Felda disaman lagi..



TEMERLOH, 29 Sept: Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.


Peguam R. Sivarasa memberitahu ini merupakan saman yang kedua oleh peneroka daripada Gugusan Jengka di mana Jun lalu 711 melibatkan pemeroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka menuntut RM344 bagi jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Katanya, asas tuntutan peneroka ialah Felda sudah melakukan penipuan dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

“Hari ini peneroka menyaman Felda kerana menipu KPG pada purata 18.5% sedangkan bacaan kepada contoh hasil buah kelapa sawit yang dihantar kepada tiga makmal bebas menunjukkan kadarnya ialah 31.5% dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27%. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5% yang digunakan oleh Felda.

“Ini bukan angka yang kecil. Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu berdasarkan harga pada 2008, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM250 setan, jika 10 tan sebulan bermakna kira-kira RM30 ribu wang peneroka telah dirampas dalam setahun.

“Selain daripada itu peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit yang dianggap ‘buah busuk’ dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka dan dijual kilang Felda,” katanya dalam sidang media selepas saman difailkan.

Tambah Sivarasa, ini membawa kerugian kepada peneroka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka dan penipuan berleluasa selama dalam tempoh 15 tahun.

“Ini bermakna dalam tempoh yang sama (15 tahun), bagi kedua-dua penipuan, Felda telah menyebabkan kerugian sebanyak RM175 juta kepada peneroka. Dicampur dengan tuntutan 711 peneroka dulu (RM344 juta) bermakna peneroka Jengka saja telah menuntut RM520 daripada Felda,” tambahnya.

Turut hadir dua orang peguam lagi yang mewakili peneroka Lateefa Koya dan T. Kumar. Hadir sama Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Pusat Suhaimi Said, Pemangku Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ahli Dewan Undangan Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad serta para peneroka.

Tambah Sivarasa, apa yang berlaku ini memangnya penipuan yang jelas serta pecah amanah daripada Felda sedangkan seperti disebut hakim dalam kes peneroka Kemahang saman Felda, bahawa Fela sepatutnya menjaga peneroka bukannya menipu.

Sementara itu Suhaimi Said dalam sidang media yang sama memberitahu sebelum ini peneroka dari Gugusan Bera juga telah menyaman Felda atas isu yang sama menjadikan sehingga kini kira-kira 1,700 peneroka telah berbuat demikian.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata, peneroka bukanlah berminat sangat untuk menyaman Felda kerana mereka lebih cenderung untuk berunding.

“Malangnya setiapa kali apabila wakil peneroka pergi ke ibu pejabat Felda, mereka akan dimaki hamun dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan dalam kes ini setiap peneroka kerugian kira-kira RM700 ribu dalam kes KPG, TTS dan sebagainya.

“Jika Felda mengembalikan hak peneroka yang ditipu selam aini itu lebih baik kerana peneroka telah banyak berkorban untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan keuntungan Felda selama ini,” ujarnya.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
September 29, 2011 at 10:25 PM delete

Semakin botak la Isa, kencing sudah kantoi

Reply
avatar
Anonymous
September 29, 2011 at 11:35 PM delete

wakahkahkah..mat rasuah kena saman lagi..teruskan "org2 FELDA dan ANAK"..semoga org FELDA membuka mata..

Reply
avatar
rakab
September 30, 2011 at 12:30 AM delete

Saman jangan tak saman!..bagi puas hati!

Lawan di mahkamah!...jangan lawan di pentas ceramah!...tak ada faedah!

Bila hakim dah buat keputusan nanti,...terima saja laa...

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 7:49 AM delete

rakab
umno takut lawan dipentas? takut tembelang mereka selama ni TIPU melayu dibongkar dan terus dibongkar?
Kalau umno berani..ayuh, anjurkan debat antara anwar dan najib disiarkan live kesemua tv.
Tapi hang pun tau kan apa jawab najib.... dia tak dak teloq!

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 7:54 AM delete

rakab
seronok hang no, dok kata lawan dimahkamah. kepala butoh hang!
rakyat semua dah tau umno dok pegang teloq hakim2 ni semua, kebanyakan keputusan mahkamah sebelahi umno. tapi apa pilihan rakyat ada terpaksa lah juga guna saluran ni. begitulah nasib rakyat bila di perintah KERAjaan zalim umno.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 8:46 AM delete

Rakab sibangang,

Ini adalah satu berita....
faham sikit....
tahu lah pihak peguam menjalankan kerja mereka...
baca dan faham....
Bagaimana mat isa babi pendek boleh pegang jawatan tertinggi FELDA?
you help me i help you...
welcome to port dickson...
bandar bersejarah mat monggol memburit....dgn?????????
kah...kah...kah

Reply
avatar
September 30, 2011 at 9:33 AM delete

Semoga kemenangan demi kemenangan akan diterima oleh semua peneroka felda. Felda dah kaya berbilion atas penipuan mereka selama ini. toksah la nak maki hamun kata tak mengenang budi la bagai. Aku kenang budi ko pulak songlap berkali2.

Reply
avatar
September 30, 2011 at 11:16 AM delete

Ada persamaan antara kominis dengan UMNO, kalau kominis panggil community farm, UMNO panggil Felda, kominis letak political commissar sebagai ketua ladang, UMNO panggil pengerusi Felda. Dua2 kepala tu mesti orang parti, dua2 mesti jadi lintah darat parti, semua hasil mesti pergi ke parti, rakyat petani tetap akan jadi petani dari generasi ke generasi. Cuma bezanya, kominis akan hukum tembak mana2 political commissar yang rasuah, UMNO pulak bagi pingat kepada pengerusi2 yang rasuah. UMNO lebih cilakak dari kominis!

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 11:52 AM delete

rakab dah keluaq peluh jantan dah..lepas ni x ada dah duit sampingan nak menjoli lagik..wakaka...ekaun dah kena potong...potong habisssssss......

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 30, 2011 at 11:53 AM delete

ishk ishk ade ade je la kao ni FMZam oiii hehehe

Reply
avatar
September 30, 2011 at 2:23 PM delete

kah!kah!kah!

jangan la saman

nanti kantong gomen kering

kesian la kat gomen sket...

hujung tahun nak kena penaik gaji kakitangan awan

kah!kah!kah!

nanti kantong gomen kering

dividen asb tinggal 2%

dviden epf tinggal 2.5%

kah!kah!kah!

bila kantong depa kering mula la kalut nak curi duit dari poket rakyat...

nanti depa wat saman ekor baru tau...

nanti depa kena cas tax prepaid baru tau...

nanti depa penaik harga petrol diesel baru tau...

kah!kah!kah!

bersyukurlah!!!!

kah!kah!kah!

Reply
avatar
September 30, 2011 at 3:34 PM delete

dulu PAS Mazlan aliman buat duit dengan peneroka ni . sekarang PKR plak nak buat duit . Baguslah tu . LAteefa koya dengan sivarasa plak nak tunjuk prihatin sambil minum air. Selama ni dok tohmah ke makcik dan pakcik felda tu tak cerdik pasal dok sokong kerajaan .

Tak boleh terima kadar KPG dan buah rosak . samanlah . berlambak lagi orang lain yang nak masuk felda.

Reply
avatar
September 30, 2011 at 3:55 PM delete

pPAS,

Betul kata AKP, kalau tahap SPM3 hanya layak jadi Mat Sabun, yang ada PHD aje yang boleh pegang pangkat besar2 dalam Felda. Jadi kau tolong bersabarlah dengan kerenah2 anak2 bangsa kita yang tahap SPM3 je, janganlah dok marah2 kat depa2 ni sebab depa2 ni mana ada duit nak hantar anak belajar sampai dapat PHD kat luar negara macam anak2 pemimpin2 kau.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 9:46 PM delete

Hujah pencacai UMNO sama macam blog macai depa.. hujah dan spin sama aje.. bangang!! heeee

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 9:51 PM delete

Benarlah pepatah popular dikalangan orang melayu, melayu sebenarnya ditipu melayu.. Jika ditipu cina atau india itu adalah lumrah kerana mana ada bangsa lain boleh bersikap jujur dengan bangsa selain mereka tapi dalam bangsa melayu perkara pelik ini berlaku. Dah lah miskin ditipu pulak yang malang menipu adalah pemimpin yang diberikan amanah..

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2011 at 9:57 PM delete

Pelik benar pemikiran dan hujah penyokong UMNO.. sewajarnya perkara yang salah diperbetulkan.. jika ada penipuan maka perlu diadili dan hebahkan untuk tujuan pembetulan.. JIka agensi seperti FELDA jujur sudah pasti mereka sedar dan [perbetulkan kesilapan mereka dengan memberikan hak kpd orang melayu ini. Malangnya sehingga saman dilakukan namun felda masih berdiam diri.


Aku percaya jika ini berlaku dizaman nabi atau para sahabat tentu mereka akan menentang penipuan jenis begini... tidak memberikan hak kepada yang empunya tanah.

Felda adalah milik rakyat dan untuk kemajuan rakyat dan bukan untuk sesetengah pihak yang hanya menjaga tembolok mereka.

achmad abdollah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive