Mat Sabu hina Pejuang Negara?

Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum.



Lidah Rasmi UMNO melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.


Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Siapa pengganas dan siapa pula pejuang Negara sebenarnya dalam hal ini?

Pada sekitar Disember 1941,Bala tentera Jepun telah menyerang Malaya dan dengan begitu mudah mereka merampas penguasaan Malaya daipada British yang menjajah Malaya pada ketika itu.

Dan mereka menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki musnah di bom oleh tentera Amerika.

Dalam tempoh penjajahan mereka keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, penduduk Tanah Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun.

Itu adalah situasi pertama dan dibawah ini pula adalah situasi kedua.

Setelah Jepun menyerah, Pihak British kembali menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk Tanah Melayu yang berkerja pula dengan Penjajah British itu..

Ada antara mereka yang terkorban ketika bertugas untuk Penjajah British itu, antaranya ialah sepasukan Polis yang bertugas di Bukit Kepong dan mereka dikatakan sebagai pejuang Bangsa.

Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini..
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia
Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini..
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. - WikiPedia
Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu.

Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu?

Begitu juga Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Bagaimanakah mereka boleh dianggap sebagai pejuang bangsa sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah tali barut penjajah?

Apa bezanya mereka yang bertugas untuk Pihak Jepun dalam situasi pertama dengan mereka yang bertugas untuk Penjajah British dalam situasi kedua?

Hanya kerana mereka dari UMNO mereka dianggap sebagai pejuang bangsa walhal mereka adalah talibarut penjajah British yang berjuang menentang rakyat yang bangun menentang penjajahan British keatas Tanah Melayu pada ketika itu.

Sejarah jelas membuktikan pemimpin-pemimpin UMNO itu telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan penjajahan British pada ketika itu.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin UMNO bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada UMNO.


Baca juga artikel dari FMT ini .Gerakan kiri kemerdekaan: Sejarah yang dikaburkan

Artikel dari Utusan atau Lidah Rasmi UMNO..

Mat Sabu hina pejuang negara

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

39 comments

comments
Anonymous
August 28, 2011 at 6:35 AM delete

kalau fikir secara halusnya ada gak betulnya.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 6:37 AM delete

Dah tu, kalau berjuang atas nama komunis dikira sebagai pejuang negara sejati? Apa ideologi dan asas komunis 'masuk' ke tahan melayu pada waktu tu? Apapun, kalau kita tersilap kata, baik mohon maaf semula. Rakyat lebih hormat. Sy percaya ini bukan kata kata pemimpin tertinggi PAS. Harap PAS tidak diconteng seconteng-contengnya' dgn arang oleh UMNO dlm isu. Sedih kalau isu yg boleh dianggap celupar jadi mainan pihak UMNO.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 6:39 AM delete

Dah 54 tahun merdeka. Apa2 pun janganlah sampai menobatkan komunis sebagai wira. Komunis tak ada agama. Ada wadah lain utk merdeka. Satu tindakan yg tidak bijak (baca: bodoh) oleh Mat Sabu... Apa nak jadi PAS sekarang ni... - ahli PAS Raub

Reply
avatar
Aku benci kejahilan UMNO
August 28, 2011 at 6:41 AM delete

Jika tidak kerana rumah kediaman rasmi Ketua Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman yang disediakan British bocor masa hujan. Tak kebulur Tunku nak tuntut merdeka dalam tempoh tiga tahun. Jika kita lihat beberapa dokumentari berkaitan termasuk filem 1957 Hati Malaya memang ternyata Tunku hanya berhajat nak tuntut kemerdekaan 7 tahun kemudian. Ini bermakna UMNO tiada niat pun nak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam kata lain dia selesa di bawah British.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 6:48 AM delete

Aku tak percaya apa yang Utusan tulis. Bukan tak tahu lebih banyak benda mengarut dari yang benar yang ditulis oleh Utusan. Akhbar Melayu paling pembelit di abad ini. Yang paling benar dalam Utusan pun cuma keputusan loteri.... warisan UMNO sejak awal penubuhan.

Ahli PAS Raub kau masih perlu hadiri usrah dan pentarbiyahan... masih cetek betul pemikiran kamu dalam berpolitik, maklumat musuh yang dia percaya.

Reply
avatar
August 28, 2011 at 6:52 AM delete

Sejarah malaysia telah dipesongkan sekian lama. Kita memang membenci komunis namun kita juga tidak redha ada kalangan bangsa kita yg jd talibarut British. Seharusnya sejarah mesti telus sebagai panduan, bukan putarbelit fakta semata-mata menunjukkan imej UMNO saja yang baik

Reply
avatar
Aku benci kejahilan UMNO
August 28, 2011 at 6:57 AM delete

Jangan lupa, tokoh yang menghalang Kiyai Salleh dan pengikut dari membunuh semua komunis yang bermaharajalela di Batu Pahat dalam tempoh pemerintahan MPAJA tak lain tak bukan ialah Presiden UMNO yang pertama... Onn Jaafar. Siapa sayang komunis sebenarnya? Agak-agaknya apa motif bakal Presiden UMNO yang pertama ketika itu yang menghalang penentangan orang-orang Melayu terhadap komunis?

Reply
avatar
August 28, 2011 at 7:29 AM delete

kita telah dewasa oleh teks ssjarah tulisan UMNO.

Maksud Mat Sabu adalah Parti Komunis Malaya telah memperjuangkan kemerdekaan Malaya dari British walaupun mereka tu komunis.

Kebenaran tetap kebenaran walaupun pahit hendak diterima

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 7:37 AM delete

Perkataan " Penganas " atau " komunis " dari pihak mana daatang.Pihak kerajaan/Sang Penguasa tetap katakan " penganas" pada mereka yg menentang.US tuduh islam " penganas" sbb kacau kepentingannya, jadi Kerajaan British di Malaya tetap kata " kominis" yg menuntut kemerdekaan.Sbb itu JWW Birch dianggap "wira" dlm sejarah TM era Britis, Maharaja lela dianggap penderhaka.Cuma melayu dibawah UMONO kesayangan British kata " ya "..Jadi anjakan paradigma rakyat malaysia ttg sejarah telah berlaku

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 7:48 AM delete

Mana2 pihak baik komunis mahupun british sama2 nak tanah melayu. kalo ada yg backup komunis laknatullah tu, ko kaji balik sejarah komunis tu, sape pengasasnya, apa prinsip, misi & visinya. Tengok ape yg jd kat Orang Islam kat china sana. Agak2 kalau komunis perintah mcm tu la nasib kita semua. Kita patut bersyukur dgn keamanan negara, bukan nak cari salah saje.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 8:05 AM delete

apa yg dapat dipahamkam samaada pehak british yg menjajah begitulama dan pehak komunis yg mahu merampas kuasa dari pehak british mereka adalah musuh orang2 melayu! tetapi oleh kerana orang melayu sudah tidak tahan dengan pemerintahan britis terpaksa mengankat senjata bersama pehak komunis untok menentang british. perlu diingat berapa ramai tokoh2 pahlawan dan a'lim ulamak yg dibunuh oleh british dan ada yg dibuang negeri seperti di afreka sehingga sekarang masih ada keturunan mereka kita tak dapat ketahui sejarah yg sebenar kerana pehak british sangat licik melakarkan sejarah sehingga orang2 melayu mengangap sejarah yg didatangkan oleh pehak british itulah sejarah yg sebenar.

Reply
avatar
August 28, 2011 at 8:51 AM delete

UMNO ni budak suruhan british jer.. kalau ikut sejarah dalam buku teks apa pun tak boleh

Reply
avatar
August 28, 2011 at 9:39 AM delete

TERIMA KASIH Mat Sabu keran mencelikan rakyat yg selama ini dibutakan oleh UMporNO haramjadah.
Profesor2 sejarah kankung di Uni pun tak mampu mengupas persolan ini dgn begitu jelas sekali.
Rakyat kini mampu menilai isu perjuangan ini secara objektif dgn mengasingkan definasi Pejuang, Pembelot, Talibarut, Penganas, Idiologi, Ugama.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 9:49 AM delete

komunis adalah ideologi yg jelas ditolak islam.Mat Sabu lebih faham ini. Yg Mat sabu ketengahkan ialah soal definasi perjuangan. Pemimpin umno kini adalah anak cucu talibarut penjajah british yg mempertahankan penjajahan british ditanah melayu. Walaupun sesat dgn fahaman komunis, tapi pejuang2 komunis menentang british utk memebebaskan tanah melayu daripada british. Jadi betul lah apa kata Mat Sabu yg mereka ini pejuang.
Apakah ulama2 zaman itu juga turut hanyut dgn dunia sehingga turut menyokong british lantas memaksa komunis bangkit ambil alih perjuangan yg sepatutnya dipimpin ulama????

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 10:28 AM delete

sejarah yang jelas ialah SEMUA PEMIMPIN UMNO MASA SEBELUM MERDEKA ADALAH STAFF BRIRISH & BRITISH ADALAH PENJAJAH TANAH MELAYu ,sejarah senang ni pun org umno tak faham ? so kalau pemimpin umno staff british that meant umno setuju british jajah TANAH MELAYU,maka umno bukan pejuang , yang berjuang ialah mereka yang menentang penjajahan british ... maka mereka digelar pengganas ... soal komunis ke tak itu hal lain .. najib pun jumpa pemimpin komunis CHINA so apa masalah nya berkejasama utk tujuan yg baik ... klau komunis tak baik , org umno buta sejarah ble suruh najib putuskan je diplomatik ngan china ... amacam ? sejarah TANAH MELAYU wajib ditulis balik .. aku sokong hizbul muslimin .. tapi british lebel pengganas....dhuen77@yahoo.com

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 10:33 AM delete

aku sampai harini tetap tak suka tengokk "bkt kepong " ... apa barang berjuang utk british then lagi lama laa british jajah tanah melayu ... berkesannya ideologi kapitalis meresap kefikiran rakyat MELAYU Tanah Melayu ... benar nya kata kata commander british masa tuu ... "walaupun british dah tiada tetapi british kulit hitam/sawo matang akan meneruskan agenda brirish/penjajahn minda" ...lebih kurang camtuu ayat nya

Reply
avatar
August 28, 2011 at 2:30 PM delete

Aku hanya mampu tersengihh kambing melihat melayu sesama melayu, bergaduh sesama sendiri, maruah tergadai, bangsa dan agama pun tergadai sekali.

Fuhh seronok nya tengok betapa ceteknya pemikiran golongan-golongan yang bergaduh tak ubah seperti kanak-kanak kecil yang berebut gula-gula. Semata-mata mengejar sesuatu yang duniawi.

Nabi Muhammad mesti sedih melihat umatnya yg sudah berpecah belah punah ranah dek kerana fitnah memfitnah, konsep saudara Islam pun sudah mati, konsep berbaik sangka pun sudah hilang, dan segala sifat-sifat yang diajar Nabi pun sudah hilang ditelan keegoaan masing2. walaupun katanya berjuang atas nama Islam, tapi apa yang ku lihat hanyalah semata-mata meraih kuasa di peringkat atas.

Dunia yang serba penipuan ni, tiada siapa dan apa yang boleh dipercayai kecuali kitab suci Quran, Sunnah dan Allah swt.

Semoga dirahmati Allah semua!

Sedih, benar-benar sedih.

Reply
avatar
August 28, 2011 at 2:57 PM delete

Ketika itu kita bersatu dengan orang yang dibawah kita (British) untok mengalahkan orang dibawah British
iaitu Cina Komusis.Kini Cina Komunis telah tewas. Apakah kita nak bersatu lagi dengan Brirish. Selama ini kita ikut British law adakah dia baik untok kita dimasa depan. Sedangkan British juga boleh memmusnahkan kita.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 7:19 PM delete

Sokong british lebih baik dri sokong komunis . Pejuang yang mati mempertahankan tanahair dari kuasa komunis adalah hero negara. Kenyataan mat sabu memang mengelirulan. Dia memang suka buat kenyataan macam tu. Dulu tak pa la, tapi la ni dah jadi oramg no dua pas, bila buat kenyataan kena sepuluh kali fikir baru cakap. Ramai orang melayu marah dengan kenyataan macam ni. Cuba kenang balik bila kemunis perintah tujuh hari lepas jepun menyerah diri. Kekejamannya mengalahkan jepun lagi. Lepas ni pas boleh bungkus.

Reply
avatar
Anonymous
August 28, 2011 at 9:21 PM delete

selepas merintah yujuh hari pehak komunis mengambil tindakan keatas orang2 yang menjadi tali barut british, lagi pun waktu itu zarurat! sedangkan lepas merdeka pun pehak pemerintah telah membunuh tok guru dan orangnya2dibaling semua itu tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 8:14 AM delete

anon 7:19,
British lebih baik??? Kepala otak hang!!! habis anak dara melayu dikampung dorogol dan dibuat mistress, ulama tulin di sisihkan, diperkenal budaya kuning....kelab malam, kaberat tumbuh macam cendawan di tahun2 lima dan enam puluhan tu kau ingat idea tok wan kau ke???

Reply
avatar
Haji Sulaiman
August 29, 2011 at 9:09 AM delete

sedih melihat idealogi masyarakat malaysia dipesongkan oleh mainan politik . adakah anda lupa dengan chin peng? adakah anda mengangap pejuang kominisme sebagai hero sebenar? orang yang telah merompak dan membunuh keluarga darah daging anda waktu itu demi kepentingan mereka sendiri adalah wira? melayu mudah lupa ... kominis dianggap hero sedangkan matlamat mereka menawan malaya dengan menggunakan keganasan . orang kampung hidup dalam ketakutan akibat komunis . anak dan isteri ditangkap komunis dijadikan buruh menggali terowong bawah tanah untuk mereka bersembunyi . wanita dijadikan hamba seksual oleh komunis . jadi memang wajar british dan masyarakat melayu menentang mereka . wahai anak anak muda yg telah jauh melupakan tragedi berdarah akibat komunis , ingatlah kamu jika kamu berada pada waktu itu apakah akan kamu lakukan? adakah kamu sanggup melihat komunis membunuh anak dan saudara kamu demi kepentingan chin peng yang mahu menawan malaya dari tangan british atau menyokong pembentukan malaysia melalui rundingan pembebasan oleh Dato' Onn? fikir fikir kan lah ... jangan biarkan mainan politik mempesongkan kamu semua

Reply
avatar
Haji Sulaiman
August 29, 2011 at 9:39 AM delete

saya rasa anak anak muda lebih pandai berinternet dari saya yang hanya tahu beristi'qamah di surau dan masjid jadi lawatilah laman ini ... kenali apa itu komunis dan siapa itu chin peng yang berjuang demi kepentingan PKM

Reply
avatar
Haji Sulaiman
August 29, 2011 at 9:46 AM delete

http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 10:59 AM delete

Tuan2 Haji
jangan kita pandang rendah kemampuan anak2 muda kini berfikir.
komunis di seluruh dunia dah berkubur Yang ada kini di Vietnam dan China pun sudah jauh terpesong dari dari konsep asal communism tapi malang nya kerana pemerintah di Vietnam dan Cina takut kehilangan kuasa (macam umno) maka rakyatnya terpaksa menderita.
Berbalik kpd ceramah Mat Sabu, yang dipersoalkan ialah definasi pejuang. Untuk itu saya harap tuan2 haji dapat tutup buku2 dan rencana yg dianjurkan. Kita perlu melihat isu ini dengan minda terbuka. Apa yg Mat Sabu katakan itu ada betulnya.
Barua british tetap barua british.

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 10:59 AM delete

SIAPA YG JADI TALI BARUT PAS...AKAN MENJADI HERO SEBENAR JIKA PAS PULA YANG MEMERINTAH....

Reply
avatar
Anak Muda
August 29, 2011 at 11:10 AM delete

Ramai yang komen tapi brape ramai yang dengar betul2 apa yg mat sabu katakan... Kalau setakat buat kesimpulan tanpa meneliti dahulu apa yg sebenarnya berlaku maka anda adalah org bodoh yang ingin membodohkan org bodoh yang lain... Fikir2kanlah...Kepada haji Sulaiman, anak melayu tidak senang diperbodohkan melainkan anda yg ingin memperbodohkan mereka kerana kami tidak mendengar hanya pada sebelah pihak. Kami tidak sokong kominis dan kami juga tidak sokong british. Kami hanya mencari apa yg sebenar2nya yg berlaku... Apakah anda ingin katakan bahawa lebih baik jadi tali barut british dari jadi tali barut komunis sedangkan kedua2nya adalah pengkhianat bangsa??? Anda sebenarnya yg dipesongkan oleh sejarah bukan kami...Wallahu'alam...

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 1:12 PM delete

aku sokong pendapat anak muda.

Reply
avatar
Anonymous
August 29, 2011 at 11:40 PM delete

Salam Anak Muda,
saya ada dengar apa yg mat sabu katakan... saya ada perstanyaan, sekiranya polis bukit kepong tu merupakan barua british, maka tidak boleh dikatakan sebgai hero. bagaimana pula Komunis yang menjadi barua tanah besar china boleh dijadikan Hero?

Reply
avatar
pasjuga
August 30, 2011 at 3:55 AM delete

Salam

Kepada semua yang terlibat, harap kita semua dapat menilai isu ini berdasarkan fakta dan dipandu dengan akal waras yang dianugerahkan oleh Allah SWT tanpa mengira latarbelakang politik kita masing-masing:

Pertama, tentang kesahihan laporan Utusan tersebut tak perlu dipertikaikan lagi, kerana selain video yg banyak tersebar, saya (Wallahi, Wabillahi, Watallahi)sendiri yg hadir ke ceramah tersebut masih ingat dengan jelas ucapan beliau, walaupun mat sabu kata dia tak ingat.

Mari kita balik ke tahun 50an zaman tok nenek kita dulu;

Antara fakta yang tak dapat disangkal ialah (berdasarkan buku-buku sejarah bukan ditulis oleh kerajaan BN);

1. Kemenangan British (Tentera Berikat) keatas Jepun adalah BAIK untuk orang melayu kerana terbukti Jepun amat kejam, malah terlalu kejam jika dibandingkan dengan pemerintahan British sebelum itu (kalau tak pecaya balik raya ni tanya tok nek hampa)

2. Sebelum Britih masuk semula, Komunis atau Bintang Tiga melakukan banyak pembunuhan terutama kepada mereka2 yang dituduh sebagai 'talibarut' Jepun tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah (komunis mana ada mahkamah).

3. Komunis minta hak untuk merdeka dan memerintah Malaya kerana kata mereka, merekalah yang telah berjaya mengalahkan Jepun di Malaya. Kalau British bagi masa tu, sudah tentu CHIN PENG akan jadi PM Malaya dan Malaya akan jadi negara komunis yang tidak percayakan TUHAN.

4. British tidak tunduk pada PKM jadi mereka (PKM) lancarkan perang gerila. Pada masa sama British juga ada bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya tetapi masanya belum tentu (menubuhkan pasukan polis dan tentera yang dianggotai oleh orang2 Melayu adalah antara langkah2 kearah kemerdekaan)

5. Memang diakui asakan oleh PKM melalui perang gerila menjadi antara faktor British mempercepatkan kemerdekaan Malaya, tetapi apabila Malaya merdeka, keengganan PKM untuk meletakkan senjata dan berjuang secara politik seperti yang ditawarkan semasa rundingan Baling menyebabkan Malaya jadi huru hara disebabkan tindakan PKM yang bertegas untuk menjadikan Malaya negara komunis.

Reply
avatar
pasjuga
August 30, 2011 at 4:02 AM delete

KESIMPULAN;

1. JIKA KITA HIDUP PADA PADA MASA ITU (TAHUN 1950) PILIHAN TERBAIK IALAH TERUS BERADA DIBAWAH BRITISH- LEBIH SELAMAT, ADA UNDANG2, PEKERJAAN, AGAMA BOLEH DIAMALKAN TANPA HALANGAN (KECUALI BIDANG2 TERTENTU SEPERTI UNDANG2).- Inilah yang dilakukan oleh ulama2 muktabar ketika itu iaitu berjuang melalui cara politik (aman) bagi menuntut kemerdekaan daripada British. Heran, orang PAS masa tu tak ada pula yg sokong (puji) komunis, Cuma PAS zaman Mat Sabu naik no 2 ja yang baru buat.

2. TIDAK DINAFI, BERJUANG UNTUK MERDEKA ADALAH WAJIB, TAPI TIDAK BOLEH BERSAMA KOMUNIS, KERANA KOMUNIS BUKAN BERJUANG UNTUK MERDEKA (DIMANA LEPAS TU BOLEH BUAT PILIHANRAYA) SEBALIKNYA KOMUNIS BERJUANG UNTUK MENJADIKAN NEGARA KITA SEBAGAI NEGARA KOMUNIS (TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, TIADA DEMOKRASI). Ketua Komunis adalah Chin Peng, logiknya kalau komunis berjuang untuk kemerdekaan Malaya, ketuanya kenalah orang Melayu sebab Malaya majoritinya orang Melayu. Melayu dalam komunis masa tu sikit dan jawatan tak penting, sebab orang Melayu masa tu tak mau jadi anjing Chin Peng yang mendapat bantuan dan arahan dari Tanah Besar China. Ringkasnya, majority melayu masa tu, tak kira UMNO ka PAS tolak dan benci kat komunis, CUMA BARU 2-3 HARI NI SAJA ADA MELAYU PAS (TAK SEMUA) IAITU MAT SABU DAN PENGIKUT2 FANATIKNYA SAJA YANG MULA PUJA DAN PUJI KOMINIS NI SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN KONON.

3. MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN. (dok dalam hutan, lari sana lari sini diburu oleh “anjing” British/ kerajaan Malaysia- lepas merdeka, sempat ke nak sembahyang dan buat amalan2 Islam yang lain? Apa crita Rashid Maidin kawin dengan nyonya cina bekas bini komrade dia? Dalam hutan sapa islamkan, sapa jadi tok kadhi???

Reply
avatar
pasjuga
August 30, 2011 at 4:03 AM delete

4. LAGI SATU FAKTA PENTING IALAH TIDAK ADA DI KALANGAN ULAMA YG MENYERTAI KOMUNIS KERANA MEREKA TAHU KEJAHATAN KOMUNIS, SEBALIKNYA MEREKA MEMILIH JALAN AMAN IAITU BERJUANG SECARA POLITIK MELAUI PKMM, HIZBUL MUSLIMIN DAN KEMUDIANNYA PAS? Awat depa tak masuk hutan perang dengan kominis???
5. KALAU KITA KATAKAN MEREKA2 YG MATI MEMPERTAHANKAN BALAI POLIS BUKIT KEPONG TU SEBAGAI PENCACAI BRITISH, YANG MENYERANG PULA BAGAIMANA? SUDAH TENTU MEREKA ADALAH PENCACAI KOMUNIS, PENCACAI CHIN PENG. YANG DI BUKIT KEPONG TU MEREKA SAYA YAKIN BERAGAMA ISLAM, BERSOLAT DAN BERTUGAS MELINDUNGI PENDUDUK KAMPUNG DARI DI PERAS UGUT OLEH KOMUNIS (SUMBER HIDUP KOMUNIS), YANG MENYERANG TU, MULIA SANGAT KAH MEREKA? ADAKAH MANA2 ULAMA (KETIKA ITU DAN JUGA SEKARANG) YANG MENGELUARKAN FATWA BAHWA BERJUANG BERSAMA KOMUNIS ITU WAJIB ATAU HALAL UNTUK MEMBEBASKAN MALAYA DARI BRITISH? PERLU INGAT, MUSUH KEPADA MUSUH KITA TAK SEMESTINYA ADALAH KAWAN KITA, KEMUNGKINAN (DALAM KES INI SUDAH PASTI) YANG KITA INGAT KAWAN TU ADALAH MUSUH YANG LEBIH BAHAYA DARIPADA MUSUH PERTAMA TADI. DIBAWAH BRITISH KITA MASIH LAGI BOLEH BERPERSATUAN, MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK, DAN LAIN2 (BOLEH MERDEKA DENGAN RUNDINGAN), KALAU BAWAH KOMUNIS, BOLEH KE KITA DAPAT SEMUA TU???
6. APA KELULUSAN MAT SABU DALAM BIDANG SEJARAH? ATAU DALAM BIDANG APA SEKALIPUN, BUKU APA YANG DIA BACA? AHLI AKADEMIK, SEJARAWAN MANA YANG DIA RUJUK DAN SEPENDAPAT DENGAN DIA? SETAKAT NI KITA TAK DENGAR PUN ADA TOKOH-TOKOH YANG SETUJU DENGAN DIA, YANG BANYAK DOK BELA LA NI ATAS DASAR TAKSUB/ FANATIK SEMATA-MATA, ALASAN SAPA YANG TAK SETUJU DENGAN MAT SABU TAK CUKUP USRAH DAN SEBAGAINYA ADALAH ALASAN ORANG JAHIL, PASAL DALAM USRAH KITA DIAJAR TEGUR ORANG YANG BUAT SALAH SEKALIPUN ORANG TU PEMIMPIN YANG KITA SAYANG. SEBAB KITA SAYANG DIA LA KITA TEGUR, DAN SAYANG KITA PADA JAMAAH MENGATASI SAYANG KITA PADA INDIVIDU.
6. AKHIR SEKALI, KALAU PIHAK PAS MASIH LAGI NAK BERPEGANG DENGAN HUJAH YG NAK DIBAWA OLEH MAT SABU TERSEBUT, MAKA SILAKANLAH, ANDA TIDAK AKAN DIKENAKAN ISA ATAU APA-APA PUN, MALAH UCAPAN TERIMAKASIH TAK TERHINGGA AKAN DIBERI OLEH PIHAK SEBELAH SANA, KERANA MEREKA TELAH MENDAPAT PELURU ATAU BOM YANG CUKUP AMPUH UNTUK PRU 13 NANTI (KALAU DALAM BAHASA INGGERIS DISEBUT; GIVING AMMUNITION TO THE ENEMY ATAU SHOOTING ONESELF ON THE FOOT).

7. OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA SEMUA, SEBELUM KITA MENYOKONG SESUATU, BUATLAH KAJIAN TERPERINCI GUNA ILMU (AGAMA, SEJARAH)DAN AKAL YG WARAS YANG ALLAH SWT KURNIAKAN. KALAU SESUATU ITU DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN KITA TIDAK SEMESTINYA BETUL KERANA MEREKA BUKANNYA MAKSUM, SEBALIKNYA BUATLAH KAJIAN SENDIRI DAN KEPUTUSAN YANG KITA YAKIN ADALAH BENAR TANPA DIPENGARUHI OLEH SESIAPA.

Sekian, semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, Wassalam.

Reply
avatar
August 30, 2011 at 9:17 PM delete

pasjuga,
hang pi ceramah mat sabu, hang kata hang degar dan hang ingat...tapi jelas dari komen hang, hang tak faham.
Cuba kali ni faham pula apa yg mat sabu kata.
----------------------------------
".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas,



...padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong...."

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 8:28 AM delete

Salam tuan puan komentar yang budiman,

Terima kasih yg teramat kepada Mat Sabu, pelakon terbaik untuk BERSIH 2.0 kerana di langar pajero, wira atau Dll. Juga tannish kepada Mat Sabu kerana menginap di Hotel Perdana Hotel Bilik 121.

Kominis itu baik. Sanggat baik. Askar melayu di bunuh kejam selepas Merdeka oleh mereka. Adakah ini suatu yg kita mahu banggakan pada kominis?

Ini lah akibatnya berkiblatkan DAP Kominis serta berguru dengan kafir Harbi Lim Kyt Siang, Karlapal Singh Dan Lim Guan Eng.

Pandai Mat Sabu alihkan tumpuan isu Liwat, isu Murtad DUMC, isu Bersih, isu lakonan tak Menjadi...untuk Komunis Melayu Dekad ini...Al-Jub.



ARK2.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 9:11 AM delete

anon 8:28am
kalau nak spin pun biarlah betul, tapi kau menampakan kebodohan kau saja.
Yang Mat Sabu ketengahkan tu ialah fakta sebelum merdeka, yg kau nak spin dgn cerita sesudah merdeka tu apa hal?? kalau dah merdeka tu memanglah jelas komunis ancaman kedaulatan negara, tapi sebelum merdeka lain cerita nya.
Itu lah kau ni terlalu lama berguru dan berketuakan melayu munafiq, najib bini rosmah, So Lek pelakon porno, samy velu lidah keling.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 10:16 AM delete

Anon 9.11

Bodoh lagi orang yg ikut fahaman Anuwar!

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 3:35 PM delete

anon 10:16am
aku kata kau bodoh pasal komen kau tu hampeh yg hanya layak diceritakan pada berok.
Ini satu lagi sejak bila Anuwar (sapa mamat ni pun aku tak tau, pelik bunyi spelling nya)tu buat fahaman baru? tak pernah dengar pun. Bapak kau pengikut dia ke?

Reply
avatar
Anonymous
September 1, 2011 at 2:01 AM delete

Saya rasa ada betul,tak payah kita
mengamuk tuduh menuduh dibulan kemerdekaan kita.Buatlah FORUM sebenar hari mederka atas Tajuk
SIAPA SEBENAR HERO 1950. Teringat saya ROSLI DOBI membunuh Gabenor British disarawak ,lepas tu ROSLi
dituduh sebagai pengkianat pemberontak akhirnya dikenakan hukum
gantong tapi setelah kita merdeka
Rosli telah di angkat sebagai Pahlawan,Hero,Pejuang dan byk lagi.
Cerita MAT INDERA dan CERITA ROSLI
ada sikit nampak persamaan,tolong renung renungkan.Betul kata ahli politik dari pas,walaupun pahit terpaksa ditelan demi kebaikan ,dan Tunku AbdulRahman tetap Bapa Kemerdekaan untuk Malaysia dari Bristih selasai.Hamba AYU

Reply
avatar
September 7, 2011 at 11:36 AM delete

1. ching peng komunis berjuang menentang penjajah british
2. orang melayu kerja dengan british melawan komunis
3. orang melayu kerja dengan jepun untuk melawan penjajah british
4. orang melayu kerja dengan british untuk melawan penjajah jepun
5. ching peng diharamkan balik malaya
6. bapak komunis disambut dengan gembira oleh pemimpin negara
7. setiausaha pertama parti komunis Kazakhstan bakal besan pemimpin negara

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive