UMNO dakwa Pakatan Rakyat akan kalah besar di Selangor

Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Kononnya ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.. Hakikatnya mereka mula menghidu kemenangan besar buat mereka setelah menggadai kedaulatan negara melalui ribuan PATI yang di berikan IC supaya boleh mengundi dan 17,000 Daftar pemilih yang bertindih.


KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.

Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.

“Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor,” kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu.

Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

“Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

“Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” kata beliau dengan senyuman.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai “kawasan hitam”, yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.

Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.

Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi “kawasan hitam” tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.

Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.

The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.

Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.

Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.

Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.

“Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas,” katanya lagi.

Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
Anonymous
August 6, 2011 at 11:33 AM delete

ya, perkara ini saya yakin andainya semua pati indon,bangla,kemboja,myanmar dan siam sempat ddaftar dan ditarbiahkan untuk mengundi bn....10,000 org dah cukup..

Reply
avatar
Anonymous
August 6, 2011 at 12:11 PM delete

betul lah tu BN menang balik selangor. Apa tak nya, digadai maruah dan keselamatan negara seludup masuk dan mewarganegara kan dan memberi keahlian UMporNO kpd indon, bangla, nepal.
sekarang mamak dah kuasai umno, tak lama lagi indon dan bangla pula kuasai umno...makin tersisih lah melayu. Cekup haramjadah punya pemimpin umno.

Reply
avatar
Anak kg pertama
August 6, 2011 at 12:22 PM delete

Dah ketar PR!!..dah ketar!!...saudara2 aku ramai kt sana..dulu depa nie ada yg marah kt BN..itu..ini tak betul...tapi lepas PR perintah...depa maki PR pulak...kata lebih teruk dari BN,cakap berapi-api tapi buat kerja tak tara mana..

Reply
avatar
Anonymous
August 6, 2011 at 12:59 PM delete

x yah komen pjg lebarlah bulan-bulan posa ni, kita tunggu dan lihat saja parti mana yang terkangkang esok...!

Reply
avatar
Anonymous
August 6, 2011 at 1:02 PM delete

AKP..

Biasalah bagi orang yangg tidak tahu malu dan tidak bermaruah bercakap.. Negara digadai kepada warga asing (dengan pemberian IC)untuk sekelumit kuasa. Besok anak-anak kita akan bersaing dengan warga asing dalam mendapatkan semua hak warganegara! dari sekolah sehingga ke kesihatan. Masa tu baru kita sedar bertapa bodohnya kita (kepada sesiapa yang memilih kerajaan yang khianat kepada warganya)

Reply
avatar
PakSu Man
August 6, 2011 at 1:15 PM delete

Kata Mat Indon pd Kepala Bapak Menteri d Selangoq selepas PR13
"waduhhh... Bapak saya sudah undi Bapak, masakan saya tak diberi satu kedai utk niaga kecil kecilan!"

Reply
avatar
Anonymous
August 6, 2011 at 3:20 PM delete

ALARM!!.. ayat yg sama d gunakn oleh Khir Toyo satu ketika dulu yg menjadi kenyataan. Akibatny ramai pengundi d tukarkn tmpat mengundi, pecah kaws, lambakan pengundi UFO dsbny. Kata orang tua dahulu, jika seseorng tu nk buat kejahatan, sudah menampakkn tanda awalnya. Abdul Shukor Idrus telah pun memberi mesej tersebut. KIV dulu PRU selagi SPR & JPN brtindak jahat membantu BN menang PRU akn dtg. Skrg d M'sia warga asing sudah boleh mengundi. Lebih teruk dari negara komunis. Ayuh!! perlu reform sekarang!!....

Reply
avatar
August 6, 2011 at 4:00 PM delete

Boleh menang ke BE END kat sana...setakat guna lidah lu bercakap itu ini walhal lu sendiri kecut perut. Wakakaka xpayahlah nak mencuakkan orang ramai. Macam budak-budak pulak wa usha ayat puak Be End ni. Kalau menang pun apa bestnye hahaha, berlawan dalam rentak PENGECUT, tu lagi malu BACUL, harap kaki jek berbulu tapi KULOP...wakakakakaka

Reply
avatar
Anonymous
August 6, 2011 at 5:49 PM delete

ish..ish..ish....umno dok syok sendiri. jahatnya umno.

Reply
avatar
BOMBO
August 6, 2011 at 10:51 PM delete

indo cakap umno tu lubok kesenangan,dimalasia apa pun kalau sokong umno pasti senang cari dosa,pahala siput,mengadaikan maruah negara lebih pukimak dari komunis itulah perjuangan umporno,jenis kaki jilat mcm AKP...spesis mamak kurap

Reply
avatar
penternak_lipan
August 7, 2011 at 1:27 AM delete

AKP.
untuk pengetahuan hang.cakap tidak berdasarkan fakta,kajian dan analisis rakyat setempat ikut sedap perasan boleh laa.8 hari,8 malam boleh cakap.semua sumber yg Abdul Shukor Idrus cakap.hanya melalui kajian yg diambil oleh puak2 pencacai dalam amnosial yg pemalas nak buat keja.pendek kata.kenyataan hanya syok sendiri.trg2 cakap.kwsn pendalaman yg tidak mendapat liputan internet atau media alternatif lain akan di kuasai semula kononnya...?kenapa? tlong jawap sat pencacai AKP?sekurang2nya cari la prof sains politik mana2 yg duk belambak bleh beli tu buat kenyataan menyokong amnosial.ni tidak....pakai org hangpa juga..sapa nak percaya..tak apa nanti abdul shukor tu kita gesa kerajaan negeri selangor amik lesen kelas F ke ape ke..sbb dia memang berpengalaman untuk menyelengara sistem kumbahan dari rumah kerumah.nanti bagi kontrak tu kat dia bagi menyelenggara kuarters2 kerajaan negeri....lagi satu ijok tu terang2 MB selangor punya tempat.tapi disebabkan amnosial..diaorg nak bagi kat MIC jadi calon..wehehehe..mmg dasar amnosial jadi kuda tunggangan MIC dan sekufunya.

Reply
avatar
Anonymous
August 7, 2011 at 2:02 PM delete

aku nk tengok mana yg hebat sangat. dapat memerintah Selangor. UMNO parti yg rasuah atau PR parti kencing rakyat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive