24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam



KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.


Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini)

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.

Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=20443

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
September 18, 2011 at 10:28 AM delete

haha..kantoi suda..nk padam bloh..yg dh tersemat, mane mahu padam..kah..kah..kah..

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 11:31 AM delete

mrk dah takut lah tu tp pencacai umno/BN dia tak kisah jika perkara ini benar2 berlaku dan pandangan aku nmemang benar berlaku pun swbb tu di padamkan secepat mungkin supaya org xleh baca tp benda dah tersebar luas, setuju sgt jika Suruhanjaya di tubahkan demi mencari keadilan dan kebenaran krn krn ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap negara dan rakyat MALAYSIA.

Reply
avatar
September 18, 2011 at 1:40 PM delete

Boleh padam macam tu aje ke? langsung tanpa sebarang pernyataan atau maaf, macam ni ke jenis PM Bangla? boleh main tarik2 cakap sama macam pemimpin2 UMNO? Pandai jugak PM Bangla ni nak cari duit dengan cara mudah, dia pun dah faham sangat kalau nak dapat duit, tulis apa aje dalam blog yang boleh buat kerajaan UMNO bayar dia untuk padam.

Reply
avatar
September 18, 2011 at 1:43 PM delete

Assalam, janganlah percaya kepada artikel ini yang diceduk dari website yang dah dihack dan ditambah penulisan mengatakan "mudah dapatkan warganegara selagi undi parti pemerintah..."

Tak habis buat fitnah dan dosa...

Semak ini...

http://novandri.blogspot.com/

Reply
avatar
September 18, 2011 at 2:33 PM delete

Helo black,

Tolong bagi salam kat UMNO yang dok tak habis2 buat fitnah dan dosa dengan video, boleh?

Reply
avatar
September 18, 2011 at 2:49 PM delete

Hang suruh aku percaya Dr. Novandri tu Black? ka..kah..kah...

Tak apa.. hang suruh pencacai UMNO sajalah yang baca..

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2011 at 6:48 PM delete

Bukan novandri saja, papasukagormol, parpuhapakkari n bla..bla.bla.. Pun xleh caya.

Reply
avatar
Anonymous
September 20, 2011 at 12:24 PM delete

hahahaha tn hakim FMZam & ASD

ko pk org caya ceriter temberang korg ni yer hahahaa lucula lu org nih

hahahah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive