Najib Mansuh ISA : Ibrahim Ali tak puas hati..

KUALA LUMPUR, 16 Sept ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan “jangan keris makan tuan” ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.


Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.

“Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan.

Badan pendesak ini, kata Ibrahim, mengalu-alukan dan menyambut baik pemansuhan semua undang-undang darurat yang sudah tidak relevan.

“Tahniah Perkasa ucapkan kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54. Mengenai pemansuhan ISA dan diganti dengan undang-undang baru serta peralihan kuasa menahan untuk pencegahan, tempoh tahanan,” katanya lagi.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Link
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
September 16, 2011 at 2:13 PM delete

haha..mari kita lihat, ape yg pak brahim katak nie nk buat..

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 2:55 PM delete

sebahagian yang diperjuangkan oleh pakatan dan DSAI telah diterima. Bolehlah sujud syukur dan sunat syukur . Bersyukurlah anda tidak sia sia.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 2:58 PM delete

jangan bimbanglah, berahim takkan buat apa2 pun.banyak doh beruk ni komen, satu apa pun tarak!Jenis muka hodoh ni memang suka mengomel yang bukan2, last sekali, bila tertekan dia akan cakap bini dia takbagi!, bini dia marah! beruk ni masa kat ITM dulu memang perangai macam ni, badut, joker no satu, bahan hiburan student!

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 3:18 PM delete

Persediaan awal BN untuk kalah dlm PRU 13.....

Reply
avatar
garagaikareng
September 16, 2011 at 4:15 PM delete

Habis la slogan keramat UMNO "hidup melayu" dari dulu hingga kini, maka akan terjunlah UMNO dengan slogannya, PRU 13 nanti, biarkan..biarkan, INSYAALLAH. Pada masa tu barulah melayu UMNO sedar bahawa harta kekayaan, jodoh pertemuan bukan ditentukan oleh bapak (UMNO), semuanya ditentukan oleh Allah.

Reply
avatar
Anonymous
September 16, 2011 at 6:21 PM delete

Pepatah kita ada mengatakan
Langit tak selalu cerah
Sepandai tupai melompat akhirnya..
Yang diatas, suatu hari kebawah juga.

Reply
avatar
September 17, 2011 at 12:58 AM delete

arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 9:40 AM delete

cis.. pakatan dah nak perintah je dia org mansuh kan undang undang...

mana hujah us pun guna akta patriot yg hampir sama dgn isa..

tapi mcm aziz bari kat jgn seronok sgt .. menang je majoriti .. siap lah ... lagi teruk dari isa dan yg ada sekarang ...

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 9:46 AM delete

kalau mansuhkan isa dan apa apa akta tak akan menjamin pemerintahan yg rakus ini akan berubah ..

kita kena ubah pemerintah dan pemimpin yg sedia ada .. kita masuh kan emnot dan bee end..

Reply
avatar
BOMBO
September 17, 2011 at 4:22 PM delete

pak brahim dah tak ada taring utk spin hisyam,makin hari makin bodo,balik kem pasir mas pun tak terima..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive