Najib semakin tidak Popular

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.


Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).

Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
August 29, 2011 at 3:49 PM delete

Kalau the "most popular devil" memang mat monggol akan berada di carta nombor satu dunia...

kah...kah...kah

Maaf zahir batin buat keluarga bang monggol..

Reply
avatar
Anonymous
August 30, 2011 at 1:44 PM delete

najib razak adalah liability utk umno tak dpt dinafikan lagi. bodu language pemimpin umno yg lain semakin hari semakin jelas utk singkirkan si najib ni.

Reply
avatar
August 30, 2011 at 10:02 PM delete

dah habis bulan puasa ni agak-agak berapa populariti anwar bin ibrahim?? merdeka centre ... hahhahah

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 7:54 AM delete

populariti dlm msia tak main laaa..

kalau hebat pun bang jiban kau tu aku berani buat kenyataan dia cuma popular di kampung kampung dan pak cik mak cik bg kita yg berumur 45 tahun dan atuk nenek bg umur spt kita ..

dan kalau nak ukur populariti kedua dua pemimpin ini aku cadangkan RTM buat debat terbuka..

dan anak aku ketawa bila bang jiban sebut 'allahuakhbar' sebnyk tiga kali .. tak real langsung .. nak kat cara berperang .. tak de langsung... nak kata menganggungkan allah.. suara nya mcm di tekan sikit ...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive