Panglima ATM gagal faham apa itu kesetiaan.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah." kata Aziz Bari mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera semalam..

Inilah hasil yang kita dapat lihat bila seseorang itu berkuasa bukan kerana kebijaksanaanya dalam bidang yang diceburinya tapi mendapat pangkat dan kuasa kerana beliau bijak mengampu Menteri yang terbabit dengan perkhidmatannya.


Jika bukan kerana bijak mengampu salah satu kriteria yang membolehkan seseorang naik pangkat dalam perkhidmatan awam ialah pertalian saudara, contohnya dalam ATM.

Dikhabarkan ramai dari pegawai tinggi dalam ATM itu sendiri mempunyai talian persaudaraan dengan VVIP UMNO.. hasilnya.. seperti Panglima ATM itu.. kelihatan BODOH dan tidak Profesional..


Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
why_abc
August 19, 2011 at 12:03 PM delete

pertama-tamanya aku amat menghormati, menghargai dan menyanjung tinggi Prof Dr. Abdul Aziz Bari kerana penulisan beliau yang penuh hemah, professional dan sama sekali tidak berat sebelah / menyokong kepada mana-mana pihak, hanya menyatakan yang haq, yang benar dan yang termaktub di dalam perlembagaan. . . SYUKUR & TAHNIAH ! ! !
. . nampak gayanya terbukti dan sah semua perkhidmatan awam yang sepatutnya neutral dah jadi caca merba, ghapla jingga, kaki ampu dan kaki bodek.
. . apa2 pun aku "respect and suspect" le kat mereka ni semua kerana mereka sama sekali tidak gentar dan takut kepada api neraka.
. . moga Allah membantu dan menolong orang yang ingin dan berusaha untuk menegakkan agama Allah.

Reply
avatar
August 19, 2011 at 12:21 PM delete

Sudah amat jelas dalam perlembagaan menyebut bahwa YDT Agong adalah pemerintah tertinggi ATM. Namun bila perlantikan jawatan Jeneral adalah selalunya adalah lantikan politik disinilah bermulanya masalah. Lantikan politik disini bermaksud ianya dibawah persetujuan pimpinan amno laknat... walhal itu adalah hak YDT Agong. Jadi jeneral2 yg dilantik adalah bukan berdasarkan kebolehan, taat-setia, kejujuran, semangat kepahlawanan, pengalaman, kualiti kepimpinan tetapi adlah mengikut sejauhmana kebolehan jeneral yg akan dilantik akan dijadikan lembu amno laknat... sebab kegunaannya adalah seperti yg telah berlaku selama 53 tahun, penipuan undi utk memastikan amno laknat berkuasa atas alasan boddoh iaitu ketuanan melayu.. jadi jeneral2 ni akan ditarik hidungnya jika cuba melawan akan samada ditamatkan perkhidmatan, turun pangkat, ditukar (istilah kera-jaan diKolamkan) dan macam2 lagi tindakan selagi sesuai dgn kehendak amno laknat... perkara ni memang berlaku dan kita semua tahu cuma puak2 laknat ini menafikan sekeras2nya supaya kekal berkuasa... Mudah2an Allah melaknat mereka yg khianat dan bersubahat mengkhianati negara dan rakyat. AMIN

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 3:22 PM delete

sepatutnya jeneral ni risau pasal 1juta pati dlm msia.. rasanya anggota keselamatan kita tentera dan polis kalau dicampur pun tak sebyk itu ...

kata lah berlaku konfrantasi .. jgn kan nak lwn yg datang dr laut/udara .. yg ada kat msia ni pun belum tentu..

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 11:02 PM delete

swtuju sgt2 dgn komen yg bernas di atas dan aku askan terus memanjatkan doa kpd Allah swt smuga umeeno bee end akan berakhir riwayat nya, sbb selg BN memerintah selagi tu lah keadaan ttp x kan berubah walau pun PM nya berubah tp dari puak yg sama, rakyat semua melihat bagaimana badan kehakiman, kepolisian, SPRM dan la ni ATM pulak jd tunggangan BN pulak mrk semua ni tak risau tentang PATI jd warganegara dan boleh mengundi pulak tu, seandainya jika di takdirkan Allah berlaku konfrantasi dgn indonesia maka kita menghadapi dua ancaman 1 dari luar dan 1 lg dari dalam jwb nya anak peribumi HANCUS termasuk lah PAT, KPN dan lain, terfikir kah mrk ni semua? yg mrk terfikir ialah utk mengekalkan kuasa itu aje yg ada dlm kpala otak deme.Syabas kpd Prof. Abd Azizi Bari krn keberanian Prof. krn benar dan yg haq serta takut kpd Allah swt.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 7:50 AM delete

Selagi inilah cara BN memerintah toksah haraplah nak majukan bangsa sendiri. Semua program tak akan berjaya. Dalam islam ada menyebut tentang orang yang tak layak diberikan pangkat dan tugas untok memerintah diakhir zaman. Kita telah berada di peringkat akhir dimana rakyat perlu bangun untok membebaskan negara ini dari segala penyelewengan.

Reply
avatar
Anonymous
June 5, 2012 at 4:26 PM delete

aku bekas tentera..so panglima jgn nak tipu..fikirlah maruah diri tu

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive