Saiful Masukkan Objek Plastik ke dalam Dubur - Dr. Osman.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim hari ini diteruskan dengan keterangan saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Dr. Osman telah menjelaskan bahawa pihak pengadu iaitu Saiful Bukhari telah memasukkan objek plastik ke dalam dubur beliau sepertimana yang dinyatakan di dalam laporan perubatannya.


Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya- KL Pos


Dan Keadilandaily pula melaporkan..

Saiful beritahu doktor, plastik dimasuk ke dubur

KUALA LUMPUR: Saksi pembela dari Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid berkata, pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Dr Mohamad Osman ialah doktor pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Dalam keterangannya hari ini, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Saksi berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa beliau tidak menulis perkara itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Selepas pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan dubur dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawab soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatatkan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

http://www.keadilandaily.com/?p=19306

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

25 comments

comments
Anonymous
August 23, 2011 at 1:35 PM delete

Bermula satu episod demi episod yg akan menelanjangkan dan memalukan melayu. masa ini lah prof uum bersuara spy ngo dan ahli politik melayu bersatu.

bila doktor Osman kata tak de koyakan sifoltut cepat cepat kata objek plastik krn bg sifoltut plastik tidak ada koyakan sb plastik pun licin.

satu dunia melihat kita .

Reply
avatar
August 23, 2011 at 2:22 PM delete

speechless..sebab ada dua hujah dalam satu masa

Entri Terhangat!! :
Justin bieber Break ??
Justin Bieber Disemadikan.....!!

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 2:32 PM delete

Dia masukkan plastik tu sendiri kot...ponggong dah mengerenyam.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 3:26 PM delete

siapa tahu apa kegunaan'disposable proctoscope' yang dibuat daripada plastik

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 3:38 PM delete

aku salute kpd Dr Mohamad Osman krn keberanian nya mempertahankan intrigiti sbg seorang Dr yg c leh utk dibeli dan ternyata beliau lebih takutkan Allah swt drp takut kpd manusia krn lambat laun kita akan di panggil pulang oleh Allah swt, bagaimana kalau kepulangan kita penuh dgn dosa2 yg tak terampun? kalau lah Allah boleh tunjukan manusia2 yg dah kembali ke Rahmatullah penuh dgn dosa2 dan di seksa di alam kubur pasti dunia ni aman damai...Syabas Dr Mohamad Osman.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:06 PM delete

aku pula salute kpd saipol krn keberanian nya bersumpah

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:15 PM delete

Kantoi dah..kah kah kah kah..
SHITFOOL pakai DILDO rupanya...
Patut la kununya lepas kena suntut secara paksa ngan DSAI esoknya boleh datang umah DSAI tolong buatkan coffe pada Mesyuarat DSAI tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Kantoi dah, apa plak point PENCACAI LEPAS NIE.

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:35 PM delete

Inilah akibatnya apabila org Melayu yg kononnya Islam terlalu percaya dgn berita fitnah....... Di dunia boleh lari ....di akhirat mana nak piiii. Tahniah Dr. Osman. Tegakkan kebenaran demi Allah swt. Kebahagian anda di akhirat sedang menanti.....Allah swt bersama orang2 yg benar dan sabar.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:39 PM delete

kes ni semua orang dah pakat dok golek kepala, orang umno pun kata ini semua kerja najib najib. Cuma pecacai murahan umno saja yg dok menabur fitnah dok kata saifool betul demi dapatkan sesuap duit haram dari tuan umno depa sebagai upah penat meyalak.

Reply
avatar
AntiAPCO
August 23, 2011 at 4:54 PM delete

Anon 4.06

Ko memang suka sgt sumpah-sumpah ni kan? Pernah tak terfikir di benak kau, mungkin sebab saiful bersumpahlah maka kelaknatan datang kepadanya sedikit demi sedikit? Sehingga akhirnya dia akan 'ditelanjangkan' di khalayak dan orang-orang yang bersekongkol dengannya juga diaibkan di mukabumi Allah ini lagi tanpa menunggu balasan di akhirat? Pernah terfikir? Mungkin tidak, sebab kau memang tak mahu guna akal fikiran atau sememangnya tiada akal fikiran! Malangnya...

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 5:15 PM delete

BANGSA MELAYU PENUH DGN CERITA LIWAT. OH MELAYU... LAYU LAH ENGKAU.. KESIAN

Reply
avatar
Anak kg pertama
August 24, 2011 at 12:17 AM delete

Nak kongsi sikit...ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pd Dr Osma..Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah buat ‘akuan bersumpah’ sebab dia kata dia takut!...disoal lagi siapa yg menyuruh dia buat ‘akuan bersumpah’ dia kata seorang pesuruhjaya sumpah DSAI dan peguam tu bernama Yusri...DR Osman takut sapa? ha..ha..makin jelas dan nyata..pemimpin tahap SRP takan faham..

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:41 AM delete

AKP kaniaq,
apa ada kena mengena dgn dr osman buat akuan sumpah dgn takut kat sapa. hang ni tak habis2 merepek,dah kalau dr osman pi cerita kat Yusri pasal si saifool ni dan kemudian Yusri suruh dia buat akuan sumpah supaya cerita dia tu boleh di dokumen-kan apa pula salah nya. Tak ada pun dlm kenyataan tu paksaan....jadi di mana mai "dia takut sapa"????
AKP BANGANG! AKP BANGANG! AKP BANGANG!

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:44 AM delete

akp, ko merapu tak abis2,

pegi makan babi la ko...

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:00 AM delete

hai Anti APCO

ni kata2 kau yg paling lucu sekali sebagai pengkomen disini "Pernah tak terfikir di benak kau, mungkin sebab saiful bersumpahlah maka kelaknatan datang kepadanya sedikit demi sedikit"

cuba kau bagitau kat sini apa kelaknatan yg menimpa diri beliau tu....adakah yg berlaku sebaliknya dgn mcm2 pendedahan ttg jejaka pujaan kamu yg sblm ni dh byk kali tangguh2 bicara itu hehehe

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:29 AM delete

wOIT..anon 9.00,
kelaknatan utama...konkek si Farah DPP tunang orang....Allah nak tunjuk budak barua tu memang kaki penipu....shitful tak main belakang dia balun karipap..
kah...kah...kah..

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 10:18 AM delete

AKP sangat bimbang jika Anwar didapati tidak bersalah......malu le dia sebab selama niiii dia memang bersangka buruk dgn Anwar.....

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 12:30 PM delete

AKP bangang! AKP bangang! AKP bangang!

Reply
avatar
August 24, 2011 at 12:59 PM delete

Jawatan doktor adalah profesional dan berkredibiliti tinggi . Maka adalah mengahairankan apabila seorang doktor membuat akuan bersumpah . Apa perlu lagi seorang doktor untuk menegaskan pendapatnya melalui akuan bersumpah. Tak pernah dipraktikkan di Malaysia .. Tak tahulah kalau biasa dibuat oleh doktor di Myanmar ... tempat asal Dr. Mohamad Osman ni!!!!

Reply
avatar
UMNOanakHARAM
August 24, 2011 at 3:16 PM delete

Bangang habih puak AMENGOK ni..

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 4:03 PM delete

Itulah bila hati dah hitam.....Doktor yg jujur pun dipertikaikan......Biasalah bila tidak berpihak kpd mereka.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 11:44 PM delete

anon 4:06 pm krn dr osman bersumpah lah aku solute tabik dia.. kita bezakan lah dr melayu mynmar dgn dr melyu msia.

tp bila pihak akp yg bersumpah ianya benar.. tp bila pihak anwar ianya takut !

akuan bersumpah sepatutnya sekali tak boleh ubah suka hati. kes bala boleh ubah tanpa pengadilan mahakamah !

antara akuan bersumpah dgn kenyataan polis, akuan bersumpah lebih tinggi dan terpakai. Dr osman bukan takut tp berani krn dia tak mahu ubah kebenaran yg dia ketahui.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 11:51 PM delete

anon 4:06 pm

pertanyaan, kalau kau ada anak pompuan dan nak nikah kan dia, mana kau pilih budak buat teh yg angkat sumpah ke atau dr osman yg berkelulusan tinggi?

Ingat jd Dr mesti ada lesen ooiii.. klaau Dr osman ni teruk (menipu) dan pernah silap lesen kena tarik oooiii..

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 9:22 AM delete

Anonymous August 24, 2011 11:51 PM

sblm dijawap soalan kamu itu...

ni soalan utk kamu:-
siapa kamu akan nikahkan dgn anak perempuan kesayangan kamu(kalau kamu dh ada anak la) dlm senarai berikut
1.jejaka sakit tulang belakang pujaan kamu yg tengah dibicara,
2.peguam jejaka pujaan kamu yg minta dr osman buat surat akuan bersumpah
3.dr osman tu sndri

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 9:27 AM delete

Anonymous August 24, 2011 11:44 PM

petikan kata2mu "antara akuan bersumpah dgn kenyataan polis, akuan bersumpah lebih tinggi dan terpakai. Dr osman bukan takut tp berani krn dia tak mahu ubah kebenaran yg dia ketahui"

anda hebat krn anda sesungguhnya tahu yg dr tu tak takut malah berani dgn andaian dan kepercayaan anda yg tiada siapa dpt mengubahnya...justeru terimalah kenyataan selepas ini seandainya keputusan tidak memihak spt yg anda harapkan yer

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive