Jawapan Sultan Johor mengecewakan Utusan dan TV3?



Setelah Guan Eng menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain khususnya Johor semasa diwawancara di Australia, TV3 telah menyiarkan satu rakaman audio yang dikatakan beliau menghina Johor.


Antara yang disiarkan ialah.."Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan akan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan hadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.

Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.

Mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata "Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Perbualan Tertutup dan bukannya kenyataan rasmi yang salinan ucapannya telah diedarkan.

Bagaimanapun penafian oleh Guan Eng itu tetap menimbulkan rasa kurang senang Media-media yang ditunggangi UMNO antaranya Utusan dan TV3.

Mereka cuba pula melagakan antara Guan Eng dan Sultan Johor pula ianya semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada Guan Eng..

Ini jelas apabila TV3 memanaskan lagi isu tersebut semalam(Video sila lihat di SINI)

Bagaimanapun..Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jelas bijak dalam menangani isu ini beliau tidak termakan hasutan dari media tunggangan UMNO itu..

Biarpun baginda mengaku tersinggung namun beliau juga memberikan jawapan yang sudah pasti mengecewakan pihak TV3 sendiri..

Titah Baginda yang dipetik dari The New Straits Times Press "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkaitan keadaan di Johor,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa negeri ini tidak selamat kepada warga Singapura.

Sultan Ibrahim bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di bawah kepemimpinan Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan demi kesejahteraan seluruh rakyat juga pelancong di negeri ini.

Titah baginda, sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak wajar diheret sama ke dalam kancah politik.

“Yang penting dan dekat di hati saya adalah rakyat dan sesiapa jua yang tinggal di Johor Darul Takzim termasuk pelancong atau warga dari negara jiran PDRM Kontinjen Johor di bawah Mokhtar sudah diberi tanggungjawab dan beliau menunaikan amanah itu.

“Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri,” titah baginda yang merujuk kepada desakan supaya baginda mengharamkan Guan Eng menjejakkan kaki ke Johor.

Sultan Ibrahim meluahkan rasa hati baginda terhadap isu itu ketika berkenan menerima menghadap wakil The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pejabat baginda di sini, pagi semalam - sepenuhnya sila baca di SINI


TV3 sudah pasti mengharapkan agar Baginda bertitah “Beta MURKA dengan kenyatan Guan Eng itu!!”

Jika itu yang diitah Baginda maka semakin bersemangatlah TV3 mengapi-api kan isu ini dan beribu NGO lagi akan muncul mengutuk Guan Eng..

Tapi kenapa Johor tak boleh di kritik? sedangkan sudah berpuluh tahun negeri Kelantan diperburukkan oleh mereka?? korang bacalah kat (SINI)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

19 comments

comments
September 30, 2011 at 12:35 PM delete

Baginda sultan johor sudah masak dengan sikap hipokrit UMNO kerana sultan johor masih ingat sewaktu dia masih sekolah dulu , marhum ayahandanya dimalukan oleh si kitul Mamak perdana menteri. Sekarang baginda jadi sultan, baginda sentiasa tidak lupa bahawa UMNO adalk ikon penderhakaan Melayu yang dikepalai oleh seorang mamak. Pada baginda yang sentiasa belajar dari sejarah, si Kitul bukan Cheng Ho yang menjahanamkan Melayu!

Reply
avatar
rakab
September 30, 2011 at 2:59 PM delete

Baginda Sultan Johor tersinggung dengan kenyataan Lim Guan Eng!

Cuba kamu tafsirkan ayat baginda ini....

TV3 dan utusan tak perlu pun mengapi-api kan baginda.

Rakyat faham dan tahu apa yang perlu mereka lakukan pada PRU13 nanti!.

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 30, 2011 at 3:09 PM delete

tersinggung. . tu biasa le.. alaaa apelah rakab ni. . yg pasti sultan ni open minded dgn titah baginda:-
1. Sultan atau Raja tidak wajar diheret sama ke dalam kancah politik.
2. “Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri,”
. . kira da settle le ni dan x ya le lgi nk libatkan institusi di raja ok. .

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 3:15 PM delete

woit 1Pelesit,

Bila datang PRU nanti kerja rakyat perlu memangkah bukan mengongkek.....
kah...kah...kah...

Sangat jelas sultan dah murka dgn kerajaan...

Reply
avatar
September 30, 2011 at 3:31 PM delete

Guan Eng berani minta maaf dari sultan johor tanpa lengah tanpa digesa. Utusan yang dok kutuk marhum ayahanda baginda dulu pun sampai sekarang tak berani minta maaf. Pasni Utusan akan minta kredit kerana berjaya buat Guan Eng minta maaf dan kata semuanya atas usaha Utusan. Punya pelahapnya UMNO sampai kredit minta maaf pun dia nak.

Betul kata bakar rakyat faham dan tahu apa yang perlu mereka lakukan pada PRU13 nanti, rakyat johor akan minta kredit bila Utusan mohon maaf kepada sultan atas perbuatan mereka kepada marhum ayahandanya.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 4:15 PM delete

Jgn hangpa semua dok hentam rakab, dia dah jadi separuh gila...
minta tolong semua...

Reply
avatar
September 30, 2011 at 4:31 PM delete

alaaa mana ada guang eng buat salah . tadak salah . sudah lupa lah ucapan yang mana satu . dalam satu hari banyak ucapan yang LGE buat . cina komunis bintang tiga tu nak mintak maaf ???

Dulu pun mat sabu yang pasal komunis macam tu gak . bila tanya lupa . ceramah kat mana . lupa . banyak sangat ceramah .

Tu baru jadi pembangkang . belum jadi kerajaan malaysia . Hancurrr Malaysia kalau dapat kat Pakatan HAram ni .

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 5:15 PM delete

Mcm mana kalau Najib pulak jadi pembangkang nanti ye, tp aku rasa masa tu Utusan dan TV3 dh gulung tikar so tak de la agen fitnah.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 5:51 PM delete

Baru tau ke beb??... Umno ni trkenal dgn perangai batu api. Menangguk d air yg keruh.. Inilah amalan pejuang petualang & pengkianat kpd rakan dan negara. Klu dlm zon perang, hukumnny kpd org jenis ni ialah pancung kepala... ttp PR tidaklah sezalim Umno. Niat PR hanya nk kebumikn Umno ni dgn aman dan selamat. Jelmaan hantuny tu kemudian punya cerita.

Reply
avatar
BOMBO
September 30, 2011 at 8:57 PM delete

Nawaittu LGE bukan bermaksud utk memburuk2kan negeri johor luu dengar ucapan yg hilang dtg tak clear sound,ibarat nak minta saman bernama,biar kan LGE pemimpin yg transpc open mainded,syabas LGE...bukan mcm pemimpin umno,suka sorak2 dan degil nak merendahkan diri tunjuk kuasa pd rakyat mcm2,nanti bila umno jd pembangkang mcm mana agaknya Ppas/rakab.akp munkin jual besi buruk atau cendol entot2 basi,sebab Tv3suku utusan mangkok munkin dah berkecai jadi kilang buruk

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 9:04 PM delete

Cukuplah tu.dalam Al Quran dah catat siapa Munafik....Fasik....Musyrik......Yang dok tak nak hudud dan menghina hukum-hukum Islam.Yang masih berpaut dengan judi dan arak.Bukat setakat minum...punya kilang lagi.Bukan setakat tikam nombor ekor......jadi penasihat syarikat judi lagi....NAK KATA APA UMNO????????????

Reply
avatar
September 30, 2011 at 9:54 PM delete

betul tu .. munafik ,fasik, musyrik dan sebagainya lah . agama jer islam tapi hukum hudud di tolak . alasan tak der consesus . dalam Quran ada cakap pasal konsesus ker ??

konsesus tu maknanya kalau DAP setuju . belum sampai ke parlimen lagi dah buta buta ditolak oleh pakatan haram . tak ker malu bila ahli parti sendiri yang tolak . orang islam plak tu .

Asyik bergelumang dengan kes liwat kat mahkamah . lepas tu kes langgan pelacur cina pulak . hudud ditolak . Anwar... anwar ... macam ni ker nak jadi perdana menteri .

Reply
avatar
September 30, 2011 at 11:02 PM delete

Sebagai anak jati johor, aku amat tersinggung dengan LGE sebab kata2nya yang dikeluarkan tanpa usul periksa.. sepatutnya LGE sedar yang negeri Johor adalah sebuah negeri yang aman untuk penjenayah berat seperti pembunuh, penculik dan perogol. Apa yg LGE cakap tu amatlah berlapik dan tidak mengambarkan situasi sbenar. Yg sebenarnya jenayah di Johor amatlah membimbangkan terutamanya orang johor sendiri. LGE patut kata yg Johor adalah sarang segala jenayah di selatan malaysia.

Heheheh

Reply
avatar
Anonymous
October 1, 2011 at 3:40 AM delete

Rakab bodo piang...

Reply
avatar
Anonymous
October 1, 2011 at 7:32 PM delete

Jika kita cuba mengingati apa yg di kata oleh LGE (jika itu yg difitnahkan oleh Media Kerajaan) ada kebenaranya.. saya warga JB dan perkara tentang keselamatan di JB dan sekitarnya memang terjadi.. kes ragut dan bunuh, kidnap dan pelbagai lagi kesalahan wujud di negeri Johor dan juga dimana2 negeri di Malaysia.

Kenapa perkara jenayah ini terjadi?

1. Kesempitan hidup akibat kos kehidupan meningkat,

2. Warga asing yg mencari kesenangan cara mudah di negara kita

Dan kenapa ini terjadi?

1. Kerajaan gagal untuk meningkatkan tahap pendapatan serta kenaikan harga barang,

2. Memutihkan kemasukan serta memberi PR kepada warga asing menetap di negara kita..

dan saya pasti ada lagi pendapat dari saudara/i berkenaan hal ini...

WARGA JOHOR

Reply
avatar
Anonymous
October 1, 2011 at 10:45 PM delete

cerdik tak bolih ditumpang bodoh tak bolih diajar itulah perangai penyokong umporno.

Reply
avatar
Anonymous
October 14, 2011 at 9:21 AM delete

KAMI ORANG CINA DARIPADA PARTI DAP MENYOKONG DI LAKSANAKAN HUKUM HUDUD.KAMI PARTI PKR SOKONG HUKUM HUDUD

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive