Hudud: Keris UMNO tikam tuan.

KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat “keris makan tuan” apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.


“Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

“Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.

“Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

“Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam,” kata beliau sambil menambah, “lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud.”

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

“Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

“Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini,” katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

“Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

“Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah,” kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, “tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu.”


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
September 25, 2011 at 1:45 PM delete

Keris syaitan memang le makan tuan sebab tuan dia dah tak bagi makan...semua tu qada dan kadar Allah SWT kan AKP?

Reply
avatar
rakab
September 25, 2011 at 3:21 PM delete

Mat sabu tak perasan ke hudud mainan Nik Aziz dah tikam bontot Pas!

Karpal singh dah mula jerkah !!

nik ziz kata " kalau Dap nak keluar dari pakatan ,itu dia punya pasal..".

Nampaknya Nik Aziz cuma nak jaga Kelantan saja...negeri lain pergi terlingkup !

PKR ??..terkulat-kulat..

Reply
avatar
Anonymous
September 25, 2011 at 3:24 PM delete

Tok Guru(TG) ibarat Raihan dengan Islamnya
DSAI ibarat P.Ramle dengan Islam+modennya
Kapal Sing(KS) ibarat David Arrumugan dengan Hindunya

Tiga2 saya minat kerana semua mendendangkan lagu betemakan keadilan dan kebajikan kepada rakyat.

Berkenaan Hukum Hudud,

Semua orang tahu PAS memperjuangkan Islam tapi tidak semua tahu tentang dan kelebihan hukum Islam(hudud)

Jadi untuk melaksanakan hukum hudud kena berkuasa(kerajaan), utk berkuasa kena menang pilihan raya, untuk menang pilihan raya kena dapat persetujuan umum(majoriti) untuk mendapat persetujuan umum(melayu+cina+india+lain2) kena berkempen, untuk berkempen kena pilih isu yang dapat diterima oleh semua masyarakat termasuk melayu, cina, india, dan lain2(kerana dengan sokongan melayu shj sukar untuk PR untuk menang)

Jadi disini lebih baik mengutamakan isu lebih berkentingan seperti keadilan dan kebajikan(untuk mendapat persetujuan umum) daripada isu hukum hudud yang majority rakyat malaysia tidak begitu memahaminya, contohnya saya, selama ini saya hanya tahu hukum hudud dan saya sahaja baru tahu mengenai hukum qisof dan takzim (mengetahui secara kebetulan bukan dari pengajaran Islam disekolah selama ini) temasuk dalam undang2 Islam dan saya tidak memahami kedua2nya itu. itu saya,
dan saya percaya majoriti pemuda malaysia berAgama Islam tidak begitu memahami ketiga2 hukum Islam tersebut, macam mana pula dengan cina, india dan lain2 ?. (yg kita perlukan untuk menang dan berkuasa), Sukar untuk orang menyokong atau mengatakan "YA" kepada perkara yang tidak
difahaminya.

Implikasi daripada isu ini.

1) Menzahirkan lagi pencanggahan pendapat dalam PR ketika Pilihan Raya13 yg hampir tiba
2) Cina, india dan lain2 akan menjauhi PAS malah PR(kerana tidak faham dan memahami kelebihan hukum hudud)(kurang malumat dan selalu dimomokkan BN hudud dengan tangan kudung))
3) Orang melayu Islam yg tidak faham dan memahami kelebihan hukum Islam dalam PR (terutama berfahaman moden/sekular contoh macam Zaid Ibrahim(bekas ahli PR))
4) Semua rakyat malaysia yg tidak faham dan memahami kelebihan hukum Islam dan mengatakan hukum yang sedia ada lebih baik (contoh, fitnah BN mengatakan hudud membenarkan liwat isteri)

Disebabkan PAS memperjuangkan negara Islam dan Hukum Hudud maka Saya nak minta sangat TG dan PAS dapat fikirkan sejenak

Mana lebih baik PAS berlawan (mengenai Negara Islam) :

1) (sekarang iaitu sebelum PR MENANG dan membentuk kerajaan) dengan BN (tidak amanah dan korup) yang menentang PAS (hukum hudud) dengan penuh penipuan dalam pilihan raya (spt tuntutan bersih) dan penafian hak dalam media untuk berkempen dan memperjelaskan tentang perjuangan
PAS( termasuk hukum hudud)(PERHATIAN: Semakin lama BN memerintah Semakin luas peluang untuk merancang penipuan untuk kemenangan selepas tsunami politik pada 2008, termasuk isu kewargenegaraan pendatang haram, dalam hal ini PR(PAS) sukar untuk mengawalnya)

2) Atau (Selepas PR MENANG dan membentuk kerajaan) dengan DAP(KS)(mungkin termasuk Keadilan) yang menentang PAS( hukum hudud) dengan hujah, pendapat dan pandangan, tidak penipuan dalam pilihan raya serta memberi PAS hak dalam media untuk berkempen dan memperjelaskan tentang perjuangan PAS(termasuk hukum hudud) (secara tidak langsung ketika ini keadilan dan kebajikan rakyat lebih baik dan terbela (PR melaksanakan buku jingga))

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 25, 2011 at 3:44 PM delete

Lawak Mat Sabun berhujah, konon isu diri rakyat boleh lupakan...hari ni bila sebut komunis...terus terbayang wajah Mat Sabun...dah baca ke apa TGHA cakap dalam Malaysia..

Today..http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2008/16394-hadi-situasi-tidak-stabil-sukar-laksana-hudud-


ASD tak nak komen ke? sapa pulak akan bertikam dalam PAS pulak lepas nie?

Reply
avatar
September 25, 2011 at 4:08 PM delete

Salam Lebai AKP,

Kau dah solat zohor ke? ni dah dekat nak Asar tak habis2 lagi buat fitnah? kata tadi kau bukan kaki makan fitnah, tapi belum kering pun air liur kau dah start memfitnah mat sabu kominis, lebai apa kau ni? lebai petai ke? Kalau mat sabu yang sembahyang pun kau kata kominis, kau pun kominislah ye, kominis UMNO!

Reply
avatar
September 25, 2011 at 4:26 PM delete

AKP,

Ada dua ekor kominis dalam UMNO yang bernama Abdullah yang pernah masuk penjara selama 4 tahun. Itu dulu, tapi sekarang nampaknya bilangan kominis dalam UMNO dah semakin bertambah dengan adanya kau. Kau sembahyang pun tak guna kalau kau tu kominis yang mengaku Islam, kau lebih jahat dari kominis tulen.

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 25, 2011 at 4:28 PM delete

FMzam,

Terima kasih, bagus hang peringat sesama Islam, Zohor hari ni masuk 1.12pm...menpercepatkan solat selepas azan banyak pahalanya..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 25, 2011 at 4:42 PM delete

FMzam,

Yang mengaku komunis tu puak kau! kenapa kau pusing 360°..huhuhu..dan kau kata aku sembahyang tak guna..kau boleh tanggung dosa aku kalau tak sembahyang?

Reply
avatar
September 25, 2011 at 4:56 PM delete

AKP,

Yang tak mengaku kominis tapi sebenarnya kominis ialah puak kau. Aku belum pusing 360 lagi baru 90 kau dah gelabah sakan pahal? Ohhh...bila bab kau sembahyang pahala bagi kat kau, bila bab kau tak sembahyang dosa suruh aku tanggung? Nampak tak apa punya Islam kau ni? Tu pasal aku kata kau tu kominis yang lebih teruk dari kominis tulen, faham tak?

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 25, 2011 at 5:18 PM delete

FMzam,

Kau tu keliru...macam Mat Sabun juga..apa yg hang tulis sendiri pun tak ingat..sila baca apa yg kau tulis tu...jgn dok melaluk bukan2..

P/S: Rupanya lebih ramai Melayu mudah lupa dalam PR..sendiri buat pun tak ingat..macam video 22min..

Reply
avatar
September 25, 2011 at 5:52 PM delete

AKP,

Kalau aku tak ingat kenapa kau pula yang lupa? Cuba kau baca apa yang kau lupa apa yang aku dah tulis, jangan dok meroyan macam orang giler isim.

P/S Rupanya ramai Melayu dalam UMNO ni yang tak ingat yang sekor Mamak boleh memerintah semua Melayu dan hidup kaya raya dengan hanya menulis Malay Dilemma.

Reply
avatar
rakab
September 25, 2011 at 6:35 PM delete

Haa tu ..kan betol aku cakap!,...

Fuc-Zam tuh memang dengki dengan orang yang senang dan kaya !!

Dah tu pandai pulak putarbelitkan cakap orang...mcm Anwar jugak !!

Reply
avatar
rakab
September 25, 2011 at 6:54 PM delete

Anon 3.24,

Ooh..menang pru dulu , baru cerita pasal hudud!....sebelum pru jangan cakap apa-apa pasal hudud!..takut tak dapat undi cina/india.

Itu menipu rakyat namanya dolll..!

Pendekkata kau ni menentang isu hudud yang dibawa Nik Aziz dan Pas!

Dah terlambat dolll.....Nik Aziz dengan karpal Singh dah mula bertekak!....tambahan pulak anwar terang-terang sokong nik Aziz.

Lepas nih perang besarlah tiga-tiga parti.

psssst,...nampaknya sia-sia ajelah penat lelah kau orang selama tiga tahun ni...

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 11:09 AM delete

kahkahkah apapun anak haram kampong pertama adalah anjing belaan rosmah yg betul2 garang kahkahkahkah tak sesia rosmah bela ko...tk macama rakap...patut 'dilenakan' saja kahkahkahkah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive