Dokumentari 'Edisi Siasat' papar kemiskinan di Sabah dilarang siar?

Najib BOHONG lagi!!

Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.


Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.

Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.




Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".

Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.

"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."






Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.

Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
September 23, 2011 at 8:00 PM delete

Salam.
Sebuah negara yang kaya hasil buminya tetapi rakyatnya menjadi susah begini. Zalim!

Saya mohon untuk salin dan letak di blog saya.

Sekian.

Reply
avatar
September 23, 2011 at 8:25 PM delete

Jangan kesian rakyat Sabah dan Sarawak sebab mereka memang suka dibodohkan oleh UMNO/BN. Kalau dah hampir 50 tahun masih nak sokong juga parti yang tak membawa perubahan kepada mereka, yang hanya mengubah pemimpin2 mereka dari kayap jadi kaya, dari miskin jadi jutawan dan dari jutawan jadi butawan (billionaire), kata mat salih LANTAK lah! nak buat camna dah qada dan kadar Allah SWT yang jadikan rakyat2 Sabah dan Sarawak sebagai hamba kepada orang2 Melayu Malaya dan pemimpin2 mereka sebagai boneka kerajaan Melayu Malaya.

Reply
avatar
Anonymous
September 23, 2011 at 11:20 PM delete

Ini semua kerana.. Qada & Qadar

UMNO
United Myanmar & Nepal Organization

Reply
avatar
September 23, 2011 at 11:49 PM delete

Rakyat Sabah, Sarawak tidak berpeluang langsung untuk mengecap kemajuan dan pembangunan yang sepatutnya sudah banyak terlaksana kalau dikira tempuh 48 tahun merdeka didalam Malaysia dan kalau tempoh itu dipergunakan dengan baik untuk memajukan negara mereka dengan serius. Bandingkan saja Sabah, Sarawak dengan negara2 Vietnam dan Korea Selatan sudah cukup untuk mereka berfikir yang negara2 yang timbul dari abu peperangan besar pun boleh maju lebih cepat dari negeri mereka yang tidak menghadapi konflik kemanusiaan besar2an.

Reply
avatar
rakab
September 24, 2011 at 12:55 AM delete

Fuc-Zam,

Kau ni tak sudah-sudah dengki dengan Umno/BN.

Rakyat Sabah tahu siapa yang patut mereka pilih jadi pemerintah.

tentulah yang terbaik!!

Yang rosak, busuk ,penipu pergi duduk sungai buluh,..jadi banduan!.

kehkehkeh...gelinya hati aku..

Reply
avatar
Anak kg pertama
September 24, 2011 at 2:11 AM delete

Betul ke PR boleh selamat Sabah?...tapi pasal apa yang dok dengar parti yg pecah belah di Sabah adalah PKR saja...

Reply
avatar
September 24, 2011 at 9:25 AM delete

Dokumentari ini disunting kerana adalah dusta dusta rekaan PR.

Sebenarnya, rakyat Sabah & Swak kaya raya belaka. Hanya mereka belum jual aset mereka saja untuk dapat keuntungan. Mereka juga lebih selesa pakai kain cawat kerana lebih sejuk dan nyaman.

Gambar gambar diatas semuanya rekaan PR. Murid murid tu semua adalah actor lakonan PR. Kalau tengok betul betul mirip macam Lim Kit Siang dan Teresa Kok.

Kerajaan UMNO BN terpaksa tarik dokumentari ini kerana adalah rekaan karut PR.

UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
September 24, 2011 at 10:07 AM delete

Yang miskin kat SABAH TU sebab depa PEMALAS, tengok pemimpin umNGOK SABAH semua KAYA RAYA. PULAU PUN ORANG umNGOK BOLEH JUAL ATAS KEPANDAIAN DEPA. SYABAS PEMIMPIN umNGOK KALAU RASA TAK CUKUP KAYA BOLEH JUAL SAMA GUNUNG KINABALU, RAKYAT SABAH TAKKAN MARAH KALAU ORANG umNGOK YANG JUAL.

-wakleman

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 24, 2011 at 10:17 AM delete

ape la kao ni rakab. . Zam pun kao nk "fuc". . "fuc" tu keje kao sejak azali ke. . o ye, cm ne video PenganutPAS psl babi tonyok dan anjing kurap yg sutut mak dan kakak kao tu ye. . kao pi le "fuc" babi tonyok dan anjing kurap tu ye.

o rakab, kao pun tak sudah-sudah dengki dgn pr tau. . psl depa tak bagi kao duit ye.. tak pe le kao sokong amno-apco tu sbb nnti depa bagi kao duit haram demi elakkan mak bapak dan anak bini kao makan tahi babi kan kan3. kehkehkeh...gelinya hati aku.

Reply
avatar
Anonymous
September 24, 2011 at 4:42 PM delete

rakap, anak haram kampung pertama, penganuthampas ni sama adik beradik muhaidin yassin...nak pariah kahkahkahkah

Reply
avatar
rakab
September 24, 2011 at 5:18 PM delete

Triple P,

Aku tak dengki dengan Pakatan rakyat,...sebab pakatan rakyat apa ada.. ??

Setakat kongkang macam kau nih ,..banyak ler..

fuc- tu panggilan manja untuk zam,..kenapa ?..kao jeles ?
Takpa,..nanti aku bagi kao satu nama comel,..'fukki'..hah amacam?..suka!

haaaaaahiiiiiihuuuuuu...

Reply
avatar
saxo
September 27, 2011 at 1:40 AM delete

Menteri Luar Bandar org sabah tp pi negeri PR bising2 kata kawasan2 situ mundur. rupanya negerinya sendiri lg x sempurna & parlimen jagaannya sendiri lg x SEMPORNA!!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 1:46 AM delete

Rakyat Sabah dan Sarawak memang bodoh dan tolol. Apa bila menjelang PU13 nanti, mereka masih akan undi BN. Jangan sekali-kali tuduh BN, Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak, Bank kroni BN dan GRCs atas kemiskinan. Salah tu bangang bahalol rakyat kedua2 Negeri itu sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
December 24, 2011 at 9:08 AM delete

orang semenanjing datang Sabah&Sarawak tau cari projek saja, mengemis minta makanan dekat org Sabah. bodoh. kita tengoklah nanti, Sabah dah buat parti baru sekarang ni, tengoklah apa yang korang semenanjing boleh makan lagi kat Sabah. Umno go to hell babi.

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2012 at 12:46 PM delete

nanti Sabah dgn Sarawak kuar dr Malaysia br korg tau..

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2012 at 1:12 PM delete

panas je hati aku korang hina org sabah, korang xpenah lagi duduk sabah da nk mencarut..nk memaki...meh aku bagi tau..aku orang sabah..k...org sabah bukan nya bodoh macm korang sangka...semua nya kebanyakan nya org kampung...agak2 la kalau org kampung nk pandai baca2 suma bnda..kalau kena bagi sain ke apa..nk jual harta aset tanah..korang kat semenanjung kalau tanah korang kena jual pun korang marah kan...lagi yg pandai bijak..ni kan pula org kampung yg tak tau pape kan...bagi yg xpenah hidup kat sabah..meh aku bagi tau...hidup kat kelantan tuh 10 kali lagi baik dari kehidupan kat sabah...mana tak nya kalau peminpin makan rasuah je....ada projek bagi kat kontraktor luar sabah..kadang2 bagi luar malaysia lagi..jgn kata saya melalut..sedara pak aku org kontraktor so dorang tau la selok belok apa jadi kat dalam office...mcm mana tau?? da tau selok belok dlm office mesti la ada org dalam office kan yg tlg info..bagi yg suka sgt maki hamun tuh...sedar lah la ehh...korang tuh pun pak turut juga...org sabah tuh mengundi BN pun sebab selama ni sape yg memerintah sabah?? BN kan..dan media selalu siarkn brita biase pada BN je..."kisah kisah" kat smenanjung pasal PKR atau PAS yg sebenar korang ingat dorang tau ke...agak2 la bro..da semua media kena sekat..yg masuk ttg "dorang" je..mana tak kena undi BN ke..lagi pun sana bnyak org miskin...kalau kena jadi pengundi hantu pun semua nak...asal bleh tambah pendapatan..nk tukar parti?? boleh je...tp sape yg nak pimpin nnt...len kali fikir sebelum nk lepas cakap...sape xpuas hati lagi..p duk kat sabah..jgn duduk seminggu dua je...keje sana untuk setahun dua,..baru korang tau beza langit dengan bumi..beza ekonomi kat semenanjung dgn sabah...

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2012 at 1:53 PM delete

hari tu kan ada tunjuk kat astro orang amengok Sabah....wanita amengok la tu...rumah memang besar...handbag dan kasut ada beribu biji...sebiji ada yang sampai berpuluh ribu....rakyat nya? makan nasi jari cicah garam ngan siput babi?

Mulianya amengok yang korang sanjung ni....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive