Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.


“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Anonymous
August 23, 2011 at 8:43 PM delete

NAJIB MEMANG PENGECUT...!!

Reply
avatar
BOMBO
August 23, 2011 at 9:23 PM delete

Najib kemeruk nak berkuasa lagi dan lagi,rakyat dah tolak kebodoan cara najib berkuasa,kalau masih dgn cara itu negara akan muflis,tiada siapa yg boleh menghalang kerajaan najib,yg isu besar baginya ialah Anuar penghalang batu jembalang dikepala najib utk terus berkuasa,yg lain2tu hanya ikan pusu......

Reply
avatar
August 23, 2011 at 10:31 PM delete

Bukan Najib saja yang ikut jejak Mahathir untuk jatuhkan Anwar malah sapa2 pun UMNO yang jadi PM akan guna cara yang sama malah apa saja cara yang boleh menjatuhkan pembangkang Melayu. Dengan pembangkang bukan Melayu, UMNO mudah gunakan senjata rasis Melayu dan agama Islam, tapi dengan pembangkang Melayu UMNO kena guna lebih dari itu. Dengan Anwar apa senjata selain Melayu dan Islam yang UMNO tak gunakan? Habis semua UMNO gunakan termasuk ISA, Polis, sultan, hakim, AG, mahkamah dan senjata kotor liwat dan porno pun digunakan. Berapa banyak dah UMNO habiskan duit rakyat untuk menentang seorang Anwar dan menyumbat dia kedalam penjara?

Reply
avatar
Anak kg pertama
August 23, 2011 at 11:16 PM delete

FMZam,

Hang tuduh buta tuli..ada bukti ke? pasal dok tuduh/fitnah dari geng of PR, hari ini KDN kata nak saman ketua wanita PKR...kerana gagal tunjuk bukti...PAS pun nak kena saman..tuduh UMNO adalah tangan ghaib di belakang JAIS..tapi bukti takda juga.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 11:22 PM delete

Think-tank tok Najib dah salah prcaturn utk jatuhkn Anwar dgn cara yg sama spt TDM. Lambat laun tok Najib sndiri akan trperangkap pd perangkapny sendiri. Tungguuu..

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:11 AM delete

AKP
Apa yg hang dok merepek ni syaitan!!
memanglah hang tak jumpa bukti pasal kepala otak hang tu di penuhi maklumat fitnah utusan meloya. kalau hang nak sgt bukti bukan susah sgt, baca teks anwar dari kandang tertuduh, nak lagi detail pi search kat google semua keyataan saksi pendakwa yg dulu2, statement saifool pun. Dan yg paling penting hang kena nilai dgn minda terbuka bukan dengan otak kecil terkongkong macam monyet yg hang ada lani.
pemimpin2 umno sekit2 nak saman...mentang2-lah najib dah pegang teloq hakim2 malaysia depa buat negara ni macam mak bapak depan punya saja...sapa lawan depa depa sumbat dlm jail. bodoh punya umno.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:31 AM delete

AKP kaniaq,
pemimpin2 umno semang syok dok saman sana sini pasal depa tau depa yg control hakim2. Orang umno sendiri pun kata macam tu. baca apa khir toyo kata dibawah. Dia pun mula dok syak dah something not right with our judiciary system.
-----------------------------------
"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:06 AM delete

Woit...sibahalul,
saman dulu bukti akan dikendalikan oleh peguam....
saman belum nak minta bukti....
kalau mau la ni aku boleh bagi puki..
kah..kah...kah..

Reply
avatar
August 24, 2011 at 9:55 AM delete

kita semua patut merasa bertuah kerna berpeluang mendengar alasan bodoh dari seorang yang percaya bahawa dirinya layak untuk menjadi perdana menteri malaysia .
Disebabkan anwar percaya tidak mendapat perbicaraan yang adil maka beliau memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh .
Dah kata perbicaraan tak adil , berhadapanlah dengan pendakwa . patahkan hujah mereka . biar rakyat yang nilai . ni tak belum berjuang dan kecut . LAWAN TETAP LAWAN . CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 10:51 AM delete

penganutpas merepek, buat lawak bodoh.
nak berdebat dgn pendakwa buat apa? hakim yg teloq dia dipegang najib tu yg buat penghakiman...pendakwa pecacai tu cuma buat bising aje! tanya soalan pelik lepas tu keluar kat utusan meloya...macam jadi juru cakap najib pula. cuma orang otak selut macam hang saja kata hujah pendakwa tu betul.
shhhhhh...berapa upah hang dpt hari ni dari tuan umno hang? cekup nak be baju raya anak?? selamat mintakedarah duit haram.

Reply
avatar
August 24, 2011 at 12:43 PM delete

tu baru guna pendekatan madey.kalo guna pendekatan rosmah,da xde da anwar ni

Bangunan Yang Mampu Menahan Gegaran 8.0 Skala Richter

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:13 AM delete

anwar akan bg kenyataan dr kandang saksi jika semua lapuran dan hasil siasatan polis diserahkan pd peguam anwar semasa sebutan kes. Bila kata sipol diliwat maka dibagi lapuran dr dan kenyataan bertulis sipol.

tp kalau semua tu tak dibagi nak mampus jwb dr kandang saksi.

yg penakut pendakwa.. bg lapuran dan kenyataan polis tu pun bukan ada benda kalau kes kuat.

camni lah akp dan anutpas, kau pergi ikut kes pembunuhan sosilawati.. nanti kau faham lah psl perbicaraan kes.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:15 AM delete

kalau bukti kuat dan sifol tu boleh dipercayai.. tak payah soalbalas anwar.

Hakim bukan bodoh. Melainkan anutpas pun tak caya hakim

soalbalas anwar cuma nak digunakan utk memalukan anwar je.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 8:25 AM delete

jika anwar dikandang saksi :

anwar :
Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut. “Dia tidak berbuat demikian. Pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya

Datuk yusof:
Habis tu kenapa plak tidak Datuk seri je yang lari ??

ANwar :
"Saya tak terfikir pulak pada masa tu "

Datuk Yusof :
APa yang Datuk Seri fikirkan masa tu??

Anwar:
KY JELLY

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:41 PM delete

Penganutpas
malam tadi hang di rasuk syaitan ke sampai termimpi skrip bodoh yg hang tulis diatas.
Aku dok ingat najib saja bodoh, rupanya hang ni lagi bangang!
umno ni memang kelab orang bodoh kot? dan dirasuk syaitan.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive