DAP ugut PAS?



Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.


Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya - sepenuhnya sila baca di (SINI)

Ianya cuba menggambarkan seolah-olah telah wujud keretakan didalam Pakatan Rakyat..
Tetepi jika dibandingkan antara berita diatas dengan berita dibawah yang mana lebih serius?


MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud

PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”

“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.

Dr Chua juga berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

“Saya mahu mengucapkan beliau terima kasih sebab beliau akan menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh ada konsensus dan pendirian yang sama, bahawa itu adalah penting, yang akan memberi kesan ke atas rakyat Malaysia,” katanya lagi.

“Belumpun berkuasa lagi, mereka tidak boleh mencapai agenda yang sangat penting, yang mana PAS berhasrat mahu melaksanakan iaitu hudud,” katanya.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

20 comments

comments
September 26, 2011 at 11:56 AM delete

Baca Federal Constitution tentang hak umat Islam untuk melaksanakan cara hidup Islam mereka. Ini semua bangsa dah setuju. Tapi tanpa hudud cara hidup Islam tak sempurna! Adakah selamanya kita akan hidup sebagai umat Islam yang tak sempurna?

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 26, 2011 at 12:14 PM delete

tidak pelik hairan dan ajaib kalau bukan Islam tolak hudud kerana mungkin mereka tidak dan belum faham / tidak tahu.

hukum hudud lebih fokus kpd org Islam (termasuk le org "Melayu" yg mengaku Islam tu le ye)

yg musykil ialah org yg mengaku Islam tapi memberi pelbagai alasan untuk menentang hukum hudud. . malah melaga-lagakan org Islam yg inginkan hukum hudud dgn org bukan islam

org yg menentang hukum hudud mungkin terlepas d dunia. . bebas merdeka berbuat apa yg mereka suka, berseronok gembira lah mereka kerana berjaya menentang hukum hudud, walau pun mereka menentang hukum hudud namun mereka tetap beroleh kejayaan d dunia tpi ingatlah akan janji2 Allah le ye. . .

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 12:45 PM delete

jika nak dibandingkn mca kuar bn dgn dap kuar pakatan harami...........dua2 ni aku x peduli yg penting nk wat hudud tu aku follow dr Asri nyer pendapat....dua2 parti tu mca n dap aku rasa belum pernah didakwahkan dan disampaikan akan indahnya Islam dan hukum2nya....andai kiranya dah pernah disampaikan pun diorg tetap buta hati pergi lantaklah mereka nak kuar pakatan harami ker kuar bn ker yg penting Islam diutamakan

Reply
avatar
September 26, 2011 at 2:59 PM delete

Sebelum DAP ugut PAS, MCA dan Gerakan lebih dulu dah ugut UMNO. Cuma Utusan Meloya tak guna perkataan ugut pada UMNO tapi guna pada PAS. Ugutan DAP, MCA, Gerakan sama - keluar parti. Tanpa bertangguh UMNO mematikan ugutan MCA, Gerakan dengan keputusan tegas - mengekalkan arahan era Mahathir iaitu tidak membenarkan Hudud di Kelantan. Isu Hudud dalam BN telah diselesaikan atas semangat kesepakatan dengan cara mengorbankan Hudud. Maka diamlah MCA dan Gerakan senyap macam tikus jatuh ke beras, dan diamlah UMNO tapi terketar-ketar macam tikus basah.

Dengan keputusan kerajaan Najib, isu Hudud sudah tak timbul lagi kerana sudah dimatikan. Yang timbul dalam PR ialah soalan lama yang tidak berjawab dan DAP maukan kepastian yang mesti dijawab dalam satu mesyuarat. Sekali lagi soalan itu akan menguji PAS dan kali ini jawapannya akan menentukan hala tuju PR. Sebelum mesyuarat DAP sudah tunjukkan ketegasannya menentang Hudud dan negara Islam, sementara PAS juga menunjukkan ketegasannya untuk menegakkan negara Islam dan Hudud.

Kalau UMNO sanggup mengorbankan Hudud untuk BN, apakah PAS juga harus berbuat demikian untuk PR?
Hudud itu sesuatu yang mudah bagi UMNO kerana bila UMNO mengorbankan Hudud tapi UMNO masih tetap diterima oleh rakyatnya. Tapi bagi PAS, Hudud akan terus jadi dilemma samada PAS mahu jadi PAS sahaja atau berjuang bersama PR.

Nampaknya demi demokrasi di Malaysia, hanya rakyat Islam saja yang sentiasa kena berkorban untuk menghidupkan demokrasi.

Reply
avatar
AnakPolis
September 26, 2011 at 3:05 PM delete

UMNO ni bukan tak faham kehendak Allah supaya ditegakkan hukum hudud. Dorang faham..Ini bukan pilihan tetapi MESTI dibuat sekiranya benar2 nak ikut perintah Allah.. Cuma UMNO ni sentiasa bergelumang dengan maksiat sebab tu dorang takut nak buat hudud. Dorang sendiri tak mahu hidup cara Islam.. Apakah Islam ni setakat solat,puasa, zakat, pergi haji je..

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 3:08 PM delete

Permainan politik bengap oleh penyangak pakatan !

Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya!

Walau apapun keputusan mesyuarat rabu ini, kerosakan tetap telah berlaku .

Pas lah yang akan menerima kesan paling buruk !!

Inilah padahnya bila mempermainkan hukum Allah untuk kepentingan politik!

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 3:27 PM delete

doakan lah semuga dlm mesy pakatan nanti kawan kaum china dan india kita bersetuju membenarkan kelantan menjalankan hukum hudud sekiranya terbukti berkesan dan bermenafaat kpd rakyat termasuk bukan islam maka kita buat secara berperingkat peringkat di negeri lain,

kita kena yakin kan yg huduh hny utk islam saja. Ada kemungkinan mrk sgt takut dgn 'negara islam' ok lah kita tolak ansur tp benarkan kita jlnkan hukum hudud dinegara islam/bukan islam ini...

kawan kawan cina dan india kena difahamkan huduh adalah perintah dr allah. kita sbg islam kena ikut. dan apakah salahnya org islam ingin cara hudud hny utk kami yg beragama islam?

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 3:32 PM delete

adakah akan berlaku gabungan parti iaitu parti cina dgn parti cina ..
dan parti melayu dgn parti melayu ..

mca/gerakan untung kerana dapat dap..

dan alangkah rugi kita kena bergabung dgn penganutpas, akp dan rakab, perkasa ...

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 26, 2011 at 4:42 PM delete

orang nak hukum hudud. . rakab dok bagi pelbagai alasan. .

la ni bukan kira politik ke, ape2 ke. . la ni kira nak sokong hukum hudud atau tidak. .

org yg mengaku Islam mesti sokong hukum hudud tanpa mengira isu itu isu semasa ke, ekonomi ke, politik ke, majmuk ke etc. .

kalau org yg mengaku Islam pun tak sokong hukum hudud mcm rakab dn amno-apco. . mcm mna le org bukan Islam nk sokong. .

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 5:03 PM delete

Triple P,

Orang melayu/islam termasuk Umno, tidak pernah menentang hudud!

Yang Umno tentang ialah Pas !!

Sebab Pas suka memperalatkan hal agama sebagai modal berpolitik.

Bila umno bekerjasama dengan bukan islam ,..pas kata Umno kafir.
Bila Pas pulak berpakat dengan bukan islam, Dap khususnya...boleh pulak!

Sekejap nak negara islam, lepas tu gugur hudud nak negara kebajikan pulak!...la ni nak hudud balik !

Bercelaru..

Macam budak-budak!!

Sekarang nak salahkan Umno pulak!..
Salahkan Nik Aziz tua kutuk yang nyanyuk tuh....

Reply
avatar
September 26, 2011 at 5:07 PM delete

Demi kuasa UMNGOK spesies yang tak ada pendirian, dari dulu wa usha umngok ni semuanya dipimpin mereka yang bachul dan hanya berfikir untuk kuasa. Demi kuasa, hudud dah jadi seperti satu barang yang kalau ada pun xpe dan kalau tak ada pun xpe ikut keadaan. Kahkahkah yang pasti Pas tetap yakin, dan insyaallah dengan izin Allah akan membuka mata hati bagi mereka yang tak memahami. Bagi umngok islam ke tak islam ke kuasa tetap kuasa....kahkahkah UMNGOK BACHOL...Ini puak ke yang nak kami sokong, kahkahkah

Reply
avatar
Anonymous
September 26, 2011 at 5:22 PM delete

Dunia ni bukan Amno yang punya.......Fikir..fikirkanlah

Reply
avatar
Pas bin Bangang
September 26, 2011 at 5:36 PM delete

Dunia ni pun bukan Pas yang punya!
kehkehkeh.....cakap cam bangang!

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
September 26, 2011 at 6:02 PM delete

rakab buat lawak la. . hahaha hihihi huhuhu
brape kao dpt duit haram amno-apco bgi ye? mesti juta2 punye ni coz ni isu beso nk slamatkan amno dn tumbangkan pr hehehe. .
kao sedekah le sikit kt PenganutPAS juga kuncu2 kao ye. . jgn amek duit haram tu sorang je tau. . haram tau kalau tak share duit haram ni dgn geng2 kao tu tau.. ekh ekh double haram le pulak da ye. . mcm double barrel le kot. . kenyang beso tu tau. . hahaha hihihi huhuhu

nk hukum hudud ke tak nak ni? ? ? hehehe

Reply
avatar
rakab
September 26, 2011 at 11:00 PM delete

Triple P,

Dap tak nak hudud,..apa pas boleh buat?..Pas la ni dah takda maruah!

Harapkan simpati Dap untuk dapat sikit undi tambahan.....mana nak sorok muka orang Pas oooiii...

tiba-tiba nak marahkan Umno pulak!

Hari rabu nih , ada upacara merafak sembah taat setia menjunjung perintah oleh macai hj.Hadi dan parti rosak Pas ke atas duli yang mulia tuanku Karpal Singh Beserta kerabat Dap yang lain!!.

kesian Pas...jadi pengemis akhirnya..

Reply
avatar
September 27, 2011 at 9:00 AM delete

alaa dah boleh jangka keputusan hari rabu ni . Jika pas dengan pendirian nak bentang enakmen hudud 2011 , DAP akan setuju dengan syarat :

1. hudud dilaksana untuk orang islam sahaja dan dalam bidang mahkamah syariah negeri kelantan sahaja . Selaras dengan fatwa Bishop Paul Tan. Nik aziz kena patuh kepada fatwa boss kristian ni.

2. Tambahan kerusi untuk DAP dalam PRU13 termasuk kawasan majoriti melayu yang DAP jangka boleh menang . DAP akan letakkan calon melayu dikawasan tertentu.

3. PAS tidak boleh mencampuri hal ehwal pemerintahan negeri yang dikuasai DAP termasuk menuntut jawatan exco agama . Jawatan itu boleh diisi oleh calon melayu islam DAP selepas PRU13 nanti .

4. PAS mesti menerima syarat syarat diatas tanpa bantahan atau diungkit dimasa depan.

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 9:12 AM delete

"Orang melayu/islam termasuk Umno, tidak pernah menentang hudud!"

KAHKAHKAH WOI UMPORNO TAK TENTANG HUDUD? KAHKAHKAHKAHKAH TAPI ANJING2 ROSMAH MCM PENGANUTPAS, RAKAP, ANK HARAM KG PERTAMA AKAN KATA "YG UMPORNO TTG IALAH HUDUD ALA PAS" KAHKAHKAHKAHKAH TIPIKAL ALASAN BANGSAT2 YG SEKULAR...ALASAN BERTONG2 TAPI USAHA NK KE ARAH LAKSANA HUDUD MANA? BUAT LA HUDUD VERSI UMNO KAHKAHKAHKAH ULARMAK AMENO KAN RAMAI? MAT JAMENG, MASHITTAH DOK BUAT APA? GENTEL BIJIK? LANJIAO MACIBAI LA WEI...JOM PEKENA SUP JARI DULU? KAHKAHKAHKAHKAH

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 12:14 PM delete

5:36 PM pas bin banggang


tapi umprono buat dunia ini dia yg punya.. bukan allah yg punya ..

kalau allah yg punya fitnah anwar kita adili dgn qazaf..

Reply
avatar
Anonymous
September 27, 2011 at 12:23 PM delete

1:00 PM rakab

ingat bukan dap saje yg tolak hudud. mca dan gerakan pun tolak hudud. mrk berhak dlm menentukan corak pemerintahan negara.



kita usul kan hudud di parlimen..berani speaker luluskan ?

kan kita ramai ahli parlimen melayu di parlimen dr situ kita tahu melayu umno ke atau pas ke yg takut dgn hukum hudud..

jd tak payah lah sibuk dgn kjaan perpaduan .. berpadu dlm isu ini pun cukup kalau umno benar benar ikhlas...

cuba kita renung dlm isu hudud pakatan ada jugak buat mesyuarat. umno jgn harap lah .. nak buat mesy dgn pas dlm isu hudud ni pun tak pernah di usulkan ...

kalau nak tunggu kita bersedia .. khiamat lah ... kalau tak di mulakan oleh pas ... takbir !

Reply
avatar
rakab
September 27, 2011 at 1:28 PM delete

Umno ikut Al quran!...hudud wajib dilaksanakan jika berkemampuan!!

Islam agama yang indah,cantik...memudahkan bukan menyusahkan!...tidak ada paksaan kepada yang tidak mampu.

Pas cuma nak tunjuk pandai,...sedangkan masalah air di Kelantan pun tak mampu diselesaikan walau pun sudah lebih 20 tahun memerintah !!

Pas semakin mirip macam taliban !!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive