7,000 sertai BN? Najib diperbodohkan lagi dalam program 'Syok Sendiri'..



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).


Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN "Sirih Pulang ke Gagang" di Shah Alam.

7000?? Banyaknya…

Semalam Najib Tun Razak berkata dengan tegas, anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan 'Syok Sendiri' yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12.

'Syok Sendiri' yang dimaksudkan oleh Najib ialah program yang tidak mendapat sambutan tetapi laporan yang dihantar mengatakan ianya Berjaya dan mendaat sambutan luar biasa –sila baca laporannya di SINI

Kalau korang perhatikan gambar di atas.. gambar beberapa wakil bekas penyokong Pakatan Rakyat dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya yang memegang sampul surat mengandungi borang keahlian bersama Najib.

Aku pernah lakukan kerja-kerja macam ini di Seberang Jaya beberapa ketika dahulu.. tapi aku tak spin begitu teruk sehingga menyebabkan Anwar boleh dianggap bodoh.

260 borang keahlian.. Aku bagi tahu Anwar 300 borang keahlian kerana aku tahu Anwar bukanlah begitu bodoh untuk ditipu.. err.. kadang-kadang dia kena tipu jugak.

Berbalik kepada gambar di atas.. Mereka telah dilaporkan menyerahkan 7,000 borang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).. anggaran aku ianya tidak lebih dari 1,000 borang saja..

Kenapa aku anggarkan begitu kurang sekaligus membolehkan Najib dikatakan sebagai bodoh untuk mempercayai laporan ‘Syok Sendiri’ Barisan Nasional Selangor itu?

Korang tengok gambar kotak atau container A4 di sebelah..

Dalam satu Container.. terdapat 2,500 helai kertas A4.. jika tiga kotak seperti gambar di sebelah ianya mengandungi 7,500 helai kertas A4.. dan adakah gambar diatas menggambarkan jumlah itu?

Kesian Najib dalam beliau bertegas kepada Ahli BN supaya jangan 'Syok Sendiri' beliau ditipu lahi oleh BN Selangor yang 'Syok Sendiri'..

Kerana ditipu bn Selangor yang 'Syok Sendiri' itu.. Najib juga 'Syok Sendiri' dengan jumlah 7,000 itu..


PM terima 7,000 permohonan bekas penyokong pembangkang sertai BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN "Sirih Pulang ke Gagang" di Shah Alam.

Mereka adalah bekas penyokong pakatan PAS-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini serta telah mengambil keputusan menyokong BN.

Najib ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan tindakan mereka sebagai mencerminkan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan BN dapat dipulihkan sejak pilihan raya umum 2008.

Sambil berterima kasih di atas sokongan mereka terhadap BN, Najib berkata : "Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita."

Bernama melaporkan beliau berkata sekiranya keadaan politik terumbang-ambing dan tidak menentu serta tiada kestabilan politik, kesannya kepada negara adalah amat buruk.

Katanya pelabur luar dan dalam negara akan bertanya sama ada wujud kestabilan politik di Malaysia sebelum membuat keputusan melabur.

"Jika kita dapat tunjukkan rakyat di Malaysia majoritinya menyokong BN saya percaya kesan pada ekonomi negara kita akan begitu memberangsangkan sekali dan kita akan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih tinggi lagi," katanya.

Perdana Menteri berkata aliran modal ke Malaysia akan membuka peluang pekerjaan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

"Tentu tuan-tuan puan-puan mempunyai anak yang memerlukan pekerjaan dan ini akan jadi kenyataan jika kita boleh menambahkan pelaburan di dalam negara," katanya.

Najib berkata berkata kerajaan BN menyusun langkah untuk menolong semua kaum di negara ini termasuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.

BN juga akan membantu menyelesaikan masalah yang khususnya dihadapi oleh kaum India seperti ketiadaan MyKad, sijil kelahiran di mana kerajaan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyelesaikan masalah ini, katanya.

"Saya percaya banyak masalah sudah diselesaikan dan dalam masa terdekat banyak lagi masalah seperti ini akan diselesaikan oleh kerajaan BN," katanya.

Sementara itu, salah seorang wakil bekas penyokong pembangkang memberitahu pemberita bahawa mereka menyokong BN kerana ada pemimpin pakatan tersebut yang tidak menunaikan janji kepada mereka dan liat untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

K.Vijayakumar, 29, bekas Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Bukit Kemuning berkata beliau merasa tertipu apabila mengadukan masalah rakyat seperti masalah banjir dan jawapan yang diterima mengecewakan iaitu masalah itu perlu dirujuk kepada kerajaan pusat.-17/9/2011


AD

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
September 18, 2011 at 3:19 PM delete

Kesian Najib, terpaksa bergelaplah dia sebab makin ramai yang gelap2 masuk BN, Najib sorang je yang terang, dia ajelah yang jadi harapan untuk menerangkan kegelapan mereka. Lepas sign borang, Najib pun blah, maka gelaplah semula harapan mereka sehinggalah Najib datang balik bila nak dekat PRU. Masih tak faham2 lagi diaorang ni...ish...ish...

Reply
avatar
rakab
September 18, 2011 at 3:47 PM delete

Apa laa senak punya ASD..

Kalau 7000 sertai BN,..takkanlah semua nak naik atas pentas !!

carik alasan lain laa...nak sedapkan hati sendiri....

Reply
avatar
rakab
September 18, 2011 at 3:55 PM delete

Kasihannnn kau zam...

Bunyi macam kecewa benor...

Hitam pun hitam laa....janji undi masukkk !

Masyarakat India semakin kuat menyokong BN.....

Aaaaaaahhhh..!..lu pikirlah sendiri!!!

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 4:23 PM delete

ehhhhhhhh aku tak caya la 7k!!! takkan 7k jer kot...mesti 70k yg keluar pakatan masuk beEND...semua dah 'tak percaya dgn pejuangan PR' al maklumlah PRU makin dekat kahkahkah ye dak bakaq?

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 4:26 PM delete

ehhhhh bukan takat zam je yg kecewa...semua penyokong PR kiciwa kahkahkah ko ni slow la bakaq...lepas tu ko kata masyakat india je yg makin kuat sokong bn? kahkahkahkah apa punya bangang ko ni bakaq...cina, bangla, indon, pinoy, semua dah sokong beEND ko tak tau ke? kahkahkahkahkah

Reply
avatar
yobstim
September 18, 2011 at 6:06 PM delete

kih,kih,kih.............penipu ditipu penipu!

Reply
avatar
September 18, 2011 at 7:21 PM delete

rakab... hang faham atau tak faham apa yang aku tulis tu???

Atau hang tak baca apa yang aku tulis tapi terus komen membabi buta macam babi buta?

Reply
avatar
September 18, 2011 at 7:27 PM delete

kalo dihitung yang keluar PR dari tahun 2008 sampai la, yang tinggal dalam parti adalah seperti berikut :

PAS Kelantan
- Yg tinggal nik aziz dan husam saja

PKR
- Yg lum kluar parti anwar n azizah jer

DAP
-Lim Kit Siang, Guang Eng n Karpal

Lain-lain ahli dah lama masok BeeEnddd daa. ha ha ha..

(Sebab tu kat kelantan BN tak menang-menang sebab semua dah kuar parti PAS!!!!)- kah kah kah kif kif kif

Reply
avatar
Tokwan Pencen
September 18, 2011 at 8:05 PM delete

hari mengundi org kata masyarakat India semakin ramai menyokong BN (keluar mengundi)wal hal gang "Bangla" yg p mengundi.. hitam-hitam jugaaaa...!

Reply
avatar
September 18, 2011 at 8:15 PM delete

Cor kira, ahli umporno sekarang agak2 dah melebihi bilangan rakyat 1Malaysia ke belum? Rase2nya dah lebih, kalau kira sekali bangla, myanmar dan indon.

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 9:58 PM delete

Betul le pisangmalaysia say sokong lah dengan pendapat anda.Kalau macam tu PM dah boleh bubar parlimen la.Dah boleh buat PRU 13.Sejak akhir2 ni banyak yang nak jadi hero,pelakon tambahan nak bodek supaya terpilih jadi calon semasa PRU 13 nanti. Jangan syok sendiri dah le kalau bab makan free ni semua orang pergi sebab yang keluar duit tu bukan duit UMNO saja tapi duit rakyat, tap dalam bab mengundi belum tentu, nak2 selepas BERSIH 2.0

Reply
avatar
September 18, 2011 at 11:14 PM delete

PisangMalaysia ,

aku setuju sangat dengan pendapat kau tu . Memang dah ramai pun tinggalkan PKR . Yang tinggal cuma Anwar yang berakidah John Hicks tu dengan wan azizah . Selain tu pun adalah jugak beratus ratus orang yang sokong.

Tengoklah ceramah Anwar “Demi Rakyat” kat Stadium Bandaraya , Pulau Pinang semalam. Komunis Bintang Tiga Lim Guang Eng pun lari ke Singapore . Malu tengok muka anwar sama dengan video papagomo kot .

Konon nya "Demi Rakyat" tapi rakyat langsung tak minat nak pegi dengar ceramah , apa cerita?? . Tak taulah berapa ratus orang yang datang . Grandstand pun banyak kosong . Kalau beribu ribu yang datang sure dah kluar dah dalam Malaysiakini dan blog ASD . Kecewa lah aku macam ni .

Aku dah cakap dah . PKR orang dah tak sokong dah . Ibarat orang suka menipu ada harimau kat penduduk kampung . sekali dua bleh lah . kalau tiap tiap hari dok menipu. Harimau depan mata pun orang kampung tak percaya .

Harap bertenggek dengan penyokong PAS belakang claim nak tanding 72 kerusi parlimen. PKR ni harap duit jer banyak , tu yang PAS dan DAP dok layan sangat tu . Nak harapkan sokongan rakyat , berangan jer lah macam 16 september 2008 tu .

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 7:29 AM delete

Ppas
baguslah kau dtg kat stadium hari tu memeriahkan suasana. kalau umno dah ingat pengaruh anwar dah kurang baguslah. Tapi kenapa sampai idola kau najib tu fobia sgt sampai nak kena buat statement "saya tak taku sama anwar" di shah alam sabtu lalu. Dah gila ke idola kau ni.

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 7:32 AM delete

Ppas,
sekurang2-nya kau cross juga bridge nak pi sgt tengok anwar kat stadium bandaraya. Aku tak nak susah2, tengok TV 3 suku kat rumah lagi relaks. Tapi bro, kau tak mungkin dpt menghalang adun2 umno daripada rakyat penang pencen kan mereka di pru13 nanti.
toya lah kau penganutpas.

Reply
avatar
rakab
September 19, 2011 at 12:59 PM delete

Asd,

Aku faham apa yang hang tulis.......tapi itulah kesimpulan aku!
Hang faham kaa maksud kesimpulan aku ?!

Reply
avatar
September 19, 2011 at 5:07 PM delete

Nak kelentong la tu katakan ramai kaum India masuk Bee End, nanti bila pilihana raya senang la nak swithc dengan Bangla yg dah dberi IC segera. Kita petugas PR bila PRU nanti kalau nampak Bangla beratur nak mengundi tu sesah saja dengan kayu kepala dia, kalau dah kena sorang yang lain tentu cabut lari punye, camtu je nak mengajor dia orang ni.

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 10:00 PM delete

rakab ngan AKP dah kusut sangat tue...arie2x susah hati...sbb tu la komen2x depa ngarut2x sangat..ha ah...byk sungguh sokong Bee End...11000 orang ooooo...PR? apa la sangat dengan 250,000 org...sikit sangat tue....

Reply
avatar
Anak Haram kg Pertama
September 20, 2011 at 12:21 AM delete

kalaulah benar kata najib semua org sokong berok2 pelihara umnoberok,tak salahlah najib bubar parlimen pru terus dpt majoriti 110& kerusi,rakabpalattu berangan2 umno nak menang,kah,kah,kah kita tengok nanti,mencarut bodo diblog pro umno,

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive