Najib akan hapuskan kuota Bumiputera..

Jika perkara ini diucapkan oleh Anwar Ibrahim atau TG Nik Aziz atau TG Hj. Hadi mahupun Guan Eng maka akan riuh rendahlah media-media yang ditunggang UMNO memainkan isu ini..

Tapi bila Najib sendiri yang mengumumkan untuk menghapuskan 30% Kuota untuk bumiputera ini.. semuanya menyepi..

Satu kementerian yang menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dihapuskan diawal pemerintahannya, kini kuota 30% untuk bumiputera pula bakal dihapuskan Najib..


Kuota yang diperkenalkan oleh Aruah Bapanya demi menjaga kepentingan bangsa dihapuskan oleh anaknya yang mula kelihatan sanggup meletakkan kepentingan bangsa ketepi demi meraih undi bukan Melayu..

Mana PERKASA?? Mana Pemuda UMNO?? Tak nak buat demo ka? atau kerana yang berkata itu Najib, korang takut?


Terdapat keperluan hindari sistem kuota, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang.

"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau.

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.

Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.

Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

24 comments

comments
September 28, 2011 at 12:06 PM delete

Bagi aku ini merupakan lagi satu contoh kejayaan parti Keadilan selain dari hapuskan ISA . Kan lebih adil untuk semua kaum jika sistem kaouta dihapuskan . Lagi baik jika dihapuskan sahaja konsep ketuanan melayu . Buat apa nak simpan konsep konsep yang lapuk begini jika orang melayu sendiri pun tak suka. Keadilan patut berbangga dengan pengumuman najib ni .

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 12:25 PM delete

Projek hapuskn kuota Bumiputra ni dah lama pn brjalan sejk zaman TDM dulu lagi. Tujuan Najib ni tak lain hanya utk 'test power' sokongn rakyat trutamany Bumiputra. Seleps tu akan jadi mcm cukai prepaid gak. Nnti rakyat akan kata PM kita ni dengar suara rakyat padahal hak Bumiputra tu dh terhakis pun. Nk cari modal bagi kempen PRU. Think-tank Najib ni boleh baca arr...

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 28, 2011 at 1:08 PM delete

tak de masalah klu najib hapuskan kuota bumiputera ni kot kerna yg penting ialah MESTI dihapuskan rasuah, penindasan dan kezaliman terhadap rakyat, projek membazir juga projek 'kroni', pelbagai cukai yg membebankan rakyat, pengswastaan yg selama ini terbukti membebankan rakyat mesti diambilalih kembali oleh kerajaan, etc

Pemerintah MESTI adil saksama (terutamanya dlm mengambil tindakan terhadap isu rasuah berprofil tinggi) tender projek yg telus dn tulus etc dan juga melaksanakan hukum hudud (focus hukum hudud untuk org Islam sahaja. . yg pandai ilmu tu bole guide mcm mna nk adili bukan Islam)

"in worst situation" bumiputra (melayu) itu bangsa dan islam itu agama. . tertegaknya bangsa tidak semestinya akan tertegaknya agama tapi seandainya tertegaknya agama (islam) secara automatic bangsa (melayuitu akan turut tertegak. .
-note info: cina muslim di China ada 50juta, russia muslim di Russia ada 20juta, melayu yg mengaku Islam kt Malaysia ade le 15juta kot etc -

selagi berpegang kuat kpd Islam, insyaAllah kita akan selamat d dunia dn d akhirat
tapi kalau berpegang pada Islam pun lemah DAN berpegang pada 'bumiputera' pun lemah. . kira ke hulu tak dpt, ke hilir pun tak dapat so kira ""mampos trok le jawabnya"" hahaha hihihi huhuhu. .

dok sebot pasal 'tegak tegak' ni le kn. . jgn le pulak rakab dok p-k yg bukan2 ye. . hehehe

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 1:28 PM delete

makna nya parti warisan penjajah dah tewas dgn keadilan.. perjuangan parti inggeris ini dah tak releven lagi ..

akhirnya pPAS tlh menyerahkan satu dr dasarnya kpd pakatan dan lihat lah nanti bagaimana pakatan memperbaiki nasib bumiputra ..

begitu lah senangnya pPAS melepaskan beban kesilapan setelah rm56 billion peruntukan dilesap kan ..

Reply
avatar
September 28, 2011 at 1:32 PM delete

Najib ni bodoh sangat nampaknya!
Dia ingat kalau dimansuhkan kuota Melayu, kaum Cina akan berpuas hati dan mengundi BN di PRU13 nanti. Minta maaf. Kaum Cina akan tetap mengundi DAP dan Pakatan Rakyat utk boleh memerintah The Republic of Malaysia.
Sekarang ini, MCA dan Gerakan menjadi batu api utk mendesak Najib memberikan berjuta2 peruntukan kpd SRJKC, konon sbg cara utk mengambil hati kaum Cina supaya akan mengundi BN. Kaum Cina yg cerdik memang tahu kalau menyokong BN dapat apa? Lebih baiklah mereka menyokong DAP dan PR, dapat juga suatu hari nanti berkuasa di negara ini spt yg telah berlaku di Singapore.
Orang Melayu yg menyokong PAS dan PKR tak sedar mereka sedang ditipu hidup2 oleh Cina Komunis DAP. Anak cucu mereka akan kencing di atas kubor2 datuk dan nenek mereka!
Melayu mudah lupa ?????????

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 1:33 PM delete

dan jgn lupa yg selama ini dpt kuota bumi ialah amnot ... dan yg menjahankan masa depan bumi ialah pun amnot ..


jd yg meleleh dan merasa takut dgn pengumuman najib ialah amnot dan perkasa ..

sebenarnya mereka akan guna hujah anwar/pakatan dimana kjaan perlu membantu rakyat miskin dimana kebanyakan nya ada lah melayu ...

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 2:03 PM delete

Mohd
aku setuju dgn hang, najib memang bodoh kelas baghal.
Tapi aku rasa hang ni gila meroyan bila kata "Orang Melayu yg menyokong PAS dan PKR tak sedar mereka sedang ditipu hidup2 oleh Cina Komunis DAP"
kalau dap tu komunis, pasal apa tak pi tangkap depa? bukankah komunis tu haram...wat cek cakap macam najib juga...bodoh piang!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 2:06 PM delete

Mohd
hang kata dap dok tipu melayu??geng usung itik kata? mamu ghani seluar dalam kata? depa ni boleh dok tuduh tanpa bukti setakat ni...buat bising.
UMNO dah banyak terbukti tipu melayu hidup2. nak sokong umno lagi? jangan jadi bodoh lah ooi!
umno ni TERUS khianati melayu.

Reply
avatar
namewee
September 28, 2011 at 2:32 PM delete

ini mcm baru betol...baru adil...1malaysia!....kasi bnyk2 pd melayu pon apa guna?. bangsa malas!..hari2 mau cerita psl politik!
cina kerja kuat..cari wang.
melayu bolrh trus gaduh....cina boleh terus meniaga..
bagus pas..bagus pkr..kita kawtim!
hihihihi..

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 2:53 PM delete

Mohd..
Melayu umNGOK yang menjahanamkan MELAYU selama hari nie, Habis Tanah Rezab Melayu diberikan kepada CUKONG-CUKONG.Tak cukup tanah PROJEK KUOTA BUMI PUN DI ALIBABA kan kepada CUKONG.

Kalau STATEMENT nie keluar dari PEMIMPIN PKR DAN PAS KONFIRM MERACAU GILA BABI TAHAP GABAN PERKASAM, PEKIDA DAN PEMUDA umNGOK.

Disebabkan keluar dari MULUT NAJIB SEMUA TIDOOOOO! PENCACAI TAHAP PARIAH PUN MENGGANGGUK SETUJU.

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 2:57 PM delete

namewee
lu sudah silap lo! melayu mana ada malas ma! itu umno saja malas punya olang!suka bikin kacau! itu pas sama pkr melayu produktif ma!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 3:03 PM delete

Golongan penyokong UMNii inilah yang akan ajar anak cucu mereka supaya kencing atas kubur mereka sendiri. Ayat ini aku dah dengar sejak tahun 90an lagi..
Cina India tak bolah cakap melayu sebab apa, mereka ada SRJK mrk sendiri,.Siapa yang benarkan..Kerajaanla yang benarkan, Kerajaan dari dahulu sehingga kini Kerajaan mana??? Pas hanya perintah negeri Kelantan sj...
Cina Indonesia tak reti cakap cina, semua ckp Indon..Kerajaan mereka siapa yang pimpin, UMNii ke? Hari ni siapa yang nak kencing siapa. siapa yang rosakkan siapa? Siapa yang telah hancurkan negara sejak tahun 1957??? Siapa yang memerintah dari tahun 1957 hingga 2011???Siapa???
Kalau ada cina/india yang lahir selepas 1957, berapa ramai yang belajar sekolah Kebangsaan????
Siapa yang bertanggungjawab?? Nak kencing kat kubur sape pulak kali ni?

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 28, 2011 at 4:21 PM delete

Yang menjahanamkan org Melayu skrg bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR...tapi umNO lah pembunuh besar2an org Melayu. Lepas para pencacai jgn nak menyalak lah kata umNO pejuang & pembela Melayu.

Ternanti2kan juga apa tindakan Perkasa & Pemuda umNO....

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 4:24 PM delete

pecacai2 umno ni tak habis2 nak takukan melayu konon kalau tak sokong pas...kepentingan melayu akan terancam...piiirahhhhh umno ooi, kalau umno tak ada lagi bermakna umno telah diganti dengan pas yang juga parti bertunjangkan melayu...bukan kah di majority kerusi DUN dan parlimen umno berdepan dgn pas, 1 lawan 1. kepentingan orang melayu lebih terbela dan terpelihara dibawah kepimpinan ulama.

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 5:39 PM delete

Apa yang kau semua nak bisingkan.
Bila melayu ada kuota 30%,..kata melayu malas,banyak ketirisan, makan persen!

Pakatan tentang hak istimewa melayu.

sebab itu Najib cuba pendekatan baru,..mana-mana bumiputera yang berkebolehan akan diberi peluang.

Yang menunjukkan kemampuan akan terus dibantu!

Barulah masalah kronisme dan ketirisan dapat di bendung.

Sepatutnya usaha yang baik perlu disokong,..bukan diperlskshkan.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 7:32 PM delete

rakab bangang!! isunya bukan masalah kuota tapi masalah hipokrit.. jika isu ini dibangkitkan oleh PAS atau PKR adakah puak2 UMNO akan setuju.. pasti tidak malah PERKASA akan jaja isu PAS dan PKR nak hapus hak melayu yang sekian lama dipertahankan. Najib nak hapus atau tidak itu dipunya pasal dan akan ada refleks dari rakyat.. yang sampahnya puak2 menunjukkan dia jagoh seperti perkasa dan NGO melayu dimana tindakan berbeza ditunjukkan yang melibatkan parti2 pembangkang.. HIPOKRIT PUAK MELAYU UMNO DAN PERKASA!!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 7:37 PM delete

rakab, selama ni isu kroni dan rasuah dibangkitkan NGO dan parti pembangkang takdak pulak diambil perhatian puak UMNO macam hang!! kenyataan najib yang mana-mana bumiputera yang berkebolehan akan diberi peluang samalah seperti kaedah meritokrasi.. Selama ni pun banyak peluang orang melayu terlepas di tangan kroni depa.. yang penting bersihkan rasuah dan salah guna kuasa saeperti kata PengikutPenganutPas..

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 10:21 PM delete

Pakatan tentang hak istimewa melayu. - jgn nak spin..

Yg Pakatan tentang ialah hak istimewa melayu umno !

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 10:32 PM delete

Bila najib ambil tindakan ini bermakna beliau mendengar dan mempertimbangkan pandangan rakyat termasuk dari pakatan rakyat.

Begitu juga dengan pemansuhan ISA.

Setiap kali bila ada cadangan yang di lontarkan oleh pakatan atau ngo-ngo yang bertentangan dengan dasar umno/Bn, sudah tentu akan mengundang perdebatan dan pertikaman lidah.

Ini adalah lumrah di dalam dunia politik walau dimana sekali pun.

Hakikatnya Najib ialah seorang pemimpin negara yang matang serta berfikiran terbuka dan bersedia melaksanakan apa saja dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 10:52 PM delete

betul rakab.. 10:32 pm

tapi dah terlambat .. gerabak komuter dah pergi jauh dah ...


dlm mentadbir negara .. no 2nd chance ..

kalau merintah dok ikut pembangkang je... lebih baik bg pakatan yg perintah ...

kalau nak hapuskan kuota .. biarlah ada perancangan lain utk membaikkan keadaan.. jgn sedap mulut cakap nak hapuskan je ...

mcm hapuskan isa... kan ada akta dan undang undang baru yg mengemaskini dan sbg ganti

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 11:04 PM delete

Anon 10.52,

Kalau dah terlambat,..macam tu tak payahlah undi pakatan sebab nak tunggu pakatan memerintah baru nak buat,.. lagilah lambat!

Bila kata nak hapus kuota , tak semestinya serta merta. Tentulah berkadar terus dengan perancangan dasar yang baru!

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 8:03 AM delete

rakab
hang jilat si najib tu berpada-pada lah "Barulah masalah kronisme dan ketirisan dapat di bendung."
najib ni terkenal dgn cakap tak serupa bikin..yang dia dok bagi adik dia, suku sakat dia kaya raya tu kau panggil apa kalau bukan kronisma...bahalol..lolol..lolol!
hang ni toya lah rakab!!

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 9:10 AM delete

perkara yang baik harus dipercepatkan....
ramai2 kita undi PR agar perkara baik dilaksanakan dgn baik....
PR guna bullet train...

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 9:38 AM delete

11:04 PM rakab ...rakab... aduhai..

yg terlambat .. teregih egih tu kau dan pemimpin umno...

rakyat dah lama dah bergerak ke hadapan .. tu maksud naik gerabak kommuter... dan dlm tak sedar tu pun dah ada yg naik bullet train..

najib baru nak kayuh basikal ...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive