Kuota Bumiputera dihapuskan kerana Najib ikut kata Soi Lek?



Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.


Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’.

Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera.

Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
September 28, 2011 at 8:11 PM delete

Apa yang ada pada melayu, habis semua, ini la dia pengkhianat melayu lebih buruk dari komunis

Reply
avatar
BOMBO
September 28, 2011 at 9:04 PM delete

Sikap iri hati puak2 umno dgn LGE nampak dimata pencacai muflis umno je itulah ada apa pada johor,pemimpin tak boleh tunduk dgn ugutan kalau paklah bolehlah,melayu yg paling byk muflis bila berniaga...kecil2 pun mau tongsang(isk)disebabkan subsidi...naik manjalahtu bila semua free.....bodo ckp bodo mcm rakab juga

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:07 PM delete

Apa pun yang Najib cakap lebih2 lagi dah nak PRU ni, kita dengar ikut telinga kiri keluar telinga kanan. Lagi baik kalau kita tutup sebelah telinga biar cakap2 Najib tu masuk telinga kiri dan keluar pun ikut telinga kiri. Tapi kalau korang nak bagi cakap Najib tu melantun, tutup aje dua2 telinga. Sebabnya, apa yang Najib cakap semua belum berlaku, semuanya nanti, semuanya akan, dan semuanya tungguuuuuuu! Semua Najib cakap adalah umpan politik sebelum PRU, apa Najib cakap adalah 'carrot yang digantung dihadapan keldai' yang hanya dimakan oleh keldai2 UMNO. Jadi jangan terpesona dengan carrot Najib tu, biar dia tergantung sampai busuk, biar sampai Najib terjun gaung dengan keldai2 UMNOnya pada PRU nanti.

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
September 28, 2011 at 9:19 PM delete

Kalau kuota d bagi sama ratapun sama jua acuan sama takkan lain2 kot,bila subsidi menghantui jiwa besaq dan berangan2 mat jenin mampui jua akhirnya business,dah nak kaya cepat,cuba rasa dr bwh tampa sokongan ...aaaaaitulah wira melayu yg berjaya,lepastu baru naik Putra jaya

Mcm mana melayu nak maju,bangun jam 10.00pagi potong getah pun susu dah kering,kalau nak berjaya tenggok dgn mata org dah berjaya bangun pukul 5.00pagi... bukan mcm rakab spin blog buat lawak dah ada duit..siang tukar malam,malam utk siang,mcm syaitan.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 9:31 PM delete

Kuota Bumiputera ni kebanyakknny pak menteri & suku-sakatny yg sapu. Di sbbkn mrk2 ni dah kaya-raya, maka mrk dh rela hati utk hapuskn kuota ni. Smpai skrg tak de seorng pun pak menteri yg sanggup declare harta mrk.

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:49 PM delete

jgn le mare kawan2...

ni ler namanyer LIBERALISASI EKONOMI...

kah!kah!kah!

lagi satu masa petrol naik namanyer PELARASAN HARGA...

kah!kah!kah!

mana boleh main sentimen melayu2 ni...nanti APCO marah

kah!kah!kah!

UMNO baru nak meroyan...

orang tegur lama dah!!!

memang dasar UMNGOK, selalu tertinggal bas...

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 10:42 PM delete

Bila najib nak tranform dasar lama kepada yang lebih baik,....puak ni tetap kata tak betul jugak!

kurang-kurangkanlah sangkaan buruk tu...

Reply
avatar
BOMBO
September 28, 2011 at 11:12 PM delete

dasar lama mana boleh pakai zaman sekarang semua IT,adakah zaman kominis luu mau bawa dulu rakyat malaysia hanya 17juta,sekarang 28juta pasti ekonomi berubah..bebal rakab ni,dulu suruh sekolah tahap SPM3 je ko dpt,sekarang org bekerja sambil belajar master tak lepas peluang,sebabtu pegawai2 lebih bijak dari pak menteri

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 11:20 PM delete

Ini taktik Porn Chua menarik undi cina saja. Nanti PR13 habis, quota akan balik spt biasa.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 11:32 PM delete

BoMBONGOK...sbb tu le najid nak ubah dasar baru..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 28, 2011 at 11:59 PM delete

Satu kejayaan dan tahniah untuk DAP,MCA dan GERAKAN jika perkara ini benar2 berlaku...

Utk Islam/Melayu semua DAP,MCA dan GERAKAN sebenar bersatu hati bab2 menjatuh Islam/Melayu,hanya didepan mata Islam/Melayu depa berkelahi..walhal sebelakang siapa nak ambil tahu...makan semeja..dgn gelak satu suara..

Kejayaan utama depa telah berjaya pecahkan Islam/Melayu kepada 4 golongan:
1) Melayu-UMNO
2) Melayu-PAS
3) Melayu-PKR
4) Melayu-Aiman tak kisah..(sapa2 jadi PM/Kerajaan pun takpa janji happy)

Perpecahan Islam/Melayu dirancang dgn rapi supaya ia tidak nampak bukan dari puak2 mereka..dgn menggunakan org Islam/Melayu jugalah sebagai penentang, cipta fitnah, menghasut, menlaga2kan dan sebagainya..mereka-reka seperti kronisme,nepotisme dan sebagainya supaya Islam/Melayu benci,dengki, bertohmahan, berdemo dan menghina sesama bangsa.Hanya matlamat ia sebagai senjata meruntuhan umat Islam/Melayu secara perlahan2 bukan radikal seperti komunis...ada pernah dengan depa nie hina sesama bangsa depa?mencerita kekayaan bangsa2 depa?

Bila Islam/Melayu sudah berpecah 4 maka setiap rancangan/keputusan utk umat Islam/Melayu yg dibuat oleh kerajaan pusat (UMNO/BN) ia mudah ditolak mentah2/tak sokong oleh Islam/Melayu dari PAS & PKR walaupun ia baik utk Islam/Melayu itu sendiri...hangpa takada terfikir ke?

P/S: Biar dilondeh semua apa yg ada utk Bumiputra, kerana yang wujudkannya adalah tangan2 org UMNO/BN juga, maka kenapa nak membantah sebab sekarang benci bagai nak gila pada UMNO.Kenapa nak isu kan? Itulah menunjuk bodoh Melayu PAS/PKR nie, depa meminta..selepas tu bila hendak dibuang marah pulak..memang jenis meludah kelangit..

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 7:54 AM delete

AKP
geli hati aku baca analisa hang.
melayu pas dan pkr adalah satu..TOLAK KEPIMPINAN umno dan oleh kerana melayu "aiman" tak kisah..maka boleh kata mereka juga bersatu utk maksud itu.
Yang dok jadi maslah dan selalu buat kacau ni ialah umno. jadi mudah saja penyelesaian masalah perpecahan melayu ni...bubarkan saja semua cawangan umno..ahli umno boleh pilih pas atau pkr....bersatu lah melayu.

Reply
avatar
Mejar Zainal
September 29, 2011 at 8:35 AM delete

Tun Abdul Razak dulu giat menolong org Melayu krn beliau bertubuh & berjiwa Melayu, dgn DEB, MARA, FELDA, ITM, BBMB dsbnya. Tapi kini Najib Razak yg juga waris beliau, sedang giat menghapuskan segala usaha ayahandanya. Agensi MARA entah kemana, DEB di liberalisasikan, kouta 30% bumi dihapuskan, cadangan pembangunan Kg. Bahru yg tak memberi untung dlm jangka pjg pada Melayu..

Najib ni hanya bertubuh Melayu, tiada jiwa Melayunya. Demi mendapatkan undi bukan Melayu, korbankanlah apa juga harta pusaka bangsa Melayu.

Kesian Melayu kena kencing dgn kepala penyangak Melayu

Reply
avatar
BOMBO
September 29, 2011 at 3:39 PM delete

umno baik dan cerdik dari kaca mata puak2 melayu rakus harta rakyat,kalau boleh rakyat melayu d biar semiskin2nya sebodoh2nya agar agenda kuota melayu yg hanya tinggal sekangkang kera dpt dirakus bersama rata oleh puak2 gila harta ni,,,matlamat mereka agar melayu sinis kpg sentiasa diperbodohkan agar pemerintah kukubesi dpt berkuasa selamanya...

Reply
avatar
Tokwan Pencen
September 30, 2011 at 12:51 AM delete

BOMBO + NGOK = BOMBONGOK

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 8:55 AM delete

berani hapus kan 30% kuota bumiputra ..

tp tak berani nak hapuskan penjualan nombor ekor .. setiap minggu ada je cabutan ditambah cabutan utk hari hari istimewa..

tidak kah umno terfikir penghapusan kuota bumiputra akan mnyebabkan org melayu/islam akan lebih bertambah suka main nombor ekor konon nya nak buat modal berniaga .. tak pun sekurang kurang nya berangan2 utk melupakan beban yg dipikul ..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive