Mat Indera juga Pejuang Kemerdekaan - Berita Harian.



Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.


Tarikh serangan telah dilakukan ialah pada 23 Februari 1950, iaitu tujuh tahun sebelum Malaysia Merdeka.. faham betul-betul.. TUJUH tahun sebelum Merdeka bukannya selepas Malaysia merdeka iaitu pada tahun 1957 lebih lanjut korang baca di SINI.

Kerana kenyataannya itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika Mohamad Sabu dikatakan menghina Pejuang yang Berkhidmat untuj penjajah British dengan menganggap Mat Indera sebagai Hero sebenar… Apakah pula tindakan yang akan dikenakan terhadap Berita Harian kerana pada 13 Disember 2010, Berita Harian telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk ”Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera”.

Dalam artikel yang disiarkan oleh Berita Harian ini (sila baca di bawah) Mat Indera dianggap sebagai Pejuang oleh masyarakat Jawa Ponorogo dan dilabel sebagai petualang oleh Kerajaan Inggeris.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.

Dan kenyataan diatas yang dipetik dari artikel yang disiarkan oleh Berita Harian juga menafikan komen yang ditinggalkan oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai “pasjuga’ sebelum ini iaitu:
MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.- sepenuhnya sila baca di SINI

Sila baca artikel dari Berita Harian (Lidah Rasmi UMNO jugak ni..) ini….

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

2010/12/13

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.

Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
Anonymous
August 31, 2011 at 7:28 AM delete

serupa dgn perjuangan zaman it ini.. mrk yg menentang parti korup dan prono dianggap pengkhianat dan petualang.

dlm negara komunis terdapat org islam malah lebih ramai dr org islam di msia. rashid mydin dan shamsiah pakeh diantaranya dan setelah membaca buku shamsiah maka dlm kontek perjuangan ini aku menganggap dia seorg pejuang. bygkan lah dlm keadaan dia berlari dlm berpantang ketika diserang ...mengatakan komunis itu tidak percaya tuhan adalah propaganda penjajah.

dan fikiran dan jiwa melayu kita ini masih dijajah tp bukan oleh penjajah yg ingin kan rempah ratus tp penjajah yg inginkan komisyen !

Reply
avatar
pasjuga
August 31, 2011 at 10:13 AM delete

Salam Aidilfitri

Nampak sangat penulis artikel ni tak buat "homework" dengan betul

Artikel dalam portal berita harian tu terang-terang menulis bahwa Mat Indera telah "MEMILIH JALAN YANG SALAH".

Sekian, Wassalam.

Reply
avatar
August 31, 2011 at 10:37 AM delete

pasjuga,

Itu sudah memadai, walau siapa pun mengatakan perjuangan mat indera pada jalan yang salah, namun diakui perjuangan dia adalah satu perjuangan, cukuplah dengan pengiktirafan itu, betul salah perjuangan itu sudah tidak penting apa2 lagi asalkan sejarahnya adalah sejarah perjuangan anak bangsa kita dan kita jangan hanya pandai mengutuk sebelah pihak saja dan melabel mereka2 itu sebagai pengkhianat bangsa sedangkan kita tidak melalui apa yang mereka telah lalui di zaman mereka.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 1:29 PM delete

Yang kata Mat Indera"Memilih Jalan Yang Salah" ialah Misban si talibarut Inggeris.
Kita boleh tengok apa yang berlaku di Iraq sebagai perbandingan dengan sikap anjing-anjing kompeni british sebagai ulang tayang sejarah.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 2:06 PM delete

woit pasjuga,

hari raya hari cuti ....
maknanya tak ada homework...
lebih kuah dari camca...
pi mampos la lu...
kah...kah..kah.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 4:00 PM delete

Pasjuga pun tak buat homework.You are missing the point right from the beggining.Mat Sabu dok cerita pasal wira yang menentang penjajah..sudah pasti ini termasuk Mat Indera. Kita hanya boleh kata wadah perjuangannya tersasar selepas merdeka. Apa hak kau nak kata dia pengkhiant sebelum merdeka melainkan tok wan kau pernah jadi tali-barut orang putih!
Bodoh punya pecacai UMporNO.

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 10:31 PM delete

memilih jalan yg salah tu sape yg menentukan nya..

apakah mrk yg berjuang utk kemerdekaan tanpa bantuan Inggeris

atau

mrk yg berjuang utk kemerdekaan dgn bantuan Inggeris.

Dan sapekah yg sering mengatakan kita dijajah oleh Inggeris?

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 10:35 PM delete

lain kali buat 'homework' jgn main tiru buta je..

Misban yg terbabit secara langsung tidak pernah sesekali di ulang sesekali melabelkan mat indera sebagai petualang.

jd mengapa kita skg pulak yg menganggap dia sbg petualang.

Reply
avatar
Anonymous
September 1, 2011 at 1:54 PM delete

"Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” aku suka kenyataan ini.
Dimana pejuang melayu yang menentang Ingggeris yang dahulunya begitu hangat semasa kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 seperti mat kilau dan tok janggut?!
Adakah orang melayu dah mula di candukan dengan harta benda dan kebebeasan palsu Inggeris selepas era peperangan?!
Aku pengemar sejarah, lihat sahaja bagaimana negara Indonesia membebaskan diri (merdeka) dari penjajah belanda dengan tangan mereka sendiri tanpa kompromi. Memang benar mereka membebaskan diri mereka dengan cara peperangan tetapi itu adalah cara yang bermaruah dan memberikan kesan mendalam dalam jati diri bangsa Indonesia. Begitu juga negara lain seperti Vietnam, Amerika Syarikat dan lain-lain yang membebaskan diri secara bermaruah tanpa terikat dengan syarat penjajah untuk merdeka.

sebahagian besar Kumpulan melayu (termasuk UMNO)sanggup berkrompomi dengan inggeris demi survival kumpulan tertentu mereka dengan mengorbankan maruah anak bangsa.

Reply
avatar
Anonymous
September 1, 2011 at 6:35 PM delete

salam... "keberjayaan" HANYASANYA dalam agama ALLAH dengan CARA NABI MUHAMMAD SAW..hanyasanya ini..

Reply
avatar
Anonymous
September 2, 2011 at 2:27 PM delete

anon 1:54 PM tk atas penjelasan yg cukup baik dan ini lah yg aku maksudkan sb aku pernah menziarah makam di satu tempat (negeri aku) dan tercatat sejarah bagaiman dia membuka perkampungan disitu termasuk membinia surau utk pengajian alquran.

diantara yg aku ingat kumpulan yg berebut tampok kuasa tlh mendpt bantuan dr penjajah sehingga berjaya mengusir nya ke tempat (hutan) makam nya skg.

Dan ini masih di lakukan sehingga skg oleh mrk yg berkerjasaman dgn apco. ingat walaupun apco mungkin dah tak ada lg tp mereka mungkin tlh meninggalkan perkara perkara yg perlu dilakukan. maksud aku apa jua yg dilakukan oleh pemerintah kita caranya tetap sama.

spt mana penjajah inggeris dulu spt itu lah mereka skg ..

kini dulu selama lama nya..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive