Pengundi dengan MyKad keluaran SPR pula di kesan..

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.

Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'.


Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud.

Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
Anonymous
August 17, 2011 at 4:06 PM delete

sapa nak jawab tu. yang ironinya ia berlaku kt negeri PR..dh caca merba dh sistem SPR..itulah bila dh mula menipu dan selalu menipu pasti bila setiap kali ditanya mesti berbeza jawapan. Sebab SPR sendiri pun dh tak ingat apa yang telah ditipu sebelum tu..tuhan maha adil

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 4:18 PM delete

HANYA BERSIH 3.0 UNTUK MEMBUKA KEPALA OTAK PENIPU BARISAN NAJISSS!!

Reply
avatar
August 17, 2011 at 4:23 PM delete

dah kalau nombor IC dia berbeza antara IC dengan daftar pemilih . memang sahlah dia ni tak dapat mengundi . eemm kalau dapat jugak mengundi memang bodoh benarlah pooling agent PAS ker PKR ker DAP ker kat situ . SPR kan dah bagitahu supaya parti politik buat aduan mengenai daftar pemilih yang meragukan . boringlah PR ni dok pusing benda sama jer .

Reply
avatar
bunbinban
August 17, 2011 at 4:37 PM delete

bodohnya yg di atas nih. Masa ngundi kita periksa guna daftar pemilih spr. bukan guna jpn.....dah kalau dlm daftar pemilih spr yg wujud no tu, maka yg pegang ic no tu boleh la ngundi bahlol...ko paham tak apa yg di tulis tu bodoh

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 5:20 PM delete

ya..ya..penganutpas memang bodoh
kah..kah...kah

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 6:41 PM delete

ha..ha.. penaganutpas tak ori kantoi lagi dengan komen bodoh dia.
ooi begok, kau pergi belajar dulu kat AKP lah.
najib dah panik kehilangan kuasa.

Reply
avatar
August 17, 2011 at 11:00 PM delete

SPR akan cakap lepas ni ...

' Laman WEB SPR sebenarnya telah digodam oleh hacker suruhan PAKATAN RAKYAT , seluruh data diubah suai akibat daripada serangan hacker terhadap lawan WEB gov sebelum ini ' Kah Kah Kah

Reply
avatar
August 17, 2011 at 11:10 PM delete

yang cerdik-cerdik kat atas tu , cubalah masukkan no IC yang dicakapkan tu then tengoklah result ada ker pemilih seperti yang didakwa oleh malaysia kini tu . dah kena kencing hidup dengan malaysiakini nak mengaku cerdik lagi ker ?? dah kalau daalm daftar pemilih ada no IC tu then ada orang yang pegang IC tu maknanya memanglah dia pengundi yang sah . tulah gunanya ada pooling agent ..... emmmmmm kemaruk sangat dengan kuasa sampai benda macam tu pun tak leh nak fikir .

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 8:04 AM delete

penganutpas,
itulah yg dipanggil pengundi klon. tapi ada juga kes dimana spr dan jpn berpakat nak menipu ni tak menjadi...sebab tu lah kantoi..apa nak dihairankan master mind penipuan ni pun si najib otak udang tu. kau pun sama geng otak udang juga pasal tu lah tak faham2 isu ni.
Bodoh punya penyokong umno.

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 8:56 AM delete

Penganut Pas,

I am very sorry, you are 2222222.... bangang

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 3:28 PM delete

aku semak ic2 tu tadi xder pun spt yg dikhabarkan so peciter "Record not found"

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive