Hudud : Pakatan tak pecah, UMNO kena cari isu lain.. (Video Inside)

Video sidang media diakhir entry..



KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

“PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu mereka menambah, mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa “kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat.”

“Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini,” kata mereka.

“Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi bagi mencapai kemaslahatan umum untuk semua rakyat,” kata ketiga-tiga pemimpin kanan ini.

Minggu lalu, Anwar menyokong pelaksanaan hudud yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika PAS dan DAP bertembung dalam isu ini.

Hampir 30 pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan lebih tiga jam malam tadi untuk menyelesaikan perbezaan pendirian parti-parti dalam perikatan itu.

Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membenarkan ahli-ahlinya memberi pandangan masing-masing tetapi tidak akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja mereka tanpa konsensus daripada semua pihak.

“Mengapa harus PAS dinafikan hak untuk memberikan pandangan mereka? Kita tidak boleh menafikan hak mana-mana parti untuk membawa sebarang pandangan.

“Pakatan Rakyat menghormati inisiatif dan aspirasi PAS, tetapi kita mesti mencapai satu konsensus,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Katanya, enakmen berkaitan dengan hudud telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS pada 1993 dan 2003 sebelum Pakatan Rakyat dibentuk.- The Malaysian Insider

40 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. insya allah

    teruskan usaha memberi penjelasan mengenai hudud kpd umum.

    lahir kan ramai pemimpin islam yg terbaik krn pemimpin islam skg termasuk dunia arab 'bocai' ..

    wang dan harta menimbun tp islam terbiar ..

    ReplyDelete
  2. tuan besar dap berdehem sikit pemimpin pas dan pkr kecut teloq tinggallah nil aziz lone ranger mmg dap tuan besar pr. mana hukim hudud yg dilaungkan pas

    ReplyDelete
  3. Objektif utama PR ialah menghumbankan gerombolan bangsat...
    tahniah PR....ikatan terus kukuh...
    gerombolan kalau nak cerdik makan taik...
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  4. Isu Hudud: Akhirnya kebenaran terpancar jua...!
    Perjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
    Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
    Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
    Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan Menawan Putrajaya sahaja...!

    ReplyDelete
  5. Pemimpin negara berpegang kepada rukun negara...
    percaya kepada tuhan.....
    Hudud datang dari tuhan...
    mana usaha utk laksanakan?
    Agong ketua ugama?
    ada usaha?
    Islam ugama rasmi?
    siapa yg diperbodohkan?
    orang melayu cibai...
    kah...kah...kah..

    ReplyDelete
  6. ... tunggu TINDAKAN lanjut Nik aziz..

    ReplyDelete
  7. anak seberang jaya, apa beza UMNO dengan MCA.. UMNO pun kecut telur dengan MCA..

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya hukum Hudud, InsyaAllah tetap akan dijalankan namun kita umat islam yang dianugerahkan oleh Allah dengan akal yang bijaksana perlu memikirkan kaedah yang terbaik untuk menjadikannya satu kenyataan. Peranan pihak PAS sekiranya mereka dapat memerintah ialah bertanggungjawab sepenuhnya ialah dengan membuktikan bahawa Umat Islam adalah umat yang lebih baik dari umat bukan islam dalam semua bidang baik dari segi ekonomi, perdagangan, pendidikan, sosial dsbnya kerana dengan menjadi model yang terbaik maka umat bukan islam akan melihat dan mencontohi mereka dan akhirnya akan redha menerima segalanya tentang Islam termasuk hudud!

    Ini sebenarnya merupakan langkah yang terbaik bagi sebuah negara yang berbilang kaum. Keadaan ini telah berjaya dibuktikan oleh umat Islam dan pemimpin mereka di andalusia (sepanyol) semasa kegemilangan tamadun Islam, Rakyat sepanyol (bukan Islam) ketika itu telah dengan redha menerima pemerintahan islam dan begitu gembira mengikut budaya islam dengan cara berpakaian, pertuturan dsbnya di dalam kehidupan mereka kerana umat islam telah membuktikan kehidupan mereka lebih baik dari umat bukan islam dengan mengikuti segala ajaran islam (munakahat, muamallah dsbnya). Cara ini sesungguhnya mengambil masa, tetapi ianya satu kebijaksanaan dan kadilan dalam menyebarkan dakwah islam secara aman dan bukannya secara ‘paksaan’.

    Bagi melaksanakan hudud di sebuah negara yang 100% adalah umat Islam, maka penerimaan hudud sebagai undang-undang sudah tentu tiada masalah iaitu dengan peralihan undang2 sekular kepada undang2 hudud kerana latar belakang agama adalah sama dengan namun ianya masih juga perlu melakukan pendidikan dan penjelasan yang berterusan secara mendalam sebelum laksana hudud kerana selama pemerintahan demokrasi barat, umat islam telah diperhambakan dengan undang2 sekular untuk sekian lama.
    Apa yang dibimbangi ialah jika hudud dilaksanakan secara paksa terhadap umat Islam walaupun kita menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab kepada umat islam menerima hudud maka sesungguhnya keadilan dalam melaksanakan hudud itu sudah pasti sukar untuk ditegakkan kerana masalah kejahilan umat islam itu sendiri dalam mamahami islam. Sedangkan umat Islam sukar menerima hudud kerana kejahilan mereka dalam inikan pula umat bukan islam yang begitu asing islam dalam kamus kehidupan mereka maka adalah lebih perlu dan usaha dalam menyampaikan definasi islam kepada mereka.

    Kejahilan kepada umat islam ini telah wujud sekian lama sejak kuasa ditangan pemerintah terdahulu. Mereka tiada tanggungjawab untuk memandu umat islam umat islam ke arah kesedaran dan kehidupan.

    Bagi mereka yang ingin melaksanakan hudud secara 'tergesa-gesa', janganlah esok bila diakhirat nanti, setiap pemimpin islam itu akan disoal berkenaan tanggungjawab mereka bukan kerana tidak melaksanakan hudud tetapi ditanya adakah perlaksanaan hudud itu dilihat adil kepada SETIAP umat islam yang sebahagian mereka begitu jahil (tidak didedahkan peringkat awal lagi) atau tidak tahu mengenai islam termasuk hudud dan jangan juga esok kumpulan umat Islam yang jahil ini akan menuntut kepada pemimpin islam yang 'tergesa-gesa' laksana hudud ini agar diadili gara-gara sikap terburu-buru mereka dalam agama.

    Dalam soal kepimpinan, para barisan kepimpinan PAS, mereka haruslah dilihat sebagai satu barisan kepemimpinan universal yang dapat membantu rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik bukan sahaja dari sudut spiritual tetapi juga dari sudut jasmani (kemajuan ketamadunan). Dengan cara ini juga secara tidak langsung akan membantu mereka mendapat sokongan rakyat dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama serta menjadikan Islam sebagai role model kepada mereka.

    ReplyDelete
  9. anon 1120...beza umno dan mca...umno tuan besaq...kalau mca bersuara apa depa boleh buat kalau nak banding kerusi parlimen dan adun sapa lagi banyak.....kalau presiden mca bersuara takkan umno nak buat sidang tergempaq mcm pas kena panggil dgn tuan besaq...

    mmg jelas pas dan pkr diperkudakan dap sampai berkenaan hukum hudud terpaksa dipanggil dap utk dijelaskan oleh pas...what a shame...
    anwar plak tak dihormati oleh dap sehingga disuruh bertaubat oleh karpal singh...
    mat sabu pun kena sound ngan karpal singh pasai bukit kepong...
    inikah pakatan yg berangan2 ke putrajya dan jelas hidung ditarik serupa lembu

    ReplyDelete
  10. sambungan dari anon 12.13..

    Namun penonjolan dalam kedua-dua sudut ini boleh dikatakan masih lagi kurang dan fokus para pemimpin PAS kebanyakkannya adalah lebih terarah kepada kemajuan Islam (agama itu sendiri) semata2 dan sebenarnya ianya bukan satu kesalahan tetapi dalam isu pengurusan masyarakat berbilang bangsa (majmuk) perkara itu semestinya bukan satu-satunya fokus yang perlu diberikan keutamaan. Kita tidak boleh memaksa umat bukan Islam untuk menerima konsep negara Islam kerana mereka sudah tentu tidak akan memahaminya dan konsep negara Islam juga adalah begitu asing kepada mereka, ini adalah hakikat yang kita kena terima dan tidak boleh menafikan. Cuma apakah usaha dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pemimpin PAS dalam membawa masyarakat Malaysia berbilang latarbelakang ini ke arah kemajuan dan kesejahteraan yang seimbang? Seharusnya seperti mana yang dinyatakan pemimpin Islam seperti PAS perlu membuktikan bahawa umat islam lebih hebat dari bangsa lain dalam menjadikan mereka dan umat islam sebagai ikutan. Ini adalah satu cabaran yang maha besar kerana umat Islam telah jauh ketinggalan. Untuk mengambil jalan singkat dalam menggunakan ‘kuasa’ pemerintahan bagi memaksa mereka (umat bukan Islam) menerima segalanya tentang islam maka tentunya membawa kesan jangka panjang yang buruk dalam keharmonian hidup bersama. Kita sering menegaskan bahawa Islam itu sahaja agama yang diredhai oleh Allah dan sewajarnya tidak harus dipersoalkan. Sebagai Hamba Allah tiada penafian mengenai kenyataan Itu. Tapi itu adalah penerimaan kita sebagai umat Islam tetapi bagi rakyat warganegara yang bukan Islam, bagaimana? Itu sebabnya kebijaksanaan dalam mentadbir adalah perlu. Berundur seketika bukan bererti tewas tapi menyusun strategi untuk ke arah hasil yang lebih berkesan. Yang penting satu usaha itu jangan terus terkubur seperti UMNO setelah 50 tahun namun masih tiada usaha untuk wujud negara Islam sepenuhnya.

    Wassalam

    Achmad Abdollah
    notoracist@gmail.com

    ReplyDelete
  11. apa yang kao merepek ni anak subang jaya.. itu sebab macai UMNO bangang berhujah.. hujah2 depa ni banyak ludah jatuh ke muka sendiri..

    kao cakap beza umno dan mca...umno tuan besaq...kalau mca bersuara apa depa boleh buat kalau nak banding kerusi parlimen dan adun sapa lagi banyak.....

    aku cadangkan.. kalau UMNO tuan besaq, kenapa depa tak buat hudud.. kenapa depa tak sokongnya hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.. jika hudud PAS nampak tak betul, kenapa depa tak bagi kepakaran atau bantuan untuk buat hudud. Sama2 bantu..

    kau kata lagi , kalau presiden mca bersuara takkan umno nak buat sidang tergempaq mcm pas kena panggil dgn tuan besaq...

    Kata-kata kau membuktikan yang UMNO lebih hebat dan tak perlu dengaq kata pihak lain.. kalau begitu mengapa masih tangguh lagi perlaksanaan hudud.. mengapa selama 50 tahun ini takdak satu usaha pun dari UMNO dan kenapa baru2 bila presiden MCA beri kenyataan yang negara malaysia tak perlu hukum hudud.. UMNO pulak kata yang depa memang takda usaha untuk laksanakan hudud.? sapa ikut sapa la ni..

    Hang berhujah nampak bertambah bangang.. jika takda idea, senyap ja..

    ReplyDelete
  12. (....Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.)

    Dkt sinilah yg Umno suka putar-belit tu. Elok sngat Hudud d laksanakn memandngkn ramai org melayu dh tak betul sejak kebelakangn ni. Cucu bunuh nenek, anak bunuh ibubapa, pekerja bunuh majikan dsb..

    ReplyDelete
  13. kepada

    Achmad Abdollah
    notoracist@gmail.com

    berMUFARAQAH lah .....

    ReplyDelete
  14. org pas sudah malu bila tuan besaq dap menolak hudud...dan org pas terpaksa kata yes boss kat dap...
    bila sudah malu mau heret umno plak pasai apa tak laksana hudud...hahaha...org lain jugak yg salah...pi jilat teloq dap la
    ini mcm otak tmbalan presiden pas yg dapat spm pangkat 3 ...

    ReplyDelete
  15. Saudara PenganutPas..

    Itu merupakan pandangan dari diri saya sendiri.. jika kurang berpuashati, terserah kepada masing-masing. PAS masih belum memerintah negara ini sedangkan UMNO telah lama memerintah dan sehingga kini kita masih lagi gagal dalam melaksanakan hukum Islam secara sepenuhnya sedangkan umat Islam telah memerintah negara ini lebih dari 50 tahun. Ini adalah sejarah dan fakta. Tidak boleh dinafikan. Untuk menasihati pemerintahan Islam kini, saya rasa tidak sewajarnya kerana saya percaya mereka mempunyai kepakaran dalam melaksanakan Islam melebihi setengah abad.

    ReplyDelete
  16. anak seberang Jaya.. sekurang-kurangnya depa (PAS)ada usaha dan keinginan untuk melaksanakan hudud.. baiklah jika dikatakan PAS gagal dan dilihat 'mempermainkan' isu hudud.. apakan UMNO yang mendakwa menjadi juara dalam Islam tiada matlamat untuk melaksanakan hudud?

    ReplyDelete
  17. Saudara Achmad abdollah ,

    saya menghormati pandangan saudara kerana pandangan saudara MEMANG BENAR . Cuma saudara tertinggal satu perkara yang menjadi PERINTAH ALLAH :

    “Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar
    untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya”
    [TMQ At-Taubah (9):33].

    Kerana saudara menggalakkan laksana hukum kepada umat islam sahaja. Perintah Allah adalah untuk melaksanakan hukum allah kepada semua agama . sebab itu saya hanya cadangkan saudara berMUFARAQAH .

    ReplyDelete
  18. anon 1252
    jadi hangpa mengaku pas gagal dlm mentarbiahkan dap...dan tak dapat membuat keputusan disebabkan dap melarang
    .....dan jelas pas gagal dalam perjuangan utama mereka utk menegakkan syiar islam....dan terpaksa mengubah pendirian kepada negara berkebajikan disebabkan terpaksa tunduk pada karpal singh and the gang....
    aku lebih suka pas zaman hj fadzil noor...yg teguh pada perjuangan dan tidak tunduk pada desakan pihak lain....pas zaman sekarang timbalan presiden pas spm pangkat 3 tu yg hangpa puja2...

    ReplyDelete
  19. pPAS balik balik ni ayat kau.. balik balik sekali pun org musyrik membencinya.

    ni lah tengah dok bising ni.. biarpun org musyrik membenci nya kita dgn pendirian hudud kita... tp masalah kita mrk bukan islam di msia bukan benci tapi tak tahu.. org yg tahu spt umnot benci sb mrk tahu hudud ni .. mcmana nak benci kalau mrk tak tahu..

    berMUFARAQAH pun .. tetap berpendirian hudud hukum dr Allah.
    Bukan nak biar kan org yg menegakkan hudud ut ke seorangan.

    ReplyDelete
  20. salam tangan bukan muhrim pun umno tak berani nak bersuara ..

    piii laa ...

    ReplyDelete
  21. 12:13 PM anon penerangan yg jelas dan sy amat bersetuju.

    sebelum ini saya dah kata mungkin generasi yg ke 3 atau ke 4 atau ..
    baru lah hudud dpt dijalankan ..

    tapi kalau harapkan umnoi... generasi ke 15 pun tak kan ada ..

    ReplyDelete
  22. mufarakah?
    kah...kah...kah..
    pi mampos....

    Tuan besaq depa kuat memburit ...
    bagi alasan tak laksanakan hudud...
    minta mat monggol adakan hukuman memburit...
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  23. Dap mendominasi pakatan rakyat!
    Pas cuma penyumbang undi melayu demi penguasaan Dap dalam politik negara!

    Kalau dah macam tu ,undi Pas samalah macam undi kafir harbi!!

    ReplyDelete
  24. resolusi yg sangat bernas....
    hidup PAS...PKR....DAP..
    kata sepakat yg jitu...
    bergelak ketawa, senyum, melawak...dan resolusi terbina..
    cool man...vey cool...

    Undi PAS bermakna buat satu kebaikan...bijaksana

    ReplyDelete
  25. Anon2 pencacai, PenganutPas, Rakab dll...

    jgn jadi bangang...

    1.PAS bergerak dalam ruanglingkunp demokrasi berpelembagaan, walau yang batil tu menonjol PAS masih mengambil saluran yang sah untuk menyampaikan ketidakpuasan mereka.

    Kalau ada yg x bersetuju mcm DAP, itu bukan salah PAS.

    DAP menjunjung perlembagaan sekular yang UMNO sendiri buat.

    bolehkah UMNO sendiri ubah perlembagaan...

    merdeka dah 54 thn, pindaan perlembagaan dah beratus kali tp X PERNAH SEKALI PUN ADA USUL DLM PARLIMEN UNTUK BENTANG HUDUD DARI WAKIL UMNO!!!

    ada x?

    Macam MCA, Gerakan sendiri x ada beza dalam hal ini...

    UMNO adalah parti terbesar dalam parti yang membentuk kuasa eksekutif pusat, kenapa perlu takut dengan MCA, GERAKAN.

    x payah pergi jauh, isu salam Normala di Tenang pun UMNO teragak nak tegur MCA, camna?

    masalah paling besar adalah kenapa cina/india bahkan ada melayu sendiri x faham n takut dengan hudud?

    lu ada tv, suratkhabar, SKKM, lu ada kuasa...

    kenapa x terang apa itu HUDUD,QISAS dan TAKZIR?

    sebenarnya UMNO sendiri x mahu hukum Islam!

    UMNO sendiri TOLAK Islam!!!

    terus terang aje lah...

    2. tolong faham konsep federalism...

    x faham jgn sembang bab perundangan...

    ReplyDelete
  26. Hukum hudud tak ada dalam buku jingga pun bukan salah PAS .

    Keputusan PR berdasarkan kepada buku jingga pun bukan salah PAS .

    ReplyDelete
  27. mencedok petikan yg menarik diatas .... “Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

    persoalannya bila kesemua pakatan harami nk menzahirkan persetujuan dan konsensus dalam perlaksanaan Hudud??? kebarangkalian langsung xder nyer sibiaDAP nk setuju

    ReplyDelete
  28. Ooi Nik Aziz, aku harap kau bawa PAS Kelantan keluar dp PR dan kau laksanakan juga HUDUD di Kelantan kepada orang-orang Islam. Peduli apa Anwar atau Lim atau Najib, Semoga Allah menulong kau dalam hal ini.

    ReplyDelete
  29. kasihan nicky ajis perjuangan anda ditolak mentah2 yer

    apa bley buat

    mana suara2 pencacai2 pakatan harami ni senyap jer....

    ReplyDelete
  30. Anwar kata Umno yang mainkan isu hudud!....Statement bangang!!!

    Semua orang tahu ,..nik aziz yang mula mencetuskan isu ini.

    Bila dah terperangkap,..nak salahkan pihak lain pulak!

    tak ada kredibiliti!!

    ReplyDelete
  31. rakab
    jangan buat fitnah...dr M yg cetus isu ni...nak selamatkan najib yg teruk dikritik rakyat. pm flip flop terunggul.
    umno ni parti bangsat lah ooi.

    ReplyDelete
  32. Pelesit yg sama buat ulasan...
    Hidup PAKATAN RAKYAT...
    TGNA = Mr. Incredible (tahap pemikiran yang jitu walaupun dibaluti usia)

    UMNO has the Credibilty?
    parti memburit....hardcore
    Mat Chua & mat monggol

    Anon 2.54,
    Lebih dari bangsat...
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  33. Hurray ada hukum hudud. Macam inilah hang akan tengok ramai orangUMPORNO duduk kerusi roda kerana tangan potong(curi), kaki potong (larikan bini orang), mata dikorek (tengok video lucah), lidah potong (fitnah orang) dsbnya.

    ReplyDelete
  34. Anon 3.38,

    betoi...betoi...
    terbaik

    Hang kena masuk sekali saifooltak boleh duduk sbb juboq kena potong....kaki jual juboq...

    ReplyDelete
  35. Gambar dlam artikel ini adalah.....
    jeng...jeng...jeng...
    Cool and the gang

    ReplyDelete
  36. salam tuannnnn..semoga allah taala bg kita semua kefahaman yg mana 1 agama dan yg mana 1 politik@dunia...salam n walahuaklam tuannnnnn.....

    ReplyDelete
  37. Sesungguhnya hujah puak2 UMNO ini adalah hujah yg amat dangkal sejak zaman berzaman.Mereka akan memainkan isu PAS tunduk kepada DAP la..PAS peralat Islam utk politiklah,PAS lari dari perjuangan negara Islam la...dan macam2 lagi hujah dangkal puak2 UMNO ini.Tetapi hujah tersebut hanya digunakan kepada masyarakat org Islam di kampung2 sahaja.Tetapi apabila berhadapan pula dgn masyarakat cina/india atau non-muslim mereka akan mengatakan sekiranya PAS memerintah Malaysia nescaya ramai org bkn Islam kena potong tanganlah..kena sunatla..takleh berjudila...kelab malam kena tutupla..kena tutup aurat belakala, dan habis semua larangan dikuatkuasakan terhadap bukan Islam.Lihat hujah di atas betapa munafiknya pemimpin2 UMNO apabila mereka sendiri cuba memperalatkan Islam demi keuntungan politik mereka dan mencemuh Islam sendiri apabila berhadapan dgn golongan non-muslim. Inilah realiti sebenarnya yakni pemimpin UMNO sebenarnya tidak mahu kepada Islam yg syumul termasuk hudud itu sendiri.Maka bermcm2 tohmahan dilemparkan kepada pemimpin umat Islam yg ikhlas utk melaksanakan arahan dari Allah SWT.
    Jadi segala kerosakan terhadap hudud dan Islam sememangnya berpunca dari UMNO/BN yg memerintah Malaysia.Tiada satu pun penjelasan/penerangan dari kerajaan Malaysia mengenai kebaikan hudud sebaliknya menggambarkan kepada rakyat Malaysia bahawasanya yang ada hanyalah hudud PAS sahaja dan menyebabkan rakyat keliru ttg hukum tuhan yg sememangnya wujud itu.
    Semakin mereka kerap memperkatakan ttg DAP smmgnya maruah UMNO lebih tercalar yang telah lebih 54 tahun diperkudakan oleh MCA/Gerakan/MIC dan segala macam parti kafir yg terdpt dlm BN.

    Kalau nak melihat hudud di perjelas dan dipamirkan kebaikannnya maka PR perlu memerintah Malaysia,maka dgn itu segala penerangan ttg kebaikan hudud dapat diperjelas kepada rakyat,insya allah.

    ReplyDelete
  38. Tak berbaloi langsung .Hanya kerana nak melihat hudud di perjelas dan dipamirkan kebaikannnya maka PR perlu memerintah Malaysia seterusnya memperakui Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

    Lantik seorang yang akidahnya berpaksikan kepada John Hicks dan bergelumang dengan dakwaan liwat dan seks dengan pelacur. Nanti hudud kemana , islam kemana .

    ReplyDelete
  39. ni ape aku rase....ape korang pembangkang duk kalut ngan HUDUD ni.ape yg nk bangkitkan dgn HUDUD.byk lgla hukum2 islam lain yg korang perlu blaja.cubela korang ni masing2 perbetulkan diri masing2 dulu.lengkapkan ilmu didada.jgnla berserban,kopiah,janggut n jubah menampilkan org islam sejati.bukakla minda.ramai org skrg ni yg wat xbetul..sebab didikan drpd umah xbetul.sume bermula dr mak bapak.klo xdidik anak sempurna..camne nk dpt insan yg sempurna.nape nk salahkan kerajaan.kerajaan dh bg sekolah agama...bebas mengajar agama mane2...tp aku tgk ramai jgk anak kelate yg nakal2 ni.pelik.dh perintah kelate lame dah.ni duk mintak2 HUDUD.tp islam sebenar xpaham.sampai aku tgk ade duk wat poster/sticker gambo nik aziz tampal kat kete.amalan mane tu?taksub sgt dh...sampai lupe islam sebenar.amalan pon sume jd btul.negara kite dh merdeka lebih 50 tahun kwn2.sejak dr tu...negara kite byk dh berubah...makin maju.kerajaan plak xpenah sekat ajaran agama islam.bg sekolah agama lg.sekolah pondok pon bole operate.basic agama aku dpt drpd family.yg lain bile dh besaq panjang...kenela blaja sendiri plak.ramai org melayu n islam maju dh maju.negara aman n damai xde perang.pastu duk kalut ngan HUDUD xlaksana.xcukup lg ke undang2 islam kite amal skrg?sebab tu...klo bole alim ulama ni jgnla blaja agama saje...blajala jadi peguam.then baru paham.jgn taksub...stdy n teliti btul2 HUDUD ni.kite ade ramai alim ulama.majlis fatwa.agak2nyer sape nk jatuhkan hukuman potong tangan..sula..dll.kalo org tu dh kudung...dh mati kene sula...pastu xbersalah sebab kene aniaya...bole sambung blk tangan...bole hidupkan blk org kene sula tu.byk bende kene consider.jgn sempitkan pemikiran tuan/puan.ckp xserupe bikin.amikla law.jgn blaja agama saje.yg aku nk tekankan...terlalu taksub satu bende...padahal byk bende lain berkaitan islam xditekankan.lastly...cume nk tanye...klo PR ni menang..sape agaknye...Perdana Menteri...Timb. Perdana Menteri.klo dlm PR kerusi DAP lg byk menang...agak2 sape jd PM...jgn jd mcm penang sudah...jgn jadi dpt tangkap ayam...tangan bau taik kwn2.lu pikila sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post