Muhyiddin Yassin itu ANAK PARIA.. Sang Kelembai kata.



"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."


"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."




Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.












Artikel penuh sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
September 21, 2011 at 11:24 PM delete

Trend baru blogger2 UMNO, begitu berani lantangkan suara2 sumbang kepada bos2nya. Macamana boleh jadi camni? Sang Kelembai sikit pun tak takut dengan bahasa yang paling terkurang ajar kepada bakal PM UMNO, belum pernah terjadi macam ni kepada orang No.2 UMNO? Apakah ini tanda2 Kiamat UMNO sudah hampir? Atau....aaaaah, pergi jahanam dengan semua sebab musabab perkara ini berlaku, semuanya sudah tidak penting lagi. Yang penting qada dan kadar Allah SWT sedang berlaku keatas orang2 yang mempermainkan qada dan kadar Allah SWT! Kesian AKP.....

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 11:51 PM delete

Pergi jahanam lah dengan umno....pedulikan, biar mereka bertempur..lanun dan perompak sedang bertempur untuk menguasai dan menyapu bersih khazanah negara.

Reply
avatar
September 22, 2011 at 12:02 AM delete

bgs2..nnti kita humbankan kedua2nya sekali...

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 8:31 AM delete

BUKAN SETAKAT NAJIB DGN MUHAIDIN, TAPI HUMBANKAN SEMUA SEKALI APA YG TERKANDUNG DLM BeEND TU..DAH JADI BANGKAI! BAK KATA CHE DET "ROTTEN TO THE CORE"!!

Reply
avatar
September 22, 2011 at 9:19 AM delete

PENGUMUMAN:
Oleh kerana minggu ni banyak isu yang mengecewakan PR : PKR dengan kes liwat kantoi , tipu undi hantu kantoi ; PAS dengan kes mat syabu , hudud nik aziz dicabar mahathir ; DAP dengan tukar bendera malaysia dan Najib yang semakin ramai penyokong : apa kata kita ubah topik , kita cerita bab umno plak ....hehhehh

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 9:20 AM delete

umno dah membusuk dari pucuk hingga ke akar umbi...pergi jahanam lah umno.

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 10:50 AM delete

APA2 AJELAH PENGANUTPAS.. SEMUA TAHU HANG BANGANG BERHUJAH.. TAK DAK POINT, ISU LAIN DI SPINKAN.. AYAT HANG DAH MACAM ORANG KECEWA..

APA2 AJELAH, ASALKAN HANG BERBAHAGIA DENGAN PARTI KESUKAAN HANG TUUUU!! HEEE ARIOSSS

Reply
avatar
September 22, 2011 at 11:43 AM delete

pPAS,

Betul ke minggu ini semua ceriter PR kantoi? Cuba kau tengok balik:

*Najib menipu mansuh ISA - kau kantoi.

*KD Pari bertukar jadi kapal selam - kau kantoi.

*Parpukiri dapat rm80k - kau kantoi.

*Najib kata tak takut Anwar - kau kantoi.

*DNA dalam jubur Saifool - kau kantoi.

*Poster bogel Anwar di Kedah - kau kantoi.

*DNA lelaki Y bukan Anwar - kau kantoi.

*Hantu Bonceng mengucap Muhammad dur syaitan - kau kantoi.

*Harga minya dunia turun tapi Malaysia tak turun - kau kantoi.

*Miss Bikini di Pangkor - kau kantoi.

*Merc MB Kedah - kau kantoi.

*SPR keluarkan 60,000 ic palsu kepada pendatang - kau kantoi.

*Jamil Khir siapa itu Ustazah Kama dalam isu bina istana dengan duit haram - kau kantoi.

*Miss Bikini didalangi Nga-Ngeh - kau kantoi.

*Najib tipu kata kerajaan tak tahu menipu rakyat - kau kantoi.

*Miss Bikini Zambry, Mufti senyap tak berbunyi - kau kantoi.

*Najib kata tak takut Anwar tapi kecut telor minta diketepikan sapina ke kandang saksi kes liwat II - kau kantoi.

*Video seks Anwar terbaru akan disiasat oleh Ketua Polis UMNO -kau kantoi.

*Blogger UMNO menderhaka kata TPMnya anak pariah - kau kantoi.

*Sanusi Joned pun tak percaya KSKoon padahal kroni UMNO - kau kantoi.

Walhal minggu ni semua ceriter ASD telah menaikkan semangat rakyat PR, semua ceriter minggu ini telah menghancurkan moral kau dan pencacai2 UMNO, sebab tu minggu ni tak banyak komen dari korang.

Dan yang paling menghancurkan hati korang ialah kisah2 blogger UMNO yang sudah terpusing oleh qada dan kadar Allah SWT sampai mereka sanggup menghentam bos2 UMNO mereka sendiri.

Mana logiknya kami PR ni kecewa, naik bulu roma kami dengan kemenangan moral dan semangat yang meluap2 bila melihat bontot kau dan pencacai2 UMNO dibalun oleh rakyat UMNO sendiri.

Apahal kau nak suruh tukar topik ceriter bab UMNO pulak, bukankah selama ini pun kita memang berceriter tentang UMNO? tau kenapa lebih banyak kita berceriter tentang UMNO? Sebab tak ada satu pun yang baik tentang UMNO, bukan sekarang saja tapi sejak dari dulu. Bekalan ceriter busuk UMNO tak akan putus2 kerana terlampau banyak busuk UMNO dari baik.

Cuba kau ceriter toksah banyak lah , satu kebaikan yang UMNO pernah buat untuk Malaysia, boleh?

Reply
avatar
September 22, 2011 at 11:59 AM delete

tapi sayang bila PKR buat majlis rumah terbuka tak ramai yang pegi . Buat ceramah pun orang tak nak dengar

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 12:10 PM delete

Apa nak susah sangat kita humban umno bn kedalam tangki najis najib habis tutup cerita. Puak juak umno bn kan dah kaya raya samun harta benda rakyat malaysia mati nanti kau rendam badan kau dalam lautan api neraka , kan kan kan.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 8:50 AM delete

UMNO ni macam bangkai busuk penuh ngan ulat. Ulat ulat tu semua jaga perut sendiri.

Bila tak cukup makan, start lar buat bising. Lepas tu ketua ulat kena bagi suap makan.

Beginilar tradisi UMNO. Pasaltulah ramai berebut rebut nak jadi ketua bahagian.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 9:10 AM delete

"tapi sayang bila PKR buat majlis rumah terbuka tak ramai yang pegi . Buat ceramah pun orang tak nak dengar"

ALOLOLO JGN NANGIS PenganutPAS ALOLOLO MEH SINI MEH BAGI SYUSYU MEH...

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 10:50 AM delete

PenganutPas..

Yang pergi ke rumah terbuka .. sebab nak makan FREE.. itu saja!!!

Jgn pula makan FREE jadi "benchmark" sokongan rakyat.. itu sah2 bodoh punya KPI...

Nak bg komen.. fikir2 dan guna la otak sikit..walau tak banyak.. sikit cupup lah...kalau tak org akan kata awak tu BODOH...

UMNO BODOH... kini dan selamamya

Reply
avatar
December 11, 2018 at 12:19 PM delete

Bismillahir Rahmanir Rahim

https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


Web: almawaddah.info

Salam wa rahmah

Kepada;

Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
Terima kasih wa 'afwan.

Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.



Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive