MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris?

Semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.


Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".

Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Sijil tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010


dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011


Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.

Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.

Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.

Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM

[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.

Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.

Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.

Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].


Pahang Daily Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
August 26, 2011 at 7:05 PM delete

jelas mrk faham utk ada makmal dna mesti ada kelulusan kalau tak buat apa mrk mohon ketika itu ..

rasanya psl kelayakan mahkamah ini tak termasuk dlm kotak fikiran mrk.. org selalu persoal kelayakan sesorg ... he he he ..

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 8:40 PM delete

Saya ada kakitangan kerajaan dan masalah staf kerajaan ialah mereka seringkali lambat bertindak dalam proses melibatkan kualiti dan inovasi dalam sesebuah jabatan.. Sebagai contohnya pekeliling kemajuan pentadbiran awam tahun 1990an (beberapa pekeliling awal dikeluarkan) belum dilaksanakan sepenuhnya oleh sebahagian besar jabatan. Segala prosedur dan proses pekerjaan hanya berdasarkan kepada pengalaman orang 'lama'.. ini penyakit staf kerajaan KEBANYAKKANNYA!! Jadi tidak hairanlah jika pensijilan ISO masih belum diperbaharui walau dah lama tamat tempoh!!

Apa yang ada dikotak pemikiran mereka hanya cukup bulan dapat gaji, bila naik gaji beli kereta dan perabut baru!!

Untuk menaiktaraf kualiti jabatan, depa kata peduli apa.. bukan mak bapak aku punya jabatan!

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 8:54 PM delete

tapi Bro ASD... ujian makmal dilakukan dalam tempoh masih sah lagi iaitu JUN 2008.. macamana bro ASD. Boleh bagi komentar sikit..

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 10:46 PM delete

Ada satu blog claim minda intelek, nak pertahan fitnah.

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 11:16 PM delete

Yang mana satu betul?


Ianya satu tempoh pemanjangan akreditasi legasi kerana Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berada di dalam transisi bertukar program dari pada LEGACY program ke INTERNATIONAL program.

Maksudnya, sijil yang akan JKM terima selepas ini ialah sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - International Accreditation.

TETAPI tanpa sijil itu bukan bermaksud JKM tidak ada kredibiliti di dalam tugasan dan penilaian mereka sebelum ini.

Dan jika rujuk web ASCLD/LAB klik sini , sejak tahun 2004, ASCLD/LAB telah membentuk sistem pengiktirafan akreditasi 'dual-track' yang membolehkan makmal MEMILIH di antara :-

1. Program yang panjang, didesign dan dikenali sebagai ASCLD/LAB Legacy Program.

2. Program baru yang dikenali sebagai ASCLD/LAB-International Accreditation Program iaitu standrd ISO17025 ditambah dengan keperluan spesifik forensik daripada ASCLD/LAB LEGACY Program.

Daripada 2 pilihan di atas, Jabatan Kimia Malaysia memilih nombor 1.

Kimia Malaysia is proud to be the tenth laboratory outside the United States to be granted the highly acclaimed accreditation certificate, as this proves that the forensic services offered by Department are on par with international standards and requirements set by the ASCLD/LAB.

Reply
avatar
August 26, 2011 at 11:17 PM delete

Orang yang paling pandai sekali bahasa inggeris ni adalah Khalid Ibrahim Menteri besar selangor dari parti keadilan . Hearing Committee diterjemah terus kepada Jawatankuasa Pendengaran . Macam ada masalah pendengaran lah pulak . tu pun bila dia kantoi pasal menipu titah sultan selangor berkenaan Majlis Syura. tapi DAP senyap jer . bila Hassan ali plak nak tubuh Unit Selamat Akidah , DAP bukan main lantang lagi siap gelar hassan ALi berniat jahat untuk mempengaruhi perlaksanaan hudud di selangor . eemmmmm gitulah kalau namanya Pakatan Syaitan , duduk dibawah telunjuk DAP Laknatullah . Apa pun tahniah kepada Dr Hassan Ali dan Dr. Rosli MP hulu langat yang berani membongkar kesesatan PAS setelah berada dalam pakatan syaitan . Mereka membuktikan bahawa pemegang PHD dalam PAS berakal dan tidak boleh ditarik hidungnya !!!!

Reply
avatar
PengikutPenganutPas
August 27, 2011 at 9:41 AM delete

kalu d lihat dari segala komentar, tulisan etc yg terpapar maka orang yg paling sempurna ialah PenganutPas kerna dia bagi 'ba alif ba ya' (spesis biasa dan hutan) taruk 'nun ya nun ya kaf', 'mim alif kaf' dan 'kaf alif kaf alif kaf' dia. hahaha hihihi huhuhu

Reply
avatar
August 27, 2011 at 2:32 PM delete

Betul lah Anon 9:41,

Aku pun dah 'pa nun ta ta' (penat) dan dah meluat tengok PenganutPas yang dah 'pa wau kaf ya' (pokai) idea tu dok melalak kat sini sbb blog dia tak laku.

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 9:13 PM delete

Daripada 2 pilihan di atas, Jabatan Kimia Malaysia memilih nombor 1.

tapi kenapa Jab Kimia Msia buat permohonan memperbaharui kelayakan?
kemudian kenapa permohonan dilanjutkan?

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 9:21 PM delete

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

dan aku baca komen 'tapi Bro ASD... ujian makmal dilakukan dalam tempoh masih sah lagi iaitu JUN 2008.. macamana bro ASD. Boleh bagi komentar sikit..' anon 8:54 PM ..

yg saya faham dr 2005 sehingga skg masih belum dpt pengiktirafan . .. dan krn kes dna ini rasanya jgn hrp lah msia boleh dpt pengiktirafan tsbt! Dan tlg lah jgn kata kita setanding dgn negara maju yg lain !

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 9:31 PM delete

PengikutPenganutPas dan FMZam,

anutpas ni asal dpt ayat nak bantai dia main baaantai je.. yg dia komen tu tak de kena mengena pun dgn Jab Makmal cuma ayat ASD psl bloger pencacai tak faham bahasa Inggeris..

unit selamat akidah.. bunyi je.. org jabatan agama berpuluh ustad .. kau pergi tanya lah apa dia org buat ..

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 12:36 AM delete

Assallammuallaikum, kes salah tafsir bahasa ini bukan lah sesuatu yang 'surprising'. Ini terjadi apabila suatu kaum tu sebuk dengan 'racism' tak mau belajar bahasa lain kononnya untuk mengagungkan bahasa sendiri. Sebenarnya mereka ini tidak pandai berbicara bahasa lain - sheer stupidity and arrogance. Bodoh sombong. Apabila kita sebuk dengan racism; kita lupa agama Islam kita. Kita jadi macam katak bawah tempurung la.Pasal tu lah bangsa melayu mundur. Minta maaf saya kena switch to English. The reason why the Muslim scholars were outstanding in the early days of Islam is because they could master other languages such as Greek and Latin to gain knowledge.Buang lah sifat perkauman tu balik lah ke jalan Allah.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive