Ucapan Mat Sabu adalah tepat dan benar.

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.


Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Lanchau. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Tukar Tiub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
August 28, 2011 at 4:27 PM delete

1. Anaksungai derhaka memang sangat hebat.... apa saja yg PAS kata semua betoi, sampai nak ubah fakta sejarah pun takpa biaq pi la... janji PAS (DAP?)menang. Agaknya kalau komunis memerintah la ni agak2 tuan blog di duduk dimana no. Silap2 terbenam di Kota Kola Moda saja, nasib2 boleh pi Hj. Kudung saja.

2. Ni hal Sepol & Nuaq AJ pulak, hebat tengok blog ni sampai tau yg ayaq mani Sepot ada dlm juboq dia,... takpa PAS tu parti Islam, apa PAS kata semua betoi....termasuk kes Lynas... hahahaha... jawab bro jgn tak jwb...kona bro jgn tak kona...

TQ.
Mat Sabut yg gagal Diploma ITM jadi bos parti Islam.

Reply
avatar
Mat Din
August 28, 2011 at 4:47 PM delete

Tak habis ngan agak2..! Aku pun nak agak2 jugak lah..! Agak2 Najib tu apa kelulusan dia ekk..? kalau ada pun..agak2 dia beli kat U mana.. Anak orang kayaa..!

Reply
avatar
bunbinban
August 28, 2011 at 5:17 PM delete

Yg menjajah tanah melayu ialah British, Portugis, Jepun dan juga Siam. Dan sehingga kini negara2 ini di sanjung dan di pandang tinggi dan segala dosa2 kekejaman mereka telah di lupakan. Rejimen ke 10 pula di tuduh sebagai petualang negara yg mana hakikatnya mereka bangkit utk menentang penjajah, utk menghalau penjajah. Yg mereka tentang adalah British dan segala soldadu upahan british. Yg menentang adalah anak bangsa sendiri dan yg di tentang adalah penjajah keparat yg dtg ke tanah melayu berlagak sebagai 'tuan' di tanah melayu. Dan legai 'tuan' sehingga sekarang di beri tempat di tanah melayu ini sehingga ada cetusan idea haprak dr anak melayu yg kononnya 'merdeka' utk mendirikan tugu peringatan buat penjajah british yg di serang komunis di Fraser Hill. Apa nak ckp?

Reply
avatar
August 28, 2011 at 5:48 PM delete

Inilah akibatnya bila selama ini UMNO mengindoktrinasikan rakyat yang perjuangan menentang kominis itu sajalah yang dilabelkan sebagai perjuangan bangsa sedangkan orang2 Melayu yang menentang British melalui perjuangan kominis dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan dinafikan hak sebagai satu bahagian lain bangsa kita yang berjuang untuk pembebasan negara. Perlu diingat pada waktu itu semangat nasionalisme dan patriotisme negara masih di ubun2 maka rakyat pasti terbahagi dua antara nasionalisme UMNO dengan nasionalisme PKM, jadi salahkah Melayu yang lebih radikal memilih menyertai Rejimen ke 10 PKM untuk perjuangan mereka dari memilih UMNO yang pada waktu itu belum begitu jelas tentang pendirian mereka menentang British? Juga perlu diingat selepas pendudukan Jepun, ada 4 orang Pesuruhjaya British (tak ada sekor pun Melayu) yang sebenarnyalah yang merancang strategi penentangan kominis sehingga berjaya dan selepas itu Pesuruhjaya terakhir Sir Gerald Templerlah yang diarah mempersiapkan Malaya untuk pemerintahan sendiri, barulah kita nampak Tunku Abdul Rahman, UMNO dan Parti Perikatan muncul dan itu sekitar 1954 sebelum Templer pulang? Sedangkan kominis Melayu telah lama berjuang dalam Rejimen Ke 10 dan masih tebal dengan kepercayaan mereka dan tidak yakin Malaya akan bebas dari British dan tetap meneruskan perjuangan. Kominis Melayu juga mahu diakui yang mereka bukan pengkhianat bangsa tapi mereka pejuang bangsa cuma mereka berjuang di pihak lain, itu saja. They are of different faction. Sama jugalah dengan zaman kebangkitan kemerdekaan di negara2 lain pasti kita belajar dimana bukan hanya ada satu faction saja yang berjuang menentang penjajah, di Afghanistan contohnya entah berapa faction yang ada sehinggalah sekarang.

Kata orang sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang, sejarah sekarang yang ditulis UMNO mengatakan kominis itu pengkhianat bangsa, padahal pada waktu Tengku dulu beliau tak pernah sebut pun kominis itu pengkhianat bangsa, beliau pujuk Chin Peng berdamai dan meletak senjata.

British menang melawan kominis bukan semata2 kerana orang2 Melayu yang berkerja sebagai Polis tapi kerana orang2 Cina yang berkerja sebagai Cawangan Khas yang berjaya menyusup jauh kedalam organisasi Chin Peng melalui perang perisikan dan perang saraf. Perancang utamanya British, pelakunya Cina dan selebihnya Melayu yang jadi apa yang kita kenal sebagai AC (Auxilliary Police). Kita tidak memperkecil2kan peranan polis Melayu di mana2 pun waktu Darurat dulu malah kita kagum yang bangsa Melayu juga berani cuma peranan mereka itu janganlah sehingga kita melupai hakikat bahawa pada waktu itu kemampuan orang2 Melayu belum sampai pada tahap untuk mendominasi strategi dan taktik penjajah.

Anak cucu kominis Melayu yang masih hidup tidak sepatutnya menerima penghinaan hanya kerana nenek moyang mereka berjuang di pihak lain sedangkan nenek moyang mereka menderita kerana kepercayaan mereka untuk berjuang menentang penjajahan melalui kumpulan yang lebih radikal dan mereka percaya kepada perjuangan itu ialah satu perjuangan untuk bangsa mereka.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 6:10 PM delete

Gang umno bn ini memang penipu raja iblis orang lain yg berjuang utk kemerdekaan lain orang yg dapat nama. pembohongan fakta sejarah olih orang umno bn yang menipu rakyat malaysia selama 54 tahun.Ramai orang Melayu bangang ditipu olih puak umno yg tamak utk terus berkuasa.Mana martabat melayu yg kononnya beragama islam.

Reply
avatar
KuroShogun
August 28, 2011 at 7:39 PM delete

Aku pernah terfikir bahawa perjuangan PKM dahulu adalah menentang kapitalisma yang dianjurkan oleh negara-negara barat seperti US dan UK. Kalau kita lihat kata umbi communist itu berasal dari perkataan commune yang memberi penekanan kepada perkongsian (rujuk Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Commune). Maka tak keterlaluan kalau kita katakan komunisma itu memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan terutama dari segi ekonomi. Tapi yang sayangnya fahaman komunisma ini menolak agama sebagai pegangan hidup. Jadi kesimpulannya adalah kita sebagai umat Islam kenalah berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 9:55 PM delete

kita dihafalkan dengan sejarah francislight bukak pulau pinang, jww birch telah dibunuh oleh sipuntong penderhaka,stamsford raffles bukak singapura, inilah sejarah yg diajar disekolah sehingga sekarang dan tidak mustahil sedikit masa lagi pemerintah akan menukar sejah ini dengan sejarah yg direkayasa untok mempangaruhi minda rakyat supaya sentiasa menyokong mereka.

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 12:25 AM delete

Tuan2 - perjuangan komunis adalah untuk menubuhkan negara komunis. Sila lihat sejarah negara2 komunis, apa yg terjadi kepada umat islam. Komunis di malaya / malaysia tetap dng perang gerila walaupun negara ini telah merdeka.. Apa yg akan jadi pada orang islam kalu komunis berjaya dlm perjuangannya?

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 12:50 AM delete

AlFatihah utk Ustaz Mat (Muhammad) Indera, pejuang kebangsaan Tanah Melayu, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin.

Reply
avatar
August 29, 2011 at 1:01 AM delete

Anon 12:25,

Kita tau tentang tujuan kominis ialah World Domination, sebab kita beruntung kerana dapat mempelajari sejarah, tapi orang dulu2 yang jadi kominis Melayu tu mana tau sebab mereka lah sejarah yang kita pelajari, sejarah dimana ada Melayu yang masuk kominis kerana berjuang untuk membebaskan Malaya dari British. Tapi kalau dah belajar sejarah kita sepatutnya celik namun kenapa masih jugak buta?

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 3:39 AM delete

Salam

Kepada semua yang terlibat, harap kita semua dapat menilai isu ini berdasarkan fakta dan dipandu dengan akal sihat yang dianugerahkan oleh Allah SWT tanpa mengira latarbelakang politik kita masing-masing:

Mari kita balik ke tahun 50an zaman tok nenek kita dulu;

Antara fakta yang tak dapat disangkal ialah;

1. Kemenangan British keatas Jepun adalah AMAT BAIK untuk orang melayu kerana terbukti Jepun amat kejam, malah terlalu kejam jika dibandingkan dengan pemerintahan British sebelum itu.

2. Sebelum Britih masuk semula, Komunis atau Bintang Tiga melakukan banyak pembunuhan terutama kepada mereka2 yang dituduh sebagai 'talibarut' Jepun tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah (komunis mana ada mahkamah).

3. Komunis minta hak untuk merdeka dan memerintah Malaya kerana kata mereka, merekalah yang telah berjaya mengalahkan Jepun di Malaya. Kalau British bagi masa tu, sudah tentu CHIN PENG akan jadi PM Malaya dan Malaya akan jadi negara komunis yang tidak percayakan TUHAN.

4. British tidak tunduk pada PKM jadi mereka (PKM) lancarkan perang gerila. Pada masa sama British juga ada bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya tetapi masanya belum tentu.

5. Memang diakui asakan oleh PKM melalui perang gerila menjadi antara faktor British mempercepatkan kemerdekaan Malaya, tetapi apabila Malaya merdeka, keengganan PKM untuk meletakkan senjata dan berjuang secara politik seperti yang ditawarkan semasa rundingan Baling menyebabkan Malaya jadi huru hara disebabkan tindakan PKM yang bertegas untuk menjadikan Malaya negara komunis.

KESIMPULAN;

1. JIKA KITA HIDUP PADA PADA MASA ITU (TAHUN 1950) PILIHAN TERBAIK IALAH TERUS BERADA DIBAWAH BRITISH- LEBIH SELAMAT, ADA UNDANG2, PEKERJAAN, AGAMA BOLEH DIAMALKAN TANPA HALANGAN (KECUALI BIDANG2 TERTENTU SEPERTI UNDANG2).

2. TIDAK DINAFI, BERJUANG UNTUK MERDEKA ADALAH WAJIB, TAPI TIDAK BOLEH BERSAMA KOMUNIS, KERANA KOMUNIS BUKAN BERJUANG UNTUK MERDEKA (DIMANA LEPAS TU BOLEH BUAT PILIHANRAYA) SEBALIKNYA KOMUNIS BERJUANG UNTUK MENJADIKAN NEGARA KITA SEBAGAI NEGARA KOMUNIS (TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, TIADA DEMOKRASI).

3. MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.

4. OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA SEMUA, SEBELUM KITA MENYOKONG SESUATU, BUATLAH KAJIAN TERPERINCI GUNA ILMU (AGAMA, SEJARAH)DAN AKAL YG WARAS YANG ALLAH SWT KURNIAKAN. KALAU SESUATU ITU DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN KITA TIDAK SEMESTINYA BETUL KERANA MEREKA BUKANNYA MAKSUM, SEBALIKNYA BUATLAH KAJIAN SENDIRI DAN KEPUTUSAN YANG KITA YAKIN ADALAH BENAR TANPA DIPENGARUHI OLEH SESIAPA.

Sekian, Tulisan ini bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak tetapi bertujuan untuk mencari kebenaran.

Sekian, semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua.

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 4:19 AM delete

Syabas dengan penerangan yang jelas dari saudara.. teruskan perjuangan dalam menyedarkan rakyat malaysia dari penjajah. Kita masih lagi dijajah dari segi minda dan kuasa. -from:cabuk-

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 5:48 AM delete

Saya tak pasti la siapa yang tulis artikal di atas. Dia ni orang apa agaknya atau pakar sejarah dari mana atau dia hidup zaman mana. Agaknya dia ni MENYAMAR, Kalau dia hidup zaman komunis bermaharajalela tentu dia tak tulis begitu, kalau dia pakar sejarah mata dia takkan buta begitu. Cubalah buka mata sikit, pandang keliling kita apa yang dah kita capai, pergilah berjalan ke Indonesia - paling dekat atau lihat Palestin yang lebih dulu merdeka dari kita - Wahai orang-orang yang waras berfikirlah sebelum berkata-kata!

Aki Non

Reply
avatar
September 3, 2011 at 8:41 AM delete

betul jugak..
heboh2 pasal MELAYU tapi parti sendiri pakai BAHASA INGGERIS apa cerita?!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive