Bukan sahaja Akhbar Cina, The Star juga mula membelit fakta?



Perhatikan tajuk laporan The Star Onlineyang disiarkan pada 26 September 2011 diatas dan perhatikan pula tajuk laporan yang disiarkan oleh The Star Online juga pada 25 September 2011 dibawah, kandungan beritanya adalah hampir sama tetapi tajuknya adalah berbeza.


Menurut pejabat KM, laporan yang disiarkan The Star Online bertarikh 25 September 2011 ditulis oleh oleh Martin Carvalho adalah benar dan tepat .

Dalam laporan 25 September, Guan Eng telah dilaporkan berkata seluruh pimpinan DAP yang berada di dalam Central Executive Committee (CEC) akan meletakkan jawatan jika ada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa undang-undang Hudud akan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga.

Atau dalam lain ayat, jika Hudud ditulis dan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga para pemimpin DAP akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai dari jawatan parti mereka di dalam DAP.



Bagaimanapun tajuk laporan 25 September diatas telah digantikan dengantajuk laporan lain yang disiarkan pada 26 September 2011 dimana ianya adalah satu laporan dengan tajuk yang mengelirukan.



26 September The Star melaporkan Guan Eng telah mengugut untuk keluar dari Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jika Hudud dijadikan sebagai antara agenda dalam Buku Jingga.

Ini adalah tidak benar dan satu fitnah kerana Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk ugutan untuk keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya..

Apa yang Guan Eng katakan ialah seluruh Pemimpin DAP yang berada dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat akan meletakkan jawatan yang disandang mereka dalam parti bukannya keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya..

Kenapa agaknya The Star mengeluarkan satu berita dengan dua tajuk yang berbeza?

Ada orang kata ini adalah antara petanda pilihanraya semakin hampir.. dimana media-media yang dikawal kerajaan mula memutar belit cerita..

Baca juga Media Cetak berbahasa Cina yang turut memutar belit fakta di (SINI)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
September 28, 2011 at 1:39 AM delete

Kalih star jadi rats! bintang jadi tikus! bintang tikus.....suratkahabr melayu dan cina dah jadi kertas kesat taik, sekarang suratkahabar orangputih jadi tikus. nak wat camna kalau pencacai2 UMNO pun semua jenis tikus, seronoklah depa semua bila suratkhabar ni jadi makanan tikus!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 8:25 AM delete

perangai pecacai umno ni sama saja. baik pecacai murahan macam geng otak lembu umno mahu pun suratkhabar dan tv..menipu, bagi orang keliru dan fitnah.
bahasa dia boleh berbeza, tulisan boleh berbeza tapi message tetap sama....MENIPU!

Reply
avatar
September 28, 2011 at 8:38 AM delete

Yang keliru nya adalah komunis bintang tiga lim guang eng . Tak yah belit belit lah cina melaka oiii ... cakap terus terang jer

Kalau PAS nak buat hudud , buat kat kelantan jer . kat Kedah jangan kacau. Jangan timbul pun pasal hudud kat Kedah. Buat kat orang islam jer . Orang bukan islam (cina dan kristian) jangan cuba berani nak kacau .

Yang penting aku (DAP) nak tambahan kerusi dan aku nak bertanding kat kerusi majoriti melayu gak . PAS , hang buat keje hang , kasi calon hang menang , duit untuk belanja pilihanraya aku hulur . Korang kena support aku jugak. Aku nak Penang , Perak dan melaka .

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 8:54 AM delete

Mari ramai2 tonton Namewee punya Youtube baru yg kan sama UTUSON of the bitch.... hehehe... kena buat satu utk STAR jg.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 9:03 AM delete

Youtube Namewee baru
http://www.youtube.com/watch?v=t5d0eqBqra8

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:32 AM delete

pPAS,

Apa kau cakap ni? Cuba kau faham betul2 dan faham dengan terus terang, jangan spin2, kalau dah Najib kata tak boleh Hudud walau di Kelantan pun sebagaimana telah ditetapkan oleh arahan era Mahathir tu, macamana PAS nak kuatkuasakan kalau kuasa kerajaan pusat akan membatalkan penguatkuasaan kerajaan negeri?

Reply
avatar
September 28, 2011 at 10:37 AM delete

Fmzam ;
Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri:
Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Perdana Menteri (mahathir ker najib ker) tiada kuasa untuk menghalang enekmen yang dibentang dan diluluskan oleh DUN negeri . Contoh :
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Fmzam,
Penasihat undang-undang negeri dah beri penjelasan kepada kerajaan kelantan dan terengganu mengenai perkara 75 dan Jadual sembilan perlembagaan . Tapi kenapa sampai 2 versi hudud oleh kerajaan kelantan dan satu versi yang diluluskan oleh DUN terengganu .

Senang cerita ini semua politik . dah tahu ada halangan perlembagaan perkara 4 dan 75 tapi masih nak permainkan rakyat . semuanya kerana undi .

BILA TIBA MASA PENGUATKUASAAN dikatanya kerajaan pusat menghalang atau perdana menteri membatalkannya . Walhal enekmen yang dilulus DUN terbatal oleh perlembagaan persekutuan.

Yang paling teruk dikeji adalah mahathir sedangkan surat mahathir adalah mengenai keadilan khususnya mengenai hukuman berbeza antara orang islam dan bukan islam . soal hakim , siasatan , dakwaan , penjara , perlaksanaan hukuman banyak perkara lagi lah ...

Nak mudah cerita , nik aziz kena keluarkan draf cadangan hudud 2011 dari akta rahsia rasmi OSA . biar rakyat bebas buat penilaian .

jika nik aziz betul betul ikhlas sebagaimana difirmankan ALLAH (walaupun haji hadi kata TIDAK ADA dalam QURAN walhal disebut sebanyak 11 kali !!! ) nescaya rakyat akan sokong termasuk aku .

Rakyat yang beragama islam tidak akan sekali kali menolak hudud untuk menjadi fasik . Apa yang ditolak adalah pendekatan pas dalam mencari undi sehingga sanggup untuk mempermainkan perintah ALLAH .

INGAT haji hadi kata tidak ada dalam QURAN yang ada negara berkebajikan.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 12:13 PM delete

pPas
aku tak faham ayat kau yg last tu. hj hadi kata apa "tidak ada dlm QURAN"?? ada perkataan yg kau tertinggal ke...tlg lengkapkan.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 12:17 PM delete

Memang politik sebab dlm islam juga ada politik...
Huraian Prof Aziz Bari lain pula...
Jauh lebih baik dari ppas...
cover line.....dasar pencacai

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 12:18 PM delete

pPas
apa yg hang tulis berjela tu. Semua orang tahu yg perlembagaan persekutuan menjadi punca perlaksanaan hudup terhalang. sebab tu najib dan mahathir begitu lantang kata hudud tak boleh dilaksanakan. Jadi betullah mahathir, kini najib dan umno yg menghalang hudud. apa yg kau cuba nak spin ni?
Hudud versi kelantan? versi Terengganu? ni lawak apa pula kau buat?

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 2:58 PM delete

Asd,

Hari tu kata Lim guan Eng tak burukkan negeri Johor.
Artikel yang disiarkan tidak lengkap pun!

Wawancara yang sebenar memang terdapat ungkapan Lim Guan Eng yang menyebut bahawa 'johor tidak selamat,banyak jenayah dan rakyat Singapura mudah diculik disana'.

hari ini lagi satu artikel 'spin'!.

Macammana nak percaya?.

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 7:04 PM delete

anon 12.18..

aku suka hujah hang.. itu sebab macai UMNO macam penganut pas bangang. Kadang2 dia tak tahu apa yang dia cakap.. kalau berdebat depan rakyat pasti kena sorak.. sebab PP sendiri mengesahkan perlembagaan persekutuan yang halang.. sapa boleh ubah perlembagaan yang halang negeri membuat undang2.. UMNO dan rakab-rakabnyalah.. sebab apa? sebab depa pegang majoriti dalam parlimen laaaa... apa jenis macai berhujah lagu ni.. hahahahahahahahaha bangang hahahahaha.. bahlol.kekekekeke tolol!! woooitttt jangan guna penganut Paslah!! nampak jahillll!!!

Reply
avatar
Anonymous
September 28, 2011 at 7:08 PM delete

aku anon 7.04 nak sambung hujah aku pada hang PP.. aku tahu sebab apa kau spin kenyataan kau tu sebab kau tak tergamak dan rasa bebal nak bercakap yang UMNO juga kena kuda dengan MCA pasal hudud bukan.. depa macam DAP memang kuat tentang perlaksanaan hudud. Nak jaga hati member dalam BN kenalah cover2 sikit dan jadi mangsa coverline UMNO adalah PAS dan DAP!!
bangang!!

Reply
avatar
September 28, 2011 at 9:55 PM delete

Laa rupanya peliwat PAS ni tak banyak tahu . Yerlah ULARmak-ULARmak PAS ni cerita separuh separuh jer . Korang ingat cerita hudud PAS ni perkara baru ker ?? FMzam boleh paham , yang lain tak faham tu lembam kot :

1. Pas dah buat dan terpakai dah sekarang ni Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dan Enakmen (Hudud dan Qisas) 2002 Terengganu. Itu pun tak tahu ker ?

2. Pindaan perlembagaan bukan kuasa perdana menteri pun . kuasa ahli parlimen . PM hanya pertahan perlembagaan ..

3. Pas tidak pernah dan TIDAK AKAN BERANI mengusul ke parlimen pindaan perkara 4 dan 75 serta jadual 9 perlembagaan untuk perlaksanaan enekmen yang mereka buat tahun 1993 dan 2002 dulu . Takut ker DAP ker Keadilan ??

4. Buat enekmen lepas tu tidak buat usul pindaan perlembagaan . Bila tidak boleh dilaksana kemudian marah pada perdana menteri dan tuduh orang halang .Bagi yang tak bersetuju , dituduh tentang hukum islam . walhal PAS yang buat keje tak ikut kaedah islam .

Reply
avatar
rakab
September 28, 2011 at 11:14 PM delete

Anon 7.08,

Umno tentang Pas bukan hudud!
Susah kau nak terima kenyataan itu sebab nanti kau tak ada modal nak burukkan Umno pulak!!
Betul tak?!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive