Najib mansuhkan ISA.. Kumpulan bodoh ni apa macam sekarang?

Saksikan Video sekumpulan manusia bodoh yang mahukan ISA di akhir entry..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.


Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya - Malaysiakini






APA MACAM LU ORANG SEKARANG??

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

32 comments

comments
BOMBO
September 15, 2011 at 10:35 PM delete

sendiwara najib siapa tak tahu,anak aku pun tahu,kalau Isa tak ada Tambi chik ada anak yatim pun boleh,kita dah masak dakyah umno,mcm mamak putar alam

Reply
avatar
Anonymous
September 15, 2011 at 10:44 PM delete

kereta lama naktukar baru,
kerusi lama nak tukar baru.
langsir lama nak tukarbaru.

Reply
avatar
September 15, 2011 at 10:50 PM delete

Berahi Ali,Perkosa n all other Malay NGO bastards will probably cry a river while cursing their beloved Allah for forsaking them

Reply
avatar
Anonymous
September 15, 2011 at 11:08 PM delete

WOw!!new legacy in 1MALAYSIA..harap2..jgn hangat2 taik ayam dh lah Pie eM..

Reply
avatar
Anonymous
September 15, 2011 at 11:22 PM delete

maka bersiapsiagalah kita semua, itu tandanya PRU 13 dah hampir benar, kuatkan jentera parti,peperangan akan tiba. Pok Jib nak tunjuk baik sebab ada gerakan nak jatuhkan beliau,sepatutnya akta zalim ni dah lama dihapuskan, kami sedang menunggu lebih banyak berita baik dari POk JIb.

Reply
avatar
Lepas baca ni,..jangan marah rakab ..tau!
September 16, 2011 at 12:07 AM delete

Apa lah kau orang nih!

Hapus ISA salah!

Tak hapus ISA salah!

Penyokong pkr sentiasa buruk sangka!

Psssst,..kau orang pasti ke,..yang kau orang nih bukan anak haram!!

kehkehkeh!

Reply
avatar
September 16, 2011 at 12:10 AM delete

Kita masih belum tahu akta yang akan di gubal . Adakah lebih dasyat dari akta isa atau sebaliknya.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 12:17 AM delete

lepas ni puak2 perkosa cabut bulu ketiak najip atas arahan berahim ali katak

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 12:26 AM delete

Najib curi Buku Jingga nye isi..!

mane pegi nye pecacai parti barua british dan Perkasa haram jadah..??

kah kah kah

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 16, 2011 at 12:51 AM delete

Melompat2 kera puak2 yg anti ISA bila PM kata akan mansuhkan terus akta ISA...dan 1 point buat modal pada ceramah2 PR yg akan datang dah hilang...

Esok surat khabar rasanya org ramai berpusu-pusu cuba membeli utk buat kenangan...yg benci puakan beli..pasal ada cerita yg bangga mereka dan ada pulak yg sedih dgn tajuk utamanya..dan juga akan ada peristiwa2 dan sejarah2 mengenai akta ISA dicerita dlm surat khabar esok...disitu barulah org ramai faham kenapa ISA pertahankan dahulunya...sehingga PM umum ia hendak dimansuhkan...

Aku tulis macam nie pasal aku pernah tanya puak2 yg anti ISA kt kg..."Apa dia akta ISA?..yg hang tak suka sangat..." dgn spontan puak2 nie jawab "UMNO guna ISA tangkap org..seksa org..lepas tu takleh naik mahkamah.." aku semyum kt puak2..aku kata "takat tu aje hangpa tau"..

Jangan lupa dapatkan senafkah surat khabar pagi esok....

Reply
avatar
September 16, 2011 at 1:03 AM delete

Buat yang mengaku Anak Kampung Pertama tu..

Awat hang komen lagu tu.. kan secara tak langsung hang dah termasuk dalam kumpulan orang bodoh yang sokong ISA tu.. ha..ha..ha..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 16, 2011 at 1:07 AM delete

Apa2 pun esok hang pi cari surat khabar...ada maklumat yg hang dok nganga selama nie...

Reply
avatar
anak kg petani
September 16, 2011 at 7:18 AM delete

Najib baru umum nak mansuh, panjang lagi prosesnya. nak mansuh undang2 bukan macam umum harga barang naik, terus jadi. ni nak kena bahas di parlimen dulu. Banyak halangannya lagi. apa pun tahniah la untuk 1st step.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 8:33 AM delete

Dok x dok nak mansuhkan ISA..mesti ada udang busuk balik mee nie???...conpuse2x...apa la APCO ni dah nasihat si najis nie gamaknya..(sbb najis nie rasanya x ada la cerdik sangat sampai leh pk sampai tahap nie..hahahah) dan gamaknya dia nak tau dia nak kalah teruk Pru13 nie...tue cepat2mansuhkan ISA..takut terkena batang hidung sendiri...ditangkap tanpa dibacakan tuduhan.(ayat tinggi nie..hahah)..senang cerita diberitahu apa kesalahan???..dan masa dalam tahanan..klu x salah ahli keluarga lagsg x ble dihubungi...dok Amerika pun x zalim dan kejam macam tue aiiiii.....ayooo AKP...hang ni setuju membuta tuli...kena adik beradik hg..hg pun melompat sama kot!!!!

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 8:44 AM delete

Haha..ASD...AKP suh kita p cari surat khabaq depa suh baca esok??..hahaha...mampuih depa nak tulis yg real situation..semua nak cober depa ja...depa la terbaik konon....ptuihhh...

Ayat x ble bla..dia p soal siasat org kpg!!! hahahaa....mmg betul la ASD said...hg ni bodoh...sbb dah tentu la org kpg x dak internet..mmg dok nganga baca surat khabaq hangpa tulis ja....dlu kini selamanya la hgpa ja betul....double ngok aku kasi..ayat biasa bila ada tahanan.."mengancam keselamatan negara"...hahahaa..mcm mana nak terancam..bukan ka polis..tentera...hangpa ja dok kawal??????? ka depa makan gaji buta??? jgn marah naa...ni tuju pada sapa yg mkan cili..dia la terasa pedasnya....

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 8:56 AM delete

Akta baru gantikan ISA akan memudahkan penentang kerajaan nanti. Dalam hal ini ianya akan memudahkan BN buat kecoh bila mereka jadi pembangkang nanti dan dengan mudah kembali menjadi kerajaan.

Reply
avatar
September 16, 2011 at 9:27 AM delete

Sehingga semalam, sekurang2nya ada 3 perkara ajaib telah berlaku:

1) Ibrahim Perkasa melakukan satu perkara yang betul dalam seumur hidupnya dengan mengakui negara ini telah terjajah selama 400 tahun.
2) Najib mengumumkan ISA dan beberapa undang2 yang opresif akan dimansuhkan DAN akan diganti dengan undang2 baru.
3) Video Malaysian Boy yang lulus tayangannya yang mengandungi rakaman objek berwarna kuning dipikul dan diarak orang.

Sedikit kebaikan dari kejahatan yang besar seperti hujan sehari dalam panas setahun.

Reply
avatar
September 16, 2011 at 10:51 AM delete

hahahaha,kumpulan2 bodoh ni kena bayar balik la duit upah yg diorg dapat masa wat demo t


Sebuah Planet Mengorbit Dua Bintang

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 11:57 AM delete

Kesian sungguh tengok pecacai2 umno ni. Dulu bila najib dia kata mahu isa, sanggup jual maruah terpekik terlolong macam berok depan komtar "Yes to ISA", kini najib sendiri kata isa dah tak sesuai, nak mansuh.
pecacai2 umno bodoh ni sekarang, mampuih dok binggung pikiaq nak kata apa pulak.
Lu punya president sudah kencing sama lu lah ooi!

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 12:03 PM delete

.....sambung
Ketika BERSIH dulu, ada juga pemimpin PR yg kata "kalau najib consider tututan BERSIH, demo mungkin dibatalkan", in termasuk anwar...next morning jenuh rakyat tibai dia..without anwar the march goes on.
Itulah beza antara pecacai umno dgn pejuang rakyat.
bagi pejuang rakyat pemimpin tak relavant. Yg penting apa yg diperjuangkan...VALUES!
Pecacai umno ada faham!!

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 12:53 PM delete

Apa susahnya? Kalau dia orang suka sangat ISA, tahan mereka dan loksp mereka di bawah ISA lah.

Seronok sangat kah kumpulan bodoh ini melihat orang lain menderita di bawah tahanan ISA? Kejam sungguh barua-barua UMNO ini.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 3:07 PM delete

Bersyukurlah apa yang diperjuang berjaya. Kita lihat yang lain pula sebelum tuduh.Nampaknya perkasa kena terima perubahan ini.

Reply
avatar
September 16, 2011 at 3:32 PM delete

anon 12.03
without anwar the march goes on.
Itulah beza antara pecacai umno dgn pejuang rakyat.
bagi pejuang rakyat pemimpin tak relavant. Yg penting apa yg diperjuangkan...VALUES! -->tak malu kat diri sendiri ker tulis macam tu.

Bila tak sokong PR, dicop bukan pejuang rakyat lebih teruk dikata pencacai UMNO walhal blog ni "dedicated to pendokong reformasi yang kini terpelanting jauh ".

kena ingat reformis yang terpelanting kerana perubahan yang berlaku dalam PR . bukan kerana cintakan umno . PR dulu lain , sekarang jauh bezanya . value PR dulu dengan sekarang ibarat langit dengan bumi.

apa kejadahnya Nak cakap pasal nilai politik ketika bakal perdana menteri PR mengaku menerima dana politik dari yayasan kristian . Nilai politik apa yang dipegang sampai takut untuk declare siapa TPM . Nak dapat kuasa dulu baru nak putuskan siapa PM kalau anwar masuk penjara . Nilai politik bacul ?? kerana kebaculan itulah yang menjadikan pemimpin tak releven??

nilai agama , ekonomi dan sosial kita sambung kemudian, nanti orang kata panjang pulak.

syukur kepada ALLAH S.W.T pada hari ini 16sept2011 aku sedar dan bukan berangan-angan .Hari ini anwar bukan perdana menteri malaysia . Selamat malaysia dari pengaruh yayasan kritian antarabangsa dalam merencanakan masa depan negara.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 5:06 PM delete

Deyyy...Penganutpas, kelakar jugak baca tulisan ko nie....berapa kerat ja PR yg terpelanting masuk Umeno..itu sbb tamak haloba dalam diri sendiri..ddk dalam PR nie kena susah byk dari senang...mana ble tahan...klu dalam Umno..ble cepat kaya..rumah besar..kereta besar...duit banyakkkkk.......tgk dalam blog ni sudahlah..berapa ketul ja puak Umno?? datang plak hujah ntah hapa2x...x ada idea langsung...fakta pun jauh sekali lah....hmmmmm.......bikin org marah ja....dan yg penting..lagi ramai dlu UMeNO..dah jadi PR..termasuklah aku..hahaha..ngeri x???

Ko bersyukur yea PM kita still najis? yg bersekongkol dengan APCO-itu Israel la woii!!!! Dalam Quran pun cakap x ada tpt utk Israel di muka bumi tuhan nie..dorg x ada negara...macam mana ble jadi penasihat negara Islam..ko cakap Anwar...terima dana dari kristian..(dana apa?..ko baca dari utuseks ka?) klu betul ada dana tue kasi bukti.haha kelakar..setahu aku org paggil dia ceramah..dan dibayar..itu biasalah..just only for ecomony issue..not at all...tgk..puak kristian pun tabik dengan ilmu ekonomi anwar(dan korang mmg suka spin isu tue jadi x betul) dah bertahun issue murtad nie..issue kristian nie..bukan baru setahun dua nie aja....itu lah sbb byk org Islam masuk kristian...kerana kebaikkan yg mereka taburkan...dan aku x nampak apa langkah kerajaan nak bendung issue nie? ada ka?..kata negara islam...musykil sungguh...

Dan lagi satu yg aku musykil di banggakan sangat pejuang bangsa hangpa tue...dan islamik pak jib ko tue..apahal besaq sangat kilang calsberg tue....tepi jalan..arie2x aku balik kerja..meremeng bulu roma lalu sebelah....padan la byk yg murtad...apa hal issue ni x penah korang bangkitkan....teruk lah korang nie....ker korang pun ada saham sama...astagfirullahhalazim....ini yg korang corakkan selama 54 tahun memerintah..sedih sungguh!!!

Dan lagi satu...boleh plak pak jib ko tue p jumpe Pope????..napa?? dah x ada alim ulamak dekat Malaysia dah ka....issue tu korg x bising plak...bangsat!!

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 6:05 PM delete

penganutpas
pecacai hardcore macam kau ni aku tak expect kau faham.
paling malang bagi rakyat malaysia menjelang 16th Sept punyai najib bini rosmah sebagi PM. 2 tahum lebih sekit najib jadi PM..flip-flop dia bukan kepalang jauh lebih flip flop dai pak lah. reckless nya najib najib ni, tak tentu arah jadinya ekonomi malaysia, kekayaan negara di rompak depan mata rakyat bila pemimpin umno miliki kekayaan melampau (kau masih ingat cerita hot dulu MB negeri 9 transfer Rm10juta kat bank di England), terlalu banyak nak disenaraikan disini. Bini dia tak payah cakap lah. Orang umno sendiri dok kutuk dia kecuali pecacai hardcore macam kau ni.
lawak betul lah kau ni kata Pr ambil dana dari kristian. Tapi apa nak di hairankan lidah biawak tak bertulang macam kau ni.

Reply
avatar
September 16, 2011 at 6:49 PM delete

laaa dua-dua anon kat atas ketinggalan zaman . aku rasa orang yang sama jer . aku dah bagi bukti video dah pengakuan anwar sendiri yang dia terima dana yayasan kristian. Pemimpin dah mengaku belakang penyokong nak nafi pulak ?? Nak cakap apa lagi pasal APCO dan yahudi sedangkan bakal perdana menteri PR bersepakat dengan Rabib Yahudi ROM menghentam orang islam melanggar WTC 9/11 di munich , Jerman 12/9/11.

Perlu diingat , aku ulang sekali lagi , yang tak sokong PKR dan yang benci PKR , tak masuk UMNO lagi ramai dari yang masuk umno . Reformis yang terpelanting ni cuma tak ingin melihat PR pegang kuasa kat malaysia kerana kami lebih nampak keburukannya dari kebaikan . Nak senarai nama mereka yang terpelanting jenuhlah . Ahli parlimen berapa orang ,penyokong dan bukan penyokong mereka berapa pulak .sendiri mau ingatlah.

Bila nak berhujah kena fikir gak kesan pada diri sendiri . Ibarat senjata makan tuan . Kalau bab kilang carlsberg kat shah alam tu. Tolong semak balik apa menisfesto PAS PRU 12 . Apa yang juak PAS cakap kalau mereka dapat kuasa ?? Jangan berhujah kalau setakat menyedapkan naluri sendiri jer.

Dalam comment aku aku tak der pun sebut najib sebab aku bukan ahli UMNO pun . Aku sokong najib sebagai PM pada masa sama aku pun sokong kalau najib dikritik dan ditegur. Kritikan dan teguran tu biarlah berasas dan boleh diterima akal yang matang . Kalau berhujah najib lebih teruk dari pak lah tadbir ekonomi , nampak sangat tak belajar ekonomi.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 7:21 PM delete

PenganutPAS, baca bagi habis skit..jangan sbb hg benci anwar..semua hg nampak x elok...aku cakap..dana kristian tue utk ilmu dia..habis..dah nak guna ilmu dan kepakaran dia..x kan lah free kot....

Mmg hang dan Umno ni suka fitnah org kan. Hng cakap Anwar sepakat serang WTC 911..x salah aku dia dok dalam penjara masa tue. Daripada langgaq WTC..baik langgaq KLCC..sbb dia sakit hati kena sumbat dalam penjara tanpa bukti yg kukuh..baru rugi Malaysia..baru puas hati...

Dey..ko ni klu bab APCO..lgsg hg x spin no..teruk sungguh...hang ni mmg bebal lah..kilang calsberg tue klu ikutkan dari awal lagi x WUJUD..(ka hg pun suka minum kot)...manifesto PR(baru manifestoo deeeyyyy dah menggelabah)..sebabnya menda tue dah wujud..bukan 1 tapi 2 kilang besar..apa pilihan PR yg ada??..x kan nak terus hapuskan..benda dah tertonggak depan mata....rakyat dah dimanja dengan air setan tue...

Kelakar la ko nie penganutpas, bukan org UMNO..tapi menyokong segala tindak tanduk UMNO macam pencacai pengngkut najis....hang lagi teruk sbb hang langsg x ada pendirian...bagi hang..janji hang dan keluarga hang selamat sudah...(peel org2x umno)..

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 8:57 PM delete

APA2LAH PENGANUT PAS DAN MACAI UMNGOK.. YANG PASTI SEMUA TAHU HANGPA BANGANG BERHUJAH DALAM BLOG NI.. SEKEJAP TENGGELAM SEKEJAP TIMBUL.. AGAK2 ISU BOLEH MAKAN SIKIT TIMBUL.. AGAK2 ISU NAMPAK NAK KENA BANGANG, TENGELAM! BINGAI SEMUANYA..

YANG PASTI JANGAN PANGKAH DACING

APA2LAH PENGANUT PAS DAN MACAI UMNGOK..

ARIOS..

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 9:01 PM delete

Bila Bab najib buat skandal takdak pun PenganutPas muncul untuk berikan komentar.. senyap.. itu mengaku tak sokong UMNO dan nak mengkritik najib jika dia bermasalah??? pirah mabukkk .. menanam tebu di tepi bibir.. hanya memberi alasan mengaku bukan ahli UMNO tapi jelas berhujah macam macai UMNO. orang lain hang boleh bodoh.. makcik kampung felda hang boleh bangangkan.. bahlol PenganutPas.

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 17, 2011 at 10:34 AM delete

ape2 le kao ni anonymous sept 16 - 8.57pm. . kao ni buat tak tau le pulak pasal PenganutPAS dan macai umngok. .
depa ni kn ghapla jingga caca merba haru biru. . time tak de duit, mula le tulis pelbagai fitnah tpi bila ada duit, pegi joli katak mabok todi le mcm babi tonyok air lioq basi hahaha hihihi huhuhu. .
harap2 dapat le fhm cara depa cari duit nk bgi anak bini makan ye hehehe...

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 1:53 PM delete

penagutpas ni memang bodoh.
TOYA lah kau penqagnutpas!

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 4:31 PM delete

Apela yang susah nak faham... penganutpas kan cuma timbul nak hentam anwar. maksudnya sama ada dia bengang ngan anwar atau dia dibayar hanya utk hentam anwar... mcm ni punyer org pun adaaaaa... hah!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive