Melaka nak jadi Las Vegas pula..

MELAKA 21 Sept. – Sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini.


Menurut sumber, kerajaan negeri pernah melahirkan rasa tidak puas hati itu kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani kegiatan itu.

Namun, pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad ketika mendedahkan permasalahan itu mendakwa, lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh.

“Orang ramai kecewa dengan sikap tidak endah pihak berkuasa yang dilihat tidak serius mengambil tindakan terhadap kewujudan semakin banyak pusat judi berkomputer di negeri ini.

“Kami diberitahu, setiap kali serbuan hendak dilakukan melalui kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ia sering kali gagal.

“Apabila serbuan dibuat, premis berkenaan tidak beroperasi. Serbuan itu gagal kerana pemiliknya seolah-olah sudah tahu mengenai operasi tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merampas 35 unit komputer yang menjalankan kegiatan judi haram manakala Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula menyita 37 unit.

Adnan turut mendakwa ada premis berkenaan yang beroperasi berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang dan berhampiran Balai Polis Simpang Ampat di Alor Gajah.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan pihak berkuasa yang langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka mengenai premis yang menjalankan kegiatan tersebut.

“Saya pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai sebuah pusat siber menjalankan kegiatan judi berkomputer di Melaka Tengah tetapi malangnya mereka tidak datang bertindak atau menahan pemiliknya,” ujarnya.

Justeru, katanya, beliau bersama 60 ahli Gerakan Belia 4B termasuk orang ramai terpaksa mengambil tindakan sendiri apabila berjumpa dengan pemilik premis berkenaan dan meminta mereka menutup operasi premis tersebut.

Adnan menambah, sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan wajar membanteras premis berkenaan, ahli Gerakan Belia 4B seluruh negeri melibatkan 6,000 orang akan membuat demonstrasi aman.


Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
PengikutPenganutPAS
September 22, 2011 at 11:31 AM delete

rakab dan PenganutPAS mesti sokong sebab ini idea amno-apco. . bagi rakab dan PenganutPAS, amno-apco halal buat ape jua bisnes. . rakab dan PenganutPAS mesti tentang dan pertahankan habis2an sesiapa sahaja yg membangkang projek ni. .

almaklum je la, kalu tak sokong mesti mak bapak dan anak bini rakab dan PenganutPAS kena makan makanan sisa babi tonyok air lioq basi dan anjing kurap kerana duit habuan tak dapat. .

cik rakab dan PenganutPAS mesti cepat bertindak tau. .

Reply
avatar
September 22, 2011 at 12:02 PM delete

isshhh mana ada aku tak sokonglah . tak baik lah kalau melaka ada banyak pusat judi cyber ni . nanti orang cakap MELAKA NAK TIRU SELANGOR pulak. Nanti banyak plak pusat pelacur macam kat selangor tu . tak sempoi lah macam tu ....

Reply
avatar
September 22, 2011 at 12:09 PM delete

Melaka jadi begini jangan salahkan Ali Rostam dan kerajaan Melaka. Ini semua kerja2 jahat yang didalangi oleh DAP dan dalang2 DAP itu tak lain tak bukan adalah Nga-Ngeh bersaudara yang mendalangi Pesta Miss Bikini di Pulau Pangkor! Tangkap Nga-Ngeh dibawah ISA sebelum ISA dimansuhkan!

Reply
avatar
September 22, 2011 at 12:30 PM delete

pPAS,

UMNO ni kalau tak menciplak karya orang lain, dia meniru. Kalau Melaka meniru Selangor, apa nak heran kalau yang menjadikan Selangor begitu ialah UMNO jugak yang memerintah Selangor berdekad2 sehingga judi dan pelacuran telah sekian lama berakar umbi disana. Selama kerajaan UMNO memerintah Melaka kenapa anasir2 ini tambah membiak? Sepatutnya kalau nak tiru Selangor, Melaka sepatutnya lebih insaf untuk kearah mengekang Melaka dari jadi Las Vegas, tapi kenapa nak meniru Selangor pada bab nak jadi pusat perjudian dan pelacuran aje? Nak tunggu sampai melaka jatuh ke tangan PR lepas tu salahkan kerajaan PR diatas perkara yang UMNO telah gagal membanterasnya?

pPAS, kau sepatutnya insaf atas Selangor dan berusaha sedarkan Ali Rustam dan UMNO untuk tidak menjadikan Selangor sebagai contoh untuk menjadikan Melaka Las Vegas!

Otak kau dah cukup KAPUT kau langsung tak ada karisma lagi untuk jadi pejuang Islam. Lebih baik kau ke Melaka cari anak dara grago dan kawin mungkin kau akan jadi seorang kristian yang lebih baik dari Melayu.

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 12:36 PM delete

best ayat hang FMZam!! paku buah keras pada PenganutPas!! itu sebab aku kata.. APA2 AJELAH PENGANUT PAS... HUJAH HANG MEMANG NAMPAK BANGANG! DIA TAK AMBIL PEDULI NASIHAT AKU.. Sekarang nampak sangat hujah bodoh Penganut Pas!!

ARIOS

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 2:59 PM delete

pPas
umno buat melaka bukan saja pusat judi tapi pelacuran pun hebat sampai buka sekolah perempuan berzina yg bunting...kau lupa ke? Selangor pun tak ada sekolah macam ni.
Hebat sungguh lah ali rostam ni dia promote habis2-an semua macam maksiat, last2 pekik hidup melayu!
Kau tak nak ke pindah ke Melaka Darul Maksiat!

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 6:16 PM delete

Ini semua kerja DAP lar.

Diorang dah infiltrate kem Ali Rustam.Saban hari diorang buka kedai ayam pulak.

Macam kat pangkor diorang bikin bikini party.

Hebat sungguh DAP.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive