PANAS!! Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.


Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga.

Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Anonymous
August 24, 2011 at 12:32 PM delete

sape sape siapa? lekas beri hint aje jangan sebut nama

Reply
avatar
TV13
August 24, 2011 at 1:01 PM delete

Semuanya org UMNO, elok sangat la jd mcm tu, tv tiga suku tuupun sering menjatuhkan moral org lain dlm berita perdanya.
Tlg tambah seorang editor lg, yg sesui Rahim Tmby C.
Allah Maha Kaya.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 1:04 PM delete

Hahaha..PADAN MUKA KORANG! Selalu sangat buat berita fitnah kat Pakatan Rakyat

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 1:21 PM delete

Padan muka TV 3 tak bermoral. Cerita depa pun banyak kelabu....

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 1:23 PM delete

Salahkan UMNO? Moral dia atas diri dia sendiri, takda kaitan dengan UMNO. Banyak sangat orang camni malah dari PKR (ANWAR sbg contoh) dan PAS (MAT SABUN). Diberikan kepercayaan tapi disalahgunakan. JAngan salahkan orang lain beb.

Kalau dia ni didakwa, agaknya dia akan mintak Datuk Seri Najib jadi saksi tak?

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 1:33 PM delete

anon 1:23pm
Hello! buat2 tak nampak pulak? kan dia tu kawan najib, di sokong najib ke jawatan tu. Pelik betul lah najib ni kawan dia semua ada cerita melakukan ganguan seks..rakyat masih tak lupa cerita Jamaludin jarjis sebelum najib hantar dia ke US. sekor lagi ialah si saifool!!!

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 7:04 PM delete

Bala sedang melanda TV3 atas sebab dosa2 mereka menyebar fitnah dan adudomba mereka

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:14 AM delete

bodoh bngg dap bgus sgt..setiap insan ada kelemahan dan kelebihan..

Reply
avatar
bunbinban
August 25, 2011 at 1:04 AM delete

hahaha pencacai umno sedang bersilat mempamerkan kebodohan. alaaaa mcm la korang tak tau, pemipin umno bknnya bermoral pun. korang kata anwar tak bermoral, ok no hal tapi kena ingat anwar dulu pun pemimpin umno hahaha..jgn nak cite pasal moral la, melainkan mmg korang pencacai umno ni cuma sokong membabi buta tuli pekak bangang mcm tu je.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 1:42 AM delete

Buletin TV3 ada berani keluarkan laporan gangguan seksual pegawai atasan ke atas stafnya. mesti x dak teloq punya nk keluar dlm siaran berita TV3. tau londehkan aib org lain, bila diri sendiri kena pandai sembunyikan.

Kesudahannya staf wanita tu nafikan mcm kes bekas menteri yg raba pelayan hotel berapa tahun lepas. dan time tulah baru ada keberanian Buletin TV3 siarkan penafian isu konon2nya ada berlaku gangguan seksual di agensi berkenaan.

Reply
avatar
garagaikareng
August 25, 2011 at 5:47 AM delete

Pi mai pi mai tang tu, asal umno je seks, asal seks je umno.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 7:45 AM delete

garagaikereng,
I like your wording, memang tepat.Itulah hakikatnya pecacai umno terlalu obsess dengan seks.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 8:55 AM delete

betul tu kalau nak nikmat dunia anutilah agama umno dan amalkan utusex melayu

ikhlas
"penganut agama umno"

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:53 PM delete

Tepat!... tapi lagi tepat bukan tu jer Dr. Khir, semua nyer lagi bodoh... terpaling bodoh ialah pencacai dan penyambung lidah kebodohan tahap maximum... Tarak baca punya olang! Mati lagi baik, dari hidup kalau tarak bagi hasil baik... L*nchau pencacai UMporNO...

magua_putra@2000

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive