Puak-puak jahat mana punya kerja ni?



KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.


Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.

Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.



Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Harakahdaily


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
August 28, 2011 at 8:59 PM delete

ni kerja puak munafikun haram jadah mana pulak ni???.

Reply
avatar
August 29, 2011 at 12:31 AM delete

PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam ---> cukup heran kenapa PAS beria-ia hendak JAIS dakwa DUMC ni ???pendirian PAS ini boleh ditafsirkan sebagai pihak PAS amat yakin bahawa tiada usaha pihak DUMC mengkristiankan orang islam disana .... nauzubillah PAS ni sah parti ajaran sesat.

Reply
avatar
August 29, 2011 at 12:43 AM delete

PenganutPas,

Hahahaha....habis tu kau ni penganut ajaran sesat ye? Patutlah kau sesat!

Reply
avatar
August 29, 2011 at 1:15 AM delete

PenganutPAS kata PAS ni sah parti ajaran sesat. Sekarang sahlah apa sebenarnya makna PAS dihujung nama Penganut. PenganutPAS = Penganut Parti Ajaran Sesat (PAS).

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 8:44 AM delete

Si bacul yang buat kerja macam ni....penakut..pondan..haramjadah..cibai...silancau...
ini jelas kerja2 puak UMNO pukimak...

Reply
avatar
August 29, 2011 at 3:05 PM delete

ni kerja PENYOKONG allah dari KRISTIAN HERALD LAH..

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 11:13 PM delete

dan kalau tak dakwa bermakna penganutpartiajaransesat pulak kata ada lah usaha usaha mengkristian kan org islam.. makna nya Islam boleh main tuduh menuduh je laa..

nak yakin ke tak yakin ke.. kita dakwa supaya dibicara secara terbuka..

kalau ni lah faham nya bermakna kita boleh main serbu jee..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive