PANAS!! PATI diminta bersumpah akan Sokong dan Undi UMNO/BN..



Selain dari lafaz akan taat kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan Negara Malaysia antara sumpah yang perlu dilafazkan oleh PATI yang menjalani proses pemutihan ialah Saya/suami/Isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/Barisan Nasional (BN)..


PETALING JAYA: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.



“Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.







Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

“Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat,” tegas Zuraida.


http://www.keadilandaily.com/?p=18895

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Anonymous
August 16, 2011 at 4:42 PM delete

mmg dh agak dh, takkan tiba2 nak buat pemutihan padahal itu satu proses yang berterusan dan sejak dulu lg. Kerajaan BN ni kalau sesuatu dia lengah2kan mesti ada udang di sebalik batu, sama juga dengan kes ni. Tp mungkin ada pecacai termasuk khairy jamaludin yg akan kata 'ala surat mcm tu sapa pun boleh taip, ini semua fitnah' - ok buktikan sebaliknya. Malaysia ni kan anda adalah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah..kecuali UMNO

Reply
avatar
RAKYAT SUDAH MAKIN MATANG
August 16, 2011 at 4:53 PM delete

BAK KATA MADEY... DAH LAMA DAH...

PILIHANRAYA PRU-13 DAH TAK LAMA DAH, UMNO KALU TAK MENIPU, TAK SAH. SEMOGA KITA SAMA2 MOHON PERTOLONGAN ALLAH AGAR ALLAH MENGGAGALKAN SEGALA PENIPUAN UMNO DLM PILIHANRAYA PRU-13 AKAN DTG...

SEMOGA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SAMA2 DPT MEMBONGKAR APA SAJA PENIPUAN SAMA ADA PIHAK UMNO, ATAU AGEN2NYA... AMEEN.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 5:05 PM delete

bahasa dlm surat tu macam bahasa dlm sumpah laknat saifool, datuk T aje. sumbernya mesti umno.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 5:36 PM delete

hoi! bahaya betul lah akan terjual lah negara malaysia nanti dan akan hilang lah kesultanan malaysia nanti..sy nak tanya pada ahli2 umno mrk suka ke perkara mcm ni berlaku dlm negara sendiri demi utk mempetahankan kuasanya, sbb tu tuk jib relaks aje sbb dah serahkan semua ini pada SPR dan JPN kalau apa2 hal jika rakyat marah mrk akan kata tak tahu dan mustahil mcm ketua KDN yg menafikan nya..adakah Raja Raja Melayu akan gembira dgn hal ini? sebenar nya rakyat dah tau dah akan penyelewengan ini..BAHAYA..BAHAYA..BAHAYA Ketua SPR dan ketua JPN dan KDN sanggup bersekongkol mengkhianati negara..mana dia SPRM? KALAU PR YG BUAT MCM INI TAK SAMPAI SETGH JAM MEMANG DAH KENA DAH DAN BERTONG2 laporan polis akan dibuat di seluruh negara.di USA, Britain mrk ada 2 parti aje kalah menang silih berganti tp xde nak amik PATI jd kan warga negara dan terus mengundi BN dah tau dah yg mrk akan kalah dlm PRU 13 ini sbb tu buat keje mcm ni..rakyat bukan bodoh dah!!! sy malu krn sy adalah ahli umno tp umno sebelum umno diharamkan la ni parti bebas...

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 6:53 PM delete

Mana Raja-Raja Melayu... Mana Agong .. bukan nak dok diam aja...

Makan Elaun BUTA... kalau setakat dok tengok saja ... sapa2 pun bole jadi RAJA, SULTAN atau AGONG....

Buatr la sesuatuuuu....

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 12:19 AM delete

Makin lama semakin bocor je rahsia tipu muslihat Umno(BN) ni. Ni dah kategori petualang negara. Perlu dihukum terutama skali orang atasan JPN, Imigresen & SPR yg brsekongkol dgn Umno utk mnghancurkn sistem keadilan d negara tercinta kita ini.

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 7:29 AM delete

umno parti bangsat! pengkhianat kedaulatan negara.

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 8:36 AM delete

nampaknya ada juga yg percaya dgn khabar lucu ni....dei klu betul ada sumpah mcm ni tunjukkan juga orgnyer sekali dei(bukan gambar yer tapi temuramah,pengakuan,temuramah tu pulak kenalah ada sipenanya dan sipenjawab yer) hahaha....jgn cuma taip, print, scan lps tu papar kelucuan hahaha dei tunjukkan orgnyer dei....saya sedang mencari keadilan disini cepat buktikan dei

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 2:14 PM delete

anon August 17, 2011 8:36 AM

kat msia ne kalau

tunjukkan juga orgnyer sekali dei(bukan gambar yer tapi temuramah,pengakuan,temuramah tu pulak kenalah ada sipenanya dan sipenjawab yer)

alamat kena c4 jwbnya

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 4:04 PM delete

anon 2.15pm

biar berjuang sbb berani kerana benar

amar makruf nahi mungkar

Alif Ba Ta

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 4:20 PM delete

anon 2:14 PM klau pro pakatan yg ckp kau cabar suruh saman .. mcm kes rais fitnah peserta demo bersih dpt rm 50 ..

dan anon 5:36 PM britain hny 2 parti tp dasar nya jarang berubah. kita pm dr satu parti tp dasar berubah dan cara 'approach' rakyat pun berubah ubah .. jap pertanian. karidor, bahasa msia, pati, hadhari, dr pertanian pegi pulak ke pertahanan, dgn permata lg .. muhyuddin plk tumpu pd org tua tua spy terus prodaktif .. tak caya tny myuddin skg dia dah adalah plan baru utk dasar dia..tak sampai 1 minggu ..

sape pun yg ambil alih pm britain mrk akan memastikan dasar berjalan lebih effective..

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 4:27 PM delete

salam, bila dinafikan nanti oleh org parti melayu kebangsaan maka pati pati yg terlibat selamat lah sb tak ada sumpah setia.

mana mana org asing yg dpt keistimwaan kerkyatan akan kena sumpah setia tp pd Agung/Raja dan undang undang Msia. kalau mrk nafikan yg surat sumpah ini mana surat sumpah yg betu dan ori???

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 7:31 PM delete

Kat Msia aja.. Kerajaan akan terus memperbodohkan rakyat (penyokong UMNO).. Selagi rakyat terus bodoh.. maka bole la depa ni terus berkuasa...
Kat negara luaq.. rakyatnya dah celik... dah pandai... jadi dah x bole nk perbodohkan..
Terus la berjuang utk UMNO utk terus jadi BODOH...

Reply
avatar
Anonymous
October 24, 2011 at 8:03 PM delete

DEI, KAU JANGAN JADI BANGANG DEI.KAU TAK RASA KE RAKYAT ASING RAMAI YANG BERNIAGA DEI.BOLEH KE RAKYAT ASING BUKA KEDAI RUNCIT,JUAL BUAH KAT PASAR MALAM DEI.KAU NAK TUNGGU MENTERI2 KAT MALAYSIA NI ORANG BANGLA BARU KAU NAK PERCAYA,DEI

Reply
avatar
February 19, 2020 at 8:43 AM delete

Mana doh yang dulu beria- sangat marahkan BN... Dah senang sekarang ni kot dengan janji yg mereka dapat hingga tergadai negara.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive