Mansuh ISA: BN jangan ‘syok sendiri’ ambil kredit

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Persatuan Progresif Kaum India Malaysia (Mipas) mengingatkan Barisan Nasional (BN) jangan sama sekali menafikan peranan Pakatan Rakyat dan rakyat jelata yang mengenakan tekanan secara berterusan sehingga membawa kepada inisiatif pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehubungan itu Setiausaha Agungnya S Barathidasan berkata, Umno-BN bertindak seolah-olah “syok sendiri” dengan pengumuman mahu memansuhkan ISA manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu kredit berhubung inisiatif itu diberikan kepada BN semata-mata.


Semalam, Najib menegaskan bahawa keputusan untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan pihak lain.

Kata Najib, jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

“Mipas menggesa agar kredit diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Pakatan Rakyat dan rakyat jelata yang memberi tekanan ke atas kerajaan agar memansuhkan ISA,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, BN tidak akan berubah walaupun selepas lima dekad sekiranya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tidak mengetengahkan suara mereka manakala Pakatan Rakyat pula tidak meletakkan tekanan menerusi Buku Jingganya.

“Sekarang BN-Umno mendakwa mereka mendengar suara rakyat... lembu punya susu sapi dapat nama,” sindir beliau.

“Kami tahu jika kerajaan BN tidak memansuhkan ISA, Pakatan akan memansuhkannya jika mengambil alih Putrajaya. Terima kasih kepada rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat yang memainkan peranan mengenakan tekanan (ke atas kerajaan),” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Mipas percaya bahawa rakyat akan memberi sokongan penuh dan mandat mereka kepada Pakatan Rakyat untuk membawa pembaharuan ke atas kerajaan.

“Mengapa tidak memberi hanya satu penggal kepada Pakatan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Tidak salah untuk memberi satu penggal memandangkan kerajaan BN sudah memerintah lebih 50 tahun... jika Pakatan Rakyat gagal, rakyat boleh memilih kerajaan baru,” katanya.

Dalam perutusan Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Najib menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat itu adalah selaras dengan hasratnya untuk mengkaji ISA ketika mengambil alih jawatan Perdana Menteri dua tahun lepas.

Kata Najib, perubahan itu akan meletakkan Malaysia di landasan yang lebih kukuh kerana ia akan membentuk sebuah demokrasi yang lebih progresif dan lebih terbuka di samping itu dapat memelihara keharmonian dan ketenteraman awam.

“Kita inginkan keseimbangan di antara keterbukaan dan hak asasi individu di samping menjaga ketenteraman awam dan kepentingan rakyat jelata,” katanya.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
September 18, 2011 at 8:34 PM delete

Setakat mansuhkan ISA tapi gantikan dengan ISA baru, No big deal lah Najib! Apa ko cakap tu sama aje kalau ko kata "ISA tak akan dimansuhkan tapi akan diperbaharui". Cakap putar belit camtu pun ko nak pujian, memang sah ko ni giler pujian. Pujian sepatutnya diberikan kepada pemerintah negara yang kata ISA DIMANSUHKAN, FULLSTOP! Kalau ko nak kredit cuba cakap camtu, okey?

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 8:39 PM delete

UMNO ni macam pasukan dikir barat, apabila tukang karut bagi mengarut, yang tukang dikir akan ulang karutannya. Padahal isu ISA, puak-puak UMNO yang menentang sangat sebarang usaha memansuhkannya dulu, kemudian bila Najib nak memansuhkannya, uuuuuuuui mengaku merekalah bagus dalam demokrasi.

Reply
avatar
September 18, 2011 at 9:16 PM delete

Najib ni perangai tak ubah serupa budak sekolah meniru dalam exam. Yang dia tiru jawapan dari Buku Jingga tu pasallah dia kantoi. Dia boleh tiru tapi tak boleh olahkan sebab jawapan tu bukan jawapan ori dia. Kira ciplak lah. Tu dah lah tak ngaku tiru, mintak kredit pulak. Haprak!

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 8:56 AM delete

sekadar mengalih isu sejarah bukit kepong....kantoi
terlalu banyak professor kangkong yang menipu....

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 19, 2011 at 11:19 AM delete

ISA bukan isu utama sekarang, apa yg patut najib umumkan adalah langkah2 yg mesti kerajaan dalam menangani masalah hidup rakyat yg makin tersepit, dgn harga barang keperluan yg naik mencanak, harga minyak dunia yg dah turun tapi harga minyak dlm negara tak turun2..

Reply
avatar
rakab
September 19, 2011 at 12:26 PM delete

Kita runtuh rumah lama yang dah uzur,..kita bina rumah baru yang lebih sesuai..!

Bodoh lah kau nih Zam !!

Yang penting ialah kebaikan untuk rakyat !!...tak kiralah pihak mana yang mengusahakannya !

Reply
avatar
rakab
September 19, 2011 at 12:36 PM delete

Langkah-langkah menangani kenaikan harga barang sudah lama kerajaan umumkan !.

Bahkan perlaksanaannya pun sedang berjalan lancar...

Kedai !Malaysia dan barangan 1Malaysia adalah satu contoh..

Minyak di Malaysia dah lama turun..

sat lagi aku panggil kau mejar bangang...kau panas telinga pulak !

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive