Papa gomo kata 'Orang dalam MBPJ berinya dokumen'

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada “orang dalam” MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.


“Mana ada saya palsukan, orang dalam MBPJ hantar (dokumen) itu kepada saya... saya mana pandai nak palsukan dokumen.

“Tapi kalau betul saya salah mengapa MBPJ tidak jelaskan perkara sebenar iaitu dewan (di Dream Centre) telah disalah guna sebagai gereja,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Papa Gomo, pemblog pro-Umno dalam entri di laman blognya mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya” itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo kelmarin.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada “orang dalam” MBPJ.

“Pada saya sebagai blogger yang membawa kebebasan bersuara adalah kewajipan saya untuk menyampaikan sesuatu berita kepada rakyat.

“Dokumen tersebut dihantar kepada saya dari orang dalam MBPJ, saya yakin kesahihan apa yang dilaporkan dalam dokumen tersebut,” katanya.

Beliau menambah, MBPJ harus mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama kerana beroperasi secara haram.

Selain itu “Papa Gomo” turut mencabar Nik Nazmi, Liu, Kok dan Wong untuk turut membuat laporan polis terhadapnya.

“Saya cabar Nik Nazmi, Ronie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dan nama-nama lain yang disebut dalam dokumen itu untuk turut membuat laporan polis, janganlah MBPJ dan Khalid Samad sahaja yang buat.

“Terutamanya Teresa Kok dan Ronie Liu,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
August 18, 2011 at 11:39 AM delete

Lain kali sebelum post dokumen ke website sendiri, semak kesahihannya dahulu. Itu adalah tanggungjawab blogger, bukan orang lain. Sekarang kes PapaGomo akan dibandingkan dengan kes Din Binjai. Seorang blogger pro-Umno, seorang lagi penyokong PR. Walaupun belum sampai ke tahap saman malu dlm kes PapaGomo, kemungkinannya memanglah ada Adun dan MP terbabit akan bertindak sedemikian, melainkan PapaGomo mengaku sahaja tersilap menyebarkan dokumen palsu dan minta maaf. Sekiranya sampai ke peringkat saman malu, beliau seharusnya berdoa kehakiman akan berat sebelah ke pihak beliau. Jika hakim saksama, nescaya PapaGomo akan kalah saman itu sekiranya dia tak ada bukti dokumen itu sahih. "Saya yakin benda itu sahih" sahaja tidak memadai - mesti ada bukti. Good luck to you!

Reply
avatar
August 18, 2011 at 11:51 AM delete

dgr kata Papagomo dibayar oleh kerajaan..so aku rasa dia nie keballah..mesti la kerajaan defend dia t..

Entri Terhangat!! :
Gempak - Ikan Terbang !!
Kelakar Habis - Kenapa Mak Benci Adik??

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 12:11 PM delete

PR mesti nafi punya. Semua yg betul PR akan spin sampai cerita jadi sebaliknya. Yang ni dah kene btg hidung sendiri mula nak salahkan org lain. Nampak sangat kepincangan pada exco2 selangor

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 1:43 PM delete

ok lah kita anggap surat tu bukan palsu .. tp tetap salah dan boleh dikenakan tindakan ke atas org yg menyiarkan dan memiliki dokumen tsbt tanpa kebenaran krn di label kan SULIT.

Reply
avatar
why_abc
August 18, 2011 at 2:57 PM delete

papa gomo mesti "rujuk" kat tun faisal le kalu cam ni. . tak klu, lunyai le papa gomo kali ni. . hahaha hihihi huhuhu

Reply
avatar
anti umno
August 18, 2011 at 4:27 PM delete

korang pun satu tngklah muka papagamo nie dulu kalau ada urusan pati ke pasti tertangkap sbb muka dia pun macam pati aje ... ikan senahak ikan senohong bercakap benar tapi rupanya bohong .... manusia jenis apa ini layak di gelar anjing kurap saja atai babi hutan menyondol pokok pisang saja kalau mati wajib bakar saja mayat dia kat tempat buang sampah ... pencacai umno semuanya sama saja .

Reply
avatar
August 19, 2011 at 11:58 PM delete

bodohlah papagomo ni . dah org mbpj beri dokumen tu , patutnya ko senyaplah jer lah . yang ko letak dalam website tu apa kejadahnya . habis semua orang tahu sekarang ni betapa kuatnya cengkaman puak puak gereja dalam pentadbiran selangor . kalau dulu rakyat heran bilamana ada sidang mesia menteri besar khalid ibrahim mesti ada seorang wakil gereja yang jadi pengapit MB . tak ronnie liu , theresa cock takpun xavier jarang2 elizebeth wong . sekarang rakyat selangor dah mula nampak betapa ronnie liu tu cukup kuat sampai boleh main gertak pegawai kerajaan untuk ditukar atau diturun pangkat . dah nampak macam mana sepakatnya nik nazmi , khlis samad , theresa cock dan elizebeth wong melindungi gereja bilamana pusat komuniti tu ditukar kepada gereja methodist . aktif pulak tu memurtadkan umat islam di selangor . bodohlah papagomo ni ...

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2011 at 6:17 PM delete

laa takkan tak tau papagomo memang tahap pemikirannya bodoh tahap bangkai...tapi apa nak heran, semua menteri, timbalan menteri (kecuali saipudin abdullah) jugak anjing2 pencacai memang bodoh tak boleh diubat...yg pandai hanya bodek, cium tangan najib sampai sejengkal muncung..yg tu pandai terlebih...artis, riak, rasuah, rogol, curi, penaik harga barang...yg tu juak2 ameno pandai...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive