Gambar : Najib Naik Basikal... Koh Tsu Koon pula dinaiki Basikal..

Korang nak tahu kenapa Koh Tsu Koon dalam gambar disebelah ini diketawakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Zainal Abidin Osman yang gambarnya kelihatan dibelakang Guan Eng itu?... tengok kat bawah..

Sebelum itu.. gambar-gambar ini telah dirakam pada hari Ahad lalu di dalam satu program yang dinamakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown anjuran Kwang Wah Yit Poh.


Sebahagian berita dari Bernama.

Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri.

Sementara itu, Koh yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, terlibat dalam satu kemalangan kecil yang berlaku di hadapan Pantai Molek di Georgetown ketika mengiringi Najib mengayuh basikal.

Koh ketika ditemui pemberita berkata kejadian itu berlaku apabila satu kemalangan membabitkan dua remaja di hadapannya dan beliau tidak sempat mengelak.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri.- Bernama












Cari makan punya pasal.. tak tahu berbasikalpun digagahi juga.. bayangkan kalau yang tersungkur itu Bik Mama...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
GH
September 27, 2011 at 2:39 AM delete

kalau Bik Mama yang tergolek... maka bergegarlah bumi Pulau Pinang dan mungkin Pulau Pinang akan tengelam 10inci... ngee

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 8:24 AM delete

laaa cedera dilutut lagi! nak kena hantar tsu khoon pi australia pulak lah ni! habislah duit rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 8:26 AM delete

ASD
kalau bik mama yg jatuh mesti hang tak report punya...nak mampos hang report. sat lagi mai polis tangkap hang kena tuduh meliwat batang pinang.

Reply
avatar
September 27, 2011 at 9:30 AM delete

alaaa diorang bertiga tu tengah bincang pasal mesyarat pakatan rabu ni tu . tu yang diorang gelak tu , gelak kat PAS .

Jangkaan keputusan mesyuarat PR hari rabu ni . Jika pas dengan pendirian nak bentang enakmen hudud 2011 , DAP akan setuju dengan syarat :

1. hudud dilaksana untuk orang islam sahaja dan dalam bidang mahkamah syariah negeri kelantan sahaja . Selaras dengan fatwa Bishop Paul Tan. Nik aziz kena patuh kepada fatwa boss kristian ni.

2. Tambahan kerusi untuk DAP dalam PRU13 termasuk kawasan majoriti melayu yang DAP jangka boleh menang . DAP akan letakkan calon melayu dikawasan tertentu.

3. PAS tidak boleh mencampuri hal ehwal pemerintahan negeri yang dikuasai DAP termasuk menuntut jawatan exco agama . Jawatan itu boleh diisi oleh calon melayu islam DAP selepas PRU13 nanti .

4. DAP boleh pilih untuk keluar dari pakatan rakyat namun setiap persetujuan pakatan rakyat hendaklah diteruskan terutama soal pembahagian kerusi , lawan satu sama satu BN dan manifesto bersama. Ceramah dan kempen bersama akan diteruskan .

4. PAS mesti menerima syarat syarat diatas tanpa bantahan atau diungkit dimasa depan.


Bak kata Gobind Singh a/l Karpal singh Hudud ni "HUDUD A NON-ISSUE SMOKESCREEN ". orang kampung cakap Hudud ni untuk main wayang jer . Isu belakang tabir .

Yang kena kencing dengan geng2 karpal singh ni penyokong PR jugakk ...
orang PAS dah sentiasa kena kencing dah dengan ni aziz .

Reply
avatar
AntiAPCO
September 27, 2011 at 10:24 AM delete

PP,

Tak mesyuarat lagi anda dah tahu keputusannya?

1) PAS membuat kajian hukum hudud SETIAP tahun sejak tahun 1993. Tak perlu buat kecoh sekarang seolah-olah perkara ini perkara baru.

2) Kajian asal dan pelaksanaan Huhud sememangnya hanya melibatkan rakyat Islam di Kelantan sahaja diperingkat awal (kerana majoriti rakyat Kelantan sememangnya telah bersedia, pungutan suara rasmi pasti akan mengesahkan perkara ini). Tiada kena-mengena dengan DAP atau bishop Tan.

3) Tiada masalah sekiranya DAP meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu, tiada dalam perlembagaan DAP bahawa ahlinya mesti cina, atau india, atau melayu. Parti-parti berasaskan kaum sudah jauh ketinggalan zaman dan di negara-negara maju dunia telahpun lama diharamkan.

4) Exco agama adalah port-folio wajib yang memang akan terus wujud di semua negeri dan diisi oleh orang Islam yang berkelayakan, tidak semestinya dari parti PAS.

5) DAP, PAS, PKR boleh keluar dari PR bila-bila masa dengan atau tanpa persetujuan bersama. 1 lawan 1 adalah strategi terbaik mengalahkan BN pada PRU13. Dalam PR tiada parti yang lebih dominan dari yang lain. Dalam BN hanya UMNO yang dominan, menyebabkan sokongan kaum lain makin lemah dan akhirnya faktor ini akan menyumbang kepada kekalahan BN.

6) Hudud adalah hukum Allah di mukabumi. Adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menjalankannya. Walaubagaimanapun, kelonggaran diberikan kerana Hudud merupakan jalan terakhir apabila hukum syariah lain telahpun sempurna. Jika tidak dijalankan serta-merta maka sekurang-kurangnya perlu ada usaha dan perancangan kearah itu.

7) Kerajaan PAS telah memohon melalui DUN Kelantan bagi pelaksanaan hudud di kelantan sejak tahun 1996, tetapi ditolak apabila sampai ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Negara sedangkan hakikatnya tiada mana-mana klausa dalam Perlembagaan Negara yang menolak pelaksanaan mana-mana hukum Islam di Malaysia kerana Islam adalah Agama Rasmi negara.

8) Sekiranya Perlembagaan Negara perlu diubah sekalipun, jumlah ahli parlimen dan senator dewan negara dari kalangan Melayu Islam melebihi majoriti 2/3 yang diperlukan, baik dalam Dewan Rakyat mahupun dalam Dewan Negara. Sekiranya SEMUA MP Melayu Islam dalam parlimen bersetuju, hukum Hudud / Shariah sepenuhnya boleh dilaksanakan serta-merta.

9) Orang bukan islam tidak perlu gusar kerana hukum Shariah/Hudud hanya melibatkan orang Islam. Dalam kata lain, kapir masih bebas untuk zina, judi, makan babi dan minum arak selagi tidak bercanggah dengan agama mereka. Premis judi dan jual arak / babi khas perlu diwujudkan dengan akaun berasingan sepertimana yang diamalkan oleh Arab Saudi sekarang dan diamalkan oleh Saiyidina Umar R.A. dan Salahuddin Al-Ayyubi sejak zaman dahulu. Betapa adilnya Islam kepada semua umat, tidak kira Islam atau Kapir. Kenapa perlu takut? Kenapa umat ISLAM sendiri perlu takut????

Sebenarnya yang menolak Hudud adalah orang Islam sendiri (baca : UMNO). Kenapa perlu digusarkan dengan DAP/Cina/Kapir tolak hudud sedangkan yang paling lantang menolak hudud ialah Menteri-menteri UMNO (Baca : Mahathir & Najib) sendiri. Siapalah Lim Guan Eng atau Karpal jika terang-terangan Najib sebagai PM sendiri yang dengan lantang berkata "Hukum Hudud TIDAK AKAN dijalankan di Malaysia"????

Nik Aziz kencing PAS atau UMNO yang kencing hukum Islam sendiri??? Tepuk dada tanya selera, hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Bagi pengikut/penganut UMNO... kalau tidak menyokong Hudud pun, sekurang-kurangnya janganlah melawan... ini hukum Allah!

Wallahua'lam.

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 11:00 AM delete

pPas
Menarik lah cara hang kira, 1,2,3,4,4...mesti boarding school ni.

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 11:07 AM delete

pPas
aku pun ada kaki juga macam hang, info aku bagi tau hang miss agenda no. 6...utk pulihan otak biul pPas, maka juga diusulkan agar "anu" pPas di sunatkan sekali lagi.
no.7...utk kurangkan fitnah dari pPas, juga diusulkan agar buntut pPas di cabai.
no.8...utk kurangkan otak pPas yg asyik fikir perkara lucah, maka juga diusulkan agar "anu" Ppsa dengan telurnya sekali di "kasi". setelah process sunat kedua selesai.

Reply
avatar
rakab
September 27, 2011 at 12:18 PM delete

Pas toksah nak main wayanglah!
Main isu hudud sebab nak tarik perhatian.....bermusim,..tak ikhlas!

Pas nak laksanakan hukum, tapi Pas sendiri tak ikut hukum!

Kafirkan orang ikut suka walaupun sesama islam!

Bila nak undi Dap, sanggup buang negara islam!..bangang tak boleh diajar..

Kenapa Nik Aziz tak ambil tindakan pada adun selinsing yang buat maksiat tu?...ada saksi yang kredibel!..orang kuat Pas sendiri yang buat aduan pada Nik Aziz.
nik Aziz pilih bulu!..tak adil!..boleh percayakah puak macam ni nak buat hudud ?.

Umno tentang Pas,..bukan hudud!!

Reply
avatar
rakab
September 27, 2011 at 12:23 PM delete

Orang jatuh basikal pun nak jadikan isu!...perkara remeh-temeh!

Kalau jatuh kapalterbang tu,..ada jugak nilai berita!...bingai..

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 12:43 PM delete

eh rakab, kau ni toya betul lah.
Bila pula ASD kata idola hang tu si tsu khoon jatuh basikal sebagai satu isu. Dia post kat sini supaya orang tahu kejadian tu berlaku, samada nak simpati ke,nak maki lagi ke itu hak pembaca lah. Cerita macam ni takan disiarkan utuseks dan tv 3 suku.

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 12:46 PM delete

rakab
marah sungguh hang pasal bab hudud ni ha? takut kedai todi hang kena tutup dan pungkok hang kena tibai kot?

Reply
avatar
rakab
September 27, 2011 at 1:39 PM delete

Dak..aiikh!
aku bukan marah dengan asd,..cuma nasihatttt...

tak marah pasal hudud pun ,..cuma benci dengan Pas!

hang nih toya lah!

Reply
avatar
September 27, 2011 at 2:03 PM delete

Cukup2 lah kita semua bercakap pasal Hudud ni sampai kiamat pun tak kan habis, menang jadi abu kalah pun jadi abu jugak....abu tu ialah Asal Bukan UMNO(ABU). Renung2lah sikit cakap PengikutPenganutPAS tu, kalau dah Melayu pun tak sokong Hudud, macamana bangsa lain nak sokong!

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 3:17 PM delete

Kalau bangsa dan agama lain tu dah pasti x suka hukum hudud, ni yg mengaku penganut agama Islam pulak yang x setuju tu apa citer..kalau nak bodek pun biarlah berpada2 jgn membelakangkan Allah..

Reply
avatar
nam jahanam
September 27, 2011 at 7:56 PM delete

tu la masalah org islam ari ni..bila nk buat je hukum Allah org melayu Islam jugk yg lawan..dah tu cmna la org mcm Soi Lek kapai singh nk pham tentang islam..org islam sendiri x sepakat..lwn pasai org nk buat hudud tu musuh politik kita..cari kekurangn untuk peleceh org nak laksana hukum Allah..patutnya kita bagi la sokongan..bincang cmana nk jdikan hudud realiti..kalau ada pendekatan PAs x btoi kita tolong betoikan..tgk cina sepakat tolak hudud wlaupun politik bermusuh.Pas usaha cra Pas umno usaha cara kuasa yg Umno ada..lambat pun xpa yg penting usaha..klau dah kata Pas politikkan hudud Umno yg ada kuasa no buat la..masalhnya x mau..dh tu suka pulak tgk bagsa asing kutuk hukum Allah dgn harapan depa bergaduh..blh la menang PRU..tuang minyak bagi terbakar lagi..pas tu sronok tgk orng cina india x sokong islam.byk cara kita blh buat untuk tegakkan hukum Allah..

1- Gunakan media kita untuk promot keadilan hukum islam.buat soal jwb dlm tv tntng hudud..galakkan drma2untuk tunjukan kehebatan hudud.
2- Gunakan kutbah jumaat untuk bagi kepahaman tngtang hudud.
3- Masukkn dlm sukatan pelajaran tentng hudud untuk pahamkan anak2 kita

Dah buat cm ni baru la kita blh kata dh usaha tapi org x mau jgk..ni usaha pun x ada dok pelece org nak buat..bngang betoi la org islam ari ni.

Reply
avatar
Anonymous
October 16, 2011 at 7:01 PM delete

Padan muka Koh Tsu Koon. Kalah dalam pilihanraya pun boleh diangkat jadi pak menteri, yang juga bermakna dapat naik kereta mercedes. So, tak tahu mahu naik basikal. Poorah punya menteri yang tak dipilih rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
October 21, 2011 at 2:42 AM delete

AntiApco ! lu pny ulasan mmg terbaikkk ! wa ni mmg jahil n jahanam gak la ibadah n sembahyang ape smua tp x la sampai wa nk perlekeh n tentang kehendak agama Islam. Cukup2 la bro n sis smua, se kurang2 nye klu xdpt nk ikut Quran pun, jgn la nafikan atau wat bukan2, terpulang...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive