu pikirlah sendiri....

Reply
avatar
Akula
September 19, 2011 at 12:47 PM delete

Salam sume..


wat anon 9:56..


yg ko bangang sangat tuh apa hal..


kpl tuh masuk 'dock' utk repair bahagian 'main engine & aux. enjin' la bodo..

kpl perang x kan msk 'dock' kalo nk 'repair' senjata2 @ alatan perang..(KAT TEPI JETI PUN BOLEH BAIKI)

BODO la anon 9:56..
kalo x tau psl kapal, x yah lah nk komen lebey2..

nampak sgt ke'BUDUHAN' ko tuh..

"kalo masuk 'dock' maknanya kapal itu akan diapungkan dari permukaan air samada 'dry dock' @ 'slipway'..

diaorang buat menda ni sbb nk tgk permukaan bawah kpl(hull)& pemeriksaan 'bow' atau pun pemasangan propeller @ 'shaft + allignment shaft'..


berbeza dgn 'shipyard' (korang check ar kt pakcik google kalo x paham istilah2 aku)..


soklan cepu emas wat sume..

' biasanya kpl tldm, polis dan kpl2 kerajaan diselenggara di lumut @ pulau kambing,ganu..

cuba check kompeni saper yg dpt kontrak ni..?? '


'hambe duk ganu gak'..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 1:00 PM delete

Maaf.. saya kira rakab ni dah tak ada modal.. cara dia fikir dan tulis menunjukkan bahawa beliau cetek berfikiran dan berpelajaran rendah.

Apa yg dibincang disini adalah isu kapal karam bukan yg lain2..tapi beliau telah keluar dari topik perbincangan.

Spt yg sy terangkan.. menjadi HAK masing2 untuk memilih.. sebab itu rakab.. kita diberi kebebasan utk mengundi.. x kira sesiapa kita pilih.. itu HAK masing2.

Kalau saya memlilh PR atau Anuar sekalipun. itu HAK saya walau beliau terpalit dgn isu liwat dan china doll. Tetapi begitu juga dgn UMNO/BN, walau Najib terpalit dgn isu pembunuhan model mongolia, itu HAK saudara.

Jadi tak payah la susah payah nk pengaruhi minda orang.. orang lain ada minda intelek.. anda.. minda elek..

Maaf kata.. duduk diam2 dan tunggu PRU13 ok bro?

MALAYSIA SEJAHTERA

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 1:13 PM delete

KAPAL ITU KENA SENGAT PARI ...kikkkkikkikkkk

Reply
avatar
rakab
September 19, 2011 at 5:15 PM delete

bro 1.00 pm,

aku dah masak dengan perang saraf kau orang nih !

Kau nak komen sampai lapan mukasurat pun kau punya pasallah !

Aku dah lama berhenti buat kerja tuh....Hakikatnya kau cuma nak mempengaruhi pembaca supaya membenci BN dan mengundi parti dokongan kau...itu saja !!

Tak payah nak bersandiwara!...aku tembak terus ke sasaran..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 5:39 PM delete

Orang yang terus menembak tanpa "aim".. itu menunjukkan org itu agak kurang dari segi pemikiran..

Sebab tembakan org itu tak akan mengena...

Tidak pernah saya/kami mempengaruhi sesiapa.. itu HAK masing2 (dah berapa kali nak ulang...)

Kalau tak suka kami di sini.. sila lah keluar dan pergi comment dlm blog parpukari ka? papagomo ka? itu sehaluan dgn fikiran anda..

We are happy and glad if you are not around...

ASD.. kasi pancung ini orang punya kepala.. sudah rosak la.. karam mcm kapal tu juga..

SEJAHTERA MALAYSIA

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 6:21 PM delete

hampa semua taktau guna otak.kapal tu karam pasal shaft cabut.kalau rasa hebat sangat,masuk navy.aku rasa mau terkencing terberak kalau duk dalam keadaan kapal nak karam.apa sebab shaft cabut,kalau rasa diri tu pakar bolehlah sembang.kalau x diam sajalah.wat rugi air liur.kapal selam boleh selam ke x,belajarlah dulu ttg kapal selam.apa dia punya routine.bukan main hentam selam saja.kita org melayu ni rugi psl suka jaja hal keselamatan negara.adarakyat negara lain buat???depa x ckp pada satu dunia kalau psl keselamatan negara.aku minta malaysia ni peranglah dua tiga hari ke baru semua akan sedar betapa peritnya keadaan.terkencing terberak semua baru hampa tau .melayu x abis2 dgn politik.bangsa lain tepuk tangan jadi kaya raya kaut semua kekayaan malaysia ni ada hampa sedar?????kita semua ni sudah kena buta dengan bangsa lain?????sedarlah....banyak musuh dalam kita punya selimut sekarang.....

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 6:40 PM delete

aku sokong 100% segala komen menyokong BN/umnoPorno ..... memang otak dan hati mereka dah gelap n hitam pekat .... umnoPorno dah bagi depaa duit genting , magnum , toto , loteri da ma cai .... tuu pasal otak diorang dah tak ble fikir maksud RASUAH , MEROMPAK HARTA RAKYAT , KEZALIMAN , ALTANTUYA , CINCIN RM 24 JUTA , C4 , bgi MYCARD kt PATI , bangla jadi wargenagara , GST 6% COMING SOON .... najib & ROSMAH ble terus tipu RAKYAT BODOH mcam ni ... tapi rakyat PAS/PR sorry najib tak ble kelentong ...dhuen71@yahoo.com

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 8:58 PM delete

Anon 6:40PM..penat ja cakap dengan Puak UmeNo pasal hal kemajuan..yg depa nampak..seks..seks..liwat..liwat.. yg lelain depa x nampak dah..sbb tu la Najis ngan Kak Mas sayang depa..sbb senang diperbodoh bodohkan....kena pijak kepala pun x sedaq lagi...aiiii..anak sapa la malang ni oiiii

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 11:37 PM delete

masalah shaft tercabut ok la aku boleh terima.. masalah anggota bertugas pi mana ?? klw semua pintu watertight bilik enjin tu ditutup aku yakin hanya bilik enjin jer yang tenggelm, bukan seluruh kapal.. apa pun tunggu Board Of Inquiries.. dan aku suke jawapan FMZam.. "Tuan Yang Dipertua Lembaga Siasatan, segala2 yang telah berlaku itu adalah atas qada dan kadar Allah SWT".. klaka betoi

near the engine..(bukan engineer)

Reply
avatar
Anonymous
November 24, 2011 at 10:30 PM delete

KeluaSAN BILIK ENGINE UTAMA MEMAINKAN PERANAN UTAMA TENGELAMNYA SEPARUH kd PARI INI .

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive