Hudud : UMNO diugut MCA dan Gerakan.

Korang percaya ka kalau UMNO terima Hudud, MCA dan GERAKAN sanggup keluar BN?

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.


Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

Gerakan: Kita bukan negara Islam

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
September 23, 2011 at 5:04 PM delete

Di dalam tatatertib demokrasi tulen, suara majoriti adalah mutlak. Perlembagaan pun boleh diubah dengan suara majoriti di parlimen sekiranya itulah yang dikehendaki oleh majoriti. Maka dengan ini, sekiranya masyarakat Islam berkehendakkan undang undang hudud dilaksanakan keatas umat islam, tiada salah nya sekira perkara ini dikhususkan dari polemik politik dan undian dibuat berdasarkan kehendak majoriti.

Pengkhususan ini berdasarkan suara majoriti tidak akan menjejaskan gabungan part part poltik didalam gugusan masing masing.

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 23, 2011 at 5:20 PM delete

ahaaa ini da bagi idea baik punye kpd rakab dan PenganutPAS. .

rakab dan PenganutPAS pun bole ugut amno-apco untuk dapat bayaran lebe. . kali ni ribu 6 angka le pulak sbb tak kalu, nak mogok hentam pr..

klu sblum ni mak bapak dan anak bini rakab dan PenganutPAS pakai cawat daun gajus tpi nanti da bole pakai t-shit no neck dan sluo jin..

klu sblum ni mak bapak dan anak bini rakab dan PenganutPAS makan makanan sisa babi tonyok air lioq basi dan anjing kurap tpi nanti da bole makan pizza dan spaghetti

so cepat la bertindak ye rakab n PenganutPAS.. ol de bes n gud luk le ye. .

Reply
avatar
September 23, 2011 at 5:59 PM delete

lakonan ni x nak buat flem ker?

atau buat pementasan teater kat gelanggang budaya...

kahkahkah

dah la oii tipu melayu

melayu bangang, Umngok senang!

kah!kah!kah!

Reply
avatar
rakab
September 23, 2011 at 6:36 PM delete

Mca dan gerakan bersaing dengan Dap untuk merebut undi kaum cina!...itu saja.

Pemimpin Dap teragak-agak nak menyatakan pendirian terhadap hukum hudud.

Mereka takut dilihat bergaduh dengan Pas , nanti kehilangan pulak undi melayu!.

Ini semua cuma mainan politik saja.

Apa-apa pun Umno juga yang untung .

Triple P,....kau dah makan ubat ke belum ?!!...takut melarat pulak gila babi kau nanti..
kihkihkih....
haaaaaa hiiiiiii huuuuuuuu

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 6:48 PM delete

Gua x caya lah.

Reply
avatar
rakab
September 23, 2011 at 7:20 PM delete

Lu tak caya sudah,..lu sendiri yang rugi !

Reply
avatar
September 23, 2011 at 9:03 PM delete

Kalau hanya itu sebabnya Cina2 kroni UMNO nak keluar BN, jelaslah MCA dan Gerakan lebih kuat menentang negara Islam dari DAP. Tapi dua2 kroni UMNO ni dah takda power pun berani ugut jugak? sampai Mat Sembab TPM UMNO pun hahaha KETAQ? Nampak UMNO masih takut kat MCA, Gerakan. Kalau berani tentu Muhyiddin patut cakap "woi lancau lah lu Cina nak keluar BN pi berambuslah jangan nak ugut2, UMNO tak pelahap undi Cina lah!"

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 10:13 PM delete

chua soi lek ni takut hudud kerana dia sendiri takut kena hududlah tu.
macam mana dia boleh jadi presiden mca, tak tau le.
haprak punya member mca.
takda orang lain ke yang lebih layak.

- penghuni sungai chua.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 11:03 PM delete

Woiii rakab bodoh.. kau kata Pemimpin Dap teragak-agak nak menyatakan pendirian terhadap hukum hudud???!! aaaaiiikk bukan dulu UMNO dan macai sejenis macam kau kata DAP tentang Islam secara terang-terangan buktinya Karpal kata langkah mayat dia dulu sebelum laksana negara islam.. sekarang kau kata Mereka (DAP) takut dilihat bergaduh dengan Pas! Apa jenis macai kau ni???? biul apa.. betul kata bapak segala macai, mandey.. melayu (UMPORNO) mudah lupa.. aku dah kata rakab berhujah bangang.. setiap kali timbul.. pasti bangang punya kenyataan keluar..

APA2 RAKAB ooooiiii yang pasti semua tahu hang berhujah bongok!!

Reply
avatar
rakab
September 24, 2011 at 12:19 AM delete

anon 11.03,

Dulu Dap dengan Pas tak sebulu.
Boleh balon satu sama lain!

Sekarang dalam satu pakatan,..masing-masing kena hati-hati bila bercakap!

Lain kali baca komen kemudian berfikir....jangan maki hamun!
Ramai lagi yang baca komen kat blog nih!
Karpal pun lebih baik daripada kau nih....

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 24, 2011 at 1:33 AM delete

Ada sedikit kongsi pandangan Akp atas pendirian terbaru MCA dan Gerakan..dan juga DAP.

Pertama...pendirian MCA, Gerakan adalah senada dengan DAP dalam menentang undang-undang Islam, mereka bersatu utk kaum2/agama2 mereka...ttapi Islam/Melayu masih bertelagah...

Ke 2...PAS telah terjerat dgn mainan pemimpin2 PR yg diketuai DSAI..hanya utk menunjukkan adanya perpaduan dlm PR... dan ia juga mampu menjatuhkan UMNO/BN..dgn tu PAS perlu buat sesuatu,perlu membuat satu pengorbanan besar iaitu mengugurkan matlamat asal PAS "Negara Islam" kerana apa? ia utk semata2 utk menunjukkan PR amat kukuh dan masa yg sama mampu meninggikan lagi keyakinan & kepercayaan DAP dan penyokongnya terhadap PAS (sebab yg dahulunya selalu bertentang arus)..

Ke 3..Yg gugurkan matlamat asal PAS "Negara Islam" adalah TG Hadi Awang (Presiden PAS) dlm Muktamar PAS dan bukan TG Nik Aziz (Musyidul Am PAS)...Akp percaya TGHA dan TGNA dan pengikut masing2 tidak masih keliru dlm keputusan gugurkan "Negara Islam".

Ke 4..DAP masih utuh dengan pendiriannya..tapi PAS sudah hilang pendirian & matlamat utamanya "Negara Islam" hanya kerana utk menjaga sekutunya..dan undi bukan Islam.

Ke 5..Dlm episod ini menunjukkan lemahnya Melayu/Islam di dalam parti2 UMNO dan PAS bila sekutu parti masing2 bertentangan pendirian..umat Islam/Melayu terus menjadi longlai kerana satu ingin pertahankan kuasa dan satu lagi inginkan kuasa...dgn permainan MCA dan Gerakan dan juga DAP.


Kesimpulan..
Inilah harga yg perlu dibayar atau digadai oleh umat Islam/Melayu apabila selagi umat Islam/Melayu di Malaysia berpecah-belah...percayalah agama Islam lebih terbela pabila UMNO dan PAS (Islam/Melayu) bersatu..jika tidak inilah episod2 yg akan berulangan.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive