Gambar dan Video : Pagar Rumah Mat Sabu mangsa keganasan Mereka..



Baca kecaman PAS tentang insiden menyerang rumah Mat Sabu ini..

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini.

"Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol.

Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri.

Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

"Media perlu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya.










Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
September 20, 2011 at 4:53 PM delete

Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
ini laman web sayahttp://malaysiannewstoday.blogspot.com/

Malysiannewstoday: Terima kasih..

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 5:56 PM delete

Padan dengan muka mat sabu!

kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepi pantai !

Ada faham !!

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 8:46 PM delete

itu bukan ombak rakab! tapi air longkang.. macai UMNO tak layak disamakan dengan ombak tapi air longkang yang penuh dengan kebusukan.. sama macam perut pemimpin dan pencacai depa.. ada paham!! bodoh hang, setiap kali berhujah nampak baghalnya!

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 8:49 PM delete

Yang buat kerja ni tentu dapat upah ....duit haram....sebab terbongkar rahsia sejarah sebenar negara kita yg diputar belitkan....itu yg puak Umno mengganas niiii

Reply
avatar
September 20, 2011 at 10:41 PM delete

Mat sabu dah kena tangkap dah pukul 7.30 tadi kat airport . Ada kat IPK penang nun . Esok nak kena dakwa pulak . Kesalahan dia dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan : Keluarkan kenyataan buat orang marah dan menyampah ...

Reply
avatar
rakab
September 20, 2011 at 10:58 PM delete

kerbau 8.46,

Aiik! marah bunyinya ...
apa pun jangan lupa temankan mat lembu tu pergi mahkamah besok..!

kehkehkeh...padan muka !

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 21, 2011 at 12:50 AM delete

Tu le nasib Mat Sabun hari ni..bercita nak jadi sebahagian ahli sejarah tapi esok akan tercatit sejarah apabila Timbalan Presiden PAS didakwa dalam mahkamah..huhuhuhu

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 7:58 AM delete

geng2 otak lembu umno,
pecacai murahan macam hapa memang lah seronok sgt bila lihat orang kena aniaya...species syaitan lah kata kan!
Barua umno dr M dan si zainal keling mamak tu pasal apa polis tak tahan? kan depa kata malaysia ni tak pernah dijajah....perlecehkan jasa pejuang2 kemerdekaan umno!
Hampa faham ke apa tu selective prosecution?

Reply
avatar
Anonymous
September 21, 2011 at 9:29 AM delete

APA NAK HERAN KALAU SI PARIA YG UTTER THE WORDS "LOOKS LIKE ME, SOUND LIKE ME...KOREK KOREK KOREK" MASIH BERMAHARAJALELA DI MALAYSIA...KOKSUCKINGMADAFAKA UMNO BOLEH BUAT APA SAJA KAHKAHKAHKAH

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive