Mak Aih!! Pulau pun depa nak jual?



Apa nak jadi dengan Negara kita ini akhirnya??

IC diberikan sewenang-wenangnya kepada warga asing dengan percuma.. Ada telaga minyak diserahkan kepada Brunei secara percuma.. Pulau Batu Putih pula terpaksa diserahkan kepada Singapura begitu saja..


Ini pula ialah cerita mengenai tiga buah Pulau di Sabah yang telah diiklankan untuk dijual dalam ‘Private Islands Online’ yang berpengkalan di Toronto, Canada.

Dalam iklan tersebut Pulau Mengalum yang berkeluasan 250 Ekar ditawarkan untuk dijual pada harga USD$18 Juta, Pulau Pandanan yang berkeluasan 10 Ekar pula ditawarkan dengan harga USD$2 Juta.

Manakala bagi Pulau Montukod yang mempunyai keluasan 17.2Ekar pula ditawarkan sebanyak RM35 Juta untuk dijual…

Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya, tetapi negara kita pula membenarkan pulau-pulau miliknya dijual begitu saja..

Bayangkan jika ketiga-tiga pulau ini dibeli oleh Israel atau warga Israel..

Paling menghairankan ialah bagaimana pulau-pulau tersebut boleh menjadi milik persendirian?

Salah siapa agaknya?? err.. Sabah tu tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat kan?




Kalau tak nampak sila klik pada image..

Kalau tak nampak jugak sila klik di (SINI) untuk ke sumber berita.. buat masa sekarang masih ada seperti image diatas.. esok lusa aku tak pasti..

Kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terhadap Penjualan Pulau Kepada Pihak Asing

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

20 comments

comments
September 22, 2011 at 7:53 PM delete

ASD,

Sebab nak jual pulau kerana dah habis tanah di Malaysia ni yang dah terjual, tinggal pulau aje. Lepas ni bila pulau dah habis dijual, batu yang timbul di tengah laut pun depa akan jual.

Reply
avatar
bunbinban
September 22, 2011 at 8:33 PM delete

hahaha..syabas malaysia, sudah setanding dgn negara greece...hahaha...bila lak nak jual gunung kinabalu?.

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 9:47 PM delete

kalau lah kena satu hari di pulau tu ada pulak minyak ...

rasa rasa yg mungkin berminat si hero hindustan tu ..

Reply
avatar
Anonymous
September 22, 2011 at 11:07 PM delete

Bangsat betul BN !!!

Ditakdirkan PR pegang kuasa next GE. Sila pastikan tugas nasional pertama PR adalah RAMPAS semua harta & wang mereka yg dikumpul secara haram.

Hasil rampasan boleh cover hutang2 peninggalan BN. Ok aper, fair n square...


Zukay.

Reply
avatar
September 22, 2011 at 11:48 PM delete

wowww mengalum island tu 250ekar us18juta .

Bagus jugak beli tu guna duit yayasan kristian . Boleh suruh anwar jadi PM kat sana . Kat sini pun ramai nak ikut pindah kesana.

Aman Malaysia .

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 2:47 AM delete

Umno cukup brsyukur & gumbira jika rakyat bodoh sbb senang nk menipu. Nk cover kesalahn mrk dngn hnya tunjuk muka d media massa. Itulh cara kuno yg diamalkn selama ini tp prlu ingat.. hanya utk org Umno shj.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 3:32 AM delete

Ape ku rase....klo jual pulau ni pon bukan hal besaq pon.ni bukan jual negara kwn2 ...ni nk jual tanah je utk dimajukan.same cam org singapore beli rumah kt johor.takkan tanah yg beli tu ble wat jadi sebuah negara.piki jauh2 skit.org beli pulau tu pon akan dpt geran tanah.ni bukan zaman dulu....sape jumpe tanah jd tuan.sah2 tanah ni masih tanah kite.masih tertakluk undang2 negare.org kayo mano beli akan majukan pulau terpencil tu.dh tentu wat iklan terbuke....sape org kite mampu beli...silakan.jgn jadi mcm genting.org melayu kite sendiri xmampu nk buat mcm tauke tu wat skrg.dulu sape nak tanah kat puncak tu.die beli wat mcm2.org kite sape berani amik cabaran.ngutuk adela....xabih2 nk slah kerajaan,umnola...mcm2.diri sendiri sume btul...

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 7:23 AM delete

anon 3:32am tak boleh sama kan org singapore beli rumah dgn beli tanah atau pulau.. kalau dia org buat resort kat pulau dan jual pd org luar boleh diterima .. tapi ni pulau.. sebuah pulau ! langsung tak de utk org msia ke ?

nak jual bukan sebuah pulau tapi kawasan kawasan pantai nya saja ..

kalau guna hujah anon org kayo beli akan maju kan .. apa kata kita jual pulak msia supaya org kayo majukan msia pulak ..

dan ada jugak kemungkina pulau itu akan jd tempat persiaran berkonsep judi... apakah anon tak ambil pengajaran dr sejarah yg anon katakan ..

terdesak sangat kah kita membenarkan org punya pulau dibenarkan menjualkannya ..

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 8:37 AM delete

HABIS KENA JUAL DGN ROSMAH PUAKA KAHKAHKAH PADAN MUKA HAMPA!

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 8:40 AM delete

Ini mesti kerja DAP lagi. Kerja jual pasir Johor kpd Singapura pun kerja DAP. Kes pulau Batu Puteh tu pun kerja DAP.

Nasib baik Hamid Albar dapat selamat satu ketul batu.

Kita kena was was ngan si DAP ni. Mereka ini cukup licik.

Hidup UMNO. Benteng terakhir Melayu.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 10:26 AM delete

anon 8.40 - kau ni baru keluar dari gua ke atau baru jaga dari koma? yg dok seludup pasir ke s'pore tu kena la tnya mat sembab, dia yg mastermind beb. kes batu putih cuba ko tya Hamid 'albab' brapa s'pore bg komisen kt dia..benteng melayu terakhir hakktuuih.. sbb UMNOla org melayu terpinggir..ko rasa nasib anak2 generasi melayu masa depan akan lebih baik ke? lahir je dh ada hutang berpuluh2 ribu akibat 'kepandaian' UMNO tadbir negara. lainla klu ko sebahagian dr mereka2 yg secara haram bwk keluar duit ke luar negara dan dpt saham bumi berbillion2 tu..

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 23, 2011 at 10:46 AM delete

sempoi juga ckp PenganutPas ye.. tpi masalahnya yg berkuasa la ni najib la bro so kao gi le jilat pungkok najib ye supaya kao bole dpt duit habuan extra le kan kan3..
brape kao dpt buat statement 'anwar' ni ye? pastikan kao dpt ribu2 tau. . tak klu tak berbaloi le fitnah kao tu. . dan yg parah duit habuan tu takat cukup beli makanan sisa babi je nak bagi mak bapak dan anak bini kao makan. .
so kao 'claim' banyak2 tau dari amno-apco ye. . ada lebe kalu, kao sedekah jariah le sikit kt rakab ye. .

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 12:02 PM delete

Konfirm ramai PENCACAI-PENCACAI DAN PARIAH-PARIAH umNGOK akan bergembira dengnan berita penjualan PULUA-PULAU nie, nak PRU dah kan BANYAK NAK PAKAI DUIT NAK BAGI MAKAN PENCACAI-PENCACAI DAN PARIAH-PARIAH umNGOK yang SENTIASA KEBULUR.

-wakleman

Reply
avatar
September 23, 2011 at 5:52 PM delete

antara wasiat raja2 melayu menjelang merdeka...

bukit, gunung dan pulau jangan diserah kepada sesiapa pun...

kah!kah!kah!

salah raja2 melayu jugak...

sabah masuk malaysia 1963,
wasiat buat 1957

blok minyak?

blok minyak x termasuk dalam wasiat..

betul tak rakab n pPAS?

kah!kah!kah!

Reply
avatar
rakab
September 23, 2011 at 6:06 PM delete

Triple P,

Kau ni kalau komen mesti nak sebut nama aku!...patut ler aku asyik tersedakkk jer !!

Orang nak jual pulau ,dia punya pasal ler!...apa nak heboh!...
harta dia..bukan harta negara.

Dia beli dengan jepun ke, atau british ke atau sultan sulu ke ,..kita mana tahu!
Keturunan dia dapat pulau tu sebelum Malaysia ni wujud pun...

Reply
avatar
rakab
September 23, 2011 at 6:08 PM delete

Agaknyer laa...

kehkehkeh......

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 6:09 PM delete

rakab bg komen macam org tak pergi sekolah.....

Reply
avatar
September 23, 2011 at 6:09 PM delete

betul rakab, betul...

kah!kah!kah!

memang sah kau ni BAHLOL!!!

Reply
avatar
Anonymous
September 25, 2011 at 2:18 PM delete

PUAK2 UMNO BODOH PIANG NI SAMPAI NEGARA TERGADAI PUN DEPA TAK HERAN SEBAB MEMANG DEPA LEBIH BODOH DARI BERUK DIHUTAN.MINDA DEPA DAH TERTUTUP RAPAT OLEH PROPAGANDA PEMIMPIN UMNO.

Reply
avatar
Anonymous
September 25, 2011 at 9:00 PM delete

boringlah dengan penganutpas yang bukan ahli pas....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive