PANAS!! Orang-orang Anwar mula menguasai Badan Strategik Kerajaan?

Kalau benar apa yang ditulis oleh Zaini Hassan dari Lidah Rasmi UMNO ini iaitu beliau menerima satu maklumat mengenai badan atau mungkin lebih daripada satu badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang-orang Anwar Ibrahim... Baguslah..

Semoga ianya adalah benar untuk membolehkan Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO/BN dapat digantikan kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti dengan lancar..


Dan adanya musang-musang berbulu ayam ini akan melancarkan segalanya..

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.


Oleh Zaini Hassan/Utusan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
Anonymous
September 28, 2011 at 3:58 PM delete

Sebenarnya bukan orang2 Anuar atau sapa2 yg berkaitan dengan Anuar.Yang sebetulnya rakyat dan orang dalaman kerajaan sendiri yg telah berasa MUAK dan JELIK pemimpin mereka yang selama ini mereka telah sangjungi dan berkerja keras untuk kerajaan telah bertindak seolah "ketam mengajar anak berjalan"Mereka sendiri melihat berbillion wang rakyat dirobek dan korek masuk ke poket puak2 keparat ini.Mereka sudah rasakan perlu mengantikan pemerintahan yg bertuhankan NAFSU ni disumbat ke lubang kubur.

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
September 28, 2011 at 4:27 PM delete

Ramai lagi yg naik buak dan meluat tahap gaban tenggok cara tunjuk kuasa bodo depan rakyat,apani zaman hang tuah kah yes sir,menteri2 pun sama 2x5 rebut projek ingat duit bapak dia punya...hantammmm sajalah,,,rakyat byr incomtax perah keringat,mereka tukang bantai,,,,pegawai mana nak naik berang disuruh kerja cemerlang bwh atas bersih,namun senang2 mereka bantai siapa ckp/lwn waa hantar ulu menaul,,,kerajaa apa cara ni

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 4:55 PM delete

mungkin salah sau agenda busuk sengaja menulis agar rakyat dapat fikir anwar sngaja letak oran2 dia ntuk mnjhanamkan kerjaan..busuk betul org umno

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 28, 2011 at 5:15 PM delete

depa ni yg bebenonya ialah grup mayudin. . depa nk pekena najib untuk ambil aleh kuasa. .

waduhhh makin menarik scenario politik kita ni. .

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 8:11 PM delete

zaini hassan ni pub main hentam aje anwar dah berhenti dari kerajaan belasan thn dah apa zaini hassan ingat senang ke nak letak org2 anwar org yg ada otak dan gunakan akal nya dgn bijaksana perkara ini cuma omongan kosong zaini aje dia kan org umno jd dgn berbuat begini akan bertambah marah lah rakyat kat anwar, rakyat yg bengong aje akan berfikir mcm tu, ini perang saraf.
sebenar nya rakyat dah muak dan benci dgn kerajaan, nak pekenakan org yg di benci maka video seks digunakan...dahsyat finah akhir zaman mrk2 ni tak takut hukuman Allah..memang betul busuk org umno ni sbb itu lah aku kuar dari umno apabila umno baru ditubuhkan dan skrg ni berpolitik dgn Allah aje, sepatutnya pemimpin2 kerajaan berfikir mcm mana nak kurangkan bebanan rakyat akibat harga barangan semakin hari semakin melambung, minyak dunia dah berbln2 turun tp minyak m'sia mcm tu gak jgn harap nak turun..itu pun nasib baik Allah swt bagi kat bumi m'sia ni minyak jika tidak ada hasil minyak ntahlah apa akan jadi x tau lah..aku setuju sgt2 dgn komen2 di atas tu..memang rakyat dah muak dan loya dgn BN.

Reply
avatar
September 28, 2011 at 10:12 PM delete

sapa nama abang kepada saifudin nasution tu .......

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 10:30 PM delete

ramai ahli umno yg dah masuk alam arwah pun muak dan jijik dgn umno nie ...

sb umno tlh berbudi pd mat bangla dan mat nepal ..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 29, 2011 at 12:26 AM delete

DSAI perasan le..ada org kata ada org2 dia dibadan kerajaan...org2 DSAI tu yg dok sokong senyap2 dlm badan kerajaan dah tak senang diri..sebab BOS depa taktahu bila nak jadi Perdan Menteri...sebab hari2 masuk TV..berita pasal liwat Saipul Buhkari...takut pulak mengigit jari...

Reply
avatar
rakab
September 29, 2011 at 12:37 AM delete

YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Bandar Baru Kulim berkata kebiasaannya Orang Kena Tuduh (OKT) yang diputuskan supaya membela diri dan dipilih pembelaan dari “kandang tertuduh” bermakna OKT itu tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan soalan balas daripada pihak pendakwa ataupun mahu melindungi sesuatu supaya tidak terbongkar lebih banyak lagi di mahkamah.

“Contoh dalam kes ini, Anwar mungkin tak boleh nak menjawab bukti, macam mana kesan air mani dia (boleh) ada dalam dubur Saiful. Apakah Saiful yang hanya seorang “pembancuh kopi” di pejabatnya boleh berada di kondominium tersebut?Juga mengapa dia membawa Saiful keluar negara, seperti ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura, apa (sebenarnya) pekerjaan Saiful ???

“Eh,banyak benda (yang) Anwar nak kena jawab dan perjelaskan, jadi ringkas cerita,tak payah angkat sumpah (semasa) bagi keterangan (iaitu beri keterangan dari kandang tertuduh)”, katanya.

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 9:05 AM delete

Guna ayat zul biawak....
macam sibodoh belajar dari sibahalul...
zul bisul bila nak bayar hutang?
kah...kah...kah..

Reply
avatar
rakab
September 29, 2011 at 2:26 PM delete

non 9.05,

boleh jawab statement Zul Nordin tu tanpa emosi??

Aku tak fikir kau mampu jawab...
sebab akal kau untuk maki hamun jer....

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 9:36 AM delete

Woit rakab,

kalau dah tau tak boleh jawab kenapa ditanya...
woit bodoh...hakim dah bagi pilihan...suka hati dia nak pilih yg mana...
hakim...hakim..ini hakim....oooooi
zul biawak pedagang agama...jual utk keuntungan....menipu..
selesai hutang dulu baru cakap hal ugama...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive