Kata Najib, ISA dimansuhkan tetapi kenapa tahanan belum bebas?

KUALA LUMPUR, 17 Sept ─ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapuskan undang-undang tersebut.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, amat dikesali apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA akan kekal sehingga dua akta baru menggantikan ISA siap.


“Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambah perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib (kelmarin),” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah ikhlas dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan.

Malah katanya, jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan di mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh mereka adalah golongan pengganas.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku ke atas enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

“Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan,” kata beliau lagi.

Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran Perdana Menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta ‘draconian’ tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.

“Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.”

“Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini,” kata beliau.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

29 comments

comments
PengikutPenganutPAS
September 17, 2011 at 10:47 AM delete

da tau da pasal penipuan isu 'isa' ni. . so nk ingatkan rakyat dan pr le ye, JANGAN LEKA & TIDOR akan kata2 najib mansuhkan isa ni tau. . najib ni tipu dusta dan bohong blaka so AWAS la smua !!!

Reply
avatar
September 17, 2011 at 10:53 AM delete

Terang jugak video anwar kat lobby lift apartment tu yang papagomo.com upload !!!

Reply
avatar
KUASA DI UTAMAKAN...
September 17, 2011 at 10:54 AM delete

NAJIB NK BUAT MCM ROYALTI MINYAK DI TUKAR JADI WANG EHSAN...

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 11:15 AM delete

Tunggu dan lihat apa melaun dak buat.

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 11:15 AM delete

APA2 AJELAH PENGANUTPAS..

YANG PASTI SEMUA TAHU HUJAH HANG MEMANG BANGANG! ANWAR HADIR DI APARTMENT ITU SEBAB ADA MESYUARAT. ADA LAGI GAMBAR VIDEO AHLI-AHLI MESYUARAT DI LIFT BERKENAAN (DITAYANGKAN SEMASA CERAMAH SAIFUDDIN NASUITION)TAPI TIDAK DITUNJUKKAN PUN.

GAMBAR SAIFOOL KETIKA DI LIFT PUN ADA SEBAB DIA JADI TUKANG BANCUH KOPI MESYUARAT ITU. INI TAK BOLEH DIJADIKAN BUKTI ANWAR HADIR MELIWAT SAIFOOL!

SEKALI LAGI , APA2 AJELAH PENGANUTPAS..

YANG PASTI SEMUA TAHU HUJAH HANG MEMANG BANGANG!

ARIOS!!

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 11:20 AM delete

Saya rasa patut kita bagi tempoh pada si najis ni untuk mengotakan janji dia.. yelah dalam tempoh sehari agak sukar nak lepas semuanya jika selepas tempoh seminggu tapi selepas itu masih ding dong lagi maka memang dia suka main najis untuk lepaskan semua tahanan ini..

Reply
avatar
September 17, 2011 at 11:21 AM delete

hahahhaha .... anon 11.15
pilah tengok dulu . bakal perdana menteri hang tu dok tunggu lift nak ke bilik china doll tu lah . ni bukan kes liwat saiful , ni kes dengan pelacur china tu .

Tu lah banyak sangat skandal sampai penyokong sendiri pun keliru yang mana satu . Bila anwar nak pencen , asyik jadi liabiliti jer pada PR ??

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 11:42 AM delete

apa la bangang tahap babi sgt ko ni . isa akan hapus jika akta baru yg akan digubal diluluskan di parliment. bangang tk habis-habis ko ni .

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 11:53 AM delete

Kepada puak2 penyokong Fuckatan Rakyat yg bsekolah x brapa banyak tu,

ISA mmg la akan dimansuhkan, tetapi diganti dengan dua akta yang baru. Maknanya, buang ISA dan ganti yg baru. Ko org ingat suka2 saja Najib bole buang apa2 akta dengan sekadar beri ucapan kat TV? Ko org ingat Najib kata 'mansuh', terus akta tu bole hilang ker?

Dia kena bawa pemansuhan itu ke Parlimen.. Parlimen lulus, baru ISA habis. dan..., kalau Najib tak sebodoh ko org, masa dia memansuhkan ISA di Parlimen nanti.., dia akan mengusulkan akta barunya itu serentak..

Bole faham?

Reply
avatar
September 17, 2011 at 12:24 PM delete

Najib buang ISA lama ganti ISA baru, rakyat semua jangan leka ini semua adalah keluar dari lubang buaya masuk lubang naga. Dah perangai babi kambus satu lubang korek lubang lain. UMNO mana boleh hidup kalau takda lubang! Ada faham ke?

Reply
avatar
September 17, 2011 at 1:08 PM delete

Mansuhkan ISA tapi ganti baru, mat salih kata "No big deal". Yang baru pasti akan lebih bertambah kuasanya, lebih mencengkam gripnya, lebih tajam kuku besinya, lebih berbISA. Cakap Najib cakap pilihanraya, lepas pilihanraya ISA masih tetap ada entah untuk berapa lama, aku rasa ISA baru akan keluar untuk jadi modal UMNO pada PRU ke 14. Ini semua adalah "carrot" Najib untuk sapa2 rakyat yang jadi keldai bagi undi pada UMNO/BN. Jangan bagi undi pada UMNO/BN, tak kira ISA ke tak ISA!

Reply
avatar
September 17, 2011 at 1:20 PM delete

Lihat lah rakyat semua, apa pun Najib telah cakap dan buat, tak ada satu pun yang dia telah buat seperti yang dia cakap, semuanya hanya kata2 cogan semata. Kerajaan UMNO tak akan memansuhkan apa2 kerana ISA, rasuah dan salahgunakuasa itulah UMNO. Kita tak perlu UMNO untuk mansuhkan kemungkaran mereka, kita hanya perlu MANSUHKAN UMNO!

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 17, 2011 at 1:54 PM delete

Apa yg aku nampak kenyataan ini adalah terserlahan kebodohan, kegelojohan, kejumudkan, kejahilan PAS & PR bila membaca kenyataan dari Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kena ambil faham yang PM kata "akan" dimansuhkan..ia adalah sebuah janji..bukan dah mansuh...ia juga perlu diusul diparlimen..

Setahu aku Akta ISA bukan diluluskan dipersidangan parlimen dibawah pokok! macam persidangan PR dibawah pokok di tempoh hari diPerak..ia juga bukan dilulus di kedai kopi...akta ISA dilulus diparlimen..yang aku faham selagi akta ini belum diusul untuk dimansuh di parlimen maka ia tetap sah digunakan buat masa ini...selagi belum diusul kemansuhan diparlimen dan diluluskan.

Kenapa perlu minta maaf..sepatut rakyat yg perlu terima kasih org2 yg wujudkan akta ISA pada masa lalu...kerana selepas akta ISA dikuatkuasa ia terbukti mampu mengekang perkara2 yg mengugat keamanan negara sehingga kini...

P/S: PAS makin hari jadi hamPAS

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 2:37 PM delete

"Terang jugak video anwar kat lobby lift apartment tu yang papagomo.com upload !!!"

WIDIO KEDUA PULAK DAHHHHH...KAHKAHKAHKAH APA PON BIK (DALAM BASO KLATE BIK=FARAJ) MAMA SERONOK DGN CINCIN USD24 JUTA, MAT JAMENG SYOK DGN ISTANA DUIT ZAKAT DIA, DUNG MUKTAR STIM SAMA JIJI IJETI DIA, SAPIE PEDAL KERAS KOTE DGN ZAHID HAMIDI EH ZAHIDA RAPIK DIA, AZMI KALID DGN NORMALA DIA, BIJAN DGN JIANA DIA, HISAMUDIN ONN ON DGN ANUAR DIA KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 2:38 PM delete

LUPA SEKOR LAGI RAHIM THE TAMBISUKA BUDAKKECIK BALON BUDAK BWAH UMO DIA KAHKAHKAHKAHKAH

Reply
avatar
BOMBO
September 17, 2011 at 3:59 PM delete

Siapa tak kenal kerenah najib bos Pencarut Pas,AKp kalau perkara membodokan rakyat dialah yg pertama kehadapan,ckp air liur bertaburan,sebagai pemimpin nampak kotor sekotor niat nawaitu utk menjehanamkan idea yg baik dr Pakatan,memang umnok suka lubanq tak dpt teraju tanpa lubanq

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 4:58 PM delete

Ppas
kau ni toya lah. orang dok komen pasal janji palsu najib, kau ni melalut pasal video basi tu. kalau betul tu anwar dah lama juak2 umno buat serbuan besar2-an siap dengan ratusan pemberita dlm dan luar negeri...maklum lah seandainya itu betul anwar maka itulah yg umno cari2 selama ini. Tapi malang...itu semua tinggal hanya impian kemaruk umno... sebab orang tu bukan anwar (wallahualam). dah kalau mahathama ghandi pun boleh di solek sampai orang tak tahu beza apa nak hairan yg ini. Tlg jangan panjangkan lidah syaitan dgn promote orang lawati papagomo..pengedar video lucah tu... buat dosa aje.

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 5:01 PM delete

najib ni betul bangang. mana boleh mansuh undang2 di TV. Kena bawa ke parlimen dulu. ini cuma nak cari publicity murah...rakyat bukan bodoh lagi najib oooi.
terima ksih najib??? kepala otak kau lah AKP. sepatutnya ISA dimansuhkan, kalau dia mansuh, he is just doing his job, itu pun setelah diasak dan digasak PR. You should thank PR instead.

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 5:06 PM delete

Terfikir juga aku. mungkin najib dah boleh bau yg penggal Bn sekarang mungkin yg terakhir. sebelum bertukar kuasa dan dan supaya dia tak tertangkap seandainya dia mulakan rusuhan selepas PR menag nanti, maka isa di mansuhkan....buat masa ini. seandainya bn menang selepas pru13 maka akta lebih kejam patriot akan digubal meniru dari USA yg lebih kurang sama isa...so what ever it is najib memang penipu.

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 5:06 PM delete

AKP bangang! AKP bangang! AKP bangang!

Reply
avatar
rakab
September 17, 2011 at 6:29 PM delete

Rakaman video anwar dan Eskay masuk dan keluar lif !

Pii cari chinadoll..

Fokus pada waktu yang tertera....

Kantoi !!...kantoi lagi !!


kahkahkah!

Reply
avatar
rakab
September 17, 2011 at 6:32 PM delete

non 5.06,

Bila dah kantoi,..pecacai mulalah meroyan !!

Kasihannn..hang pa semua..

Reply
avatar
rakab
September 17, 2011 at 6:36 PM delete

Berita panasss !!!

7000 ahli PKR sertai UMNO di Selangor !!

hahahaaaa..

Tinggalkan aja parti reput tuh !

PKR semakin karam !!

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2011 at 8:14 PM delete

rakab
kau baru mula shift ke?Lepas peluk isteri kau mabok tak habis lagi kot? atau kau mimpi 7000 ahli umno begok tu kembali sertai umno. patulah najib siang tadi kata faktor umno kalah dulu pasal program umno banyak yg syok sendiri.
he..he..he you just validated his statement...moron!

Reply
avatar
rakab
September 17, 2011 at 11:15 PM delete

Anwar's asshole,

Kalau dah beribu ahli pkr tinggalkan parti,..mana ada peluang nak menang lagi.

cuba kau beritahu aku ,..berapa ramai ahli pkr yang berdaftar ?

berapa ramai pulak yang keluar mengundi masa pemilihan parti yang lepas ?

belajarlah terima hakikat...

Reply
avatar
September 17, 2011 at 11:36 PM delete

eeemmm kat mana ehhh PKR buat majlis sambutan aidilfitri yang dapat sambutan hangat ?? dalam 3,000 orang ker ?? ada tak ?? boleh ker PKR kumpul orang daalm 3,000 tu kaalu tak kerahkan penganut-penganut PAS pegi ?? sedangkan kat permatang paih (ASD) khabarnya dalam 1,500 orang jer

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 18, 2011 at 1:15 AM delete

PenganutPAS..

Depa(PR) dah panas punggung...punggung dah merah panas sebab terpaksa tunggu sampai habis setiap majlis Aidilfitri, depa terpaksa tunggu sampai waktu akhir majlis..baru nak balik..kalau balik awal..awal majlis tu habis...

P/S:Majlis PR dah tak macam dulu lagi..dulu 3 ekor lembu pun tak cukup..tapi hari..sekor pun susah nak habis..ha..ha..

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 7:25 AM delete

geng otak lembu umno,
ukur kekuatan umno dengan kira berapa orang pi makan free??kah..kah..kah..sah lah hampa ni otak lembu, pecacai najib bini rosmah hardcore.
ppas tu nak kira apa, math tahun satu pun dia kantoi.

Reply
avatar
September 18, 2011 at 5:11 PM delete

anon .... bukan maksud aku nak kira orang makan free . Orang yang pegi tapi tak makan pun aku kira jugak . Point dia PKR sekarang NOTHING . Tiada penyokong pun . Rakyat dah sedar lah. PKR cuma bertenggek penganut PAS jer untuk nampak kuat .

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive